Bagaimana cara nak kenalpasti, sama ada bisnes homestay yang bakal kita jalankan dikawasan tertentu, sebenarnya ada potensi untuk berjaya ataupun tidak?
Kadang-kadang kita rasa, bisnes homestay yang bakal kita jalankan nanti, seolah-olah mempunyai potensi yang sangat baik.
Kita buat kajian dari segi lokasi, dan nampaknya lokasi hartanah kita tu, terletak di kawasan yang cukup strategik.
Apa strong point yang membuatkan anda begitu yakin bahawa perniagaan homestay yang bakal anda jalankan akan berjaya?
Orang yang nak buat bisnes ni kadang-kadang akan ada bias. Atau dalam bahasa biasa ialah, berat sebelah.
Oleh sebab kebanyakkan masanya dihabiskan untuk buat research mengenai bisnes yang akan dilakukan, maka dia hanya nampak bisnes dia sahaja.
Dia akan baca mengenai tips bisnes dia.
Dia baca tentang strategi bisnes dia.
Ya kita faham, dia buat semua ini sebab dia nak berjaya.
Kadang-kadang perbincangan tentang strategi dan tips ini, ia lebih kepada perbincangan akademik semata. Lebih-lebih lagi kalau ianya ditulis oleh mereka yang sebenarnya tak ada pengalaman secara langsung dalam menjalankan bisnes jenis homestay ini.
Dalam dunia sebenar, ia mungkin tak berlaku seperti yang selalu ditulis dalam artikel tentang kejayaan menjalankan bisnes homestay. Kita perlu terima hakikat ada banyak faktor yang akan memberi impak kepada bisnes yang dijalankan.
Tapi ini bukanlah bermaksud membaca dan mengkaji tentang tips dan strategi kejayaan itu suatu yang sia-sia dan buang masa.
Lagipun, bukankah lebih baik kalau kita tahu sesuatu berbanding langsung tak tahu apa-apa.
Perbincangan pada kali ini, kita sebenarnya ingin menerokai topik mengenai apakah kriteria yang perlu kita lihat bagi mengetahui sama ada perniagaan homestay yang bakal kita jalankan dilokasi tertentu, sebenarnya mempunyai potensi untuk berjaya ataupun tidak.
Ringkasnya, kita nak kenalpasti apakah terdapat potensi pada perniagaan homestay.
Persoalan ini, kita perlu tanyakan dan kaji seberapa dalam yang boleh, sebelum kita nak mulakan bisnes ini. Jangan nanti, bila kita dah mula bisnes, baru terfikir nak buat kajian sama ada bisnes homestay yang bakal dijalankan tu nanti betul-betul ada potensi ataupun tidak.
Mujurlah, bisnes homestay ini, kalau kurang berjaya, anda boleh convert ia kepada bisnes rumah sewa.
Baca juga: Buat untung dengan rumah sewa
Apakah kriteria yang perlu kita lihat, bagi mengetahui sama ada bisnes homestay berpotensi untuk memberikan hasil ataupun tidak?
Dalam keadaan ini, ada beberapa perkara yang kita perlu lihat.
(1) Lokasi
Lokasi memainkan peranan yang sangat penting dan akan memberi impak yang besar terhadap perniagaan homestay yang dijalankan.
Kita pernah bincangkan potensi bisnes homestay dari sudut lokasi sebelum ini.
Sila baca disini: Pemilihan lokasi strategik bagi bisnes homestay
Selain melihat dari perspektif lokasi, kita juga boleh lihat dari sudut pandang apa tujuan yang membuatkan seseorang itu buat keputusan untuk pergi travel.
Baca juga: Kenapa orang pergi travel?
Jawapan dari persoalan ittu juga, dapat dijadikan rujukan bagi mengetahui sama ada lokasi yang bakal kita pilih untuk jalankan bisnes homestay itu nanti, sebenarnya ada potensi ataupun tidak.
(2) Aktiviti pemasaran
Strategi pemasaran juga akan memainkan peranan yang sangat penting, dalam memastikan bisnes homestay yang dijalankan itu nanti berpeluang untuk mendapat pelanggan yang ramai.
Sebenarnya setelah homestay anda sedia untuk menerima tetamu, anda akan luangkan lebih banyak masa untuk lakukan kerja-kerja pemasaran.
Apa kaedah pemasaran yang anda ingin fokuskan, semuanya terpulang kepada kreativiti dan kemahiran yang anda ada.
Kalau anda perlukan idea untuk buat kerja pemasaran, boleh baca posting terdahulu saya iaitu cara mempromosikan bisnes homestay.
Saya pernah kongsikan, terdapat sekurang-kurangnya 10 kaedah atau pendekatan yang anda boleh gunakan bagi tujuan mendapatkan tetamu untuk menginap dihomestay anda.
Cuba perhalusi senaraian tersebut.
Boleh tak anda bayangkan, anda akan lakukan kerja-kerja pemasaran tersebut setiap hari, selama mana anda masih lagi menjalankan bisnes ini.
Kalau anda kata tak sanggup, jangan risau sebabnya anda boleh mendapatkan pekerja yang tugasnya melakukan kerja pemasaran ataupun mendapatkan khidmat dari freelancer.
Tapi kalau anda tidak mempunyai peruntukkan untuk ambil pekerja atau mengupah freelancer, maka nak tak nak, anda perlulah buat sendiri kerja-kerja pemasaran tersebut.
(3) Harga
Harga merupakan satu lagi kriteria yang penting yang dapat mempengaruhi bakal tetamu sama ada nak buat tempahan homestay dengan anda atau dengan orang lain.
Kalau harga yang murah, mungkin orang akan suka untuk buat tempahan. Namun persoalannya, adakah dengan harga yang murah itu nanti, dapat memberikan keuntungan kepada perniagaan homestay yang anda jalankan.
Sesetengah orang, menggunakan kaedah “agak-agak” dalam menetapkan kadar sewa bagi homestay milik mereka. Cara ini sebenarnya kurang tepat.
Jika anda perlukan idea, dalam menetapkan kadar sewa semalaman untuk homestay anda, boleh baca posting saya sebelum ini.
Baca disini: Strategi menetapkan kadar sewa untuk Bisnes Homestay
(4) Kebersihan
Kebersihan ini bukan semata-mata tentang kebersihan dalam kawasan kediaman semata-mata. Ia merangkumi seluruh kawasan.
Jika homestay kita terletak dikawasan yang terkenal dengan reputasinya yang banyak sampah sarap, ia akan menjadi salah satu destinasi yang akan dielakkan oleh pengunjung.
Misalnya kita katakan, homestay kita terletak betul-betul dekat dengan pantai. Tapi masalahnya, ada banyak review dari pengunjung sebelum ini yang biasa pergi ke pantai tersebut yang merungut tentang tahap kebersihan yang kurang memuaskan.
Hal ini sedikit sebanyak akan menyebabkan orang tidak mahu untuk berkunjung ke tempat tersebut.
Justeru, adakah anda perlu memainkan peranan untuk membersihkan kawasan sekitar, sedangkan ia bukannya dibawah tanggungjawab anda?
(5) Hospitaliti
Tuan rumah perlu menunjukkan hospitaliti sejak dari kali pertama bakal tetamu menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai homestay anda.
Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah hospitaliti tu?
Dalam bahasa mudahnya, hospitaliti ini apabila anda memberikan pengalaman yang mesra dan baik kepada bakal tetamu sehingga tetamu merasa benar-benar selesa sepanjang mereka menginap di homestay milik anda.
Apabila tetamu merasa selesa, sepanjang berada di homestay anda, ini akan dapat mencipta pengalaman yang manis dan memori yang indah sepanjang berada di kediaman anda.
Seterusnya, anda boleh berikan khidmat yang lebih baik lagi, dengan cara memberikan maklumat tambahan yang berguna seperti membuat pengesyoran, restoran mana yang boleh dikunjungi untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam.
Tempat-tempat menarik dan tarikan pelancong yang sesuai untuk dikunjungi beserta dengan cadangan aktiviti yang sesuai dilakukan.
Kita tak boleh anggap, semua tetamu yang datang memang sangat familiar dengan kawasan sekitar. Ada tetamu, yang sebenarnya nak cari tempat makan pun tak tahu, nak pergi ke mana.
