UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Promosi Vakum tanpa kord dan robotic dengan harga JIMAT keluaran A&S

July 29, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Adakah anda pernah dengar jenama A&S?

 

Nama A&S mungkin tidak sepopular jenama-jenama lain yang terdapat dipasaran. Namun, popularitinya semakin meningkat naik dan ia mula diterima oleh pasaran pengguna di Malaysia.

 

A&S adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk-produk elektronik yang mengkhususkan kepada peralatan dan kelengkapan rumah.

 

Antara rangkaian produk yang terdapat dalam jenama A&S ini adalah seperti

  1. LED Television
  2. Robotic Vacuum Cleaners
  3. Soundbars
  4. Peti sejuk
  5. Smart Television
  6. Air Fryers
  7. Penyaman Udara

 

Anda boleh lihat ada banyak lagi rangkaian produk dan model yang ditawarkan di kedai rasmi A&S melalui laman web Lazada Malaysia disini.

 

Pada tarikh 29 Julai 2019, pihak A&S telah mengumumkan tarikh tersebut sebagai A&S day, yang mana pada hari yang istimewa ini, akan terdapat produk-produk terkini yang ditawarkan dengan PROMOSI harga diskaun besar-besaran sehingga 70%.

 

Diskaun ini hanya akan dijalankan sehari sahaja dan harga yang sedemikian jimat tidak akan diperolehi ditempat lain!

diskaun-a-s

Cepat ke laman web Lazada untuk dapatkan tawaran ini sementara masa masih ada.

 

Anda boleh membeli A&S Pembersih Tanpa Kord Cleaner A100 dengan harga serendah RM279 (Harga biasa RM799)

[Read more…]

Filed Under: Produk

Rose Face Serum Zeeta – Senarai laman web yang menjual Rose Face Serum Zeeta

August 26, 2017 by sabree hussin 3 Comments

Adakah anda ingin mendapatkan produk Rose Face Serum Zeeta dengan cara yang paling mudah?

 

Jika jawapan anda adalah ya, mari saya kongsikan kepada anda semua, antara senarai laman web yang menjual produk Rose Face Serum Zeeta ini. Beli secara online sahaja, lebih mudah.

 

Hanya dengan menekan beberapa klik pada mouse, anda sudah boleh dapatkan produk ini.

rose-face-serum-zeeta-2017

Posting ni sebenarnya adalah lanjutan bagi posting saya yang sebelum ini. Jika masih belum baca, mungkin boleh luangkan sedikit masa untuk baca dulu post tersebut ya. Sila klik pada link dibawah untuk baca terlebih dahulu.

(1) Rose Face Serum Zeeta – Rahsia menghilangkan jerawat, jeragat dan parut jerawat seawal 14 hari

(2) Rose Face Serum Zeeta – Pengalaman dan testimoni menggunakan serum rose dari Zeeta

 

Selepas berkongsi dua artikel tentang produk ni, saya rasa ada baiknya saya buat artikel khas yang menyenaraikan laman web yang menjual produk ni.

 

Manalah tahu ada pembaca yang nak dapatkan produk ni kan. Jadi, dibawah ni adalah antara laman web yang anda boleh tuju untuk beli produk ni…

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: kelebihan rose face serum zeeta, promosi rose face serum zeeta, review rose face serum zeeta, Rose face serum, rose face serum zeeta, rose face serum zeeta 2017, serum mawar, testimoni rose face serum zeeta

Rose Face Serum Zeeta – Pengalaman menggunakan serum wajah berasaskan mawar dari Zeeta

August 24, 2017 by sabree hussin 3 Comments

Entri ni sebenarnya adalah sambungan pasal produk Rose Face Serum Zeeta yang saya pernah tulis dalam blog ni sebelum ni.

 

Sebelum baca posting ni, bolehlah baca artikel saya sebelum ni yang bertajuk Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jerawat, jeragat dan parut jerawat dengan pantas.

 

Sebenarnya, saya juga pernah guna produk Rose Face Serum Zeeta ini. Ini gambar produk ini yang saya gunakan.

rose-face-serum-pengalaman-guna

Ya, ini adalah botol yang lama. Saya dapat serum mawar ni bersama dengan Garam Mandian Aura Rezeki, hadiah daripada seorang kenalan di Facebook.

Baca juga: Garam Aura Rezeki: Rahsia KEAJAIBAN garam mandian Assyifa’

 

Dalam gambar ni, isi kandungannya adalah sebanyak 30ml sahaja. Kalau anda dapatkan produk Rose Face Serum Zeeta yang terkini, kandungannya adalah sebanyak 70ml.

 

Bukan itu sahaja, malahan produk ni juga telahpun dinaiktaraf.

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: apa itu rose face serum zeeta, kelebihan rose face serum zeeta, promosi rose face serum zeeta, Rose face serum, rose face serum zeeta, rose face serum zeeta 2017, serum mawar, testimoni rose face serum zeeta

Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari

August 19, 2017 by sabree hussin 85 Comments

Anda ada masalah jerawat dan jeragat?

 

Adakah anda sedang mencari penyelesaian pantas kepada masalah jerawat dan jeragat?

 

Anda berada di tempat yang betul. Sekejap lagi, dalam masa kurang dari 5 minit, saya akan tunjukkan kepada anda satu cara yang cukup berkesan untuk hilangkan jerawat, jeragat termasuklah bekas jerawat dengan cara yang cepat dan selamat.

cara-hilangkan-jeragat-paling-berkesan

Selepas anda mengetahui rahsia ini, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada masalah kulit buat selamanya.

 

Sebelum tu, saya ada teka-teki untuk anda. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang boleh digunakan untuk menyembuhkan masalah kulit dan menjadikan kulit lebih halus dan licin?

 

Hint dia… bunga ni ada banyak disekeliling kita dan mudah juga diperolehi. (jawapan saya berikan di akhir artikel ni)

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: apa benda rose face serum zeeta, Bagaimana nak hilangkan parut jerawat, Cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat, Cara hilangkan jeragat paling berkesan, kesan penggunaan rose face serum zeeta, masalah jeragat, masalah jerawat, Produk terbaik untuk hilangkan jeragat 2017, Produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat 2017, promosi rose face serum zeeta, Rose face serum, rose face serum zeeta, rose face serum zeeta 2017, serum mawar, testimoni rose face serum zeeta

Ubat herba untuk penyakit buasir

May 2, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Bagaimana caranya untuk melegakan penyakit buasir? Pesakit buasir memang jarang akan berkongsi masalah atau beritahu pada orang lain, jika dia mengalami penyakit buasir. Bagi dirinya, ini adalah satu subjek atau topik yang agak memalukan.

 

Sesetengah orang, perkataan buasir tu sendiri dijadikan bahan untuk bergelak ketawa. Memang kelakar kan, bila tengok kawan kita, yang tak senang duduk, susah nak berjalan, rupa-rupanya sebab kena buasir.

 

Ya, sesuatu perkara tu memang akan kelihatan kelakar. Lebih-lebih lagi bila bukan kena pada kita. Selagi tak kena pada kita, selagi tu kita rasa semua ini memang kelakar. Gelakkan selagi boleh.

 

Tetapi, sebagai salah seorang yang pernah mengalami penyakit buasir ni, saya FAHAM bagaimana seksanya bila ia berlaku. Semua benda terasa serba tak kena.

penyakit_resdung_dan_rawatan

Ok saya nak cerita serba sedikit tentang penyakit buasir ni. Memandangkan saya ni bukanlah seorang doktor, jadi penerangan dan penjelasan saya ni adalah penjelasan dari orang awam untuk orang awam sahaja. Memang tak ada istilah-istilah kedoktoran kat sini. Kalau ada yang minat nak tau dengan lebih lanjut, spesifik tentang masalah buasir ni, amatlah digalakkan untuk merujuk kepada pengamal perubatan.

 

Buasir atau juga dikenali sebagai Hemorrhoid adalah penyakit yang disebabkan oleh pembengkakan atau keradangan salur darah vena di bahagian dubur (anus) atau akhir usus (rectum). Buasir boleh terjadi disebabkan oleh proses meneran semasa membuang air besar ataupun disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah di dalam vena semasa mengandung.

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: masalah buasir, penyelesaian kepada masalah buasir, rawatan penyakit buasir, ubat buasir, ubat herba buasir

Tiada lagi sakit tangan ketika shopping! One Trip Grip kan ada

March 5, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

“Pernah tak anda rasa sakit pada tangan, terutama pada bahagian jari setiap kali anda mengangkat beg-beg plastik selepas anda membeli belah barangan dapur, sama ada di Giant, Tesco, atau dimana-mana sahaja?”

 

Pastinya pernah, kan. Ini adalah satu situasi yang saya kira normal dan akan dilalui oleh setiap orang yang biasa shopping. Beg-beg plastik yang kita pegang tu, lama-kelamaan akan menyakitkan jari jemari kita, dan kelihatan seolah-olah ia mula menjerut tangan kita sendiri.

 

Kita pun mula adjust beg-beg plastik yang ada di tangan kita. Cuba untuk mencari kedudukan yang kurang menyakitkan, namun akhirnya kecewa.

 

one-trip-grips-shopping-grocery-bag-holder-handleBenda yang dipanggil sebagai One Trip Grip ni mungkin sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah tangan berasa sakit ketika shopping. 

 

Jika anda berminat nak tau, berapa kos untuk dapatkan produk ini, anda boleh klik sini dan buat pilihan di laman web tersebut. Lain penjual akan tawarkan harga yang berbeza. Jadi anda boleh buat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum pilih mana-mana satu yang anda berkenan.

 

Kalau nak buat pilihan yang paling jimat juga boleh. Semuanya ada dilaman web tersebut.

 

Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu lihat terlebih dahulu sebelum dapatkan produk ini. Disebabkan saya dah beli produk ini, jadi saya nak share apa dia kriteria yang anda perlu lihat ya.

 

Pertama, ketahanan dan kekuatan produk. One trip Grip ni dikatakan mampu untuk menambung berat sehingga 50 paun atau lebih kurang bersamaan dengan 20KG. Walaubagaimanapun, anda perlu lihat dan rasakan sendiri, adakah One Trip Grip yang ada di tangan anda tu nanti mampu untuk menampung berat tersebut.

 

Agak-agak kalau dah mula tak stabil maka kenalah kurangkan sedikit beratnya. Biasanya orang akan beli dalam dua atau empat unit produk ni.

 

Kedua, dari mana produk akan dihantar kepada anda. Ini satu poin yang saya kira agak penting. Jika anda dapati, produk anda bakal dihantar dari luar negara, ia besar kemungkinan akan menyebabkan kelewatan dari segi penerimaan barang tersebut. Saranan saya, carilah yang lokal.

 

Ketiga, pastikan beg plastik tersebut tidak terlalu berat. Satu yang anda perlu tahu, produk ini dibuat daripada bahan plastik yang dikenali sebagai ABS plastik. Jadi, bila plastik ni, faham-faham sahajalah. Ia tidak begitu kukuh sebenarnya. Jadi, jangan la pula anda gunakan One Trip Grip ni untuk mengangkat barang-barang yang berat ya.

 

Keempat, produk ini dibuat di China. Seperti yang kita tahu, produk dari China ni bukannya tak bagus, namun ketahanan dia agak kurang.

 

Kelima, One Trip Grip akan memudahkan anda mengangkat beg-beg shopping anda. Ini fungsi dan kegunaan utama. Ia bukan sahaja memudahkan, malah ia juga akan memastikan tangan anda tidak sakit ketika mengangkat beg-beg tersebut.

 

Baiklah, harga One Trip Grip ni adalah sekitar RM10 – RM30 sahaja. Memang ada yang lebih mahal dari itu, namun saya kira dapatkan yang murah sahaja pun dah memadai. Baiklah, anda minat nak guna One Trip Grip ni masa shopping hujung minggu nanti?

 

Boleh tengok kat sini untuk buat tempahan.

 

 

 

 

Filed Under: Produk Tagged With: kelebihan one trip grip, masalah sakit tangan, one trip grip, one trip grip murah, sakit jari, sakit jari ketika beli belah

Apple iPhone Refurbished Set: Apa benda sebenarnya ni dan berbaloi ke untuk beli?

February 18, 2016 by sabree hussin 8 Comments

Salah satu iklan dari laman web Lazada yang menarik perhatian saya ialah iklan mengenai smartphone Iphone seperti dibawah ini.

 

apple-iphone-refurbished Secara jelas, ianya tertulis disitu FACTORY REFURBISHED Apple. Ia dijual dengan harga yang begitu menjimatkan.

 

Daripada harga asal RM1,199 ia dijual dengan harga RM690 sahaja. Satu penjimatan sebanyak RM509, dan ini bersamaan dengan diskaun sebanyak 58%.

 

Malahan, kalau anda klik pada pautan ini, anda akan dapat lihat ada banyak lagi penjual yang menawarkan harga yang lebih rendah.

 

Baiklah, bagaimana dan kenapa perkara seperti ini boleh terjadi? Apa sebenarnya set Apple Refurbished ni? Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan ini, ada dua buah laman web yang saya jadikan rujukan.

(1) Laman web Apple

(2) Laman web Amanz

 

Apa benda sebenarnya set refurbished ni?

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: apa benda iphone refurbished, Apple iPhone Refurbished Set

Senaman untuk perut, peha, pinggul dan bawah lengan

January 10, 2016 by sabree hussin 2 Comments

“Apa dia jenis senaman yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan perut yang kempis (kalau boleh nak dapatkan six pack), peha dan pinggul yang sekata dan menjadikan bawah lengan kelihatan lebih seksi?”

 

Ada ke? Dah tentulah jawapannya ADA. Kalau tak ada, buat apalah saya susah payah nak tulis pasal benda ni dalam blog ni… dan untuk pengetahuan para pembaca dan pelawat sekalian, sekarang ni saya agak excited nak kongsikan dengan anda semua tentang sejenis senaman yang anda boleh lakukan hanya dari rumah sahaja.

 

Saya tak pasti, sekarang ni adakah saya seorang yang selalu rasa macam tak ada masa nak bersenam, atau semua orang rasa benda yang sama? Tak kira dalam apa jenis senaman, sama ada untuk dapatkan perut yang lebih kempis, mahupun nak membuang lemak di sekitar pinggul, ia memerlukan senaman yang dilakukan secara konsisten.

senaman_perut_pinggul_dada

Pada masa yang sama, kita juga perlu jaga diet dan pemakanan. Kalau tidak, semuanya akan jadi sia-sia apabila kita dah bersusah-payah lakukan senaman, tiba-tiba kita tak jaga pemakanan. Maka kesannya, mungkin agak sukar untuk kita lihat.

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: senaman untuk perut, senaman untuk pinggul

Penyapu ajaib Swivel Sweeper memudahkan kerja-kerja menyapu

October 21, 2015 by sabree hussin 4 Comments

Orang lelaki ni memang tak berapa suka kalau kena buat kerja-kerja menyapu ni. Antara menyapu dengan vacuum, lebih baik vacuum. Tapi, tak semua tempat sesuai untuk kita guna vacuum. Itu yang pasti.

 

Saya sendiri, disebabkan ada masalah resdung, memang akan selalu bersin bila menyapu. Hidung saya memang sangat sensitif dengan habuk-habuk yang berterbangan tu. Selagi tak habis menyapu, maka selagi tu la asyik nak bersin je.

 

penyapu_ajaib_swivel_sweep Saya terjumpa pulak iklan tentang penyapu magik Swivel Sweeper ni masa tengah online kat FB. Iklannya asyik muncul kat newsfeed saya.

 

Boleh jadi, pada waktu ini, produk ini memang di cari-cari! Rasanya kat kedai-kedai biasa masih belum dijual secara meluas lagi.

 

Kalau nak dapatkan penyapu ajaib ni, kena tempah secara online. Boleh lihat harganya disini. Lalu apa lagi, saya pun carilah serba sedikit info yang berkenaan tentang penyapu ni. Nak jugak tau, kenapa dikatakan penyapu ni AJAIB.

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: penyapu ajaib, penyapu magik, penyapu swivel sweeper, swivel sweeper

Pengisar Ajaib Slap Chop memudahkan kerja-kerja mengisar anda

October 18, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

Pernah dengar orang bercerita tentang “Pengisar Ajaib”?

 

Kalau tak pernah dengar tentang pengisar ajaib, BAGUS. Sebab saya nak kongsikan dengan anda, apa benda sebenarnya yang dimaksudkan dengan pengisar ajaib tu.

 

pengisar_ajaibProduk ini pernah popular satu ketika dulu. Apa taknya, produk ini mampu untuk memudahkan kerja-kerja dapur anda, terutama sekali untuk kerja-kerja yang memerlukan anda untuk mengisar, memotong dan mencincang.

 

Sebelum tu, jom tonton dulu video dibawah ini. Anda boleh lihat sendiri, bagaimana pengisar ajaib slap chop ini berfungi dan bagaimana anda juga boleh dapat manfaat daripada penggunaan slap chop ini.

 

 

Dah tonton? Panjang video ini hanyalah dua minit sahaja… dan ia menerangkan hampir kesemua yang anda perlu tahu mengenai pengisar ajaib ini.

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: kelebihan slap chop, pengisar ajaib, pengisar ajaib slap chop, slap chop

  • 1
  • 2
  • Next Page »
Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in