UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Panduan buat duit online untuk orang yang baru nak bermula

September 17, 2015 by sabree hussin 34 Comments

Ini adalah emel yang saya terima daripada salah seorang pelanggan yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini. Emel ini jugalah yang menjadi pencetus untuk saya hasilkan panduan buat duit online ini!

Assalamualaikum,

Tuan Sabree Hussin!

Terima kasih banyak-banyak kerana tuan tidak jemu-jemu menghantar email motivasi kepada saya. Saya sekarang ni pun dah tak kerja. Jadi saya bercadang untuk mencuba bisnes online. Saya harap tuan boleh menjadi mentor saya. Saya masih tercari-cari bisness apa yang sesuai dengan jiwa saya. Harap tuan dapat cadangkan beberapa produk yang boleh dijalankan melalui online kerana saya masih ketandusan ilmu dalam bidang online ini.

Terima kasih, tuan.

 

Susah… kan? Jika kita masih baru dalam sesuatu bidang, kemudian kita tak ada satu panduan pun yang boleh kita rujuk untuk dijadikan sebagai kompas untuk kita tahu sama ada kita menuju ke arah yang betul. Biasalah, masalah dengan orang yang baru nak bermula ni ialah, kita tak tau nak pilih yang mana dan sukar nak fokus pada satu-satu bidang.

Panduan_buat_duit

1. Kalau satu hari ada yang kata, boleh buat duit yang lumayan sebagai peniaga di laman web lelongan seperti ebay, siap dengan bukti wang masuk, kita pun mudah tertarik nak main ebay.

2. Kalau ada yang kata, boleh buat duit mudah sebagai freelancer di laman web fiverr, kita pun terus nak jadi freelancer kat laman web tersebut.

3. Kemudian, ada pulak yang boleh buktikan, dengan program affiliate kita boleh buat duit yang lumayan dan konsisten setiap bulan, kita pun jadi tak keruan.

4. Itu belum lagi kita ambil kira usahawan-usahawan yang menjual produk kecantikan, kesihatan dan tudung menggunakan FBAds

5. Lagi luas jaringan rakan-rakan anda, maka anda akan nampak lagi banyak peluang didepan anda, dan tak mustahil, anda juga akan jumpa individu yang boleh hasilkan pendapatan yang lumayan hanya dengan menjadi penulis blog.

 

Mungkin… Masalah sebenar bukanlah tak tau nak buat apa, tetapi tak tau nak FOKUS yang mana…

Apa tak nya, kalau jumpa cikgu A, dia akan kata fokus je pada FBAds, jumpa pulak cikgu B, dia mungkin akan cadangkan anda untuk mahirkan teknik untuk close deal dengan whatsapp, dan apabila anda jumpa saya, saya pulak akan kata, buatlah mana-mana satu yang paling anda selesa ha ha.

 

“Apa yang saya akan kongsikan dalam post kali ini?”

Ada beberapa topik yang saya akan cover dalam post kali ini. In Shaa Allah, saya akan cuba kongsikan dengan seringkas yang mungkin tanpa meninggalkan komponen yang penting dalamnya. Mudah-mudahan, selepas anda baca perkongsian ini, anda tidak akan rasa seolah-olah macam tak tau nak buat apa lagi lepas ni ya.

 

Antara topik yang saya akan share ialah

1. Apa dia tools yang anda perlukan untuk membantu anda buat duit online?

2. Akaun yang anda perlukan untuk pembayaran dan terima duit online

3. Strategi penjanaan pendapatan yang sesuai untuk dicuba

4. Ulang yang BERJAYA dan tinggalkan yang kurang beri hasil

 

1. Tools yang anda perlukan untuk bantu anda buat duit online

Dibawah ini adalah antara tools yang anda perlukan

1. Akaun google

Anda akan perlukan akaun google untuk tujuan emel, bina blog percuma dengan platform blogspot, bina channel youtube in case anda ingin gunakan video untuk tujuan marketing, dan laman sosial google+

 

2. Akaun media sosial seperti Facebook, twitter, LinkedIn

Media sosial memudahkan anda berhubung dengan prospek dan bakal pelanggan dengan cara yang lebih santai. Dengan adanya akaun media sosial, ia menjadikan kita lebih mudah untuk bersosial dan kekal berhubung dengan bakal pelanggan.

 

3. Akaun laman web file sharing

Saya syorkan anda buka akaun dengan dropbox ataupun dengan mediafire. Laman web file sharing ini sangat berguna untuk anda kongsi file dengan bakal pelanggan.

 

4. Laman blog self hosted dari wordpress

Dengan adanya blog, anda berpotensi untuk dapat lebih ramai pelanggan, dan memperkenalkan diri anda dan perniagaan anda dengan cara yang lebih personal. Saya pernah buat tutorial cara pasang blog wordpress sebelum ini.

 

5. Software bina laman web

Untuk lebih penjimatan, saya syorkan anda dapatkan software blogspot2minisite. Sebabnya anda mungkin akan perlu bina banyak laman web. Dengan adanya laman web ini, anda boleh bina laman web tanpa had dan ianya tidak menambahkan perbelanjaan anda pun.

 

6. Sistem autoresponder

Sistem autoresponder sangat penting untuk bantu anda bina senarai database prospek anda. Semua orang akan bermula dengan tiada senarai emel langsung, dan seterusnya perlahan-lahan mula mengumpul senarai emel, hinggalah ke 1,000, 2,000 malahan hingga ke 100,000 senarai emel.

Jika anda baru bermula dan inginkan autoresponder yang dapat beri anda lebih penjimatan, bolehlah bermula dengan sistem autoresponder emelmatik. Ia menawarkan akaun trial selama 365 hari, dan jika anda ingin upgrade, ia juga tidaklah semahal mana.

 

2. Akaun perbankan yang anda perlu ada

Lazimnya untuk tujuan transaksi, ada tiga akaun yang popular dan biasa digunakan.

1. Akaun Maybank

2. Akaun CIMB

3. Akaun Paypal

 

Kebanyakkan usahawan di Malaysia, banyak menggunakan akaun Maybank dan CIMB. Bank lain pun ada, cuma tak sepopular dua akaun ni. Manakala, akaun Paypal tu pula adalah untuk memudahkan anda melakukan transaksi sama ada untuk membuat pembayaran ataupun menerima bayaran dari luar negara. Ya dalam matawang USD!

buat_duit_dengan_bidvertiser

 

3. Strategi penjanaan pendapatan yang mungkin sesuai untuk anda

Ramai yang give up untuk buat duit online gara-gara tidak berjaya hasilkan sebarang income. Masalah bukannya pada give up tu, tetapi pada apa yang berlaku selepas anda give up.

 

Contohnya, jika anda bermula dengan dropship. Lepas sebulan buat, anda tak berjaya dan give up dengan dropship. Terus anda cuba sesuatu yang baru… Affiliate misalnya.

 

Kemudian, anda tak berjaya buat duit dengan program affiliate, lepas tu anda give up dengan affiliate dan buat benda lain pulak. Mungkin, kali ini anda cuba pulak ebay. Lepas tu anda masih lagi tak berjaya, then anda patah balik kepada dropship sebabnya anda dengar ada cikgu yang buka kelas atau jual panduan yang mengajar anda buat bisnes berorientasikan dropship.

 

Tak berjaya jugak? Kali ini anda buat something yang berbeza. Anda main Forex. Gagal? Main saham pulak. Gagal lagi? Ah tension… Patah balik buat affiliate pulak la. Sambil-sambil tu buat jugak MLM secara online. Eh… sampai bila nak macam ni?

 

Pada pendapat saya, jika anda sememangnya zero knowledge tentang buat duit online, fokus pada suatu strategi yang mudah. Setengah orang akan mencadangkan fokus sahaja pada satu-satu bidang terlebih dahulu.

 

Sebagai contoh, anda mula dengan program seperti 8share. Untuk buat duit dengan progam seperti ini, anda hanya perlu kumpul seberapa banyak klik pada link unik anda, itu sahaja. Tidak perlu jual apa-apa. Dari situ, barulah anda naik sedikit demi sedikit dan belajar pula macam mana nak buat duit dengan program affiliate. Belajar bagaimana nak dapatkan sales menggunakan medium penulisan, ataupun medium video.

 

Kemahiran paling asas jika nak buat duit secara online ialah skil untuk dapatkan klik pada link yang kita sedang promosikan. Ramai usahawan sanggup keluarkan bajet semata-mata mahukan link affiliate, link ke laman web promosi mereka di klik oleh prospek. Kalau kena caj satu klik 80 sen pun mereka sanggup bayar!

 

Saya ada sebutkan sebelum ini, yang anda memerlukan laman blog. Tujuannya bukanlah untuk menjadikan anda seorang blogger. Bukan. Anggaplah ia sebagai suatu jurnal untuk memudahkan anda berkongsi dengan bakal pelanggan anda tentang siapa diri anda, apa yang anda tahu dan apa yang anda boleh berikan kepada pelanggan-pelanggan anda. Secara tak langsung, dari sini juga bakal pelanggan anda dapat beroleh gambaran, servis dan perkhidmatan yang bagaimana yang mereka boleh dapatkan dari anda.

 

Pada masa yang sama, dengan membiasakan diri menulis di blog, anda juga dapat melatih kemahiran anda berkomunikasi dengan medium penulisan. Ambil peluang yang sama untuk memantapkan lagi teknik copywriting dan sebagainya. Bila anda mahir berkomunikasi dalam bentuk penulisan, saya percaya, lepas ni anda tidak akan ada masalah untuk buat duit secara online.

 

Sama ada nak jadikan ebay sebagai platform, program affiliate, dropship atau anda ingin jadikan blog sebagai platform buat duit juga tiada masalah.

 

Walau apa pun yang anda buat, pastikan anda sentiasa kumpul senarai emel prospek…

Saya ingin tarik perhatian anda sekali lagi pada emel yang saya terima. Kalau awal-awal tadi, saya mulakan dengan kandungan emel yang saya terima, jadi sebelum saya nak tutup perbincangan ini, saya nak cerita sikit tentang emel.

 

Emel tersebut datangnya daripada salah seorang subscriber saya. Beliau telah mendaftar masuk menerusi salah satu kempen autoresponder yang saya bina. Adakah saya menghantar emel secara manual kepada beliau? Jawapannya TIDAK. Semuanya diuruskan oleh sistem.

 

Dalam situasi ini, saya telah mengautomasikan proses follow up dan proses untuk bina persahabatan dengan bakal pelanggan saya. Semua ni agak mustahil untuk dilakukan secara manual jika nak buat secara berkala. Dengan bantuan sistem autoresponder, saya berupaya untuk berkomunikasi dengan bakal pelanggan dengan lebih teratur dan tersusun.

 

Bina pelbagai jenis laman web squeeze page dan landing page dengan perisian Blogspot2Minisite

Adakalanya, anda perlu bina beberapa laman web landing page khusus untuk tujuan kumpul list nama dan emel prospek anda. Tak kisahlah kalau anda gagal menghasilkan jualan sekalipun, yang penting jangan gagal untuk dapatkan nama dan emel prospek.

 

Jika anda ingin mempromosikan sesuatu, flow berikut selalunya mempunyai conversion rate yang tinggi berbanding anda terus bawa prospek ke laman jualan. Flow tersebut ialah

Prospek –> Landing Page (opt in) –> Sales Page —> Follow Up –> Sales

Kenapa ia lebih berhasil? Sebab adanya unsur follow up disitu. Tetapi jika anda tak buat sebarang proses follow up, maaflah, jarang saya dengar prospek akan terus beli tanpa ada follow up dari jurujual.

 

Antara laman web yang pernah saya bina menggunakan perisian blogspot2minisite

1) Servis advertorial 5 ( http://servis-advertorial5.blogspot.my )

software_bina_laman_web

 

2) Bisnes Affiliate Produk Fizikal ( http://ejen-bisnesfizikal.blogspot.my )

program_affiliate_produk_fizikal

Ada banyak lagi projek laman web yang saya dah hasilkan menggunakan perisian blogspot2minisite. Cukuplah saya kongsikan 2 sahaja buat masa ini. Fungsi perisian ini adalah untuk bina laman web jualan dengan susun atur yang kelihatan lebih profesional. Anda boleh bina laman web sama ada untuk tujuan menjual produk ataupun untuk tujuan kumpul mailing list.

 

Itulah dia, serba sedikit yang anda perlu tahu jika anda baru nak mula jana pendapatan secara online. Ia bukannya susah sangat, dan ia juga tidaklah begitu mudah. Ia perlukan kerja keras, dan perlu konsisten dan fokus bila anda ingin bina sesuatu.

 

Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, adakalanya anda perlu cuba mana-mana satu yang sesuai dengan anda dan yang berjaya tu, ulang semula. Itu sahaja, mudahkan? Cuma sebaik-baiknya, janganlah cepat sangat putus asa sebelum anda berjaya. Kebiasaannya tu, anda kurang berjaya sebab anda tak cukup tools ataupun anda ada step yang tertinggal.

 

Kalau anda buat elok-elok, tak ada main langkah-langkah, saya percaya, anda juga boleh berjaya. Dengan syarat, anda pun kenalah letakkan satu time frame yang realistic. Saya harap semoga panduan buat duit online ini berguna untuk anda!

 

 

[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=1551″]

Baca juga artikel berikut:

  1. Panduan buat duit dengan Affiliate untuk orang yang baru bermula
  2. Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula
  3. Video PERCUMA Panduan belajar buat applikasi Android untuk orang baru
  4. Macam mana cara terbaik untuk saya buat duit online?

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: cara buat duit online., panduan buat duit online

Comments

  1. Junaidy Jaimi says

    September 17, 2015 at 5:32 am

    Panduan lengkap untuk memulakan bisnes online untuk yang benar-benar zero dalam bisnes online.. bagus ni..

    Reply
  2. Noriza Rahman says

    September 17, 2015 at 7:58 am

    Minisite MV belum mencuba lagi kaedah tu..

    Reply
  3. Jie Susanos says

    September 17, 2015 at 9:39 am

    fuh..pjg btul bro sabree terangkan..

    byk dapat kutip ari ni..mcm mana nak bina web nampak pro..

    Reply
  4. Bahrain says

    September 17, 2015 at 11:34 am

    pastikan juga nak join affliate kena fahamkan dan minat tu kena ada pasal jualan affliate tu. ๐Ÿ˜€

    Reply
  5. Khairul Zamri says

    September 17, 2015 at 12:37 pm

    Ini panduan yang terbaik

    Reply
  6. JMR says

    September 17, 2015 at 1:52 pm

    keyword paling penting, jangan cepat sangat putus asa.terbaik tuan.

    Reply
  7. ajumohit says

    September 17, 2015 at 2:03 pm

    lumayan bayarannya tu, apapun rajin usaha insha allah berjaya

    Reply
  8. Nurul says

    September 17, 2015 at 2:28 pm

    Terperinci betul tuan sabree tulis. Sangat bermanfaat. Baru lah nampak jelas hala tuju, barulah nampak kat mana nak mula

    Reply
  9. reezluv says

    September 17, 2015 at 4:20 pm

    punya la detail..berpeluh juga nak baca ๐Ÿ˜€

    Reply
  10. Bursa Lampung says

    September 17, 2015 at 5:18 pm

    Terimakasih atas infonya, buat nambah wawasan.

    Reply
  11. Suriya says

    September 17, 2015 at 5:30 pm

    banyak pahala kongsi ilmu ni. sifu saya kata bila nak bisnes ni, bila kita terlalu nak belajar dulu, nanti sampai bila2 pun tak mula. jadi kena berani dan buat, barulah tau.

    Reply
  12. Abdur says

    September 17, 2015 at 11:03 pm

    Terima kasih atas tunjuk ajar tuan,

    Reply
  13. akuoka says

    September 18, 2015 at 10:12 am

    ilmu yg suka di dapat…

    blogspot 2 minisite??

    kalau lah ada duit nk beli

    Reply
  14. arnie says

    September 18, 2015 at 12:53 pm

    Wow! Banyak betul tips heat untuk mulakan bisnes online! Tinggal nak buat atau tidak aje…

    Reply
  15. zara says

    September 18, 2015 at 6:44 pm

    macam2 cara dan macam2 tools rupanyanuntuk menjana pendapatan online..rajin tak rajin je nak mencuba

    Reply
  16. onlajer says

    September 18, 2015 at 6:46 pm

    kawan tengok hang punya paypall baru teringat nak cari pass word dia, rugi betul tahun 2012 ada RM20 sekarang usd dah meningkat tak kan tak naik juga

    Reply
  17. Raihanah Ahmad says

    September 19, 2015 at 6:00 am

    bagi yang baru nak mula seeloknya kena belajar dan ada mentor. insyaAllah boleh berjaya

    Reply
  18. Hero Borneo says

    September 19, 2015 at 7:10 am

    panduan yang sangat lengkap..kini saya teruskan usaha jadi blogger ..ada hasil atau tidak ..minat menjadi blogger sentiasa berterusan

    Reply
  19. suri says

    September 19, 2015 at 9:31 am

    kita mesti rajin mencuba untuk orang baru nak cari duit dalam bidang online inikan

    Reply
  20. nila anggraini says

    September 19, 2015 at 11:32 am

    perlu adanya skill dan juga marketing yang bagus kalau nak buat biz online ni,tetapi semua itu kembali kepada usaha kita juga, kalau anda memang berusaha in shaAllah akan ada hasilnya.

