Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

September 7, 2023 by sabree hussin Leave a Comment

Bagaimana cara yang betul untuk menguruskan tempahan yang bakal anda terima dari perniagaan homestay yang anda jalankan?

 

Kali ini kita cerita mengenai langkah demi langkah yang boleh anda lakukan, dalam menguruskan tempahan yang anda bakal terima, apabila menjalankan bisnes ini.

 

Apa yang bakal kita bincangkan disini, bolehlah dianggap sebagai satu idea untuk anda menghasilkan Standard Operating Procedure (SOP) anda sendiri.

 

SOP ini adalah merupakan satu set arahan atau garis panduan yang akan menerangkan apakah tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi tertentu.

Setiap tindakan tersebut mestilah sama dan seragam, walaupun dilakukan oleh orang yang berbeza, bagi memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa konsisten.

 

Dalam konteks perniagaan homestay, mempunyai SOP yang jelas untuk menguruskan tempahan adalah sangat penting bagi memastikan operasi perniagaan anda dapat dijalankan dengan efisien dan seterusnya dapat memberikan pengalaman penginapan yang terbaik buat bakal tetamu anda.

 

Selain itu, mempunyai SOP yang jelas juga dapat mengelakkan daripada berlakunya situasi yang tak diingini, misalnya seperti berlaku pertindihan tempahan pada hari yang sama, terlepas pandang terhadap pertanyaan bakal pelanggan yang berpotensi untuk jadi tetamu anda.

 

Langkah demi langkah untuk menguruskan tempahan yang bakal kita bincangkan disini boleh dijadikan sebagai rujukan buat anda dan juga individu yang bertanggungjawab membantu anda menguruskan perniagaan ini.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: booking homestay, cara mendapatkan tempahan homestay, cara urus booking homestay, cara urus tempahan homestay, perniagaan homestay

Kenapa pengunjung memilih untuk menginap di homestay berbanding hotel?

July 7, 2023 by sabree hussin 8 Comments

Kalau diberi dua pilihan, sama ada menginap di hotel ataupun menginap di homestay, yang mana satu yang anda akan pilih?

 

Kalau anda kata, anda lebih cenderung untuk pilih homestay berbanding hotel, agak-agaknya sebab apa ya?

Jawapan bagi persoalan ini, sebenarnya sangat penting, terutama sekali buat mereka yang menjalankan perniagaan homestay.

 

Pada hari ini, kita disajikan dengan pelbagai pilihan tempat penginapan. Kita boleh pilih, sama ada ingin menginap di hotel, resort, hostel, motel, guesthouse atau mungkin menginap di homestay.

Sebenarnya keputusan yang dibuat oleh pelanggan (tetamu) selalunya berkait rapat dengan keperluan percutian tersebut.

 

Sebagai pelanggan, adakalanya kita tak ambil kisah pun mengenai persoalan kenapa pilih homestay dan bukannya pilih untuk menginap di hotel.

 

Kebiasaannya, kita akan buka sahaja apps tempahan yang kita suka gunakan, sama ada booking.com, Agoda ataupun Airbnb, dan seterusnya kita akan masukkan destinasi percutian kita.

 

Kemudian, dari senaraian yang disediakan itu, kita akan pilih mana-mana satu jenis tempat penginapan mengikut keperluan dan kehendak kita.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: homestay lebih baik dari hotel, kenapa buat bisnes homestay, kenapa homestay, kenapa menginap di homestay bukan hotel, kenapa pilih homestay, kenapa pilih menginap di homestay

Keburukan Bisnes Homestay

June 20, 2023 by sabree hussin Leave a Comment

Bisnes homestay ada keburukan? Biar betul?

Betul la! Buat apa nak tipu pula kan.

 

In fact, saya dah beberapa kali mendengar rungutan dari jiran-jiran yang kurang senang dengan bisnes homestay yang beroperasi dikawasan kejiranan mereka.

 

Posting kali ini, kita nak bincangkan mengenai keburukan bisnes homestay. Pengusaha dan bakal pengusaha bisnes homestay perlu sedar, serta peka mengenai keburukan yang bakal timbul menerusi perniagaan homestay ini.

 

Kalau cerita bab kelebihan, itu saya dah bincangkan dalam posting sebelum ini. Saya jemput anda baca di pautan berikut ya.

Baca: Kelebihan bisnes homestay kepada komuniti setempat

Pada saya, tak ada satupun bisnes yang sempurna.

