UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Tips bayar hutang kad kredit cara orang tak ada duit

November 17, 2022 by sabree hussin 14 Comments

Apa yang anda bakal baca menerusi entri ini ialah cara, tips dan teknik yang saya sendiri gunakan untuk bayar hutang kad kredit. Saya namakan teknik ini sebagai “Teknik selesaikan hutang kad kredit cara orang sengkek”.

 

In Shaa Allah, saya akan cuba dengan sedaya upaya saya untuk konsisten dan terus menerus amalkan teknik ni sampailah hutang kad kredit saya selesai seratus peratus.

 

Kalau anda sememangnya berduit, teknik ni tak sesuai untuk anda. Jika anda jenis yang suka ikut jadual pembayaran yang ditetapkan oleh bank, teknik ni juga kurang sesuai untuk anda.

 

Jika anda dah pun mempunyai rutin pembayaran yang anda dah selesa, itu lebih baik untuk anda kerana tips yang bakal saya kongsikan disini mungkin kurang sesuai untuk anda.

teknik bayar hutang kad kredit

Tahukah anda, jika anda berhutang sebanyak RM3,000 dari bank anda menerusi kad kredit, anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 tahun 8 bulan untuk anda langsaikan hutang-hutang tersebut!

 

Kenapa lama sangat?

[Read more…]

Filed Under: kewangan Tagged With: bayar hutang kad kredit, beban hutang kad kredit, hutang kad kredit, selesaikan hutang kad kredit, tips bayar hutang kad kredit

Simpanan atau pelaburan? Perbezaan yang anda perlu tahu

May 1, 2021 by sabree hussin Leave a Comment

Kalau diberi hanya dua pilihan, sama ada nak fokus kepada simpanan (saving) atau pelaburan (investment) mana satu kaedah yang anda akan pilih, untuk mengembangkan lagi duit milik anda?

 

Saving dan investment adalah dua cara yang popular bagaimana seseorang itu menguruskan wang miliknya.

 

Simpanan dan pelaburan ini adakalanya nampak seperti kita melakukan benda yang sama. Saya juga perasan, kedua-dua terma ini kadang-kadang digunakan secara bersama, terutama sekali oleh mereka yang mempromosikan pelan-pelan pelaburan atau produk berkaitan instrumen kewangan.

 

Ayat yang kerap kita boleh perhatikan adalah seperti mulakan simpanan dan pelaburan anda seawal mungkin untuk masa depan anda yang lebih cerah.

menabung

Adakah simpanan dan pelaburan ini benda yang sama?

Adakah orang yang membuat saving secara automatik, telah membuat investment?

Adakah orang yang membuat investment sudah dikira mempunyai simpanan?

Pernah dengar orang hilang duit sebab buat investment?

 

Walaupun membuat simpanan dan membuat pelaburan seakan-akan sama, namun ia sebenarnya ada perbezaan yang agak banyak. Posting kali ini, saya akan membincangkan tentang perbezaan antara membuat simpanan dan juga pelaburan. Mudah-mudahan selepas anda membaca perkongsian ini, anda akan lebih jelas, sama ada perbuatan yang anda lakukan selama ini termasuk dalam membuat simpanan atau sebenarnya membuat pelaburan.

[Read more…]

Filed Under: kewangan Tagged With: maksud pelaburan, simpanan atau pelaburan

[JV] Saya bantu anda bayar hutang kad kredit guna duit komisen Affiliate! Nak?

August 8, 2019 by sabree hussin 2 Comments

Pelawat dan pembaca blog ini, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

 

Apabila saya meneliti statistik blog ini, saya dapati ada ramai juga mereka yang melayari laman blog ini sebab nak cari tips macam mana nak selesaikan masalah hutang kad kredit.

Sekiranya anda juga ada masalah hutang kad kredit dan berhasrat untuk cepat-cepat selesaikan hutang tersebut, saya syorkan anda sertai program affiliate dan jana pendapatan melalui program tersebut.

 

Program affiliate adalah percuma untuk disertai. Duit yang anda perolehi menerusi program affiliate ini nanti, bolehlah anda gunakan untuk bayar hutang kad kredit.

 

Kalau sebelum ini, anda perlu bayar RM300 setiap bulan as a minimum payment untuk langsaikan hutang kad kredit, dengan adanya pendapatan dari program affiliate contohnya sebanyak RM150 setiap bulan, maka anda bolehlah buat bayaran lebih, iaitu sebanyak RM450 setiap bulan.

 

Dengan ini, In Shaa Allah hutang kad kredit anda akan habis lebih awal.

 

Betul ke boleh buat duit melalui program affiliate?

Absolutely!

 

Menerusi program affiliate sememangnya boleh hasilkan pendapatan. Kalau anda lihat arkib blog ini, dulu saya banyak bercerita tentang komisen-komisen affiliate yang saya berjaya hasilkan daripada kerja-kerja penulisan blog.

[Read more…]

Filed Under: kewangan Tagged With: cara bayar hutang kad kredit, cara cepat langsaikan hutang kad kredit, hutang kad kredit, teknik lupuskan hutang kad kredit

Panduan hidup bebas tanpa hutang oleh Dr HM Tuah Iskandar

March 8, 2019 by sabree hussin 3 Comments

Ilmu untuk hidup bebas tanpa belenggu hutang adalah ilmu yang sangat penting untuk dipelajari oleh setiap orang. Berhutang itu sememangnya sangat mudah, tapi untuk bebaskan diri daripada belenggu hutang bukanlah satu perkara yang mudah.

 

Macam mana cara nak bebaskan diri daripada masalah hutang? Caranya hanya ada satu. Bayar hutang tersebut.

 

Sama ada anda bayar hutang tersebut menggunakan duit hasil usaha anda, ataupun ada orang lain yang bermurah hati nak tolong bayarkan hutang tersebut untuk anda. Selagi hutang tak dibayar, selagi itu anda akan dikira sebagai berhutang dan sampai bila-bila gelaran penghutang akan lekat pada diri anda.

 

Baru-baru ini, Dr HM Tuah Iskandar telah menulis sebuah ebook yang memuatkan teknik bagaimana untuk hidup bebas tanpa hutang.

bebas-hutang

Ebook ini boleh dimuat turun menerusi laman web ini dengan bayaran serendah RM27 sahaja pada waktu catatan ini ditulis.

 

Ini salah satu perkara yang saya suka dengan buku-buku hasil tulisan Dr HM Tuah Iskandar. Kebanyakkannya dijual dengan harga yang mampu milik. Saya rasa apalah sangat RM27 kalau nak dibandingkan dengan ilmu penyelesaian hutang yang dikongsikan dalam ebook ini.

[Read more…]

Filed Under: kewangan Tagged With: cara cepat selesaikan hutang, cara menyelesaikan hutang dengan cepat, hidup bebas hutang, panduan bebas hutang

Cukai peribadi dan sistem taksiran sendiri

February 22, 2019 by sabree hussin 1 Comment

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan yang cintakan negara, kita perlu ambil tahu tentang selok-belok sistem percukaian yang digunapakai di negara kita ini.

 

Walaupun membayar cukai itu bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, namun kita perlu tahu bahawa cukai yang dibayar itu sebenarnya adalah sebagai sumber pendapatan bagi negara kita. Dari duit cukai yang dibayar itu juga, segala rancangan pembangunan, penyediaan perkhidmatan yang terbaik serta pelbagai infrastruktur dapat disediakan dan dinikmati oleh rakyat negara kita.

 

Di negara kita, sistem cukai yang diamalkan menggunakan konsep self assessment (taksiran sendiri), yang mana setiap individu yang layak untuk menjadi pembayar cukai perlu menguruskan sendiri segala aspek berkaitan dengan cukai dari mula sampai habis, tanpa menunggu arahan atau mengharapkan bantuan dari pihak lain seperti LHDN misalnya.

sistem-cukai-pendapatan

Sekiranya individu tersebut mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah, bolehlah merujuk kepada mana-mana pakar seperti akauntan bertauliah bagi mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan dari seorang tax agent atau ejen cukai, anda boleh hubungi akauntan saya, Pn Diyana yang berkhidmat dengan syarikat Real Management Services.

