Kalau anda dah BOSAN dengan prestasi dan hasil jualan yang anda hasilkan selama ini, maka saya syorkan anda baca perkongsian ini. Mungkin diakhir nanti, anda akan dapat beberapa idea baru, bagaimana nak atasi masalah hasilkan jualan.
Post ini saya tulis setelah saya memerhatikan tedapat ramai kawan-kawan yang mengeluh sebab tak berjaya nak buat jualan secara online bagi produk-produk yang diniagakan. Saya percaya, ramai lagi yang berhadapan dengan situasi yang sama.
Pendapatan dalam bidang jualan, ada naik dan turunnya. Ini adalah satu hakikat yang perlu diterima oleh setiap orang yang buat duit dengan cara ini. Setahun yang pertama, adalah tempoh untuk kita belajar mengenal pasaran dan sikap pelanggan. Dalam tempoh pembelajaran ini, biasanya sales kita juga berada pada tahap biasa-biasa sahaja.
Masuk tahun kedua, kita mula dapat rentak. Namun kedudukan kewangan kita masih lagi belum cukup baik. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Tahun kedua, kita patut mula belajar untuk baca statistik dan data. Berpandukan pada data yang diperolehi pada tahun yang lalu, pada waktu bila bisnes kita berada di puncak dan pada waktu bila bisnes kita hidup segan mati tak mau?
Cuba catatkan jumlah jualan dan keuntungan yang diperolehi bermula dari bulan Januari hingga bulan Disember. Pasti anda akan dapat melihat beberapa pattern.
Contohnya,
1. Jika pada bulan-bulan tertentu, ada sambutan perayaan, maka jualan memang akan jadi slow. Lazimnya duit akan digunakan untuk sambutan dan persiapan sempena perayaan tersebut. Untuk atasi masalah ini, maka anda adakan kempen promosi khas sempena perayaan.
2. Jika pada bulan tertentu, adalah bulan puasa, maka mood dan juga motivasi membeli akan berkurangan. Pada waktu ini, prospek kita lebih fokus untuk beramal dan tambahkan ibadat.
3. Jika bulan tersebut adalah bulan “kembali ke sekolah” atau bulan “kembali ke Universiti, Kolej atau apa-apa institusi pengajian” maka akan ada beberapa pihak yang akan terkesan. Jika produk anda disasarkan kepada golongan ibu bapa, maka jualan bagi produk tersebut mungkin sedikit sebanyak akan terjejas.
4. Dalam sebulan, mungkin hanya ada 20 hari sahaja tempahan yang anda terima yang akan masuk berdesup-desup. Ianya pada 1hb – 10hb dan juga 21hb – 30hb. Kenapa jadi begini? Ada kena mengena dengan faktor gaji. Jadi dengan mengetahui beberapa faktor ini, anda patut tahu bila masanya nak pulun habis-habisan untuk buat jualan sebanyak yang mungkin.
Sudah tentu, seboleh-bolehnya kita nak pendapatan kita sentiasa tinggi atau setidak-tidaknya jualan kita sentiasa konsisten setiap bulan. Sebagai contoh, jika dalam sebulan kita perlukan sekurang-kurangnya 50 unit jualan untuk hidup selesa, maka kita perlu pastikan jumlah tersebut sentiasa dapat dicapai.
Sebagai usahawan, kita ada “fixed cost” yang perlu kita bayar setiap bulan. Bagi usahawan yang menggunakan platform perniagaan online sepenuhnya, mungkin kos yang perlu ditanggung tidaklah sebesar kos yang ditanggung oleh mereka yang berniaga secara offline.
Orang yang berniaga secara offline ni kena fikir tentang sewa kedai, gaji pekerja, bayaran bil utiliti dan banyak lagi. Berbeza pula halnya dengan usahawan online. Mungkin anda hanya perlu fikir tentang kos untuk bayar bil elektrik, bil internet, dan langganan beberapa sistem jualan. Itu sahaja. Lagipun, disebabkan bisnes online boleh dilakukan hanya dari rumah, maka ia bukan satu isu yang terlalu besar.
Adakah anda berpendapat bahawa jualan yang rendah merupakan satu MASALAH bagi anda?
Ya, saya perlu tanya benda ini. Saya pernah jumpa macam-macam jenis peniaga online. Jujur saya katakan, bukan semua peniaga online benar-benar serius dengan bisnes. Ada yang berniaga sebab ikut-ikut, sebab bosan dan sebab nak isi masa lapang sahaja…
Setengah orang berpendapat sales kurang bukan satu masalah. Dan orang macam ni biasanya bisnes dia memang tak kemana. Apa taknya, mereka sendiri pun tak serius dengan bisnes mereka. Ada ke patut sales kurang bukan satu masalah.
Adakah mereka ni tak tau formula dalam bidang jualan? Kalau tak ada jualan, tak ada keuntungan. Kalau tak ada keuntungan, maka tak ada income. Kalau tak ada income, tapi masih guna duit bisnes, maka hati-hatilah. Anda mungkin sedang makan duit modal dan sedang menjahanamkan bisnes anda sendiri!
Buat bisnes bukan sekadar nak pendapatan cukup-cukup makan. Kalau boleh kita mahukan pulangannya boleh dimanfaatkan sehingga ke generasi yang seterusnya. Tak kan anda tak nak turunkan legasi perniagaan anda kepada anak cucu anda?
Apa yang menjadi punca masalah jualan terlalu sedikit?
Cuba semak balik. Adakah ianya ada kena mengena dengan aktiviti pemasaran yang anda buat? Boleh jadi sebab anda kurang buat kerja-kerja pemasaran. Walaupun selalu saya ulang-ulang ayat ini, namun saya tetap akan ulang. Tujuannya tak lain dan tak bukan sebagai reminder kepada diri sendiri dan kepada mereka yang sudi mendengar.
Aktiviti pemasaran adalah perkara FUNDAMENTAL bagi perniagaan anda!
Ini adalah perkara yang WAJIB buat bagi setiap usahawan, sama ada usahawan online ataupun usahawan offline.
Walaupun anda memiliki produk yang sangat bagus tetapi jika anda gagal dalam bab-bab pemasaran, maka orang tak akan tahu kewujudan bisnes anda. Orang tak tau apa produk anda. Orang tak tau apa servis anda. Jadi macam mana orang nak jadi pelanggan anda?
Isu dengan kerja pemasaran. Nak buat sendiri atau upah orang buatkan bagi pihak kita?
Isu bagi usahawan online ialah, kebanyakkan mereka bergerak secara solo. Mereka ni mengamalkan konsep “one man show” dalam perniagaan yang dilakukan. Pada peringkat permulaan ini adalah satu langkah yang bijak sebabnya ia dapat jimatkan banyak kos perniagaan.
Namun begitu, jika ingin berkembang, konsep “one man show” seperti ini patut difikirkan semula masak-masak. Kita lihat pada cara operasi syarikat-syarikat besar yang ada disekeliling kita. Kebanyakkan syarikat mempunyai sales and marketing division. Ya, mereka mengupah orang lain untuk lakukan kerja-kerja sales dan marketing.
Bagaimana pula dengan syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang sales & marketing? Atau syarikat yang tidak mempunyai jabatan sales & marketing? Mudah sahaja. Mereka akan outsource sahaja kerja-kerja menjual ini. [Anda juga boleh outsource kerja-kerja marketing kepada saya! Lihat info disini]
Sama ada anda nak buat kerja-kerja pemasaran sendiri, atau anda upah orang untuk bekerja dengan anda, ataupun anda outsource kerja-kerja pemasaran, segalanya terpulang kepada anda. Namun, perlu pastikan, ada seseorang yang tetap fokus buat marketing bagi pihak anda. Jika tiada sesiapa yang buat marketing untuk anda, maka memang patut jika anda menghadapi masalah hasilkan jualan.
Sudahkah anda pastikan bahawa iklan bagi perniagaan anda ada di mana-mana?
Pengiklanan adalah sebahagian daripada pemasaran. Iklan adalah salah satu cara bagaimana sesebuah perniagaan dapat berinteraksi dengan para pelanggan.
Bagaimana dengan situasi anda? Adakah anda telah lakukan iklan dengan sebaik mungkin. Adakah iklan perniagaan anda dapat dilihat dimana-mana?
1. Adakah pengguna Youtube boleh jumpa iklan anda?
2. Adakah pengguna search engine Google boleh jumpa iklan anda?
3. Adakah pengguna laman web media sosial boleh jumpa iklan anda?
Antara perkara 1 hingga 3, saya boleh bantu untuk perkara nombor 2. Ya, saya boleh bantu untuk pastikan prospek anda dapat menemui perniagaan anda apabila mereka menggunakan laman carian google. Dapatkan perkhidmatan iklan dari saya, dan In Shaa Allah saya akan berikan bantuan yang terbaik.
Kolaborasi dan sistem ejen untuk bantu tingkatkan jualan produk anda
Jika anda hanya ingin sasarkan jualan sekitar 10 – 30 unit produk anda dalam sebulan, maka saya berpendapat buat kerja sorang-sorang dah memadai. Tetapi, jika anda mahukan lebih banyak jualan, maka anda patut pertimbangkan untuk wujudkan sistem kolaborasi dan mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga untuk bantu anda buat jualan.
Sistem ejen
Buat waktu ini, ada dua sistem ejen yang popular yang diamalkan. Pertama, sistem ejen dropship dan yang kedua ialah sistem ejen affiliate.
Sekiranya anda hanya menjual satu atau dua barang sahaja secara online, sistem affiliate sesuai untuk anda.
Laman web yang dibina menggunakan perisian minisite mudah [download disini] akan dilengkapi dengan sistem affiliate. Proses pemasangan juga sangatlah mudah hinggakan orang yang tak mahir dalam bidang IT pun boleh buat. Anda tak perlu risau kerana penerangan diberikan dalam bentuk video. Anda tonton video cara pemasangan dan seterusnya anda follow sahaja step-step yang ditunjukkan.
Sebenarnya ada satu lagi perkara yang saya nak tunjukkan pada anda.
Tahukah anda, bahawa pada hari ini, anda sebenarnya boleh menjual menerusi laman web Lazada Malaysia?
Laman web Lazada ada banyak produk. Laman web Lazada ada banyak pelawat. Lazada juga ada banyak ejen affiliate yang mempromosikan produk-produk di Lazada secara aktif! Saya juga adalah salah seorang yang telah mendaftar sebagai ejen affiliate Lazada.
Jika anda sudah menjual menerusi Lazada, besar kemungkinan saya juga pernah bantu promosikan produk-produk anda. Apa kata anda hubungi saya dan beritahu saya, apa dia produk yang anda dah jual di Lazada. Jika anda masih lagi berniaga di Lazada, mungkin saya boleh bantu promosikan produk anda secara percuma sahaja.
Secara tak langsung, saya percaya ini juga akan dapat bantu anda atasi masalah hasilkan jualan.
Baiklah, saya rasa dah agak banyak yang saya cerita disini. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jika anda perlu bantuan saya, tak perlu malu-malu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu.
Leave a Reply