Setiap bisnes, ianya ada kelebihan dan ada keburukannya.

 

Sebagai usahawan, kita tak sepatutnya hanya fokus pada kelebihan dan cuba untuk menidakkan apa-apa keburukan yang datang bersama dengan realiti perniagaan yang dijalankan.

 

Sebaliknya, adalah lebih baik untuk kita acknowledge keburukan tersebut, lalu ambil langkah yang bersesuaian bagi mengelakkan keburukan tersebut menjadi semakin mudarat hingga ia menyusahkan orang lain.

 

Perbincangan kali ini, mengenai keburukan bisnes homestay, termasuklah perbincangan mengenai kelebihan bisnes homestay sebelum ini, sebenarnya lebih banyak bermain dengan situasi “what if…”

 

Ia mungkin berlaku, dan ia juga mungkin tak akan berlaku, sebagaimana yang saya nyatakan.

 

Tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita terus kepada perbincangan tentang apa dia sisi negatif mengenai perniagaan homestay.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: keburukan perniagaan homestay, kekurangan homestay, kelebihan dan keburukan homestay, perkara negatif tentang homestay

Kelebihan Bisnes Homestay kepada komuniti setempat

June 7, 2023 by sabree hussin Leave a Comment

Apakah kelebihan yang ada pada bisnes homestay sehinggakan ada ramai yang mula tertarik untuk menjadi pengusaha bisnes homestay diluar sana?

 

Pernah tak persoalan tentang kelebihan bisnes homestay ini terlintas difikiran anda?

 

Homestay merupakan suatu jenis penginapan dimana tetamu akan tinggal di rumah kediaman milik tuan rumah, biasanya untuk satu tempoh masa yang singkat (short term rental).

 

Terdapat dua konsep homestay yang dipraktikkan di negara kita.

Pertama, tetamu akan tinggal bersama dengan tuan rumah dalam bilik yang disediakan, dan mereka akan ikuti aktiviti harian tuan rumah.

Konsep yang kedua, tetamu akan menyewa keseluruhan ruang dalam rumah tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa pun sepanjang tempoh penginapan tersebut.

 

Dalam perkongsian kali ini, kita akan cuba bincangkan satu persoalan mengenai, bagaimana dengan adanya kewujudan bisnes homestay di sesuatu kawasan dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada komuniti setempat.

 

Tanpa membuang lebih banyak masa, kita terus kepada poin yang pertama.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: kekurangan bisnes homestay, kelebihan bisnes homestay, manfaat bisnes homestay

Strategi menetapkan kadar sewa yang kompetitif untuk bisnes homestay

June 1, 2023 by sabree hussin Leave a Comment

Adakah anda menjalankan bisnes homestay?

Jika jawapan anda adalah ya, pasti anda sedar betapa pentingnya menetapkan kadar sewaan yang kompetitif bagi unit homestay anda.

 

Faktor harga merupakan salah satu perkara yang akan dijadikan penilaian oleh bakal tetamu, sebelum mereka buat keputusan untuk membuat tempahan dengan anda atau dengan pengusaha homestay lain.

 

Pada masa yang sama, harga yang anda tetapkan juga bakal memberi impak kepada keuntungan perniagaan homestay yang bakal anda jalankan.

 

Walaubagaimanapun, menetapkan suatu harga yang dapat memuaskan hati semua orang bukannya tugasan yang mudah. Terdapat banyak faktor yang perlu anda ambil kira, sebelum menetapkan suatu harga untuk kadar sewa homestay anda.

 

Antaranya adalah seperti

1. Kos atau perbelanjaan yang perlu anda keluarkan untuk menjalankan bisnes tersebut.

2. Tahap persaingan dikawasan tersebut.

3. Matlamat yang anda ingin capai menerusi harga yang ditetapkan

4. Strategi harga yang bakal anda gunakan

Perbincangan kali ini, kita akan bercerita mengenai cara untuk menetapkan kadar sewa bagi bisnes homestay.

Selain itu, saya juga akan selitkan beberapa tips yang berkaitan dengan strategi penetapan harga.

 

Tapi persoalannya, ada ke orang yang tak tahu cara yang betul untuk menetapkan kadar harga sewaan untuk homestay mereka?

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: cara menetapkan harga sewa homestay, cara tentukan harga sewaan homestay, harga sewa homestay, strategi penetapan harga sewa homestay

Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris

April 25, 2023 by sabree hussin 6 Comments

Apabila merancang untuk menjalankan sebuah perniagaan homestay yang berjaya, terdapat beberapa barangan keperluan dan peralatan yang perlu anda sediakan di homestay anda.

 

Tujuannya adalah supaya dapat menambahkan keselesaan serta memberikan pengalaman penginapan yang terbaik buat para tetamu anda.

 

Barangan yang bakal kita senaraikan dalam posting ini adalah terdiri daripada kelengkapan asas hinggalah kelengkapan yang dapat memberikan memori indah yang berpanjangan buat para tetamu yang pernah menginap di kediaman anda. Manalah tahu, satu hari nanti mereka akan kembali menginap di homestay anda atau setidak-tidaknya, mereka akan mencadangkan homestay anda kepada kenalan mereka pula.

 

Perniagaan homestay ini adalah satu perniagaan yang cukup kompetitif. Ada banyak pengusaha lain yang turut menjalankan bisnes yang sama dan memberikan persaingan kepada usaha perniagaan anda.

 

Malahan, jika dilihat dengan lebih teliti pesaing anda bukanlah semata-mata pemilik bisnes homestay yang lain, malahan pesaing anda termasuk

1. Hotel & hotel bajet

2. Motel

3. Hostel

rumah untuk dijadikan homestay

Apabila kita mengambil kira, wujudnya banyak persaingan disekeliling kita, maka kita perlu ambil inisiatif untuk memahami bakal tetamu, apakah sebenarnya yang mereka fikirkan, sebelum mereka buat keputusan untuk buat sebarang tempahan tempat penginapan?

 

Bagaimana kalau sebagai pemilik bisnes homestay, anda diberikan superpower yang membolehkan anda baca apa yang ada dalam fikiran bakal tetamu, sebelum mereka buat keputusan untuk menempah mana-mana tempat penginapan!

 

Tidakkah anda melihat ini sebagai suatu kelebihan untuk diri anda?

 

Kalau kita boleh tahu apa yang ada dalam fikiran mereka, apa yang mereka perlukan, kemudian kita pastikan apa yang mereka perlu, semuanya ada di homestay milik kita, tidakkah ini akan meningkatkan kebarangkalian untuk mereka memilih kita berbanding pesaing?

 

Sebelum membuat tempahan, ada banyak perkara yang bermain dalam fikiran bakal tetamu. Tapi saya boleh katakan, lazimnya perkara yang menjadi kerisauan mereka adalah

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: bisnes homestay, cara cari penyewa homestay, iklan terbaik untuk homestay, iklankan homestay, kelengkapan untuk homestay

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik bisnes homestay

April 20, 2023 by sabree hussin Leave a Comment

Anda fikir buat bisnes homestay ini senang? 

Bagi mereka yang fikir bisnes homestay ini mudah untuk dilakukan, mungkin anda perlu fikirkan sekali lagi.

 

Realitinya menjalankan bisnes homestay bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan anda untuk menjadi seorang yang cermat, cekap dan sentiasa ambil peduli terhadap perubahan citarasa serta keperluan bakal tetamu.

 

Malangnya, sesetengah pengusaha bisnes homestay melakukan kesilapan yang berupaya menjejaskan perniagaan mereka untuk jangka masa panjang.

 

Bagaimana kalau tanpa disedari, selama ini anda juga sebenarnya melakukan banyak kesilapan dalam menjalankan bisnes homestay!

 

Kesilapan? Eh… kesilapan apa pulak ni…

kesilapan-kesalahan-wrong

Kali ini saya nak cerita mengenai kesilapan-kesilapan yang mungkin dilakukan oleh pemilik dan pengusaha bisnes homestay yang ada diluar sana.

 

Sebahagian daripada kesilapan yang saya muatkan disini merupakan kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh kebanyakkan pemilik bisnes homestay.

 

Apa yang bakal saya senaraikan adalah kesilapan yang sifatnya agak kecil, remeh hinggalah kepada kesilapan yang agak besar. Namun, tak kiralah sama ada kesilapan itu besar ataupun kecil, at the end of the day, ianya tetap satu kesilapan dan boleh memberi impak negatif pada perniagaan yang anda jalankan.

 

Adakah anda tahu, apakah impak negatif yang bakal anda terima akibat daripada kesilapan ini? Ini diantaranya…

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: kesilapan bisnes homestay, kesilapan lazim bisnes homestay, kesilapan pemilik bisnes homestay

Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?

March 29, 2023 by sabree hussin 1 Comment

Dalam banyak-banyak bisnes yang ada atas dunia ini, kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?

 

Pernah tak persoalan ini terlintas difikiran anda sebelum ini?

 

Cuba ambil sedikit masa.

Pastikan pada waktu itu anda berada dalam keadaan bertenang. Kita renung dalam-dalam, kenapa dalam banyak-banyak bisnes yang ada diluar sana, anda memilih untuk menjalankan bisnes homestay?

 

Apa yang istimewa sangat bisnes homestay ini sampaikan ia menjadi pilihan anda?

tips-bisnes-homestay-berjaya

Manalah tahu kan, ada nampak sesuatu yang istimewa yang hanya ada pada bisnes homestay, tapi orang lain tak perasan pun.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: kenapa bisnes homestay, sebab buat bisnes homestay

Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

February 16, 2023 by sabree hussin Leave a Comment

Bagaimana cara untuk memastikan bisnes homestay yang dijalankan dilindungi dan terhindar daripada menerima review dan feedback negatif dari tetamu yang datang menginap?

 

Bercakap mengenai topik review dari tetamu ini, sebenarnya ada dua perkara yang kita perlu tahu.

servis-review-blog

Pertama, review positif dapat meningkatkan kredibiliti, kepercayaan dan keyakinan tetamu untuk memilih homestay anda bagi dijadikan tempat untuk menginap.

 

Sebaliknya, dengan wujudnya review negatif, walaupun hanya ada satu, ia dapat memberikan implikasi negatif kepada perniagaan yang anda jalankan, dan memberi gambaran bahawa homestay milik anda tak cukup bagus, setiap orang yang menginap akan alami pengalaman yang kurang baik, dan tetamu akan menyesal jika pilih homestay anda.

 

Berhadapan dengan situasi seperti ini, jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang perlu dilakukan, jika tidak, ia akan memberi kesan jangka panjang yang buruk.

 

Berita baiknya ialah, jika anda masih belum pernah terpalit dengan sebarang review negatif, anda berupaya untuk mengekalkan keadaan tersebut, sekiranya anda mengambil beberapa langkah proaktif, seperti yang kita akan bincangkan dalam posting ini.

 

Justeru, jika anda merasakan topik bagaimana mengelakkan review negatif dalam perniagaan homestay yang dijalankan ini bersesuaian dengan situasi anda, apa kata anda teruskan membaca.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: bisnes homestay, review negatif bisnes homestay, review negatif perniagaan homestay

Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

February 1, 2023 by sabree hussin Leave a Comment

Tahukah anda, platform Online Travel Agent sebenarnya ada kekurangan dan kelemahannya yang tersendiri.

 

Kalau anda masih belum tahu, apa kekurangan platform OTA kepada pemilik bisnes homestay, artikel ini saya tulis khusus untuk membincangkan tentang kelemahan tersebut.

 

Kita telahpun bincangkan mengenai platform Online Travel Agent (OTA) dan kita juga telah bincangkan tentang kelebihan yang ditawarkan oleh platform OTA kepada pengguna dan juga kepada pemilik perniagaan.

 

Perbincangan kita belum lengkap, kalau kita tak sentuh serba sedikit mengenai kekurangan menggunakan OTA.

promosikan homestay anda melalui laman web hometogo

Saya berpegang kepada konsep, tiada sesuatu yang sempurna atas dunia ini. Walaupun sesuatu perkara itu ada banyak kelebihan, pasti ada beberapa perkara yang kita boleh temui, yang kita boleh katakan sebagai kekurangan bagi perkara tersebut.

 

Apa pun, perbincangan disini adalah bertujuan untuk membantu pemilik bisnes lebih bersedia dan faham apakah yang mereka bakal hadapi apabila menggunakan perkhidmatan OTA dalam menjalankan perniagaan mereka. Setelah anda faham, apakah kelebihan dan apakah kekurangan menggunakan OTA, barulah anda berupaya untuk membuat tindakan dan keputusan yang terbaik.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: kekurangan ota, kekurangan platform online travel agent, kelemahan ota, kelemahan platform online travel agent, online travel agent bagus ke

  • 1
  • 2
  • Next Page »
Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in