Nampak gayanya, makin hari makin ramai yang minat nak belajar macam mana nak jalankan perniagaan dalam bidang percetakkan. Boleh jadi, mereka semua ni dah mula nampak potensi yang besar untuk buat duit dalam bisnes berasaskan percetakkan ni.
Kenapa saya kata macam tu? … dan dari mana saya dapat tahu semua info ni?
Mudah sahaja. Baru-baru ni, saya terima lagi bayaran komisyen daripada pihak 1 stopprinting. Ini secara tak langsung menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya ada dua lagi usahawan dalam bidang printing bakal dilahirkan.
Saya akan dibayar komisyen sebanyak RM25 untuk setiap jualan yang berjaya saya hasilkan. Memandangkan saya dibayar RM50 pada kali ini, ini bermakna ada dua jualan yang berjaya dihasilkan.
Saya tak tau… bila agaknya usahawan dan bakal usahawan ini bakal memulakan perjalanan mereka dalam bisnes printing ini. Apa yang saya harapkan semoga mereka dapat manfaatkan dengan sepenuhnya panduan yang telah dibeli.