5 Cara TERBUKTI BERKESAN untuk membantu anda buat duit online

by sabree hussin on September 24, 2015

in Pemasaran Internet

Jika anda selalu online, tetapi tak pernah dapat duit lansung sepanjang masa anda online tu, maka anda sebenarnya telah mensia-siakan masa anda. Begitu juga mereka yang setiap bulan kena bayar mahal untuk melanggan pakej internet, tetapi pada masa yang sama pun tak pernah memanfaatkan langganan internet tu untuk buat duit pun sama. Anda dalam kerugian yang nyata.

 

Adakah anda masih tak tau, yang sebenarnya kita boleh buat duit secara online? Sampai bila anda mahu sia-siakan langganan internet anda dan masa anda? Setiap hari online FB, Instagram dan sebagainya, tetapi tak pernah sekali anda buat duit.

 

“Jadi macam mana sebenarnya cara yang tepat dan betul untuk buat duit online ni?”

Ada banyak cara. Jika anda jenis yang suka membaca, anda boleh ke laman web google.com dan taipkan sahaja kata kunci panduan buat duit online ataupun “bagaimana cara buat duit online”. Anda akan dapati terdapat banyak betul perkongsian daripada penulis yang berbeza yang membincangkan cara sebenar macam mana nak buat duit online.

 

computer money Anda mungkin akan temui kaedah-kaedah seperti affiliate, dropship, program pengiklanan, ebay dan sebagainya. Untuk orang yang masih agak baru dengan topik ini, mungkin anda akan rasakan senaraianya terlalu banyak dan ini mungkin akan menyukarkan anda untuk buat keputusan, mana satu yang terbaik untuk anda.

 

Sebenarnya, jika kita ingin ringkaskan untuk tujuan pemahaman yang lebih jelas lagi, cara untuk buat duit online boleh kita kelaskan kepada 5 kategori besar sahaja. Kelima-lima kategori inilah yang akan kita bincangkan dalam artikel ini.

 

Jadi ini dia, 5 cara yang terbukti berkesan, bagaimana anda boleh buat duit online!

 

(1) Laman web yang membayar ahlinya

Tahukah anda, sebenarnya kat Internet ni mungkin terdapat beratus-ratus ataupun mungkin beribu-ribu laman web yang anda boleh sertai yang menjanjikan anda pulangan ataupun pendapatan sekiranya anda melakukan sesuatu seperti yang dikehendaki oleh pemilik laman web tersebut?

 

Jadi kat sini, saya akan kongsikan beberapa laman web yang saya sendiri sertai dan pada masa yang sama turut berjaya jana pendapatan daripada laman-laman web yang dimaksudkan

1. Laman web Niaga Affiliate

Link: http://www.niagaaffiliate.com

program_affiliate_niaga_affiliate

Melalui laman web niagaaffiliate ini, anda perlu buka akaun sebagai ejen affiliate kemudian boleh mula mempromosikan laman web ini. Setiap kali terdapat ejen affiliate yang mendaftar menerusi link affiliate anda, anda akan dibayar RM1.

Kali pertama saya menerima komisyen daripada program ini adalah pada bulan Ogos 2015

 

2. Laman web Ashadee 

Link: http://www.ashadee.com

ashadee

Terdapat beratus-ratus produk yang anda boleh promosikan yang tersenarai di laman web ashadee. Pendaftaran sebagai ejen ashadee adalah percuma sahaja, dan anda akan dibayar setiap kali anda berjaya menghasilkan jualan.

 

3. Laman web klikjer

Link: http://www.klikjer.com

senarai_produk_klikjer

Konsepnya tak jauh beza dengan laman web ashadee. Asalkan anda berjaya hasilkan jualan, anda akan menerima bayaran yang setimpal. Satu perkara yang saya suka dengan laman web klikjer ini ialah, untuk setiap produk, mereka menawarkan peratusan komisyen yang agak tinggi. Ada produk yang menawarkan komisyen sehingga 70% per sales!

 

4. Laman web ToneXpress

Link: http://www.tonexpress.com

review_laman_tonexpress

Anda akan dibayar RM10 untuk setiap pelanggan yang menyertai anda dan turut sama-sama berminat untuk menggunakan laman web ToneXPress sebagai medium promosi Tone Excel mereka.

 

4 laman web ini, jika anda buat dengan serius dan mempunyai sistem promosi yang sistematik dan cukup untuk bantu anda buat duit online dengan lumayan.

 

(2) Freelance writing ataupun penulis bebas

Ini salah satu kaedah yang saya sendiri lakukan untuk buat duit online. Tawarkan khidmat penulisan artikel promosi kepada pemilik perniagaan yang mahukan lebih banyak pendedahan terhadap perniagaan yang sedang dijalankan.

software_bina_laman_web

Sekiranya anda juga berminat untuk mendapatkan khidmat penulisan dari saya, boleh ke laman web servis artikel advertorial ini.

