UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?

March 4, 2021 by sabree hussin 6 Comments

PG Mall adalah sebuah platfrom online shopping mall yang beroperasi menggunakan konsep e-commerce.

 

Ia mula ditubuhkan pada tahun 2017 dan dikendalikan oleh syarikat PG Mall Sdn. Bhd.(836625-K). Syarikat ini disokong oleh sebuah syarikat jual beli emas yang cukup terkenal di Malaysia iaitu Public Gold Marketing Sdn Bhd.

Nama-nama seperti Lazada dan Shopee mungkin sudah tak asing lagi bagi para pembaca dan pelawat blog ini. Namun tahukah kalian, yang kedua-dua syarikat ini sebenarnya bukanlah syarikat tempatan?

 

Lazada dimiliki oleh Ali Baba Group yang merupakan syarikat dari China manakala Shopee pula dimiliki oleh Sea Group yang merupakan syarikat dari Singapore.

 

Malaysia juga ada banyak laman web dan juga platfrom e-commerce, namun kalau yang berpotensi untuk menjadi pesaing bagi platform seperti Lazada dan juga Shopee ini, mungkin tak salah kalau saya katakan PG Mall ada potensi untuk berbuat demikian.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit pg mall, program affiiliate pg mall, program referral pg mall

Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

February 1, 2021 by sabree hussin 1 Comment

Pernah tak anda shopping di laman web atau melalui apps PG Mall? 

 

Kalau anda belum pernah ada pengalaman shopping online di platfrom ini, jemputlah baca perkongsian pengalaman saya shopping di PG Mall ini.

Bermula tahun ini, saya plan nak beli at least satu produk setiap bulan di PG Mall. Tak kiralah sama ada produk tu murah, ataupun mahal.

 

Kebiasaannya kalau nak beli barang secara online, saya memang akan beli sama ada dari Shopee ataupun dari Lazada. Tapi semenjak saya mula ceburkan diri dalam bidang pelaburan dan simpanan emas, dan mula jadi dealer untuk Public Gold, saya kira apa salahnya kalau saya mula berbelanja di PG Mall pula.

 

Mana-mana barang yang boleh beli di PG Mall, saya beli di situ. Bukan apa, semua ini saya buat atas dasar untuk menyokong perniagaan milik jenama tempatan. Seperti yang saya pernah cerita sebelum ini, Lazada dimiliki oleh Ali Baba Group, iaitu sebuah syarikat dari China manakala Shopee itu pula dimiliki oleh SEA Group, iaitu syarikat yang berpengkalan di Singapura.

 

Kalau nak support local business, maka pilihlah PG Mall.

 

Dalam posting saya yang terdahulu, saya juga ada cerita tentang platform PG Mall ini yang ada membuka peluang untuk individu seperti kita jana pendapatan. Sama ada anda nak buat banyak income atau sikit melalui PG Mall, semua itu bergantung kepada setakat mana anda sanggup untuk berusaha.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: cara beli di PG Mall, kelebihan shopping pg mall, membeli di pg mall

Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan

January 20, 2021 by sabree hussin 2 Comments

Adakah anda sedang mencari pendapatan tambahan? Jika jawapan anda adalah YA, saya ada proposal untuk anda pertimbangkan.

 

Sebelum itu, saya harap anda ikuti penerangan yang bakal saya berikan dengan fikiran dan minda yang terbuka. Sebabnya apa yang bakal saya kongsikan disini, In Shaa Allah mampu untuk membantu mengubah hidup anda menjadi lebih baik.

Ya saya tahu, memang ada banyak individu diluar sana yang menjanjikan bulan dan bintang kepada anda. Tapi akhirnya, habuk pun tarak. Orang tersebut menjanjikan kekayaan buat anda, tapi akhirnya anda habis duit sebab termakan janji-janji tersebut.

 

Saya bukan orang seperti itu. Malahan anda tak perlu risau bab duit, sebabnya anda tak perlu keluar duit walau satu sen pun. Saya ulang sekali lagi, saya tak nak pun duit anda. Sebaliknya saya disini nak bantu anda buat duit.

 

Kalau anda teruskan baca, saya akan explain kepada anda macam mana cara yang saya akan buat untuk bantu anda.

