UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula

July 20, 2018 by sabree hussin 15 Comments

Apakah sebenarnya terdapat rahsia kejayaan dalam menjalankan bisnes homestay di Malaysia? Jika benar ada rahsia, apakah agaknya rahsia kejayaan tersebut?

 

Kenapa ada pengusaha bisnes homestay, yang berjaya dapat tempahan penuh setiap bulan, dan pada masa yang sama, ada pengusaha yang cukup sukar untuk dapatkan penyewa, walaupun hanya untuk satu malam dalam sebulan.

iklan-terbaik-pernah-dihasilkan

Bagi orang yang dah lama menjalankan bisnes homestay, mungkin mereka akan dapati apa yang saya kongsikan dalam ini, adalah common sense sahaja. Itu sebabnya, saya nak tulis artikel ini, dan tujukan ia kepada mereka yang baru nak bermula. Kalau yang dah PAKAR tu, nak baca juga pun boleh, cuma jangan menyesal kalau apa yang saya share dalam ni cuma biasa-biasa je ya.

 

Orang yang baru nak mulakan perniagaan homestay, mungkin terdapat beberapa perkara yang mereka akan terlepas pandang. Maklumlah, bisnes homestay di Malaysia ini biasanya dikendalikan oleh orang perseorangan.

 

Dia yang kena fikir tentang macam mana nak dapatkan tetamu.

Dia kena fikir bab pemasaran.

Dia kena fikir tentang keselesaan.

Dia kena fikir aspek kewangan.

 

Bila semua tanggungjawab terletak pada bahu satu orang sahaja, maka tak hairan kalau ada perkara yang terlepas pandang. Bukannya tak tahu, tapi tak perasan.

 

Apa kata anda luangkan sedikit masa untuk baca perkongsian saya mengenai bisnes homestay ini. Artikel ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya menginap di beberapa homestay di Malaysia dan sedikit sebanyak saya kongsikan juga beberapa input yang saya perolehi hasil daripada temubual yang saya lakukan terhadap beberapa pemilik homestay, yang pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini.

 

Anda tak perlu susah payah nak interview pemilik homestay lain, seperti yang pernah saya lakukan. Anda hanya perlu luangkan masa tak sampai lima minit dah cukup, dan cuba hadam apa yang saya kongsikan dalam posting ini.

 

Mana yang anda rasa berguna, sila ambil dan amalkan. Mana yang tak bagus atau anda tak setuju, ketahuilah bahawa saya juga ada kelemahan dan pandangan tersebut mungkin lahir daripada kelemahan yang ada pada diri saya sendiri.

 

Tanpa membuang lebih banyak masa (untuk menaip), jadi saya akan terus kepada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan bagi memastikan kejayaan anda menjalankan bisnes homestay yang berjaya di Malaysia.

 

 

(1) Pemilihan lokasi homestay yang sesuai

Seperti kebanyakkan perniagaan yang ada di negara kita, faktor pemilihan lokasi adalah faktor yang SANGAT PENTING. Kita mahukan pelanggan kita keluar dari zon selesa mereka dan luangkan masa mereka untuk datang ke tempat kita.

 

Bukan senang nak buat orang lain keluar dari zon selesa mereka… melainkan kita boleh tawarkan satu zon yang lebih selesa, atau sekurang-kurangnya setara dengan zon selesa mereka.

Orang yang biasanya tinggal dalam banglo, agak susah untuk kita yakinkan mereka untuk tinggal dalam homestay yang kita bina dari rumah jenis apartment.

Orang yang memang tinggal di apartment, tak ada masalah untuk kita jemput mereka tinggal di homestay dari rumah kediaman jenis kondo.

 

Homestay kita WAJIB berada di kawasan yang STRATEGIK. Lokasi tersebut merupakan kawasan tumpuan orang ramai, sama ada tempat itu mesti akan dikunjungi oleh ramai orang setiap minggu atau setiap kali musim cuti, atau setidak-tidaknya setiap kali berlaku peristiwa tertentu.

 

(2) Reputasi yang boleh dimanfaatkan

Topik mengenai reputasi ini adalah sambungan bagi poin sebelum ini. Apakah reputasi tempat tersebut yang anda boleh manfaatkan? Saya bagi contoh ya.

 

(i) Kawasan tarikan pelancongan

Jika kawasan tertentu memang terkenal dengan aktiviti pelancongan, maka ini adalah satu sebab yang cukup kukuh untuk jalankan bisnes homestay disitu.

ladang-teh-boh-sungei-palas

Contohnya macam di Cameron Highland, kebiasaannya kalau hujung minggu atau masa cuti, memang penuh sesak dengan pengunjung.

 

Pada pandangan anda, apakah faktor yang menjadikan Cameron Highland ini menjadi tempat tumpuan pengunjung?

Saya boleh berikan beberapa sebab, antaranya ialah

a. Pengunjung ingin menikmati suasana sejuk berada dikawasan pergunungan.

Bayangkan betapa seronoknya perasaan pengunjung apabila dapat menikmati suasana dingin hingga perlu memakai jaket pada siang hari kerana suasana sejuk disini. Tak perlu keluar negara pun dah cukup seronok.

 

b. Pengunjung ingin melihat pemandangan serba hijau yang cukup memukau seperti di Ladang Teh Boh Sungei Palas dan juga Ladang Teh Cameron Tea Valley.

 

c. Bergambar dengan berlatarbelakangkan kebun bunga yang sangat cantik dan berwarna-warni contohnya seperti di Cameron Lavender Farm dan juga Taman Agroteknologi MARDI

 

d. Membeli sayur-sayuran segar dan juga pokok bunga dengan harga yang murah

 

e. Memetik buah strawberi

 

Ini semua adalah suatu pengalaman yang agak sukar untuk diperolehi ditempat lain. Baiklah, sekarang apa kata kita kembali kepada perniagaan homestay yang bakal anda jalankan.

 

Sekiranya homestay anda terletak betul-betul ditempat tarikan pelancong, atau sekurang-kurangnya tidak jauh dari kawasan tarikan pelancong, cuba anda senaraikan, apakah perkara menarik yang terdapat disitu? Bukan semua orang tahu, apa yang menarik yang ada disesuatu tempat. Melainkan kalau orang tersebut pernah sampai ke tempat itu.

 

Justeru, apabila anda membuat senaraian perkara menarik yang ada ditempat anda, ini mungkin akan membuatkan orang yang belum pernah sampai ke tempat anda jadi tertarik untuk datang bercuti ke situ. Siapa tahu, untuk penginapan, dia akan memilih homestay anda.

 

(ii) Kawasan tumpuan perniagaan

Adakah dikawasan anda ada tempat shopping yang popular? Kalau ada, maka orang boleh datang untuk shopping dari pagi sampai malam, kemudian menginap di homestay anda satu malam dan balik keesokkan harinya. Tak perlulah nak tergesa-gesa bila membeli-belah.

 

Kalau bercakap mengenai tempat shopping ini, lazimnya ia tertumpu dikawasan ibu negara Kuala Lumpur.

Antara tempat yang memang popular adalah seperti Ikea, KLCC, Berjaya Times Square, Pavillion dan banyak lagi. Bagi mereka yang memang tinggal di Selangor, atau memang lahir di Kuala Lumpur, tempat-tempat ini memang tak asing lagi. Anda juga mungkin biasa berkunjung ke tempat tersebut.

 

Tapi situasi ini pastinya berbeza bagi mereka yang tinggal agak jauh, seperti mereka yang datang dari sebelah utara atau pantai timur. Mereka tak akan cukup masa untuk jelajah ke semua shopping mall yang ada di Kuala Lumpur dalam masa satu hari.

 

Ataupun mungkin kawasan anda terdapat syarikat-syarikat besar yang beroperasi disekitarnya. Orang dari luar yang datang untuk mesyuarat, atau urusan rasmi, boleh dijadikan sasaran untuk menjadi pelanggan anda.

 

(iii) Kawasan institusi pendidikan

Sesuai untuk kawasan yang berdekatan dengan tempat belajar, seperti ada universiti, kolej, sekolah berasrama dan sebagainya. Ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan anak-anak, boleh datang dan menginap di homestay anda pada setiap kali hujung minggu.

 

Anda perlu target betul-betul siapa sebenarnya pelanggan anda, supaya mereka tahu kewujudan homestay anda dan mereka faham bahawa homestay anda mampu memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

 

(3) Jelas dengan sasaran pelanggan atau target market

Anda yang nak buat bisnes homestay ni, anda sebenarnya dah buat kajian ke? Siapa sebenarnya pelanggan sasaran yang anda mahukan? 

 

Apabila anda dah jelas dengan “siapa pelanggan yang anda target” maka setiap keputusan yang akan anda buat dimasa akan datang, pastinya akan berkait rapat dengan persoalan ini.

 

Bagi kelangsungan perniagaan, sudah tentu anda tak boleh hanya mensasarkan pelanggan yang ada disekeliling anda sahaja. Anda perlu luaskan lagi capaian pelanggan anda. Kalau sebelum ini, anda hanya bergantung kepada penggunaan kain rentang, fliers, dan papan tanda semata, maka untuk masa yang akan datang, anda perlu usaha lebih lagi.

 

Pemasaran kategori offline ini, hanya akan dapat dilihat oleh mereka yang berada disekitar anda sahaja. Untuk dapatkan lebih ramai pelanggan, sudah tentu anda perlu lakukan pemasaran secara online.

 

Gunakan media sosial. Gunakan laman web, blog dan sebagainya, untuk mendapatkan pelanggan yang ingin menginap di homestay milik anda.

(i) Bagi segmen media sosial, yang popular adalah seperti Facebook, Instagram dan twitter.

Wujudkan akaun khas untuk tujuan promosi bisnes homestay anda. Jika anda menggunakan facebook, buatlah satu fanpage atas nama homestay anda.


(ii) Bina laman web untuk perniagaan homestay anda

Jika masih belum ada modal untuk buat laman web yang profesional, boleh mulakan dengan yang percuma menggunakan servis dari blogger.com dan juga wordpress.com


(iii) Buat blog khusus untuk promosikan bisnes homestay anda

Anda boleh bina blog percuma juga menggunakan servis dari blogger.com dan juga wordpress.com. Sekiranya anda bimbang tak ada masa untuk selalu kemaskini blog anda, anda boleh minta bantuan blogger yang memang aktif menulis untuk bantu promosikan bisnes homestay anda.

Jika anda mahu, saya juga boleh bantu promosikan bisnes homestay anda di blog milik saya. Sekiranya anda minat untuk dapatkan khidmat promosi melalui saya, sila hubungi saya menerusi pautan ini.

(iv) Iklankan homestay anda dilaman web Online Travel Agency

Antaranya adalah seperti Airbnb, Agoda, booking.com dan banyak lagi. Sila baca dan fahamkan terma dan syarat yang mereka tetapkan terlebih dahulu.

 

 

(4) Hiasan dalaman dan konsep homestay

Apabila terdapat terlalu banyak pilihan homestay mahupun tempat penginapan dikawasan tertentu, bagaimana agaknya cara bakal pelanggan buat keputusan?

Saya nak ambil contoh tempat penginapan di Port Dickson. Screenshot tersebut saya ambil dari laman web Airbnb. Pada waktu screenshot tersebut diambil, terdapat lebih 800++ pilihan tempat penginapan yang boleh disewa oleh pengunjung.

 

Kalau saya, sebagai pengunjung, bila ada terlalu banyak pilihan, saya akan pilih homestay atau tempat penginapan yang paling cantik dan unik. Bukan setakat yang biasa-biasa, atau yang pada pengamatan saya, lebih kurang sama macam hiasan dalaman dan susun atur dirumah saya sendiri.

 

Kalau hiasan dalaman dan susun atur dia cantik, saya akan pilih tempat tu. Sudah tentu, homestay yang ada hiasan dalaman yang cantik, harganya juga akan lebih mahal. Jika ia berbaloi, saya tak ada masalah untuk bayar lebih (melainkan kalau waktu tu saya memang tengah tak ada duit ha3)

 

(5) Hiasan luaran menampilkan keunikkan homestay

Faktor luaran juga penting, bagi memastikan homestay anda menjadi pilihan pengunjung.

DKEBUN-najibah-chalet

Gambar ini saya ambil semasa menginap di D’Kebun Najibah Chalet & Homestay. Pemilik tempat ini, menjalankan bisnes chalet dan juga homestay dikawasan yang sama.

 

Dekat kawasan sekitar halaman, ada ditanam pokok-pokok buah dan sayur-sayuran. Kalau kebetulan waktu tu, pokok dah berbuah, pengunjung boleh petik dan makan tanpa perlu minta izin dari tuan rumah. Semua itu memang disediakan untuk tetamu yang menginap disini.

 

Ini satu keunikkan yang agak sukar ditemui di lain-lain homestay. Ada juga homestay yang dibina di kawasan dusun. Kalau tiba musim buah, tetamu akan dijamu buah-buahan yang ada dalam dusun tersebut. Kalau setakat nak makan, boleh makan tanpa perlu bayar apa-apa. Tapi kalau nak bawa balik, kenalah beli dari tuan rumah.

 

(6) Susun atur perabot dan perkakasan dalam kediaman

Kebelakangan ini, saya lebih suka kalau dapat menginap di homestay yang menyediakan tiga buah bilik berbanding homestay yang cuma ada dua buah bilik. Kalau homestay tu ada tiga buah bilik, bermakna saya boleh ajak lebih ramai orang untuk ikut saya pergi bercuti.

 

Dari segi susun atur perabot pula, saya suka lihat bagaimana cara tuan rumah menyusun katil bagi kegunaan para tetamu yang bermalam dirumahnya.

cara-bisnes-homestay

Saya lebih cenderung untuk pilih homestay yang menyediakan tiga buah katil besar dalam setiap bilik, berbanding katil jenis single atau double decker. Sebelum ini memang biasa ambil homestay yang sediakan dua buah katil single, namun bila kita dah check in, orang yang akan guna bilik tu tetap akan rapatkan katil.

 

Saya berpendapat, kalau nak sediakan dua katil single, cuba cari yang senang untuk kita rapatkan, dan bila kita dah rapatkan, ia jadi rata dan elok. Kesannya lebih kurang sama macam sediakan sebuah katil besar dalam bilik tersebut.

 

 

(7) Kelengkapan yang disediakan untuk tetamu yang menginap

Setiap kali saya bawa keluarga pergi bercuti dan menginap di homestay, inilah dia soalan yang akan ditanyakan oleh emak saya.

  1. Ada kuali tak? Periuk? Besar mana?
  2. Barang-barang untuk masak ada disediakan?

 

Saya pernah tulis artikel khas tentang kelengkapan dalam homestay sebelum ini. Jemput baca disitu. Saya ada kongsikan antara cadangan kelengkapan yang anda boleh sediakan untuk homestay anda.

Baca disini: Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris

 

Macam keluarga saya sendiri, kami suka pilih homestay sebab boleh sediakan makanan sendiri. Senang nak basuh baju, ruang lebih luas dan sebagainya. Apalah gunanya sewa homestay, kalau dari segi kelengkapan dalam rumah, banyak yang tak cukup.

 

Kalau macam tu, lebih baik kami sewa hotel sahaja. Sudah tentu hotel ini, cuma sesuai untuk kita jadikan tempat untuk bermalam sahaja. Saya harap, anda dapat sediakan kelengkapan yang secukupnya untuk homestay anda nanti.

 

(8) Homestay anda “work friendly“?

Istilah work friendly mula menarik perhatian saya, apabila laman web Airbnb mengelaskan homestay yang tersenarai dilaman web mereka sebagai work friendly ataupun tidak.

 

Biasanya, homestay yang work friendly ini

  1. Ada sediakan wifi
  2. Ada meja dan kerusi yang sesuai untuk buat kerja
  3. Aircond diruang tamu dan setiap bilik

 

Sekiranya homestay anda work friendly, anda boleh sasarkan tetamu yang pergi ke sesuatu tempat atas urusan rasmi dan urusan kerja.

 

(9) Homestay anda sesuai untuk acara dan sambutan tertentu

Siapa kata homestay hanya untuk tempat orang menginap dan tidur sahaja? Sebenarnya TAK! Fungsinya lebih besar dari itu, jika anda tahu bagaimana caranya.

 

Semasa saya pergi majlis kenduri kahwin di Kelantan, pihak keluarga pengantin sewa homestay dan buat majlis di homestay tersebut. Boleh jadi rumah sendiri tak berapa sesuai untuk terima tetamu, jadi dia buat majlis tu di homestay.

 

Biasa yang saya lihat, orang sewa homestay semasa majlis kahwin sebab nak bagi saudara mara yang datang dari jauh untuk duduk disitu, tapi kali ini, sewa homestay sebab nak buat majlis dekat situ.

 

Baru-baru ini, saya diberitahu oleh salah seorang pemilik bisnes homestay di Wangsa Maju, yang homestay miliknya disewa oleh syarikat produksi bagi tujuan penggambaran drama. 