Ya memang betul, mereka boleh cari sendiri dengan bantuan waze. Tapi, kalau jumpa restoran menerusi waze ataupun Google pun, bukanlah restoran yang terbaik, yang penduduk sekitar memang akan pergi ke tempat tu.
Anda selaku pemilik homestay dan merupakan penduduk asal, sepatutnya lebih tahu, restoran yang mana satu yang biasanya orang tempatan akan pergi.
Restoran seperti ini biasanya
1. Menawarkan pilihan menu yang sedap
2. Harga yang berpatutan
Apabila anda mampu memberikan tahap hospitaliti yang tinggi dan terbaik, perkhidmatan anda akan sentiasa diingati dan tak mustahil untuk tetamu ini datang sekali lagi untuk menginap di homestay anda.
Jika dia tak datang menginap sekali lagi sekalipun, dia mungkin akan mengesyorkan homestay anda kepada kenalannya.
(6) Keselamatan
Bakal pengunjung perlu tahu, bahawa keselamatan mereka terjamin apabila datang bercuti dan menginap di tempat anda.
Keselamatan nyawa, dan juga keselamatan harta benda.
(7) Tawaran Unik
atau dikenali juga dengan istilah Unique Selling Proposition (USP).
Apa yang membuatkan homestay anda sebenarnya lebih unik berbanding homestay milik pesaing anda, dan juga lain-lain tempat penginapan yang ada disekitar anda, termasuklah chalet, hotel dan resort.
Kalau anda masih belum pernah bina Unique Selling Proposition (USP) untuk bisnes homestay anda, boleh baca posting saya sebelum ini untuk mengetahui bagaimana caranya untuk bina USP bagi bisnes homestay.
Baca disini:
1. Cara mencipta keunikkan bagi bisnes homestay anda
2. Cara menghasilkan Unique Selling Proposition untuk bisnes homestay
(8) Review dari pelanggan sebelumnya
Review ini berkait rapat dengan cara bagaimana kita menyediakan khidmat pelanggan (customer service) kepada para pelanggan kita.
Ia bermula sejak dari kali pertama bakal pelanggan bertanya tentang homestay milik anda, hinggalah dia check out dan mengucapkan selamat tinggal kepada anda.
Jika layanan dan hospitaliti yang anda berikan sangat baik, besar kemungkinan anda akan menerima review yang positif.
Mungkin akan ada dalam kalangan tetamu anda yang akan turut mengesorkan homestay anda kepada orang lain.
Review atau feedback pelanggan ini, penting untuk anda kumpulkan dan siarkan ditempat yang mudah dilihat oleh bakal pelanggan.
Anda boleh kumpul review, sama ada melalui
1. Google Business Profile
2. Facebook fanpage
3. Online Travel Agent platform seperti Agoda, Airbnb dan sebagainya
4. Review melalui blog, youtube, tiktok dan lain-lain
Review yang baik boleh mempengaruhi bakal pelanggan untuk membuat tempahan homestay milik anda.
Jika homestay anda tidak pernah ada review, ia boleh menyebabkan bakal pelanggan berasa was-was untuk memilih homestay anda dan mereka ini lebih cenderung untuk memilih homestay pesaing anda.
Jika homestay anda ada review negatif, ini juga akan menyebabkan pelanggan berasa bimbang untuk memilih homestay anda.
(9) Kehadiran dalam talian
Istilah dalam bahasa inggerisnya ialah online presence.
Pada hari ini, bila kita nak buat perniagaan, kita perlu pastikan bahawa perniagaan kita itu diketahui oleh mereka yang merupakan pengguna internet tegar.
Ini bermakna, bila kita sebut tentang online presence ini, kita perlu wujud di
1. Google
2. Blog
3. Media sosial (Facebook, X, LinkedIn, Instagram
4. Youtube
5. Tiktok
Lagi bagus kalau dalam semua platform, maklumat mengenai bisnes homestay anda dapat ditemui.
(10) Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan
Penginapan di homestay menjadi satu pilihan kerana kelengkapan dan kemudahan yang disediakan biasanya adalah lebih baik berbanding lain-lain jenis tempat penginapan.
Menginap di homestay, ibarat kita menginap di rumah sendiri, yang semuanya telah tersedia serba-serbi.
Jika anda tak ada idea, nak sediakan kelengkapan apa dalam homestay anda, boleh baca posting saya yang terdahulu.
Baca disini: Senarai kelengkapan perlu disediakan untuk Bisnes Homestay jadi laris
Lazimnya, 10 point diatas ini boleh kita jadikan penanda aras, bagi mengetahui sama ada bisnes homestay yang bakal dijalankan itu nanti, sebenarnya ada potensi untuk berjaya ataupun tidak.
Tapi persoalannya, adakah apabila anda ikuti kesemua tips tersebut, kejayaan anda akan dijamin dalam bisnes ini? Tunggu dulu. Ia mungkin tak semudah yang disangkakan.
Apa yang saya boleh katakan, jika anda sanggup untuk pastikan 10 perkara ini dilaksanakan dengan baik, bisnes yang anda jalankan itu nanti ada potensi untuk berjaya.
Baru-baru ini, saya ada berbincang dengan pembaca blog ini mengenai potensi sama ada bisnes homestay yang beliau bakal jalankan nanti boleh berjaya ataupun tidak. Individu ini bakal menjalankan bisnes homestay di kawasan yang terdapat pantai.
Lokasi homestay milik beliau ini, betul-betul berhadapan dengan pantai.
Saya berpendapat, itu merupakan satu kelebihan yang tak ramai orang boleh miliki. Kalau buat homestay atau chalet dikawasan seperti ini, kita akan mensasarkan kategori pengunjung yang akan datang untuk tujuan bercuti.
Kalau kita ada unit hartanah betul-betul mengadap laut, pasti ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan.
Apa istimewanya dengan homestay yang betul-betul dekat dengan laut?
(1) Pemandangan yang cantik
Pengunjung boleh nikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik.
(2) Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan
Bersantai dekat tepi pantai, buat barbeque, main layang-layang, mandi-manda, bina istana pasir, piknik, berjalan secara santai sepanjang pantai dan sebagainya.
Tapi kalau kita fikirkan semula, kewujudan pantai atau ada akses yang mudah dengan pantai masih belum cukup sebenarnya.
Ada banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan.
Adakah pelanggan akan datang hanya disebabkan tempat tersebut ada pantai?
Mungkin ya, dan mungkin juga tidak.
Kita cuba bincangkan spesifik untuk percutian pantai peranginan.
Ada beberapa perkara yang perlu ada.
A. Aktiviti sukan air
Pengunjung boleh datang dan lakukan aktiviti sukan air, sama ada banana boat, jet ski dan sebagainya.
B. Kemudahan asas
Tempat tersebut perlulah ada tandas awam yang bersih yang boleh memudahkan pengunjung untuk mandi selepas melakukan aktiviti ditepi pantai.
Ada lampu jalan.
Ada kedai runcit yang menjual pelbagai barangan asas.
Ada perkhidmatan Grab Food, Food Panda, Shopee Food dan lain-lain perkhidmatan rider untuk memudahkan pengunjung memesan makanan.
C. Jaringan pengangkutan yang baik
Tempat tersebut mempunyai jalan raya yang baik.
Ada perkhidmatan teksi, grab dan sebagainya.
D. Pantai yang redup dan ada pokok-pokok
Kita semua sedia maklum, tepi pantai ini boleh jadi sangat panas.
Kalau suasana pantai di negara kita, biasanya bermula jam 10.00 pagi, keadaan mula terasa panas di tepi pantai. Menjadikannya kurang sesuai untuk buat sebarang aktiviti di tepi pantai.
Tapi kalau pantai tersebut ada banyak pokok-pokok, setidak-tidaknya pengunjung yang datang masih boleh berteduh dan bersantai.
E. Ada orang berniaga
Lagi bagus kalau dekat tempat tersebut ada beberapa orang yang berniaga.
Kalau ada tempat untuk makan tengahari, minum petang, dan juga makan malam lagi bagus.
F. Pantai yang selamat
Aspek keselamatan ini sebenarnya sangat luas skop perbincangannya.
