Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran

by sabree hussin on November 12, 2018

in Personal

Sesetengah orang, dia memang jarang makan dekat luar. Biasanya dia akan masak sendiri untuk seisi keluarga.

 

Ada pula sesetengah keluarga yang terbalik. Dia memang jarang masak sendiri. Sebaliknya lebih suka makan diluar.

 

Makan dekat luar, atau makan di restoran ini, ada beberapa kelebihannya. Antaranya kita boleh jimatkan masa untuk masak. Kita tak perlu nak shopping barangan yang nak dimasak, kemudian bila dah sampai rumah kena siapkan makanan pula.

 

Selain itu, bila makan diluar, kita boleh pilih macam-macam jenis makanan ikut menu yang disediakan. Kalau masak sendiri untuk satu keluarga, semua orang kenalah makan menu yang sama. Tapi kalau makan diluar, bolehlah siapa yang nak makan tomyam, sup ekor, nasi goreng dan sebagainya untuk order ikut selera masing-masing.

 

Penulisan ini bukannya satu bentuk nasihat perundangan. Saya ada muat turun dokumen Akta Perlindungan Pengguna 1999 dari laman web kpdnkk, tapi saya masih belum baca sampai habis.

 

Jika anda mencari nasihat dari segi aspek perundangan tentang isu hak sebagai seorang pengguna, saya syorkan anda baca juga akta tersebut ya. Apa yang saya nak cerita dalam ini, lebih kepada perkongsian pendapat saya sahaja.

 

Adakalanya, saya ni agak cerewet dalam bab makan. Apabila saya nak order sesuatu makanan, saya nak ianya disediakan mengikut apa yang saya nak. Lagipun, saya BAYAR makanan tersebut, bukannya minta percuma.

 

Situasi yang biasa berlaku, kalau saya pergi ke mana-mana fast food. Sama ada Mcd, KFC mahupun Texas Chicken.

Kalau waktu tu, terasa nak order ayam goreng, biasanya saya akan kata dekat staff yang bertugas di kaunter tu,

“ayam saya nak bahagian thigh dengan drumstik.”

 

Mana-mana staf yang BIJAK, dia akan bagi sahaja apa yang saya minta.

 

Kalau yang acah-acah bijak, dia akan kata

“kalau ada saya akan bagi…” 

 

Jawapan balas seperti itu, selalunya akan buatkan saya balas dengan jawapan yang lebih sinis.

“kalau tak ada bahagian tu, saya cancel semua order.”  

 

Macam mana pula restoran yang memang menghidangkan ayam, tiba-tiba boleh kata tak ada bahagian ayam yang saya nak?

 

Sebenarnya bukannya tak ada. Cuma mungkin kena tunggu batch yang seterusnya digoreng. Itu saya pun faham. Jadi, dia tak perlulah nak kata “kalau ada saya bagi…” sedangkan saya boleh terima jawapan seperti “kalau bahagian yang encik nak tu tak ada, boleh tunggu sekejap?” 

 

Masalah bila saya tak bagitahu yang saya nak bahagian thigh dan drumstick sahaja, staff yang bekerja di kaunter akan bagi bahagian yang entah apa-apa. Bagi bahagian ribs yang isi tebal atau bahagian kepak yang isinya tak banyak mana. Atau mungkin kombinasi antara semua bahagian yang ada.

 

Jadi apa masalahnya?

 

Ya bagi orang lain, benda ini mungkin bukan satu masalah. Tapi, ia merupakan satu MASALAH bagi saya.

 

Saya tak makan bahagian-bahagian ayam yang selain daripada thigh dengan drumstick. Bukan tak boleh makan, kena berpantang atau ada alergik, tapi saya memang tak pandai nak menikmati bahagian-bahagian tu.

 

Saya dah lama tak beli ayam seekor. Kalau beli pun rasa rugi, sebab ada part yang tak makan. Kalau beli ayam mentah, sama ada akan beli bahagian thigh sahaja, drumstick sahaja atau whole leg.