    Reply
  21. Hafizul says

    September 19, 2015 at 4:29 pm

    Huhu..ada masa saya nak buat jugak minisite ni..nak cuba dalami ilmu ni pulak..hehe

    Reply
  22. Syamila says

    September 19, 2015 at 11:16 pm

    Panduan buat duit online yang lengkap ni… Memang sesuai dijadikan panduan. Salute!

    Reply
  23. Uncle Zuan says

    September 20, 2015 at 10:06 pm

    wow banyak nak kena belajr ni

    Reply
  24. Zaini says

    September 21, 2015 at 9:38 pm

    Betul punya terperinci. Kalau orang yang masih lagi kosong rasanya boleh faham. Tak payah beli ebook dah ๐Ÿ™‚

    Reply
  25. rahimah says

    September 22, 2015 at 12:26 pm

    Selepas banyak kali menggigil nak keluarkan duit ebay saya fokus sales di web dan mudah.my sampai sekarang.Dua ni pun insyaallah dah cukup.Cari yang mana kita selesa je.

    Reply
  26. Mus says

    September 23, 2015 at 11:09 am

    terbaik artkel ni tuan.. senang nak faham dan hadam

    Reply
  27. Satria Saqti says

    September 28, 2015 at 1:42 am

    Wahhhh ! Satu perkongsian yang baik bagi yang mahu mengorak langkah ke arah menjadi usahawan yang berjaya.

    Reply
  28. Nadiah says

    October 19, 2015 at 12:26 am

    Selaluuuu sgt cari cara mcm mana buat duit guna blog. Dah baca byk blig sifu pun still taktau nk mula guane lagi. >_____<

    Reply

Trackbacks

  1. Beberapa tools penting untuk buat duit online says:
    September 21, 2015 at 8:04 pm

    […] Tools PENTING yang akan bantu memudahkan anda buat duit online. Artikel ini merupakan kesinambungan bagi artikel sebelum ini berjudul Panduan buat duit online untuk mereka yang baru nak bermula. […]

    Reply
  2. 5 Cara TERBUKTI BERKESAN untuk membantu anda buat duit online says:
    September 29, 2015 at 8:55 pm

    […] jenis yang suka membaca, anda boleh ke laman web google.com dan taipkan sahaja kata kunci “panduan buat duit online“ ataupun “bagaimana cara buat duit online”. Anda akan dapati terdapat banyak […]

    Reply
  3. Sebab kenapa anda tak seharusnya abaikan pemasaran menerusi medium blog says:
    October 1, 2015 at 11:40 am

    […] sahaja? Jika jawapan anda adalah YA… anda tidak keseorangan. Ada ramai sebenarnya yang ingin buat duit online, tetapi apabila buat pemasaran, mereka hanya tahu gunakan medium Facebook […]

    Reply
  4. Copy paste blog ada dimana-mana - Blog Sabree Hussin says:
    October 12, 2015 at 2:20 am

    […] smart kononnya. Si budak-budak newbie yang baru nak mula buat duit online pun main follow je nasihat tak boleh pakai ni. Lupa habis dah bab halal, haram dan syubhah. Asal […]

    Reply
  5. Komisyen Affiliate Klikjer Oktober 2015 says:
    November 5, 2015 at 8:34 am

    […] dalam situasi ini, untuk peringkat yang baru nak bermula buat duit online dengan program affiliate, fokus anda sepatutnya adalah untuk memperbanyakkan artikel-artikel […]

    Reply
  6. Boleh ke buat duit online tanpa keluar modal langsung - Blog Sabree Hussin says:
    January 21, 2016 at 2:49 pm

    […] semua baru persediaan sebelum kita nak mula buat duit online. Lepas dah ada internet dengan laptop, barulah kita move on ke fasa yang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in