 

Sebenarnya, kalau nak perhalusi lagi, mungkin macam-macam idea boleh keluar. Sambutan hari lahir, majlis doa selamat, majlis akad nikah, betunang, dan sebagainya. Tonjolkan keunikkan homestay anda, bukan semata-mata untuk dijadikan tempat tidur sahaja, sebaliknya ia juga sesuai untuk diadakan pelbagai acara.

 

Cuma kalau nak buat acara tertentu tu, kenalah letak harga yang berbeza. Bila buat majlis, homestay anda akan terdedah kepada risiko seperti barang rosak, hilang, dialihkan, lebih kotor dan sebagainya. Caj tambahan ini adalah bagi menampung kos-kos tersebut.

 

 

(10) Proses dan prosedur untuk daftar masuk (check in)

Kebanyakkan tempat penginapan yang pernah saya kunjungi menetapkan masa untuk daftar masuk adalah sekitar jam 1.00 tengahari ke 4.00 petang.

 

Saya tak berapa suka dengan tempat yang meletakkan waktu check in pada jam 4.00 petang, kalau standard check out masih tetap jam 12.00 tengahari. Terasa rugi.

 

Walaupun dah tahu, waktu untuk check in adalah pada sekian sekian waktu, selalunya saya akan cuba minta izin kepada tuan rumah untuk masuk rumah lebih awal. Ada yang bagi, ada yang tak bagi.

 

Kalau yang tak bagi ni, biasanya disebabkan rumah tu masih ada tetamu dari hari sebelumnya, dan belum bersedia untuk terima tetamu yang baru. Tuan rumah perlukan masa untuk kerja-kerja pembersihan dan proses menukar cadar serta sarung bantal.

 

Ada juga setengah tempat, yang tak boleh bagi masuk awal sebab tuan rumah tak free untuk serahkan kunci rumah kepada tetamu yang nak masuk. Rumah tu memang tak ada orang, tapi disebabkan tak ada sesiapa yang boleh sambut tetamu masuk dan serah kunci, maka tuan rumah tak boleh benarkan masuk lebih awal.

 

Penyelesaian dia sebenarnya tak begitu susah. Gunakan proses “self check in”.

 

Tetamu yang nak masuk awal, boleh ambil kunci dekat mana-mana lokasi yang selamat. Misalnya ambil di pejabat pengurusan, ambil di pondok pengawal dan sebagainya.

 

Ataupun cara yang lebih bagus lagi ialah gunakan mangga kunci bernombor. Setiap kali dapat tetamu, tukar nombor kunci tersebut. Dengan ini, tetamu boleh check in pada bila-bila masa tanpa perlu ganggu tuan rumah. Ini merupakan salah satu jenis lock box yang popular dan sering digunakan pengusaha bisnes homestay.

lock-box-bernombor

Ianya sangat mudah dipasang dan yang penting ianya juga sangat senang digunakan. Pada hari anda bakal menerima tetamu, anda hanya perlu tinggalkan kunci rumah didalam lock box ini.

 

Begitu juga bila tetamu nak check out pada hari seterusnya. Boleh kunci sahaja rumah dan tinggalkan ia dalam lock box. Guna cara self check in ini, tetamu tak perlu jumpa dengan tuan rumah pun tak ada masalah.

 

Anda boleh dapatkan lock box ini menerusi pautan ini. Harganya juga murah sahaja. Anda hanya perlu tinggalkan kunci rumah apabila ada tetamu bakal check in sahaja. Pada hari tiada tempahan, anda simpanlah kunci rumah ditempat lain yang lebih selamat.

 

(11) Faktor barisan hadapan dan penyambut tetamu

Siapakah yang akan jadi “first responder” atau “front liner” yang akan menyambut tetamu anda nanti?

 

Saya bukan sekadar maksudkan orang yang akan sambut tetamu pada hari ketibaan, tetapi bermula dari hari pertama tetamu menghubungi anda untuk bertanya tentang homestay anda tu nanti.

 

Benda ni sangat PENTING. Kali pertama bakal pelanggan hubungi anda, sama ada melalui whatsapp, FB messaging, dan sebarang medium komunikasi, apakah dia kata-kata aluan yang digunakan bagi menghargai bakal pelanggan tersebut?

 

Saya bagi contoh

Tetamu: Salam, saya nak tanya pasal homestay

Tuan rumah: Wasalam, terima kasih kerana berminat dengan Homestay Memori Terindah kami. Nama saya Sabree, dan saya adalah pengurus tempat ini. Silakan tanya apa-apa soalan tentang homestay ini.

 

Itu contoh sahaja. Apa yang penting, bila orang tanya, balas dengan cepat dan mesra. Orang yang bertanggungjawab untuk memberi respon kepada setiap pertanyaan perlu menunjukkan yang dia benar-benar seronok untuk menerima tetamu dan balas setiap mesej yang diterima secepat mungkin. Mungkin boleh buat SOP, setiap mesej perlu dibalas dalam masa kurang 1 minit.

 

Pelanggan ini, ada ketikanya dia ingin rasa seperti dihargai. Barulah dia seronok untuk berurusan dengan penjual tersebut.

 

Kalau waktu permulaan komunikasi,

  1. Respon terlalu lambat (bagi saya setengah jam itu juga dah kira lambat sangat)
  2. Balasan kurang mesra dan ayat pendek-pendek
  3. Acuh tak acuh bila jawab pertanyaan

 

Tiga perkara ini dah cukup untuk buatkan saya kurang selesa dan kurang yakin untuk menginap di tempat tersebut. Bimbanglah nanti lepas kita dah bayar, bila dah sampai hari nak pergi bercuti, tuan rumah buat hal dan kita susah nak hubungi dia semula.

 

Acuh tak acuh bila jawab pertanyaan tu macam mana? Bila kita tanya sesuatu, dia suka bagi kita link untuk baca. Dia suruh kita baca website, baca iklan, copy paste iklan sebelum ini. Entah apa-apa. Anda letakkan diri anda dalam situasi bakal penyewa.

 

Tetamu: Kat rumah ni ada disediakan barang dapur apa ya?

Anda: (Copy paste ayat iklan sebelum ini…)

Anda mencari homestay di sekitar Kota Kinabalu? Syarikat kami ada menyediakan homestay yang selesa, berdekatan dengan tempat makan dan lokasi yang strategik. Selain itu bla bla bla bla….

 

Ini pemalas tahap apa entah.

 

Janganlah jawab begitu. Anda bukannya mesin ataupun robot. Cubalah anggap setiap orang yang bertanya tu adalah bakal tetamu, yang akan menginap ditempat anda. Mereka ini akan berikan anda sales ratusan ringgit! Kalau dia duduk lebih lama, tak mustahil dia akan berikan anda sales ribuan ringgit.

 

Tapi kalau anda jawab pun macam nak tak nak, acuh tak acuh, mereka pun rasa kurang senang nak menginap di homestay milik anda.

pengusaha-bisnes-homestay-berjaya

 

(12) Adakah anda benar-benar bersedia nak buat bisnes ni?

Kenapa anda nak buat bisnes homestay?

 

Jawapannya ada pelbagai. Saya tanya soalan yang sama kepada pengusaha bisnes homestay yang berbeza, jawapan yang saya terima juga berlainan. Ini antara jawapan yang saya pernah terima.

  1. Rumah ni dah lama kosong, daripada tak buat apa-apa, lebih baik sewakan. Dapatlah juga income dari situ.
  2. Saya nak buat investment, supaya ada cash flow yang cantik.
  3. Saya biasa travel, dalam dan luar negara, jadi bila sampai satu tahap, saya jadi minat nak ceburi bidang yang sama (hospitality) dan nak berikan sesuatu pengalaman yang menarik kepada tetamu.
  4. Saya sayang nak jadikan rumah ni rumah sewa, sebab dah keluar duit banyak untuk cantikkan rumah ni, jadi saya buat homestay.
  5. Saya nak orang lain tolong saya bayar ansuran bulanan rumah ini supaya dapat ringankan beban.
  6. Saya nak buat duit.

 

Dari apa yang saya perhatikan, kalau pemilik homestay tu, adalah orang yang biasa travel, suka melihat tempat orang, dia akan pastikan homestay miliknya mempunyai standard yang tinggi.

  1. Homestay dengan konsep tertentu.
  2. Pemilihan perabot yang berkualiti dan moden.
  3. Peralatan dan perkakas dalam rumah yang terbaik.

 

Dia memang serius dengan bisnes dia. Boleh jadi dia pegang kepada falsafah “treat others as you want to be treated”.

 

Bila kita nak sewa tempat orang, sudah tentu kita nak segala kemudahan yang disediakan untuk kita berada dalam keadaan paling sempurna. Kemudian bila kita buat bisnes yang sama, kita juga akan sediakan perkhidmatan yang terbaik juga. Bukan sebaliknya.

 

(13) Aktiviti pemasaran, promosi dan pengiklanan yang berterusan

Pemasaran, promosi dan pengiklanan. Ini adalah perkara yang perlu dilakukan secara berterusan. Saya andaikan yang homestay anda dah cukup sempurna dan bersedia untuk menerima tetamu pada bila-bila masa.

 

Namun, tetamu yang diharapkan tetap tak kunjung tiba. Kenapa agaknya ya? Adakah mungkin disebabkan bakal tetamu anda tak nampak iklan tentang homestay anda?

 

Ini salah satu contoh iklan homestay berbayar melalui Google Adwords.

cara-tulis-iklan-homestay

Iklan ini pernah muncul di blog saya sebelum ini. Jadi nampak kat sini, usaha pemilik perniagaan ini untuk dapatkan pelanggan. Iklannya tak pernah berhenti. Malahan dengan menggunakan teknik pengiklanan berbayar seperti ini, kerja-kerja promosi dapat dilakukan secara automatik.

 

Mungkin kalau nak buat iklan secara manual setiap masa, ianya agak menyusahkan. Sebagai alternatif bolehlah gunakan pendekatan yang perlukan sedikit modal.

 

Untuk pengetahuan anda, saya juga ada hasilkan sebuah laman web yang khusus untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia. Anda boleh ke sini untuk lihat laman web saya. Sekiranya anda mahu saya promosikan bisnes homestay anda di laman web tersebut, boleh hubungi saya dan In Shaa Allah kita boleh bincangkan apa yang saya boleh lakukan untuk bantu kembangkan lagi perniagaan anda.

 

Kaedah pemasaran yang bakal saya gunakan untuk anda adalah kaedah article marketing (kadangkala dikenali juga dengan istilah content marketing) dan juga kaedah Search Engine Optimization (SEO). Kita akan target bakal pelanggan yang membuat carian di google terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan untuk menginap disesuatu tempat.

 

Kalau anda masih belum ada orang yang bantu anda membuat pemasaran menerusi kaedah ini, In Shaa Allah saya boleh bantu anda.

 

Dekat luar sana, memang terdapat banyak lagi bahan bacaan yang anda boleh dapatkan dan baca, bagi memantapkan lagi ilmu pengurusan bisnes homestay. Ada yang dalam bentuk buku, dan ada juga yang didatangkan dalam bentuk ebook.

 

Kalau yang bentuk ebook, salah satunya adalah ebook berjudul Jutawan Homestay ini.

Ebook ini merupakan perkongsian pengalaman dari pemilik bisnes homestay juga. Kalau anda rasa ianya berguna kepada anda, boleh cuba dapatkan dan pelajari lebih banyak rahsia-rahsia kejayaan dalam menjalankan bisnes homestay ini.

 

Saya harap, dari perkongsian saya ini, ianya sedikit sebanyak dapat berikan anda sedikit input yang berguna. Terima kasih kerana anda sudi luangkan masa untuk baca perkongsian saya ini. Saya doakan semoga perniagaan homestay anda semakin berjaya!

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Panduan buat duit online untuk orang yang baru nak bermula
  2. Panduan buat duit dengan Affiliate untuk orang yang baru bermula
  3. Masalah dengan bisnes homestay yang diusahakan oleh orang kita
  4. Homestay D Ledang – Nama baru bagi Homestay di Tangkak tempat saya pernah menginap

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes homestay di malaysia, buat bisnes homestay, cara memulakan bisnes homestay, panduan bisnes homestay, pengalaman bisnes homestay, tips bisnes homestay

Comments

  1. reezluv says

    July 22, 2018 at 5:21 pm

    aku tengok konsep homestay tu macam dah jauh menyimpang..asalnya inap desa untuk pelancong merasai pengalaman menginap di kawasan desa sambil menikmati suasana kampung..tapi sekarang..kat bandar besar pun ada banyak homestay..dah jd macam rumah hotel gitu..hehe

    Reply
    • sabree hussin says

      July 23, 2018 at 5:49 pm

      Konsep homestay yang asal, melalui Program Homestay, lebih menjurus kepada pengunjung datang menginap di kampung-kampung dan tinggal bersama-sama dengan tuan rumah. Apa yang tuan rumah sajikan, dia akan makan, dan apa aktiviti yang dijalankan di kampung tersebut, pengunjung akan turut serta.

      Rujuk:

      https://www.sabreehussin.com/homestay-selangor-keunikan-dan-pengalaman-pengusaha/

      Tapi sekarang ni, bila kita sebut homestay, orang kita lebih faham konsep Guest House.

      Rujuk:

      https://www.sabreehussin.com/konsep-program-homestay-sebenar-yang-selalu-disalahertikan/

      Reply
  2. Pakar Hibah Perniagaan says

    June 27, 2020 at 12:02 am

    Satu artikel yang bagus mengenai panduan perniagaan homestay sesuai bagi mereka yang nak memulakan bisnes ini

    Reply
  3. karim says

    February 14, 2022 at 10:16 am

    perkongsian yg bagus. terima kasih. sy br nk start biz homestay. tgh survey tips2.

    Reply
  4. David says

    January 10, 2022 at 8:39 pm

    Hi, bagaimana cara dapatkan lesen perniagaan untuk homestay?

    Reply

Trackbacks

  1. Cari servis artikel advertorial yang paling MURAH atau yang boleh menepati kriteria? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    October 15, 2018 at 12:41 am

    […] orang perseorangan. Mereka ini menjalankan bisnes pada skala kecil, sama ada mereka adalah pemilik bisnes homestay, founder produk kecantikkan dengan resipi tradisional keluarga ataupun peniaga […]

    Reply
  2. Boleh berjaya ke kalau buat bisnes homestay di kawasan kampung? - Soal Jawab .MY says:
    November 12, 2018 at 1:35 pm

    […] ada buat bisnes homestay di kampung saya. Mungkin sebab homestay saya yang terletak agak jauh dari kawasan tumpuan […]

    Reply
  3. Ganjaran mempromosikan program referral dari Airbnb - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 4, 2018 at 2:24 pm

    […] anda ada menjalankan bisnes homestay, anda juga sangat digalakkan untuk iklankan bisnes homestay anda itu melalui laman web […]

    Reply
  4. Kelebihan menggunakan Laman web airbnb untuk buat tempahan berbanding laman web lain - Xplorasi Destinasi says:
    January 14, 2019 at 6:22 pm

    […] Melalui sistem rating dan review dari pelanggan terdahulu ini juga kita boleh buat anggaran adakah host kita tu nanti seorang yang berpengalaman atau individu yang baru nak mula menceburkan diri dalam bisnes homestay? […]

    Reply
  5. Bagaimana cara dapatkan review positif dan rating 5 bintang sebagai host di Airbnb? - Soal Jawab .MY says:
    January 16, 2019 at 5:09 pm

    […] Ada rumah yang pada pendapat kami sangat bagus dan patut dijadikan contoh oleh semua penggiat bisnes homestay yang menggunakan laman web Airbnb sebagai platform […]

    Reply
  6. Soalan lazim dari tetamu kepada host di Airbnb - Soal Jawab .MY says:
    January 29, 2019 at 3:34 pm

    […] doakan semoga bisnes homestay yang bakal anda jalankan atau yang anda sedang jalankan akan bertambah […]

    Reply
  7. Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 27, 2019 at 3:33 pm

    […] statik adalah dinamik. Saya berpendapat, kalau anda ingin bina laman web khas untuk mempromosikan bisnes homestay milik anda, saya syorkan anda gunakan konsep […]

    Reply
  8. Kerja sebagai seorang penulis - Jawapan selamat semasa pergi beraya - Sabree Hussin Dot Biz says:
    June 17, 2019 at 8:03 pm

    […] kalau perniagaan anda berkaitan dengan industri percutian, sama ada bisnes homestay, bisnes hotel, pakej percutian, perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya, maka anda pilihlah penulis […]

    Reply
  9. Apa contoh kerja yang boleh dilakukan untuk individu lepasan SPM? - Soal Jawab .MY says:
    December 24, 2019 at 12:40 am

    […] hari nanti, mana tahu anda akan buat bisnes homestay atau guesthouse, setidak-tidaknya anda ada pengalaman bekerja di hotel sebelum […]

    Reply
  10. 17 Tips Bisnes Homestay - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 24, 2022 at 2:36 pm

    […] saya ada beberapa tips menjalankan bisnes homestay yang nak dikongsikan kepada anda. In Shaa Allah kalau anda sudi luangkan sedikit masa untuk baca […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in