 

Anda mungkin ada banyak persoalan, dan In Shaa Allah saya akan jawab satu per satu supaya anda faham. Bila dah betul-betul faham, lepas tu barulah anda buat keputusan.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan affiliate marketing, buat duit ketika pkp, buat duit referral marketing, kelebihan bisnes referral

Program Affiliate atau Pengiklanan Google Adsense – Mana satu PILIHAN anda?

August 9, 2020 by sabree hussin Leave a Comment

Terdapat pelbagai cara untuk hasilkan pendapatan di internet.

 

Cara yang popular dan mudah untuk jana pendapatan online adalah menerusi program Affiliate dan juga menyiarkan iklan-iklan berbayar melalui program pengiklanan.

Dari segi cara kerja, antara affiliate dengan adsense, ianya mempunyai banyak persamaan. Malahan, jika anda memilih untuk menggunakan laman web atau blog bagi tujuan pemasaran, anda akan dapati, untuk buat duit melalui kedua-dua kaedah ini tak banyak beza.

 

Ia boleh dijalankan serentak, dan anda boleh buat duit melalui kedua-dua kaedah ini.

 

Mana satu yang lebih baik? Program pengiklanan (Adsense) atau program Affiliate?

Andai kata kena pilih hanya satu, antara Adsense dengan Affiliate, saya akan kata… Adsense lebih baik!

 

Nak tahu kenapa?

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: perbandingan antara affiliate dengan adsense, program affiliate atau adsense

Risiko yang anda perlu tahu kalau nak buat duit dengan Affiliate Marketing

July 9, 2020 by sabree hussin 1 Comment

Setiap kali saya terjumpa pertanyaan seperti “ada tak siapa-siapa yang tahu kalau-kalau ada peluang nak bekerja dari rumah“ atau pertanyaan berbunyi “ada sesiapa yang boleh suggest peluang untuk buat bisnes dari rumah“ selalunya saya akan cadangkan si penanya tu tadi untuk buat affiliate marketing.

 

Setiap orang boleh sertai program affiliate dan boleh buat duit menerusi program ini.

 

Anda tak perlu jadi blogger untuk buat duit dengan affiliate program. Seperti yang pernah saya sebutkan dalam artikel-artikel terdahulu, ada macam-macam cara yang kita boleh gunakan untuk hasilkan pendapatan menerusi program affiliate.

 

Selain guna blog bagi tujuan promosi, anda juga boleh

1. Guna akaun media sosial

Sama ada Facebook, twitter, linkedIn dan sebagainya. Jarang orang sekarang ni tak ada akaun media sosial.

 

2. Boleh buat video kemudian upload di youtube

Tak ada sebarang bayaran untuk upload video ke Youtube. Cuma perlu ada peralatan yang sesuai dan sedikit keyakinan, untuk hasilkan video.

 

3. Boleh guna kaedah pemasaran melalui emel

Anda perlu langgan servis sistem autoresponder. Antara yang popular ialah Aweber, Getresponse dan juga Traffic Wave. Lazimnya kos langganan untuk menggunakan sistem autoresponder akan jadi makin mahal dengan pertambahan jumlah emel atau subscriber yang berjaya anda kumpulkan.

 

4. Boleh guna iklan berbayar

Buat iklan berbayar menerusi Google Adwords, Facebook Ads dan lain-lain. Anda akan dikenakan caj mengikut berapa banyak jumlah klik atau tontonan pada iklan anda.

buat-bisnes-difacebook

5. Cari freelancer yang tawarkan khidmat pemasaran dan bayar mereka upah supaya bekerja untuk anda

Ini satu lagi cara yang anda boleh lakukan, iaitu upah orang untuk buat kerja-kerja pemasaran bagi pihak anda. Golongan student, suri rumah, dan orang yang memang kerjanya sebagai freelancer pasti bersedia untuk lakukan kerja promosi bagi pihak anda.

 

Baik cukup setakat itu dulu.

 

Apabila saya cadangkan buat bisnes affiliate, terkadang tu ada juga yang tanya, buat affiliate ini tak ada risiko ke? Maklumlah, dia mungkin tak biasa dengan konsep affiliate marketing, jadi bila kita ajak dia untuk join dan buat kerja-kerja pemasaran, dia jadi kurang selesa dan kalau boleh nak tahu semua perkara yang berkaitan dengan bidang ini.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: bahaya buat duit dengan affiliate marketing, risiko affiliate marketing, risiko buat duit dengan affiliate marketing

Ini dia langkah demi langkah untuk anda mula Jana Pendapatan menerusi Program Affiliate Edisi 2020

June 12, 2020 by sabree hussin 7 Comments

Saya tahu ada ramai individu yang mencari pendapatan tambahan di internet. Anda mungkin salah seorang daripadanya. Saya harap, sepanjang usaha pencarian anda itu nanti, anda tak terpesona dengan program-program yang scam.

 

Jika saya ditanyakan soalan tentang apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk buat duit online, sudah semestinya nama program affiliate akan saya masukkan dalam senarai.

 

Ya, kalau anda serius nak buat duit di internet, cubalah sertai program affiliate. Saya percaya, dengan usaha dan teknik yang betul, anda juga pasti mampu untuk hasilkan pendapatan.

 

Menerusi posting kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk hasilkan pendapatan di internet melalui program affiliate.

 

Siapa saya dan adakah saya ini pakar affiliate marketing?

Eh eh mestilah tak.

 

Saya bukan pakar, tapi saya adalah sedikit pengalaman buat duit menerusi program affiliate ini.

 

Dekat luar sana, ada terlalu banyak program affiliate yang kita boleh sertai. Program ini pula silih berganti. Ada yang cuma bertahan dua atau tiga tahun, dan ada juga yang cemerlang dan bertahan lama.

 

Salah satu program yang saya sertai, telah memberikan saya komisen sebanyak RM13 ribu. Ini buktinya.

bukti-komisen-affiliate

Bukan saya dapat RM13 ribu setiap bulan. Tapi jumlah keseluruhan yang saya dah pernah dapat adalah RM13 ribu.

 

Saya ada buat beberapa akaun dengan program ini. Sudah tentu guna nama yang berbeza. Selain program diatas, saya juga banyak sertai program-program affiliate yang lain.

 

Ok cukup rasanya saya bercerita tentang diri saya. Saya bukan nak jual apa-apa barang, ebook ataupun program latihan. Saya hanya nak kongsikan beberapa langkah yang anda boleh tiru, dan seterusnya boleh buat duit tambahan menerusi program affiliate juga.

 

Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, ini dia yang anda perlu lakukan.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan affiliate, buat duit dengan program affiliate

Kelebihan menjadi Seller di Shopee VS Affiliate Shopee

May 21, 2020 by sabree hussin 2 Comments

Tahukah anda yang sebenarnya terdapat dua cara untuk kita buat duit melalui laman web Shopee? 

 

Ya, dua cara tersebut yang saya maksudkan adalah dengan menjadi seller dan juga menjadi ejen affiliate (atau ejen pemasaran). Tak kira sama ada anda memilih untuk jadi seller mahupun ingin jadi ejen sahaja, kedua-duanya ada potensi untuk hasilkan pendapatan yang lumayan.

 

Setiap kaedah ada kelebihannya. Kedua-duanya boleh buat duit.

 

Namun, jika anda lebih minat shopping, beli barang untuk kegunaan sendiri, maka dalam situasi ini, anda lebih cenderung untuk habis duit berbanding buat duit. Baiklah, kali ini saya nak cerita secara santai, apa dia kelebihan kalau kita jadi seller di Shopee. Saya juga akan sentuh kelebihan seandainya anda nak cuba jadi ejen affiliate untuk Shopee.

pembekal-dropship-shopee

Tanpa membuang lebih banyak masa, jom kita terus pergi ke topik yang ingin saya bincangkan pada kali ini.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit sebagai affiliate shopee, kelebihan affiliate shopee, kelebihan jadi seller shopee

Cara yang BERKESAN dan SELAMAT untuk buat duit online bagi tahun 2020

December 25, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Tahun baru 2020 akan menemui kita tak berapa lama lagi. Dalam masa kurang dari seminggu, tahun 2019 akan melabuhkan tirainya lalu pergi meninggalkan kita buat selamanya.

 

Bagaimana agaknya kehidupan kita semua nanti? Adakah akan jadi semakin baik, atau semakin mencabar? Mudah-mudahan dengan adanya pertambahan dari segi pendapatan, kita dapat merasai kehidupan yang lebih baik pada tahun 2020 nanti.

Persoalannya ialah, apa persediaan yang anda lakukan untuk tahun baru nanti? Dari segi ekonomi, apa ikhtiar yang anda lakukan, selain melakukan kerja hakiki, untuk menghasilkan pendapatan tambahan?

 

Kalau anda tergolong dalam kumpulan elit, yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak puluhan ribu dan pendapatan tahunan sebanyak ratusan ribu, hmm entri ini memang tentu sekali bukan untuk anda. Saya tulis artikel ini untuk rakyat marhaen macam saya.

 

Orang macam saya, yang mempunyai pendapatan yang biasa-biasa sahaja. Tidak mewah, tapi cukup untuk merasa dan menikmati kesenangan hidup didunia ini.

 

Justeru, saya cuba luangkan masa beberapa minit untuk menulis artikel ini. Bagaimana dan apa cara yang dijamin boleh buat duit serta SELAMAT untuk buat duit online, yang kita semua boleh praktikkan untuk tahun 2020 nanti.

 

Senarai yang saya buat ini, adalah cadangan yang anda boleh pertimbangkan. Saya percaya, jika anda juga sanggup untuk berusaha, bersusah-susah dahulu untuk jayakan idea-idea ini, kelak anda juga yang akan bersenang-senang sambil menikmati hasil susah payah kerja yang anda lakukan.

 

“So, apa yang saya perlu lakukan untuk buat duit online bagi tahun 2020 nanti?”

Ini dia.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit online 2020, cara berkesan buat duit online 2020, teknik buat duit online 2020

Cara menjana pendapatan dengan Android Apps

September 9, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Tahukah anda, dengan menjadi seorang Apps Developer atau pembangun applikasi, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan!

 

Benda ni, memang boleh buat duit dan dalam perkongsian kali ini, saya nak cerita bagaimana dengan mencipta apps, sama ada apps yang canggih dengan pelbagai fungsi, atau apps yang simple seperti apps permainan boleh memberikan pendapatan kepada anda.

 

Apabila anda dah faham konsep, bagaimana apps menghasilkan pendapatan, In Shaa Allah satu masa nanti anda akan lebih jelas dengan hala tuju dan pemilihan jenis apps yang hendak dibangunkan.

Jadi tanpa mengambil lebih banyak masa anda, saya kongsikan disini 6 cara bagaimana apps boleh menjana pendapatan untuk anda.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: apps buat duit, buat duit dengan android apps, buat duit dengan apps, cara jana pendapatan dengan android apps

Video PERCUMA Panduan belajar buat applikasi Android untuk orang baru

August 5, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Apa yang mendorong anda untuk belajar buat apps? 

 

Baru-baru ini, soalan ini muncul dalam minda saya. Pada umur saya sekarang ini, saya rasakan seperti dah agak tua untuk belajar satu skil yang baru, iaitu skil untuk buat apps. 

 

Saya rasa, kalau nak belajar buat apps ini, kena ada satu SEBAB atau reason why yang cukup kuat. Bidang ini adalah satu bidang yang baru, yang saya tak pernah sentuh sebelum ini.

 

Sedikit sebanyak, kena ada pengetahuan untuk buat kerja-kerja programming.

Saya membaca laman web Rahsia Buat Apps. Dari situ saya dapat tahu yang rupa-rupanya potensi pendapatan daripada apps adalah sangat lumayan.

 

Jika kena dengan caranya, boleh dapat income sehingga RM400 dalam sehari dari program Google Adsense! Para pemain Adsense, pasti sedia maklum, bukan mudah untuk jana even USD10 dalam sehari.

 

Inikan pula boleh dapat sampai USD100.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: belajar buat apps, belajar buat apps android, belajar buat duit dengan apps, buat duit dengan apps android

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • Next Page »
Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in