Belajar ilmu penggunaan kad kredit dari tauke kedai perabot

by sabree hussin on August 24, 2018

in kewangan

Dekat sekitar kawasan Sungai Besi, ada beberapa kedai menjual perabot. Saya juga pernah beli perabot dari beberapa kedai disini pada waktu saya baru mula-mula berpindah ke Cheras.

 

Kebanyakkan kedai perabot, style dan cara menjual lebih kurang sama. Dalam premis perniagaan, ada diletakkan beberapa jenis perabot, seperti set meja makan, set bilik tidur, rak buku dan sebagainya. Itupun tak banyak.

Kalau pelanggan nak tengok rekaan yang berbeza, kena tengok dalam katalog. Perabot yang diletakkan dalam kedai, sama ada perabot yang sudah ditempah oleh pelanggan, hanya tinggal hantar, ataupun stok lama yang dikategorikan sebagai clearance stock.

 

Cara perniagaan seperti ini, nampaknya lebih kurang sama dengan kaedah dropship. Bila pelanggan dah buat bayaran, barulah pemilik kedai akan order perabot dari kilang, untuk dihantar kepada pelanggan.

 

Saya perasan, kedai-kedai perabot yang saya kunjungi di area Sungai Besi, kebanyakkannya yang kerja disitu adalah orang Pakistan. Sampai satu tahap, saya pun tak pasti, sama ada orang Pakistan ini adalah pekerja sahaja ataupun perniagaan itu memang mereka yang jalankan.

 

Kalau dulu, mereka berniaga karpet. Sekarang ini, banyak geng-geng Pakistan dah mula masuk ke perniagaan perabot.

 

Tahu tak macam mana nak bezakan antara orang Pakistan dengan Bangladesh? Saya tak berapa tahu. Tapi kalau mereka pakai baju macam jubah labuh ni, tahulah saya yang mereka adalah orang Pakistan.

orang-pakistan-jual-perabot

Satu hari, masa tengah tengok-tengok kedai perabot di Sungai Besi, saya perasan ada satu kedai tu, tauke dia orang cina! Saya ingatkan kedai perabot kat Sungai Besi ini, semuanya dah didominasi oleh orang Pakistan sahaja.

 

Kadang-kadang saya rasa macam agak leceh nak berurusan dengan orang asing. Kalau nak buat transaksi, semuanya CASH ONLY. Bila nak buat bayaran, terpaksa pergi keluar duit dulu, lepas tu bawak cash ke kedai.

 

Tapi kalau berurusan dengan peniaga tempatan, tauke cina la biasanya, kita ada pilihan untuk bayar guna kad kredit.

kad-kredit-bagus-ke

Saya tak kata guna kad kredit untuk bayar perabot itu bagus, tetapi setidak-tidaknya dengan adanya kemudahan ini, pelanggan macam saya ada pilihan yang lebih banyak untuk buat bayaran.

 

Dalam senarai, saya nak beli

  1. Rak pinggan
  2. Ampaian
  3. Wardrobe
  4. Rak buku
  5. Kerusi untuk meja makan 6 unit
  6. Meja tulis

 

Semua sekali, bila kira jumlahnya lebih kurang RM1,500. Oleh sebab kebanyakkan barang yang saya nak, semuanya hanya boleh lihat dalam katalog, tauke kedai ni kata kalau serius nak kena order dulu. 

 

Kalau nak order, kena bayar 40% deposit dulu, atau bersamaan dengan RM600. Bakinya boleh bayar dekat rumah, masa barang dah sampai.

 

“Boleh tak i nak tengok barang tu dulu, then bila saya dah puas hati, saya bayar 100%?”

 

“Tak boleh. Semua barang kena order dulu. Bila dah order, baru boleh tengok barang. Barang semua sama macam dalam katalog…” 

 

Entahlah… saya rasa macam susah nak berurusan dengan cara macam tu. Kalau boleh saya nak tengok-tengok dulu barangan yang saya nak beli. Itu sebab saya pergi ke kedai perabot pada waktu tu.

 

Kalau pergi ke kedai perabot, tapi lepas tu, cuma boleh tengok katalog dan buat tempahan, samalah macam saya order secara online.

 

Sekarang ni kalau nak beli perabot, boleh je beli dekat Ikea secara online. Tapi kalau saya dah walk in ke kedai perabot, sudah tentu saya nak tengok dulu kualiti barang yang nak dibeli tu.

 

Jangan bayar lump sum, guna Easy Payment

Saya berbelah bahagi untuk beli perabot dalam kedai tu. Waktu tengah silent moment tu, tauke kedai tu kata kat saya, “u nak bayar pakai kad kredit ke?”

 

Saya kata ya. Jawab sekadar jawab, dan bukannya saya betul-betul maksudkannya.

 

Masa inilah tauke kedai tu, sampaikan satu ilmu penggunaan kad kredit yang cukup bagus untuk saya. Benda ini, sebenarnya dah wujud lama, dan saya juga pernah tengok benda ni. Tapi itulah, disebabkan tak begitu ambik perhatian, jadi saya tak berapa perasan.

 

Kata tauke tu,

 

“U kalau nak pakai kad kredit, guna easy payment. Jangan bayar one shot. Kalau guna easy payment, boleh pecah-pecah amount dari RM1,500 kepada 10 kali bayar. Interest free pula…”

 

Untuk rekod, sebelum ini memang pernah beli barang yang harganya lebih kurang RM2,000 guna kad kredit. Tapi, bayaran dibuat secara ansuran (installment) selama 12 bulan kalau tak silap. Selepas mengambil kira caj-caj yang saya pun tak ingat, apa cajnya, setiap bulan, kad kredit yang digunakan kena caj sekitar RM170 setiap bulan.

 

Pada mulanya, credit limit masih ada lagi RM2,300 lebih kurang. Tetapi selepas buat pelan installment macam ni, credit limit terus kena potong RM2,000 dan hanya tinggalkan RM300 sahaja.

 

Rupanya benda ini, adalah easy payment. Dulu tak berapa ambik tahu, apa nama dia.

 

Easy Payment Plan with CIMB Credit Card

Oleh sebab saya pengguna kad kredit dari CIMB, jadi saya rujuk maklumat yang lebih SAHIH terus dari laman web CIMB.

 

Untuk lain-lain kad kredit, misalnya kad kredit HSBC, Bank Islam, Maybank dan sebagainya, cubalah rujuk dengan pihak bank masing-masing. Mungkin bank anda juga ada tawarkan easy payment.

 

Kata tauke cina tu,

“Nanti masa nak buat payment, u call bank on the spot, dan bagitahu pada customer service yang u nak convert payment yang baru buat tu sebagai easy payment. Kena buat on the spot, untuk convert terus jadi easy payment. Ada kena caj bank tapi tak tau berapa…”

 

Maklumat ini saya bandingkan dengan maklumat yang termaktub dalam terma dan syarat CIMB Easy Payment

“EP is only applicable for purchases made by Cardholders using the Card (“EP Purchases”) at selected approved participating merchants by CIMB Bank, also known as “EP Merchants”. For the avoidance of doubt, EP Purchases may be subject to the terms and conditions governing the products and services offered by EP Merchants. EP is not available for cash advance, quasi cash and transactions with cash rebates or double Bonus Points, payment of instalment under other instalment payment facility provided by the Bank or any other banks or financial institutions, and settlement of any annual fee, outstanding balances or charges imposed by the Bank under and/or pursuant to the terms of CIMB Bank’s Cardholder Terms and Conditions.”

 

Ayat yang penting ialah

… at selected approved participating merchants by CIMB Bank, also known as “EP Merchants”.

 

Justeru, kalau nama kedai perabot tu, tak termasuk dalam senarai approved participating merchants by CIMB Bank, besar kemungkinan transaksi yang bakal dilakukan tu pasti tak boleh jadi installment plan. Sebaik-baiknya, sebelum nak buat sebarang transaksi, semak dulu dengan pihak bank dan dapatkan confirmation dulu, bukannya terus pandai-pandai buat keputusan.

 

Tambahan lagi, untuk melayakkan sesuatu transaksi itu boleh dimasukkan dalam installment plan dibawah Easy Payment, ada minimum payment yang perlu kita penuhi.

“Subject to any variation or changes as may be determined by the Bank from time to time by giving adequate prior notice to the Cardholder, the Cardholder must meet the minimum spending amount charged to the Card to qualify for EP. The minimum spending required per purchase transaction depends on the Bank’s arrangement with the EP Merchants.”

 

Kalau minimum payment ialah RM2,000 dan kita punya transaksi ialah RM1,900… kita masih tetap tak layak untuk dapat kemudahan ini.

 

Dan satu lagi maklumat yang tak kurang pentingnya ialah, sebelum nak buat easy payment ni, kena pastikan baki kredit atau credit limit kita mencukupi.

EP Purchases will be considered a utilization of the Cardholder’s Card available credit limit under the Cardholder’s MasterCard and/or Visa Card Account. The Cardholder’s Card credit limit will be reduced by the amount of the EP Purchase and as each instalment under EP is paid by the Cardholder, the amount equivalent to such instalment paid will in turn, be restored to the Cardholder’s credit limit.”

 

Kalau credit limit pada kad kredit kita hanya tinggal RM3,000 dan barang yang kita nak beli tu, harganya RM3,500 kita tak layak untuk gunakan kemudahan ini.

 

Tetapi, saya tak pasti, kalau-kalau pihak merchant atau penjual boleh buat sedikit adjustment pada transaksi. Kita bayar sebahagian guna cash, dan sebahagian lagi guna kad kredit, sebab nak pakai Easy Payment. Sepanjang pengalaman saya guna kad kredit, sebenarnya tak ada masalah untuk campur-campur buat bayaran.

 

Sebahagian guna kad, sebahagian lain guna cash. Ataupun pernah juga saya buat, dalam satu transaksi, saya guna dua kad yang berbeza. Kalau cuma guna satu kad sahaja, credit limit tak mencukupi.

Baca juga: Bayar hutang kad kredit bernilai RM10 ribu melalui pendapatan dari bisnes ebay

 

Apa pun, walaupun ilmu penggunaan kad kredit yang diajarkan oleh tauke kedai tu mungkin tak berapa tepat, at least saya dapat belajar something. Lepas ini, untuk transaksi yang agak mahal, saya akan tanya dulu merchant tu, sama ada boleh guna Easy Payment atau tidak.

 

Kalau boleh guna, saya akan pakai kemudahan tersebut.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

rujukan August 27, 2018 at 8:42 pm

bro aku pun ada kredit kad, tp x penah lagi cuba beli barang secara hutang.

installment x pernah dan easy payment x pernah.

yg aku x faham adalah

apa beza installment biasa dengan easy payment

bro kata kalau buat instalment biasa, ada kena cas apa ntah yang bro x ingat

tapi kata kawan saya, beliau selalu buat installment guna kad kredit tapi xder kena pula cas tambahan apa apa sbb biasanya ada zero interest atau kalau kena cas pun dalam 4% sekali beli, itu sahaja

tapi bro kata kena caj dalam RM170 Setiap bulan, saya pening skit mana satu betul ni sbb ada terasa nak buat instalment, hehe

Reply

sabree hussin August 28, 2018 at 11:23 am

Easy payment, kita bayar guna credit limit tapi caj tak dikenakan lump sum. Kalau barang harga RM2,000, ia akan dipecahkan kepada beberapa kali bayaran. Setiap bulan akan kena potong sejumlah amaount.

Penggunaan biasa, kalau barang harga RM2,000, pada hari tu juga kad kena caj dengan RM2,000

Reply

Hairul HIssam August 30, 2018 at 7:13 pm

bagus juga installment tanpa caj nie utk mengurangkan beban kewangan pengguna.

pengalaman saya pula di sebuah kedai perabut.. Mula2 dtg tengok perabut dan beli… lepas dah biasa beli, saya minta kedai perabut tu whatsapp saya gambar2 perabut2 yg dia ada.. Saya pilih dan buat transfer online . Kemudian dia hantar..Mmg jimat masa…

Reply

sabree hussin August 30, 2018 at 8:48 pm

Bila dah biasa dan dah kenal, memang senang nak berurusan 🙂

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: