Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted

January 14, 2014 by sabree hussin 29 Comments

WordPress menawarkan dua platform blogging untuk para pengguna yang berminat untuk menggunakan servis mereka.

Platform pertama ialah menggunakan perkhidmatan hosting milik mereka. Untuk mendaftarkan akaun bagi menggunakan perkhidmatan mereka, pengguna perlu ke laman web berikut iaitu http://www.wordpress.com

Platform kedua pula ialah kita menggunakan hosting kita sendiri. Ini yang kita namakan sebagai wordpress self hosted.

Untuk tujuan ini, anda perlu sewa domain dan hosting anda sendiri dari syarikat penyedia hosting.

Antara syarikat hosting yang pernah saya gunakan ialah

1. Netkl

2. Usahawan Terbilang

Menerusi post ini saya akan tunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana memasang sistem wordpress sebagai medium blogging anda.

Saya andaikan anda dah pun dapatkan servis hosting anda sendiri dan telah mempunyai akses ke cpanel (control panel) akaun hosting anda.

 

1. Log in ke Cpanel

panduan pemasangan wordpress blog

Paparan di atas adalah paparan utama akaun cpanel.

 

2. Cari ikon Softaculous

panduan pemasangan blog wordpress

Anda perlu scroll down.

Klik pada ikon Softaculous tersebut.

 

3. Klik pada wordpress

panduan pemasangan blog wordpress

Dalam page ini anda ada pilihan untuk memasang pelbagai jenis skrip.

Walaubagaimanapun, dalam contoh ini kita akan pilih wordpress.

 

4. Isikan maklumat blog anda

panduan pemasangan blog wordpress

Ada beberapa perkara yang saya ingin anda perhatikan apabila anda berada dalam step ini.

Choose Protocol

Anda perlu pilih sama ada anda ingin pelawat anda akses laman web anda dengan alamat

1. http://www.seratusperatus.com, atau

2. http://seratusperatus.com

Bezanya ialah ada www dengan tak ada www

Choose domain

Jika anda hanya ada satu domain, maka hanya domain itu sahaja yang akan muncul.

Jika anda ingin pasang di subdomain, sebagai contoh, facebook.seratusperatus.com maka anda perlu pilih nama tersebut.

Jika anda ingin pasangkan di subdomain, anda perlu siap sedia dengan nama domain tersebut sebelum anda tiba di step ini.

In directory

Anda dapat lihat disitu tertera perkataan wp

Jika anda biarkan perkataan wp berada di situ, laman blog anda akan dipasang di directory wp

Untuk akses laman blog anda, pelawat perlu taip http://seratusperatus.com/wp

Dalam contoh ini, saya nak pelawat terus masuk ke blog saya apabila mereka taip http://seratusperatus.com

Jadi, apa yang saya perlu buat ialah delete perkataan wp tersebut.

wordpress 005

Database Name

Biarkan.

Table Prefix

Biarkan.

Site Settings

Ubahkan Site Name dan Site Description mengikut kesesuaian projek blog yang anda ingin bina.

wordpress 006

Admin Username

Akan digunakan untuk akses blog anda

Admin Password

Digunakan untuk akses blog anda.

Admin Email

Jika terdapat sebarang perubahan atau notifikasi dari sistem wordpress, alamat emel ini akan digunakan.

wordpress 007

Email installation details to

Masukkan alamat email anda. Butiran pemasangan ini akan dihantar ke alamat email anda. Butiran yang akan dihantar termasuklah nama username anda, password dan sebagainya.

wordpress 008

Apabila paparan seperti di atas dah muncul, bermakna proses pemasangan dah pun selesai.

 

5. Log in ke dashboard

Untuk login ke dashboard, untuk tujuan akses, buat blogpost dan sebagainya, anda hanya perlu layari

http://seratusperatus.com/wp-admin

wordpress 009

Masukkan username dan password anda.

panduan pemasangan blog wordpress

 

6. Mula blogging

Tahniah.

Anda dah berjaya memasang blog wordpress self hosted anda sendiri.

Paparan berikut adalah ruangan dashboard.

wordpress 011

Dari sini anda boleh buat new post, new page dan sebagainya.

Dan jika anda layari home page blog anda, paparan seperti berikut akan kelihatan.

wordpress 012

Untuk mencantikkan blog yang baru anda bina, anda bolehlah memasang theme yang sesuai. Theme untuk blog wordpress boleh didapati sama ada secara percuma atau berbayar.

Untuk mendapatkan theme wordpress yang profesional dan mempunyai pelbagai fungsi, saya cadangkan anda gunakan theme dari Profits Theme.

Klik >> Laman Utama Profits Theme

Anda boleh lihat theme tersebut mempunyai banyak function yang berupaya membantu anda buat duit online.

Sekiranya tujuan anda berblogging adalah untuk buat duit online, anda sememangnya patut pertimbangkan untuk dapatkan theme wordpress yang dicadangkan.

 

 

pemasangan_wordpress

Anda perlukan panduan pemasangan sistem wordpress dalam bentuk video?

Hanya perlu tonton step by step pemasangan dan ikuti satu per satu. Boleh klik butang pause jika kurang jelas dalam mana-mana step.

>>Tonton disini<<

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Cara Integrasi Blog WordPress Dengan Autoresponder Aweber
  2. Akhirnya WordPress 4.0 Beri Masalah Juga!
  3. Panduan ASAS SEO Untuk Blog
  4. Jika anda seorang Blogger, anda patut pernah dengar istilah “Satellite Blog”

Filed Under: Blogging, Pemasaran Internet Tagged With: buat duit dengan blog wordpress, cara install blog wordpress, panduan pemasangan blog wordpress, sistem pemasangan blog wordpress

Comments

  1. anuar says

    January 14, 2014 at 3:22 pm

    Terima kasih di atas perkongsian info. . Sebelum saya pernah mempunyai 3 domain dan 3 hosting. .. tapi semuanya dah expired. . Nak renew rasa macam tak berbaloi, sebab tak ada masa nak update. . Jadi sehingga sekarang lebih selesa guna platform blogspot. . Tengoklah kalau saya dan isteri jadi nak buat perniagaan secara online, mungkin saya akan mempunyai sebuah domain dan hosting yang baru. .

    Reply
  2. onlajer says

    January 15, 2014 at 8:50 am

    dulu masa mula berblog puas aku cari panduan pemasangan wp ini

    Reply
    • sabree hussin says

      January 15, 2014 at 10:07 am

      Sekarang dah boleh install banyak-banyak kali dengan tutup sebelah mata ho ho sebab dah ada installer kat hosting.

      Dulu kena install manually

      Reply
  3. guliroket says

    January 15, 2014 at 4:20 pm

    dulu, 6-7 tahun lepas, susah nak cari orang tulis dalam melayu macam ni..

    hoho.. semuanya dalam english je dulu..nasib la faham sikit-sikit.

    Reply
    • sabree hussin says

      January 15, 2014 at 4:24 pm

      Dulu orang kita banyak main blogspot je 🙂

      Reply
  4. Wan Izani says

    January 18, 2014 at 12:15 pm

    Assalam. Ada orang subdomainnya kat depan. Cth
    xxxxx.sabreehussin.com

    ada juga subdomain kat belakang. cth
    sabreehussin.com/xxxxx

    apa perbezaannya dan kelebihan masing2 nya.

    Reply
    • sabree hussin says

      January 18, 2014 at 1:41 pm

      Wasalam,

      Kalau xxxxx.sabreehussin.com ini sub-domain

      sabreehussin.com/xxxxx ini saya install di directory xxxx bukan subdomain

      Ada pendapat yang kata kalau kita guna yang xxxxx.sabreehussin.com, keyword xxxxx lebih senang nak ranking di google search engine berbanding keyword xxxxx kat directory sabreehussin.com/xxxxx

      Walaubagaimanapun, saya cadangkan Wan Izani buat kajian lain jika betul-betul berminat dengan subjek ini.

      Reply
  5. azzahairi says

    April 6, 2014 at 1:40 pm

    Panduan yang berguna. Akhirnya ada juga panduan nk pasang wordpress ni. Trme ksh tuan sabree. Antara wordpress dgn blogspot, yang mana plg bgs untuk buat duit online ?

    Reply
    • sabree hussin says

      April 6, 2014 at 2:43 pm

      Masing-masing ada kelebihannya 🙂

      Reply
  6. abdfatah says

    September 28, 2014 at 12:58 pm

    mula mula buat blog cara manual… guna panduan dari smartusaha… langkah demi langkah buat manual. best jugak buat cara manual dulu… sekarang pulak klik klik aje dah siap…

    Reply
    • sabree hussin says

      September 28, 2014 at 7:26 pm

      Sama pengalaman dengan saya tuan Abd fatah. Saya masih ingat lagi, pada waktu tu satu-satunya panduan wordpress dalam versi Bahasa Melayu adalah hasil tulisan smartzul sahaja

      Reply
  7. Adzrif Sidek says

    September 17, 2015 at 6:01 am

    Untung sekarang dah boleh install dengan mudah.

    Dengar cerita dulu, nak install wordpress bukan main payah. hehe

    Reply

Trackbacks

  1. Strategi Buat Duit Dengan Blog Untuk Tahun 2014 says:
    April 3, 2014 at 5:28 pm

    […] Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini yang bertajuk panduan pemasangan blog wordpress self hosted [klik sini] […]

    Reply
  2. Bagaimana Mengekalkan Momentum Pemasaran Bisnes Tone Excel Anda? says:
    September 3, 2014 at 1:24 pm

    […] Saya sarankan sistem blog wordpress self hosted. Kalau tak tau macam mana nak pasang blog wordpress, rujuk entri saya sebelum ini yang bertajuk Panduan pemasangan sistem blog wordpress self hosted. […]

    Reply
  3. Panduan ASAS SEO Untuk Blog says:
    October 6, 2014 at 7:37 am

    […] Senang je, anda baca artikel saya sebelum ni bertajuk Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted […]

    Reply
  4. SamsengFB: Bagaimana skrip ini berfungsi untuk menaikkan likes dan meningkatkan jualan bisnes anda? says:
    August 12, 2015 at 5:18 pm

    […] Jika anda tak tau macam mana nak pasang blog wordpress anda sendiri, boleh baca artikel saya sebelum ini berjudul: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted […]

    Reply
  5. Panduan buat duit online untuk orang yang baru nak bermula says:
    September 17, 2015 at 2:14 am

    […] dan memperkenalkan diri anda dan perniagaan anda dengan cara yang lebih personal. Saya pernah buat tutorial cara pasang blog wordpress sebelum […]

    Reply
  6. Beberapa tools penting untuk buat duit online says:
    September 21, 2015 at 8:05 pm

    […] Panduan pemasangan blog wordpress self hosted […]

    Reply
  7. Sebab kenapa anda tak seharusnya abaikan pemasaran menerusi medium blog says:
    October 1, 2015 at 11:41 am

    […] Panduan pemasangan blog wordpress self hosted […]

    Reply
  8. 10 Sebab kenapa saya pilih wordpress self hosted sebagai platform penulisan blog says:
    October 5, 2015 at 10:34 pm

    […] Panduan pemasangan blog wordpress self hosted […]

    Reply
  9. Perlu ke ada blog jika ingin bekerja dari rumah? says:
    December 22, 2015 at 12:45 pm

    […] Panduan pemasangan blog wordpress self hosted […]

    Reply
  10. Menulis di Facebook boleh buat duit ke? Ini alternatifnya - Sabree Hussin Dot Biz says:
    May 30, 2016 at 5:49 pm

    […] Klik untuk baca: Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted […]

    Reply
  11. Ingin buat sendiri artikel advertorial anda? Ini beberapa tips untuk anda - Blog Sabree Hussin says:
    October 18, 2016 at 11:33 pm

    […] Klik untuk baca: Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted  […]

    Reply
  12. Kelebihan menggunakan laman web sendiri berbanding web replika dalam mempromosikan program MLM atau Network Marketing - Blog Sabree Hussin says:
    November 28, 2016 at 12:17 pm

    […] Baca juga: Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted […]

    Reply
  13. Bagaimana cara bina laman web menggunakan sistem Wordpress? - Soal Jawab .MY says:
    December 13, 2016 at 8:17 pm

    […] Bacaan tambahan: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted […]

    Reply
  14. Pengalaman belajar membuat blog menerusi ebook - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 24, 2017 at 7:39 pm

    […] Anda boleh baca artikel berikut. Tajuknya ialah Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted. […]

    Reply
  15. Pernah tak anda rasa excited nak bina dan lancarkan laman web baru? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    August 10, 2017 at 11:49 am

    […] sekarang ni, dengan adanya applikasi softaculous, proses pemasangan blog wordpress self hosted dah jadi sangat […]

    Reply
  16. Bagaimana cara mempromosikan rangkaian produk dalam program Affiliate Involve Asia - Soal Jawab .MY says:
    November 10, 2017 at 10:52 pm

    […] (ii) Panduan pemasangan blog wordpress self hosted […]

    Reply
  17. Kerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duit - Sabree Hussin Dot Biz says:
    July 29, 2018 at 1:55 am

    […] Baca di: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in