 

Pada satu ketika yang lain, saya pernah pergi makan di sebuah warung yang menjual nasi ayam penyet. Waktu tengah ambik order tu, saya dah beritahu dari awal lagi, yang saya nak nasi ayam penyet dengan ayam bahagian peha. Saya nak order dua set, untuk saya dan isteri.

 

Selepas tunggu lebih kurang 10 minit, makanan pun sampai. Apa yang pasti, yang sampai ke meja saya bukannya kedua-dua ayam bahagian peha.

 

Satu peha, satu bahagian kepak.

 

Ini yang buat saya rasa nak marah. Kita order lain, dia bagi lain. Masa tengah ambik order, angguk macam faham, tapi bila dah siap, dia bagi benda yang salah.

 

Saya pun tanya kepada pekerja tu.

“Saya mintak bahagian peha, ini bukan bahagian peha. Tukar yang lain.” 

 

Dia ada jawab sesuatu, tapi saya tak berapa dengar sangat. Cuma yang betul-betul saya dengar, dia kata “tak boleh ambik bahagian peha…!”

 

Pada saat ini, saya beranggapan, itu mungkin polisi kedai. Kalau ada customer datang nak order nasi ayam penyet, tak boleh dalam satu meja tu, semua nak order bahagian peha. Kena campur-campur.

 

Apa rasionalnya? Saya TAK TAHU. Ini polisi kedai. Cuma saya boleh teka, ini mungkin untuk elakkan bahagian ayam yang lain tak habis, tetapi bahagian peha habis dulu.

 

Kedai makan ni biasanya dia akan beli ayam seekor. Ayam seekor, potong kepada 4 bahagian. Jadi kalau semua orang nak order bahagian peha sahaja, bahagian lain siapa yang nak makan?

 

Saya rasa pemilik kedai ini TAK FAHAM PELANGGAN dia sendiri. Saya datang sebab nak makan. Saya BELI. Saya BAYAR benda yang saya nak makan.

 

Tiba-tiba dia ajak saya bergaduh, tak nak bagi yang saya nak beli, tak nak hidangkan benda yang saya nak makan. Saya tak ada masalah untuk datang ke kedai itu setiap hari untuk makan dan bagi bisnes ke kedai tu.

 

Tapi disebabkan adanya attitude yang macam tu, tiba-tiba pelanggan tak dibenarkan untuk makan apa yang dia nak (sekali lagi saya tegaskan, pelanggan datang nak beli dan BAYAR makanan yang diorder) untuk apa lagi kita sokong perniagaan yang macam tu?

 

Mungkin dia lupa, atau dia berada dalam dunia fantasi dia sendiri. Dekat sekeliling dia tu, ada banyak lagi restoran.

 

Pelanggan datang ke kedai dia, sebab nak makan.

Mungkin ada yang datang sebab nak bantu perniagaan dia.

 

Tapi tiba-tiba, dapat layanan yang macam tu. Untuk apa lagi kita sokong bisnes yang macam tu? Memang lepas tu, kedai tu akan jadi sejarah je la. Tak payah lagi datang ke kedai yang macam tu.

 

Kalau semua orang dia layan teruk macam tu, dan semua orang buat tindakan yang sama macam yang saya buat, In Shaa Allah, tak sampai 5 tahun, bungkus la bisnes kedai makan tu.

 

Adakah sebagai pelanggan dan pengguna, kita tak ada hak untuk memilih makanan yang kita mahukan?

 

Saya percaya, kita ada hak. Sekiranya kita tak mendapat apa yang kita mahukan, kita sentiasa ada hak untuk angkat kaki dan tinggalkan restoran tersebut. Tiada siapa yang boleh paksa kita, untuk makan makanan yang kita tak nak makan, dan bayar untuk sesuatu yang kita tak mahu beli.

 

Anda pula, bagaimana?

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: