Tahukah anda yang sebenarnya terdapat dua cara untuk kita buat duit melalui laman web Shopee?
Ya, dua cara tersebut yang saya maksudkan adalah dengan menjadi seller dan juga menjadi ejen affiliate (atau ejen pemasaran). Tak kira sama ada anda memilih untuk jadi seller mahupun ingin jadi ejen sahaja, kedua-duanya ada potensi untuk hasilkan pendapatan yang lumayan.
Setiap kaedah ada kelebihannya. Kedua-duanya boleh buat duit.
Namun, jika anda lebih minat shopping, beli barang untuk kegunaan sendiri, maka dalam situasi ini, anda lebih cenderung untuk habis duit berbanding buat duit. Baiklah, kali ini saya nak cerita secara santai, apa dia kelebihan kalau kita jadi seller di Shopee. Saya juga akan sentuh kelebihan seandainya anda nak cuba jadi ejen affiliate untuk Shopee.
Tanpa membuang lebih banyak masa, jom kita terus pergi ke topik yang ingin saya bincangkan pada kali ini.
Kelebihan kalau jadi seller di Shopee
1. Boleh jual apa-apa jenis produk
Saya andaikan, anda masih belum ada sebarang idea, nak jual apa dekat Shopee. Untuk situasi seperti ini, saya syorkan anda masuk ke website tersebut dan cuba lihat apakah barang-barang yang dijual disitu.
Anda akan dapati, macam-macam produk ada dijual disitu. Dari produk yang paling murah berharga RM1 (atau kurang) hinggalah yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Asalkan produk tersebut tak menyalahi undang-undang, anda boleh jual di Shopee.
Mari saya tunjukkan antara produk yang mungkin anda tak percaya ada jual di Shopee.
Ya betul wahai pembaca sekalian. Petai pun ada yang jual dekat Shopee. Tengoklah seller dari Kelantan tu, dah berjaya jual sebanyak 507 unit. Letak je apa-apa produk, dan jika pembeli rasakan apa yang anda tawarkan tu menarik, mereka pasti akan beli.
2. Pihak Shopee akan bantu iklankan produk yang kita jual
Kalau anda malas nak buat iklan, malas nak buat promosi untuk produk yang anda sendiri jual, maka sangatlah sesuai untuk anda gunakan Shopee. Hal ini kerana pihak Shopee akan jalankan kerja-kerja marketing dan akan pastikan ada pelawat yang masuk ke web jualan mereka. Jika pelawat tersebut berkenan untuk beli produk yang anda jual, maka anda juga akan dapat keuntungannya.
Satu lagi kalau anda nak tahu, ada juga jualan yang terhasil daripada kerja marketing yang dijalankan oleh para affiliate Shopee. Walaupun anda cuma upload produk, anda masih ada peluang untuk buat duit sebagai seller di Shopee.
Mana saya tahu semua ini? Sebab saya juga adalah seorang affiliate yang mempromosikan produk-produk di Shopee. Jadi saya sendiri kerap mempromosikan laman web ini dan juga produk-produk di Shopee secara rawak.
3. Kita boleh beli servis iklan dari Shopee untuk hasil yang lebih baik
Untuk mereka yang berjiwa usahawan, sudah tentu mereka tak akan duduk diam dan mengharap sales masuk dengan sendirinya. Betul tak?
Individu seperti ini boleh pilih untuk bayar sejumlah wang untuk buat iklan berbayar di web Shopee. Iklan berbayar ini akan muncul paling atas untuk setiap carian yang dibuat oleh pelawat, dan ini akan meningkatkan kebarangkalian untuk pelawat itu tadi beli produk anda.
4. Kita sendiri tetapkan berapa kadar keuntungan dan berapa banyak income yang kita mahukan
Setiap orang, akan dapat hasil yang berbeza-beza. Ada banyak penyebab, contohnya dari segi usaha, ilmu, apa produk yang dijual dan macam-macam lagi.
Baca juga: Senarai panduan Shopee untuk anda muat turun
Bab pemilihan produk ini juga ada kaitan dengan personaliti kita. Kalau kita suka fesyen, mungkin kita tak ada masalah untuk jual produk-produk berkaitan dengan fesyen.
Ada orang yang memang berjaya sebagai seller di Shopee dan berjaya hasilkan jualan sehingga ratusan ribu ringgit. Andaikata anda minat nak tahu apa rahsianya, semuanya telah dibongkar secara underground dan anda boleh baca disini.
5. Yuran untuk berniaga yang rendah iaitu sekitar 2% sahaja
Setiap tempahan yang berjaya dilakukan melalui Shopee, pihak Shopee akan kenakan yuran sebanyak 2% sahaja. Anggaplah ini sebagai kos untuk berniaga. Yuran ini dikenakan bagi memastikan pihak Shopee boleh terus maintain platform mereka dan dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada para seller.
6. Anda boleh buat dropship, pre-order, pre-love atau jual produk yang memang ada dalam tangan
Tak ada produk dalam tangan? Tak ada masalah, sebab anda boleh buat dropship. Cara ini lebih selamat dan kurang risiko. Anda hanya order stok produk apabila ada tempahan dari pelanggan. Perlu diingatkan, anda perlu ada duit modal sendiri untuk buat cara ini.
Buat dropship di Shopee tak sama macam anda guna FB atau media sosial. Pembeli akan bayar kepada Shopee dan bukannya kepada anda. Justeru, anda tak boleh gunakan duit pelanggan untuk beli stok dari pembekal.
Anda juga boleh jual produk menggunakan konsep pre-order. Anda perlu nyatakan secara jelas yang produk tersebut adalah pre-order kepada pelanggan anda. Produk seperti ini lazimnya akan ambil masa yang lebih panjang untuk sampai ke tangan pelanggan. Kalau pelanggan tu tak sanggup tunggu, lebih baik jangan berurusan dengan pelanggan tersebut.
Produk pre-love ataupun produk terpakai. Baju bundle, baju-baju yang anda dah tak pakai, koleksi peribadi yang anda dah tak perlukan, semua ini boleh dijual.
Daripada anda biarkan sahaja barang-barang lama terbiar dan berhabuk, mungkin boleh pertimbangkan untuk jual sahaja barangan tersebut.
7. Jumlah pelawat yang sangat ramai dari seluruh Malaysia
Dianggarkan dalam sebulan jumlah pelawat yang melayari web Shopee adalah lebih kurang 21.13 juta pelawat.
Jumlah ini tersangatlah besar, dan tak akan mampu ditandingi oleh mana-mana shopping mall yang ada di Malaysia ini.
8. Setiap pelawat adalah potential buyer
Ini adalah satu hakikat yang tak dapat kita sangkal lagi. Setiap pelawat yang masuk ke laman web Shopee, kebanyakkannya berhajat untuk membeli sesuatu. Ya, mungkin dia tak membeli hari ini, sebab dia baru nak survey harga, baru nak cari seller yang boleh dipercayai dan sebagainya, namun yang pasti niat untuk membeli itu memang dah ada.
Berbeza halnya dengan kita cuba untuk buat jualan melalui media sosial. Pengguna media sosial lazimnya menggunakan platform tersebut bagi tujuan untuk bersosial, dan bukannya untuk membeli.
Lagi satu, sekarang ini dah banyak buat cara ini untuk shopping online. Kalau mereka berkenan dengan sesuatu produk yang diiklankan di media sosial, mereka akan cek dulu sama ada di Shopee atau Lazada untuk melihat kalau-kalau ada produk yang sama yang dijual dengan harga yang lebih murah.
Selain nak cari harga yang lebih murah, mereka ini lebih selesa beli melalui shopee sebab nak elak kena tipu dengan scammer.
9. Persekitaran jual beli yang selamat daripada scammer
Saya akan cerita secara ringkas bagaimana proses jual beli di Shopee adalah lebih selamat daripada ditipu oleh scammer.
Baca juga: Langkah-langkah elak kena tipu dengan scammer di social media
Pembeli akan lihat produk yang dia minat nak beli. Seterusnya dia akan buat tempahan dan bayaran akan dibuat ke akaun Shopee.
Penjual akan terima notifikasi tempahan produk dan dia perlu pastikan produk yang ditempah sampai ke tangan pembeli.
Hanya apabila pembeli berpuas hati dengan produk yang dibeli, barulah Shopee akan serahkan bayaran yang telah dibuat oleh pembeli itu tadi kepada penjual.
Jual beli melalui Shopee (atau Lazada) dapat elakkan berlaku penipuan seperti pembeli tipu resit online transfer ataupun penjual tipu dengan menghantar produk yang salah atau langsung tak hantar produk.
10. Boleh terima pelbagai kaedah pembayaran
Ini juga merupakan satu kelebihan bila kita berniaga di Shopee.
Pelanggan yang minat nak beli produk kita, boleh buat bayaran melalui pelbagai kaedah antaranya online banking, kad debit, kad kredit ataupun boleh juga nak bayar cash melalui Seven Eleven.
Berbeza halnya kalau kita berniaga di media sosial atau di laman web sendiri. Bagi yang baru nak bermula, anda mungkin hanya mampu untuk terima bayaran melalui online banking sahaja. Kalau ada pelanggan yang nak bayar menggunakan kad kredit atau bayar cash, anda terpaksa tolak pelanggan seperti ini.
Kelebihan kalau jadi ejen affiliate di Shopee
Sebelum saya nak bercerita tentang apa kelebihan kita jadi ejen affiliate bagi Shopee, biar saya beritahu bagaimana caranya nak daftar jadi ejen affiliate Shopee.
Sekarang ini, setakat yang saya tahu ada dua cara untuk daftar jadi ejen affiliate Shopee. Cara yang pertama adalah melalui laman web Involve Asia. [sila daftar disini]
Oleh sebab sebelum ini saya dah pernah cerita cara-cara untuk join affiliate Shopee melalui Involve Asia, jadi saya tak akan ulang sekali lagi.
Bagi yang nak tahu, boleh baca posting saya yang berjudul Program Affiliate Shopee – Cara Join dan Bukti Income.
Satu lagi cara untuk anda daftar untuk sertai program affiliate Shopee adalah menerusi laman web Access Trade Malaysia. [Sila daftar disini]
Saya pun baru sedar kewujudan laman web ini beberapa hari lepas dan masih baru dengan program kendalian mereka. Jadi buat masa ini saya masih belum dapat tunjukkan sebarang bukti pendapatan kepada para pembaca blog ini.
Walaubagaimanapun saya dah daftar, dan In Shaa Allah, saya akan lakukan yang terbaik untuk buat duit melalui platform mereka. Anda yang minat nak jadi affiliate untuk Shopee, bolehlah pertimbangkan untuk daftar melalui website tersebut ya.
Baiklah, sekarang kita lihat pula apa dia kelebihan menjadi affiliate bagi laman web Shopee.
(1) Boleh terus mula buat duit dengan serta merta
Kita hanya perlu daftar sebagai ejen, seterusnya setelah pendaftaran kita berjaya, kita dah boleh mula buat kerja-kerja promosi. Dekat laman web Shopee tu sendiri ada beribu-ribu produk dan kalau kita tak sure nak promosikan produk apa, saya syorkan anda mulakan dengan mempromosikan produk yang sedang trending atau yang popular di Shopee.
Lihat screenshot dibawah ini.
Anda hanya perlu dapatkan link affiliate untuk setiap produk dan mulakan share sama ada di media sosial, tulis artikel dalam blog, ataupun buat video dan siarkan di youtube.
Selain mempromosikan produk dalam kategori tertentu dan produk yang spesifik, anda juga masih boleh dapat komisen apabila promosikan homepage sahaja.
Dengan syarat, ada orang yang klik pada link affiliate anda dan lepas tu orang tersebut buat pembelian.
Saya nak highlight sekali lagi, dalam program affiliate ini, kena ada berlaku pembelian, barulah anda akan dapat bayaran komisen. Kalau tak ada pembelian, maka tak ada komisen.
2. Potensi pendapatan yang tiada hadnya
Anda boleh hasilkan seberapa banyak komisen yang anda mahukan. Asalkan kena rajin. Rajin buat promosi dan rajin bercerita tentang produk-produk yang ada dijual di Shopee.
Dari segi kadar keuntungan, ianya tak sebesar apabila kita jadi seller. Boleh tengok contoh diatas ini.
Untuk jualan bernilai RM50.90, komisen saya cuma RM1.07 sahaja. Ya, sangat sedikit. Tapi sebagai seller, tak mustahil yang dia sebenarnya ambik untung RM10 – RM20 untuk produk yang dia jual.
Kalau nak untung yang banyak, jadi seller. Kalau nak buat kerja senang, jadilah affiliate macam saya. Saya kata affiliate ni kerjanya senang sebab saya sendiri tak tau apa produknya, siapa pelanggannya, dan yang saya tahu hasil usaha pemasaran yang saya lakukan telah memberikan hasil.