[Read more…]

Filed Under: kewangan Tagged With: cukai pendapatan malaysia, cukai peribadi, sistem percukaian di malaysia, sistem percukaian malaysia

Belajar ilmu penggunaan kad kredit dari tauke kedai perabot

August 24, 2018 by sabree hussin 4 Comments

Dekat sekitar kawasan Sungai Besi, ada beberapa kedai menjual perabot. Saya juga pernah beli perabot dari beberapa kedai disini pada waktu saya baru mula-mula berpindah ke Cheras.

 

Kebanyakkan kedai perabot, style dan cara menjual lebih kurang sama. Dalam premis perniagaan, ada diletakkan beberapa jenis perabot, seperti set meja makan, set bilik tidur, rak buku dan sebagainya. Itupun tak banyak.

Kalau pelanggan nak tengok rekaan yang berbeza, kena tengok dalam katalog. Perabot yang diletakkan dalam kedai, sama ada perabot yang sudah ditempah oleh pelanggan, hanya tinggal hantar, ataupun stok lama yang dikategorikan sebagai clearance stock.

 

Cara perniagaan seperti ini, nampaknya lebih kurang sama dengan kaedah dropship. Bila pelanggan dah buat bayaran, barulah pemilik kedai akan order perabot dari kilang, untuk dihantar kepada pelanggan.

 

Saya perasan, kedai-kedai perabot yang saya kunjungi di area Sungai Besi, kebanyakkannya yang kerja disitu adalah orang Pakistan. Sampai satu tahap, saya pun tak pasti, sama ada orang Pakistan ini adalah pekerja sahaja ataupun perniagaan itu memang mereka yang jalankan.

 

Kalau dulu, mereka berniaga karpet. Sekarang ini, banyak geng-geng Pakistan dah mula masuk ke perniagaan perabot.

[Read more…]

Filed Under: kewangan Tagged With: cimb easy payment plan, ilmu kad kredit, ilmu penggunaan kad kredit, tips guna kad kredit

Hutang dalam RM, cari pendapatan dalam USD

June 27, 2018 by sabree hussin 2 Comments

Hutang. Bab hutang ini adalah bab yang paling tak best.

 

Saya percaya, semua orang dah tahu, bila dah berhutang WAJIB bayar, walaupun si pemberi hutang itu tak membuat sebarang tuntutan.

 

Ya, dari masa ke masa, saya akan tulis tentang topik hutang dalam blog ini. Ini untuk mengingatkan diri saya sendiri, yang ada banyak hutang, dan perlu usaha dengan lebih gigih untuk selesaikan hutang-hutang tersebut, termasuklah hutang yang tak dituntut.

kad-kredit-bagus-ke

Zaman sekarang ni, memang cukup susah nak jumpa dengan orang yang tak ada hutang langsung. Walaupun orang yang pendapatannya puluhan ribu ringgit setiap bulan pun tetap ada hutang.

 

Mungkin individu tersebut, sengaja tak nak langsaikan terus semua hutangnya, supaya nampak setiap bulan ada tanggungan dan komitmen hutang dengan institusi kewangan. Apa yang saya faham, benda ni perlu untuk mengekalkan credit score yang baik dengan pihak bank.

 

Berhutang itu tak salah. Malahan, orang yang berhutang, at the first place, berbuat demikian untuk tujuan yang baik.

[Read more…]

Filed Under: kewangan Tagged With: cara cepat langsaikan hutang, hutang, selesaikan hutang, teknik selesai hutang, tips berkesan selesaikan hutang

Perlukan keazaman yang kuat untuk langsaikan Hutang Kad Kredit

August 28, 2017 by sabree hussin 3 Comments

Dah agak lama saya tak menulis tentang hutang kad kredit dalam blog ni. Saya memang dah standby dengan beberapa draf artikel, tetapi untuk saya taip semula dalam bentuk yang proper, saya perlukan sedikit masa.

 

Jika boleh, dah tentu saya nak kongsikan serba sedikit nasihat yang praktikal dan yang boleh diikuti oleh pembaca, dalam mencapai matlamat bebas hutang kad kredit ni. Paling penting, nasihat yang saya bakal kongsikan ini, bukannya sekadar teori semata-mata.

 

Alah… kalau cuma nak bagi teori, saya rasa ramai yang boleh lakukan. Malahan, kalau nak jadikan topik ini sebagai tajuk karangan untuk para pelajar tingkatan lima pun, mereka pasti boleh lakukan.

kad-kredit-bagus-ke

Atas sebab tu, saya rasa lebih baik kalau saya menulis berdasarkan pengalaman sebenar dan juga contoh-contoh tindakan yang anda boleh praktikkan dengan serta merta. Jadi, masa yang anda peruntukkan untuk baca perkongsian saya ini nanti, tidaklah rasa seperti satu pembaziran.

[Read more…]

Filed Under: kewangan Tagged With: cara selesaikan hutang kad kredit, hutang kad kredit, langsaikan hutang kad kredit, selesaikan hutang kad kredit

Hutang Kad Kredit sebenarnya BAGUS atau TAK BAGUS?

January 7, 2017 by sabree hussin 6 Comments

Anda tidak ingin memiliki kad kredit kerana bimbang terperangkap dengan beban hutang kad kredit yang tak berkesudahan? Memang itu yang biasanya yang akan berlaku, lebih-lebih lagi jika seseorang itu tidak mempunyai kemahiran pengurusan wang yang betul.

 

Kad kredit yang sepatutnya memudahkan banyak urusan kita, akhirnya menjadi beban yang asyik menyusahkan kita semula. Kita sendiri sebenarnya yang perlu tahu macam mana nak guna dan macam mana nak mendisiplinkan diri supaya tidak berbelanja sesuka hati dengan menggunakan kad kredit.

kad-kredit-bagus-ke

Dari kita sekolah lagi kita dah diajar untuk berdisiplin dan berhemah dalam perbelanjaan. Saya tak tau bagaimana cara anda dibesarkan dan apa yang anda diajar tentang wang, tapi bagi saya, dari kecik lagi saya dah diajar untuk berjimat cermat dan menabung jika ada duit lebih. Maklumlah, saya bukannya datang dari keluarga yang senang.

 

Saya teringat buku yang pernah saya baca sebelum ni bertajuk “Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya“, dalam tu ada satu bab yang membincangkan topik bagaimana kad kredit sebenarnya boleh jadi pembantu setia dan kawan yang baik.

 

Maka hari ini, saya nak ajak pembaca semua untuk kita sama-sama melihat dengan lebih lanjut, apa dia sebenarnya kelebihan yang anda akan perolehi sekiranya mempunyai kad kredit dan melakukan transaksi menggunakan kad tersebut.

[Read more…]

Filed Under: kewangan Tagged With: credit card, kad kredit, kad kredit beri cash back, kelebhan kad kredit

Cara buat lebih banyak duit di Malaysia?

September 4, 2016 by sabree hussin 6 Comments

“Bagaimana agaknya cara yang boleh kita lakukan untuk buat lebih banyak duit?”

 

Perkongsian ini saya hasilkan bagi menambahkan pengetahuan dan juga bagi tujuan hiburan semata-mata. Mungkin ada beberapa kaedah yang saya ceritakan ini adalah kaedah yang praktikal, namun ada juga yang agak mustahil untuk berlaku kepada anda.

 

Walaubagaimanapun, daripada kaedah-kaedah yang saya ceritakan dalam ni, memang terbukti ada yang berjaya jadi kaya tau! Jadi, tanpa membuang terlalu banyak masa, apa kata saya kongsikan pada anda terus, apa dia cara-cara untuk menjadi lebih kaya yang boleh dipraktikkan jika di Malaysia.

 

(1) Kahwin dengan orang kaya

Ini biasanya hanya akan berlaku pada seorang wanita. Jarang saya dengar, ada orang lelaki yang dapat berkahwin dengan wanita yang kaya. In fact, mungkin satu-satunya cerita yang saya pernah dengar tentang seorang pemuda yang tidak berharta namun dapat berkahwin dengan seorang wanita yang kaya raya adalah kisah pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah sahaja.

cara-jadi-kaya

Berita yang biasa kita dengar jika di Malaysia, ia melibatkan perkahwinan antara golongan artis dengan VIP. Dan Ya, selain anda perlu jadi seorang yang sangat bertuah, anda juga perlu mempunyai rupa paras yang menawan.

[Read more…]

Filed Under: kewangan Tagged With: bagaimana buat duit, buat lebih banyak duit, cara buat duit

  • 1
  • 2
  • 3
  • Next Page »
Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in