Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?

March 3, 2023 by sabree hussin Leave a Comment

Tarikh 19 Januari 2023, Portal Sinar Harian ada menerbitkan satu berita bertajuk Jumlah isi rumah miskin tegar aib, memalukan – PM.

miskin-tegar

isi rumah miskin tegar

Ada beberapa intipati yang menarik perhatian saya menerusi artikel tersebut.

(1) Prinsip ‘unbridled capitalism’ yang diamalkan di negara ini suatu ketika dahulu menyaksikan golongan maha kaya terpilih menguasai hampir semua bidang.

“Ia seolah-olah kita dan seluruh jentera tidak mempunyai keupayaan mengenal pasti syarikat atau kelompok baharu untuk dilatih dan diangkat bersama supaya diperluas peluang kepada mereka,”

 

(2) Pembebasan golongan terpinggir daripada belenggu kemiskinan perlu mengambil kira usaha memerdekakan mereka daripada terus bergantung kepada bantuan serta sumbangan kerajaan.

“Kita tidak mahu negara ini dibangunkan dengan ada dalam kalangan kaum minoriti atau golongan miskin daripada pelbagai latar belakang bangsa termasuklah rakyat Sabah serta Sarawak yang merasakan mereka terpinggir atau tersisih,”

 

(3) Sokongan dasar Kerajaan Perpaduan Malaysia harus menjamin sokongan kepada pemodal supaya dapat menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa menyebabkan penekanan serta sengsara terhadap rakyat di bawah.

 

(4) Sebanyak 136,000 isi rumah berada dalam kategori miskin tegar, manakala isi rumah dalam kategori miskin pula adalah sebanyak 308,000 isi rumah.

 

Jadi, kemana sebenarnya hala tuju penulisan saya pada kali ini?

Baiklah, sebenarnya saya mula tertarik dengan topik kemiskinan, memandangkan ini adalah topik yang boleh dikatakan seringkali diulang-ulang saban tahun walaupun silih berganti pemimpin diatas sana.

 

Adakah isu kemiskinan ini terlalu rumit dan terlalu sukar untuk ditangani, hinggakan pada hari ini, isu kemiskinan masih lagi dibincangkan?

Isu kemiskinan ini, bukan hanya menjadi isu di negara kita sahaja, malahan diseluruh dunia. In fact, di negara maju juga ada orang miskin.

[Read more…]

Filed Under: Sketsa Hidup Tagged With: faktor kemiskinan, punca kemiskinan, sebab kemiskinan

Siapa sebenarnya yang hati tisu?

May 30, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Dekat media sosial, sama ada di Facebook, Twitter ataupun Instagram, saya selalu terjumpa label “hati tisu” ini diberikan kepada orang yang kena kecam.

 

Sekarang ini nampak macam satu perkara yang normal. Kalau tak puas hati, terus kecam.

 

Orang yang kena label dengan label “hati tisu” ini pulak biasanya sebab dia block atau banned orang yang mengecam. Kenapa tisu? Boleh jadi sebab tisu itu sifatnya lembut, mudah rosak dan mudah koyak.

 

Kiranya nak samakan sifat tisu itu dengan sifat orang yang dikecam.

hati-macam-tisu

“Kalau hati tisu, tak boleh kena kecam tak payah nak menulis di media…”

 

Ada satu hujah yang dibawa oleh netizen (yang saya tak peduli pun apa namanya) katanya, kalau hati tak kuat, tak payah nak menulis. Baru kena kecam sikit dah mula banned dan block orang. Hati tisu betul.

 

Saya tak setuju.

 

Hujah tu langsung tak adil.

[Read more…]

Filed Under: Sketsa Hidup Tagged With: apa makna hati tisu, contoh hati tisu, hati tisu

Memakan makanan Hasil Usaha Sendiri adalah lebih baik daripada meminta-minta

October 6, 2016 by sabree hussin 13 Comments

Dalam seminggu, mungkin adalah dalam sekali atau dua kali saya akan masak sendiri makanan dirumah. Selebihnya, saya akan makan diluar.

 

Nak kata makan kat restoran ni lebih murah pun tak juga. Tetapi yang pasti, ia lebih menjimatkan masa. Untuk mereka yang sentiasa sibuk, memang menjadi satu kebiasaan untuk makan di restoran. Kita cuma perlu order sahaja apa yang kita nak makan. Selebihnya tukang masak yang akan sediakan untuk kita.

 

Cuba bandingkan dengan masak sendiri. Mula-mula kita terpaksa keluar beli barang. Sama ada ke pasar, kedai runcit atau mungkin ke untuk beli barang mentah. Kemudian, kena masak satu per satu. Seterusnya baru hidang dan sedia untuk dimakan. Kalau waktu cuti, bolehlah masak sendiri. Tapi kalau hari bekerja, memang terpaksa makan di luar.

cara-memulakan-perniagaan-restoran

 

Satu perkara yang saya kurang berkenan dengan makan kat restoran ni ialah, wujudnya gangguan daripada golongan yang mencari rezeki dengan cara meminta sedekah. Perkongsian ini bukannya berniat untuk kondem atau hina golongan peminta sedekah. Saya harap para pembaca jangan salah faham.

[Read more…]

Filed Under: Sketsa Hidup Tagged With: kedai makan, memakan makanan hasil usaha sendiri, peminta sedekah, usaha sendiri

Kelebihan datang awal ke masjid pada hari Jumaat

September 30, 2016 by sabree hussin 9 Comments

Saya nak kongsikan sebuah hadis yang saya baca dari Kitab Ringkasan Riyadhus Solihin yang disusun oleh Imam Nawawi berkenaan dengan hari Jumaat.

 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mandi pada hari jumaat sebagaimana mandi junub, lalu berangkat ke masjid lebih awal (sehingga mendapat saf yang pertama), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang kedua), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor lembu.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang ketiga), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang keempat), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang kelima), maka seolah-olah dia telah berkorban sebutir telur.

Jika imam telah datang, para malaikat pun masuk untuk mendengarkan bacaan khutbah.” (Riwayat Al-Bukhari no. 841 dan Muslim no. 850)

buku_riyadhus_solihin

Semasa saya masih bersekolah di sekolah rendah dulu, setiap kali sebelum memulakan bacaan khutbah, khatib akan membacakan hadis ini terlebih dahulu kepada para jemaah yang hadir.

 

Boleh dikatakan setiap minggu hadis ini akan dibacakan. Walaupun pada waktu tu, saya tak dapat nak hafal keseluruhan isi hadis, namun saya dapat tangkap maksud hadis tersebut iaitu untuk menggalakkan para jemaah untuk datang awal ke masjid pada hari jumaat. Tapi sekarang ni saya rasa macam jarang pula dengar khatib baca hadis ni.

[Read more…]

Filed Under: Sketsa Hidup Tagged With: kelebihan hari jumaat, kelebihan saf pertama

Ubah penampilan, tingkatkan pencapaian

January 24, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Apa yang kita kenakan atau yang kita sarungkan pada tubuh badan kita akan memberi kesan kepada tahap motivasi dan keyakinan diri kita. Terutamanya buat mereka-mereka yang kerjayanya perlu berjumpa dengan orang ramai.

 

Contohnya seperti ejen insurans atau takaful, jurujual kereta dan sebagainya.

 

akribos-xxiv-mens-ak547yg-automatic-retrograde-date-leather-strap-watchCuba satu hari tu, anda sarungkan jam tangan yang berjenama lagi mahal harganya. Perhatikan bagaimana perubahan yang akan berlaku pada diri semasa berinteraksi dengan pelanggan.

 

Anda mungkin akan dapati, pada ketika itu anda lebih yakin dan bersemangat untuk berbual-bual dengan pelanggan anda.

 

Bahagian yang paling banyak bergerak pastinya tangan anda.

 

Setiap kali anda cuba untuk menerangkan sesuatu, tangan anda turut akan bergerak-gerak, seolah-olah cuba untuk mewujudkan secara fizikal setiap penerangan yang anda tuturkan. Bila bercakap tentang bola itu bulat, tangan anda juga akan secara automatik akan buat bentuk bulat.

 

Itu biasa berlaku kalau anda pakai jam yang mahal. Berapa mahal? Mungkin mahal seperti ini. Anda nak berjumpa dengan klien yang memang jutawan lagi hartawan pun tak ada rasa kekok. Sebaliknya, kalau anda pakai jam yang murah, bawah harga RM50 misalnya, anda mungkin akan terasa kekok untuk berbual dan mungkin akan berdiri tegak lurus sepanjang masa.

[Read more…]

Filed Under: Sketsa Hidup Tagged With: jam tangan mahal, pakaian berjenama

Hafal al-Quran?

January 19, 2016 by sabree hussin 7 Comments

Saya memandang ke luar tingkap feri yang saya naiki menuju ke Pulau Tioman. Sesekali feri beralun-alun akibat dipukul ombak.

 

Melihat ke arah permukaan laut yang terbentang luas, membuatkan saya teringat pada kenangan lama. Dalam banyak-banyak kenangan, kenangan zaman sekolah menengah yang muncul. Mungkin semua ni normal kot. Secara automatik kita rasa nak throwback pada peristiwa-peristiwa masa lalu…

 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 ٱلْقَارِعَةُ

 مَا ٱلْقَارِعَةُ

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْقَارِعَةُ

 

Suatu maghrib di sekitar tahun 2004 atau mungkin 2005. Surah al-Qari’ah menjadi surah pilihan ketika saya sedang mengimamkan jemaah yang terdiri daripada rakan-rakan sekolah yang lain.

 

Sayangnya… sekarang ni, pada tahun 2016, entah dimana silapnya. Saya dah LUPA surah tersebut. Seolah-olah ayat hafazan tersebut HILANG dari memori.

quran_al_karim

Memandangkan perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman mengambil masa kira-kira 2 jam, saya ambil peluang ni untuk “dapatkan” kembali yang saya telah hilang.

[Read more…]

Filed Under: Sketsa Hidup Tagged With: hafal al-quran

Pekerjaan kedua bagi menampung kos sara hidup yang makin mahal

January 17, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

“Adakah perniagaan dan pemasaran internet adalah jalan keluar untuk mereka yang memerlukan pekerjaan kedua bagi menampung kos sara hidup yang makin mahal?”

 

Kos hidup kita kat Malaysia makin MAHAL sekarang ni. Tahun lepas, macam-macam benda dah naik harga. Termasuk juga kos untuk pengangkutan awam, tol dan sebagainya. Gone were the days that we can say “kalau nak murah, nak jimat naik la public transport“.

 

Agaknya, kenapa ya ramai orang Bangladesh, Vietnam, Nepal, Indonesia, Filipina dan lain-lain lagi datang ke Malaysia untuk bekerja? Apakah kat tempat mereka dah kehabisan sumber pekerjaan?

 

Atau mungkin ke sebab kos hidup di negara mereka dah jadi terlalu MAHAL jika nak dibandingkan dengan pekerjaan yang mereka lakukan seharian? Sampai mendesak mereka untuk tinggalkan negara sendiri dan berhijrah ke negara jiran?

 

Adakah satu masa nanti, kita juga akan “dipaksa” untuk melalui pengalaman yang sama?

 

Kemudian saya terfikirkan tentang perniagaan dan pemasaran internet. Mampukah kerjaya dalam bidang ini menyelamatkan kita daripada terpaksa berhijrah dan keluar dari negara sendiri?

 

Kalau jawapannya ialah YA, adakah penduduk di negara-negara yang saya sebutkan ni tak pernah dengar tentang kuasa internet yang mampu untuk berikan mereka peluang untuk buat dua atau tiga kerja dalam satu masa.

 

Kalau bercakap dari segi potensi, memanglah peluang untuk jana pendapatan yang lumayan memang ada jika kita betul-betul menggunakan kaedah yang sesuai untuk memasarkan sesuatu produk ataupun perkhidmatan secara dalam talian sahaja.

 

Tak ada produk yang boleh dipasarkan? Tak ada masalah.

revoflex_extreme

Ini produk yang saya sedang promosikan sekarang ni. Nama produk ni ialah Revoflex Extreme Set. Saya jadi minat nak kongsikan tentang kelebihan produk ni selepas isteri saya beli produk ni di Lazada. Anda boleh klik sini jika nak lihat tawaran harga di lazada.

 

Khusus buat mereka yang sukakan alat-alat bantu senaman yang ringkas, mudah dan seronok dilakukan hanya dari rumah, boleh gunakan Revoflex Extreme Set ini. Ada lebih 40 jenis senaman yang boleh dilakukan bila ada alat ni.

[Read more…]

Filed Under: Sketsa Hidup Tagged With: revoflex extreme set

Kalau cuma ada semangat boleh berjaya ke?

January 15, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Kalau cuma berbekalkan SEMANGAT semata-mata, boleh ke buat bisnes dengan jayanya? Ianya tak mustahil, namun ia bukannya sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

 

Saya pernah nampak, orang yang hanya berbekalkan semangat semata-mata, mampu untuk melakukan banyak perkara-perkara yang hebat. Pencapaian mereka sungguh mengkagumkan, walaupun dalam proses untuk mencapai kejayaan tersebut, ada banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Namun, berbekalkan semangat yang kuat, yang tidak mudah mengenal erti putus asa, dia teruskan jugak sampailah kejayaan berada dalam genggaman.

 

Saya berpeluang untuk lihat sendiri perkara ni apabila saya sertai bisnes Tone Excel. Saya lihat ramai betul ahli-ahli Tone Excel yang baru, yang penuh dengan semangat ketika mereka buat kerja-kerja pemasaran. Mereka dengan penuh semangat, terus menerus buat promosi walaupun mereka lebih kerap kena reject daripada berjaya dapat pelanggan.

bekerja dan berniaga dari rumah

Orang yang tak kuat semangat, baru kena reject sikit dah give up. Terus nak cari bisnes lain. Dengan mudah dia akan terasa apa yang dia buat selama ini adalah benda bodoh semata-mata. Taubat dah tak nak buat lagi.

[Read more…]

Filed Under: Sketsa Hidup Tagged With: cara kembalikan semangat, semangat untuk berjaya

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kesilapan Penggunaan Kad Kredit yang Ramai Orang Buat
  • Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya
  • Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri?
  • Bagaimana memilih produk yang sesuai untuk affiliate marketing
  • Program Affiliate Klikjer

Recent Comments

  • sabree hussin on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • Beli Kereta Baru on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • sabree hussin on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • faizul on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • ki on Mimpi Ngeri buat pemain Mobile Legend bila dapat team perangai pelik

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Media Sosial
  • Mobile Legends Bang Bang
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Pengurusan Perniagaan
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in