3. Anda tak perlu urus pelanggan
Tugas kita sebagai ejen affiliate hanyalah membawa masuk trafik atau bakal pelanggan ke laman web shopee. Seterusnya terpulang pada individu tersebut sama ada nak buat pembelian atau tidak.
Dalam keadaan ini, kita tak perlu fikir pasal nak jual produk apa, tak perlu nak jawab sebarang soalan dari bakal pelanggan, tak perlu nak balut produk dan juga post barang. Kita langsung tak perlu nak berinteraksi dengan pelanggan.
4. Tugas kita hanyalah buat promosi
Adakah kerja promosi ni kerja yang mudah? Erm.. tak juga. Tapi kalau sebelum ini anda pernah ada basic tentang marketing, ianya sangat membantu.
Bila nak buat marketing secara online ini, anda gunalah apa-apa kaedah yang sesuai dengan anda. Sama ada nak fokus gunakan akaun media sosial, blog, youtube dan lain-lain lagi. Kalau ada bajet, boleh juga gunakan kaedah pengiklanan berbayar.
5. Tiada had produk yang kita boleh promosikan
Semua produk yang ada di Shopee kita boleh promosikan. Kalau jadi seller, kita hanya akan dapat untung kalau dapat jual produk yang kita jual sahaja.
Buat kerja sebagai affiliate, kita tak perlu bimbang tentang persaingan harga. Tak kisah mana-mana satu produk yang dibeli oleh pelanggan, kita tetap akan dapat komisen. Yang penting pelanggan tersebut kita yang refer ke website Shopee.
Salah satu cara yang sangat berkesan untuk buat duit adalah dengan membuat perbandingan harga. Biasanya untuk produk yang sama dan kualiti juga sama, pelanggan akan pilih untuk beli dari seller yang mampu tawarkan harga yang murah. Kita sebagai affiliate, tak kisah pun dia nak beli dari seller mana satu.
Kalau pelanggan beli dari seller yang tawarkan harga mahal, kita akan dapat komisen. Kalau pelanggan beli dari seller yang tawarkan harga murah, kita juga masih tetap dapat komisen.
6. Tak perlu nak risau tentang nak urus produk dan inventori
Kalau anda pernah buat bisnes online, pasti anda biasa berdepan dengan masalah seperti kehabisan stok. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila bukan anda seorang sahaja yang kehabisan stok, malahan pembekal anda juga tak ada stok. Pening-pening. Macam mana nak buat jualan kalau produk yang nak dijual dah kehabisan stok, betul tak?
7. Tak perlu khuatir untuk perang harga
Kenapa orang pilih untuk beli online? Saya berpendapat faktor harga adalah penyebab kenapa orang pilih untuk beli secara online. Apa yang boleh saya katakan, kebiasaannya harga yang kita boleh dapat kalau beli online adalah lebih murah berbanding beli di kedai.
Anda boleh buat perbandingan, berapa harga jam tangan G-Shock dekat kedai jam berbanding dengan harga di Lazada atau Shopee. Untuk model tertentu, anda pasti terkejut apabila mengetahui perbezaan harga boleh mencecah ratusan ringgit.
Kalau anda minat jam tangan G-Shock dan tak tau kat mana boleh dapat harga yang murah, bolehlah baca posting saya berjudul senarai penjual jam tangan G-Shock original dengan harga yang murah.
So faktor harga sangat memainkan peranan untuk berjaya dalam bisnes ini. Biasanya hanya mereka yang ada modal yang besar, yang mampu untuk beli stok produk dalam kuantiti yang besar sahaja yang mampu tawarkan harga murah. Bagi yang modal kecil, tak mampu nak berbuat demikian.
Tapi itu semua bukan masalah kita. Sebagai ejen affiliate, kita tak perlu nak fikir hal-hal tersebut.
Baiklah, saya rasa cukup panjang perkongsian kali ni. Tadi saya plan nak cerita secara ringkas sahaja. Tak sangka pula jadi panjang artikel ini.
Apa pun, tak kira sama ada anda nak pilih untuk jadi seller ataupun affiliate, saya doakan semoga anda dimurahkan rezeki dan berjaya dalam bidang ini.
ciktom says
affiliate involve asia tu cpt betul asyik capai limit reach utk shopee…jap nak godek accesstrade plk..tenkiu…
sabree hussin says
Accesstrade pun ada limit juga. Tapi boleh la ganti-ganti dengan IA nanti