Untuk aktiviti pantai, mungkin dekat situ ada life guard yang memerhati pengunjung yang bermandi-manda. Jika ada sebarang isu yang tak diingini, setidak-tidaknya ada orang yang boleh berikan pertolongan.
Ada polis peronda.
Tempat tersebut sesekali akan ada polis yang membuat rondaan. Jadi kita boleh kata, dekat tempat tersebut orang agak takut untuk melakukan sebarang jenayah.
G. Ada mercu tanda untuk bergambar
Ada binaan yang menarik, yang pengunjung boleh bergambar sebagai kenang-kenangan.
Kalau dekat kawasan tersebut langsung tak ada binaan, sama ada mercu tanda, papan tanda dan sebagainya, ia hanya akan kelihatan seperti pantai tak bernama.
H. Pantai itu sendiri selamat untuk pengunjung.
Tiada hidupan yang boleh menyebabkan bahaya kepada pengunjung, misalnya obor-obor ataupun buaya.
Dari segi bentuk pantai itu sendiri, ianya juga perlulah selamat untuk pengunjung bermandi-manda. Pantainya landai dan tidak bertebing.
Sepanjang laluan untuk ke pantai, ada lampu jalan. Sekurang-kurangnya sepanjang laluan tersebut tidak terlalu gelap pada waktu malam. Kalau pengunjung yang datang bercuti boleh bersiar-siar dekat dengan kawasan pantai pada waktu malam lagi bagus.
Maka dekat sini sebenarnya pantai yang terlalu terpencil dan agak sunyi, walaupun ia mungkin sangat bersih dan memberi ketenangan tapi pada masa yang sama, ia mungkin menyebabkan orang ramai berkira-kira untuk datang bercuti.
Setelah anda membaca perkongsian saya ini, adakah anda masih lagi merasakan yang bisnes homestay tersebut masih lagi berpotensi, atau anda mula rasa berbelah-bahagi?
Kita juga perlu pertimbangkan beberapa lagi faktor, misalnya seperti tahap persaingan.
Jika persaingan di tempat tersebut sudah agak sengit, ia mungkin akan menyukarkan anda untuk mendapatkan tetamu untuk menginap di homestay milik anda.
Saya pernah menulis mengenai strategi menghadapi persaingan dalam perniagaan sebelum ini.
Baca disini: Cara menghadapi persaingan dalam perniagaan
Kalau anda luangkan sedikit masa untuk baca perkongsian tersebut, saya percaya anda juga akan dapat beberapa idea untuk mencipta kempen pemasaran yang lebih baik berbanding pesaing anda.
Sebenarnya persaingan itu bukanlah sesuatu yang tak elok. Lagipun, kita ada juga istilah persaingan yang sihat. Dalam persaingan yang sihat ini, setiap orang bersaing dengan cara beretika dan akhirnya setiap orang yang melakukan kempen pemasaran dengan baik, akan memberi tempias yang positif terhadap pesaing.
Kita buat konten yang cukup menarik.
Pelanggan pun berminat nak datang bercuti.
Tapi ketika itu, mungkin homestay anda tidak available, jadi dia pun memilih homestay milik pesaing.
Oleh itu, saya boleh katakan, cuba susun strategi dan berkolaborasi dengan pesaing anda. Kalau tak boleh nak berkolaborasi dengan semua orang, mungkin berkolaborasi dengan beberapa orang pemilik bisnes pun memadai.
Kesimpulan
Saya kira, setiap orang yang berminat untuk memulakan sebarang jenis perniagaan, perlu buat kajian bagi mengenalpasti sama ada perniagaan tersebut benar-benar ada potensi untuk menghasilkan keuntungan ataupun tidak.
Kalau dalam konteks bisnes homestay, kita boleh buat kajian mengenalpasti potensi dengan melihat dari aspek
1. Lokasi
2. Promosi & Pemasaran
3. Harga
4. Kebersihan
5. Hospitaliti
6. Keselamatan
7. Tawaran Unik
8. Review pelanggan
9. Kehadiran dalam talian
10. Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan
Apabila anda benar-benar yakin dan berpuas hati dengan hasil dapatan tersebut, barulah anda mulakan bisnes tersebut.
Leave a Reply