 

(3) Jual barang secara online

Dengan cara ini, anda CONFIRM boleh buat duit. Dengan syarat, anda berjaya dapatkan pelanggan untuk beli produk anda. Jika anda ingin jual barang secara online, ada beberapa idea yang mungkin sesuai untuk anda, antaranya

A. Import barang dari China dengan harga rendah kemudian jual di pasaran Malaysia dengan harga lebih tinggi

B. Beli stok barang di pasaraya borong kemudian jual satu per satu

C. Anda tak mahu simpan stok, sebaliknya hanya menggunakan kaedah dropship sahaja

 

Untuk menjual produk-produk anda sendiri secara online, anda mempunyai pilihan sama ada

1. Bina laman web jualan sendiri

Saya cadangkan anda gunakan perisian blogspot2minisite untuk menhasilkan minisite jualan yang nampak kemas dan profesional. Ia juga akan menjimatkan masa dan duit anda.

 

2. Bina laman web berkonsepkan shopping cart

Contoh laman web yang berkonsepkan shopping cart adalah seperti Amora

buat_duit_dengan_amora

 

3. Jual di laman blog milik anda

Salah satu kelebihan buat mereka yang ada blog ialah, sambil-sambil tulis blog tu, mereka boleh jual barang jugak.

 

4. Jual di laman web mudah.my

sewa_harley_davidson_mudahmy

Menurut info yang diberikan oleh laman web Pro Mudah.my, terdapat sekurang-kurangnya 5.2 juta pelawat yang mengunjungi laman web mudah.my setiap bulan. Mereka ini bukannya pelawat biasa, sebaliknya adalah mereka yang siap sedia untuk membeli dan menjadi pelanggan jika apa yang mereka cari terdapat di laman web mudah.my. Jadi ini peluang terbaik anda untuk memanfaatkan jumlah pelawat yang ramai di laman web mereka untuk ditukarkan menjadi pelanggan anda.

 

5. Jual dilaman web ebay

ebay_lubuk_duit

Jual diperingkat antarabangsa. Kalau di Malaysia, mungkin laman web ebay kurang popular, namun tidak diluar negara ataupun di negara asal ebay itu sendiri. Buat duit dalam matawang USD, not bad jugak kan?

 

6. Jual di media sosial seperti di FB, Instagram dan sebagainya

Ok kalau susah sangat dan tak tau macam mana nak menjual, jual je di FB masing-masing. Tak perlu susah payah nak bina website, buka akaun pro niaga di mudah dan sebagainya. Hanya perlu iklankan tawaran produk anda di FB sahaja.

 

(4) Blogging

Rasanya tak lengkap kalau saya tak masukkan blogging sebagai salah satu kaedah yang terbukti berkesan untuk buat duit online. Saya cuma nak kata

A lot of good things happen when you have blog!

 

Anda boleh daftarkan blog anda di laman web seperti Nuffnang untuk mula jana pendapatan menerusi program pengiklanan mereka. Link: http://www.nuffnang.com.my

belajar buat duit dengan Nuffnang

 

(5) Terima tugasan dan bekerja hanya dari rumah

Sekiranya anda berminat untuk explore topik bekerja dari rumah dengan lebih mendalam, saya sarankan anda baca post saya sebelum ni berjudul

Jobdirumah: Review program latihan bekerja dari rumah (lengkap dan komprehensif)

 

Jika anda tak berminat untuk melalui laman web jobdirumah untuk menerima tugasan dari majikan, sebagai alternatif anda juga boleh menawarkan kemahiran ataupun skil anda di laman web seperti fiverr.

buat_duit_fiverr

Anda boleh tawarkan pelbagai servis di laman web fiverr dan menerima bayaran sebanyak USD5 untuk setiap satu tugasan. Oh walaubagaimanapun, fiverr akan potong beberapa percent daripada 5 USD tersebut sebagai caj perkhidmatan.

 

buat_duit_fiverr

Sekiranya anda memerlukan panduan untuk memudahkan anda buat duit di laman web fiverr, panduan Buat duit Fiverr ini mungkin berguna untuk anda.

 

Muat turun panduan tersebut dan mulalah ikut seperti mana yang diajarkan. Buat kerja bila ada panduan, ia pasti akan jadi lagi mudah berbanding anda tercari-cari, apa servis dan macam mana nak buat duit di fiverr.

 

 

Baiklah, rasanya dah cukup kot saya cover topik ini dalam perkongsian saya kali ini. Jika anda rasa ianya seperti complicated dan sukar nak hadam, saya sarankan anda hanya pilih salah satu kategori sahaja. Tak perlu nak buat semua sekali dalam satu masa, melainkan anda dah nampak cara dan jalannya. Saya sendiri bermula dengan blogging, kemudian perlahan-lahan mula mengembangkan lagi cabang buat duit online kepada lain-lain kategori.

 

Apa yang lebih penting ialah, kita ada tindakan, dan bukannya sekadar berangan-angan atau cuma cakap sahaja “aku nak buat duit online.”

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

Kerja Sambilan Di Rumah Terkini April 19, 2017 at 12:47 am

Nuffnang agak lama, dulu-dulu ada Churp-Churp yang boleh juga menjana side income melalui Twitter.

Reply

sabree hussin April 20, 2017 at 3:37 pm

Nuffnang memang dah lama dah. Cuma lately income yang boleh diperolehi dari Nuffnang kurang menarik.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: