Cuba bayangkan kalau anda mempunyai sistem buat duit automatik anda sendiri.
Anda hanya perlu setup sistem tersebut sekali sahaja, kemudian anda biarkan. Anda boleh teruskan buat kerja-kerja rutin anda seperti biasa.
Disebabkan sistem yang anda telah pasang itu, ia mampu untuk bekerja sendiri.
Ianya betul-betul set and forget.
Cuma sesekali sahaja anda perlu semak, untuk lihat prestasi sistem tersebut, dan untuk rancang game plan untuk memaksimumkan keuntungan dan pendapatan dari sistem yang dimaksudkan.
Adakah sistem seperti ini benar-benar wujud?
Lihat screenshot dibawah
Ini salah satu sistem wang automatik yang dipasangkan dalam blog ini.
Oh ya… sistem ini hanya dapat beroperasi dengan baik jika anda mempunyai blog. Blog tersebut juga mestilah selalu dikemaskinikan dan mempunyai bilangan pelawat yang ramai.
Bukan sekadar blog syok sendiri.
Rumusnya… lagi ramai yang jadi pengunjung ke blog anda, lagi tiiiiiiiiinggi potensi income yang anda boleh dapat.
Sila abaikan amount yang saya terima.
Blog ini tak berapa power ๐
Lagipun… blog ni baru je melalui proses rebranding awal tahun hari tu. Jadi secara tak langsung, blog ni dah kehilangan banyak potential visitor.
Macam mana nak pasangkan sistem buat duit automatik ini, saya dah pernah jelaskan dalam artikel saya yang terdahulu berjudul: Cara hasilkan pendapatan dengan program pengiklanan Nuffnang
Kalau tak ada blog tak boleh ke pasang sistem buat duit automatik ni?
Boleh. Anda masih boleh pasang.
Pasang dekat website yang anda miliki.
Tapi macam yang saya kata sebelum ini, sistem ini hanya akan beroperasi dengan baik, apabila ia dipasangkan di laman blog. Manakala laman blog tersebut perlu mempunyai bilangan pelawat yang ramai.
Barulah ia dapat beroperasi dengan optimum.
kalau jenis orang masuk dan jadi auto klik secara paksa..
aku tak gemar cara ni.
nak banyak dapat, trafik kena banyak jugak lah. takpe rebranding awal-awal, nanti naik balik la tu. ๐
Assalamualaikum.
Memang patut buat, mudah sahaja. Letak dan cari trafik. Ada klik dapat duit
Wasalam, part yang agak mencabar mungkin ialah part kena mencari trafik tu ๐