Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Kelebihan datang awal ke masjid pada hari Jumaat

September 30, 2016 by sabree hussin 9 Comments

Saya nak kongsikan sebuah hadis yang saya baca dari Kitab Ringkasan Riyadhus Solihin yang disusun oleh Imam Nawawi berkenaan dengan hari Jumaat.

 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mandi pada hari jumaat sebagaimana mandi junub, lalu berangkat ke masjid lebih awal (sehingga mendapat saf yang pertama), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang kedua), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor lembu.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang ketiga), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang keempat), maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam.

Jika dia berangkat pada waktu berikutnya (lalu mendapatkan saf yang kelima), maka seolah-olah dia telah berkorban sebutir telur.

Jika imam telah datang, para malaikat pun masuk untuk mendengarkan bacaan khutbah.” (Riwayat Al-Bukhari no. 841 dan Muslim no. 850)

buku_riyadhus_solihin

Semasa saya masih bersekolah di sekolah rendah dulu, setiap kali sebelum memulakan bacaan khutbah, khatib akan membacakan hadis ini terlebih dahulu kepada para jemaah yang hadir.

 

Boleh dikatakan setiap minggu hadis ini akan dibacakan. Walaupun pada waktu tu, saya tak dapat nak hafal keseluruhan isi hadis, namun saya dapat tangkap maksud hadis tersebut iaitu untuk menggalakkan para jemaah untuk datang awal ke masjid pada hari jumaat. Tapi sekarang ni saya rasa macam jarang pula dengar khatib baca hadis ni.

 

Bila dah datang awal tu, terus duduk di saf yang paling hadapan. Bayangkanlah, jika kita dapat saf yang pertama, kita akan dapat pahala seolah-olah kita telah mengorbankan seekor unta.

 

Jadi menerusi hadis ini juga, kita dapat mengetahui bahawa setiap saf itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sepatutnya kita berebut-rebut dan berusaha sehabis baik untuk datang awal bagi merebut saf yang paling hadapan. Bukannya sebaliknya, iaitu bertolak-tolak untuk menyuruh orang lain yang bergerak dan menganjakkan diri supaya bergerak ke depan. Dia sendiri tak nak bergerak sebabnya lebih selesa duduk tepi tiang, tepi dinding, atau bawah kipas.

 

Realitinya, kalau di hari jumaat, kita boleh saksikan macam-macam perangai dan gelagat para jemaah. Ada yang datang awal, tapi lepak kat bawah pokok. Ketika khatib sedang membacakan khutbah, dia masih sedang asyik dan leka bersembang sesama kawan-kawan. Hanya apabila mereka dengar bacaan iqamat dilaungkan, baru kelam kabut nak masuk ke dalam masjid.

 

Ada pula segelintir jemaah, yang datang sangat lewat ke masjid. Ketika imam dah mengangkat takbiratul ihram, dia baru sampai ke masjid. Masa tu baru kelam kabut nak ambil wudhu dan nak cari saf. Maka akan kedengaranlah bunyi orang berlari-lari untuk mendapatkan saf.

 

Mungkin dia datang dari jauh. Mungkin dia ada urusan yang sangat penting hingga menyebabkan dia terpaksa datang lewat. Wallahua’lam.

 

Apa pun, sekarang ni selepas anda membaca hadis ini, anda patut dah tahu bahawa ada banyak kelebihan yang akan anda perolehi jika datang awal ke masjid lalu mendapatkan saf pertama. Semoga selepas ini, kita sama-sama usahakan yang terbaik untuk dapatkan saf yang paling hadapan sekali.

 

In Shaa Allah.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Kelebihan memasang sistem Chat Box pada blog
  2. Garam Aura Rezeki: Pengalaman hari pertama dan hari kedua penggunaan
  3. Ringkasan Riyadhus Solihin: Kelebihan menuntut ilmu
  4. Tora Datang Lagi – Kitab Pengetahuan Kanak-kanak 90an

Filed Under: Sketsa Hidup Tagged With: kelebihan hari jumaat, kelebihan saf pertama

Comments

  1. apdm says

    September 30, 2016 at 10:01 pm

    Terima kasih admin atas penjelasan dan penerangan di atas

    Reply
  2. mrhanafi says

    October 2, 2016 at 1:00 am

    kalau semua dapat datang awal..tentu la best untuk golongan kaki masjid

    Reply
  3. ahmadyani says

    October 2, 2016 at 4:19 am

    Ada yang datang awal. Itu bagus, tapi bab nak duduk saf awal (depan) itu yang tak ramai buat. Banyaknya duduk belakang sebab nak menyandar.

    Reply
  4. McYanni says

    October 2, 2016 at 4:21 am

    Ramai yang keluar awal dari ofis pada hari Jumaat dan memang boleh pergi awal ke masjid. Tapi habis masa di kedai…makan dulu. Akhirnya lewat juga ke masjid. Sedangkan lepas solat boleh makan.

    Reply
    • sabree hussin says

      October 5, 2016 at 4:12 pm

      Jom kita sama-sama lihat makna ayat dari surah Al-Jumu’ah ayat 9 – 10. Maksudnya

      “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

      Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”

      Surah Al-Jumuah ayat 9 – 10

      .

      Kalau kita lihat pada ayat ni, sebenarnya apabila azan dilaungkan, kita dah tak boleh berjual beli. Kita tinggalkan semua tu dan bersegera untuk ke masjid.

      Reply
  5. ayba says

    October 2, 2016 at 4:28 am

    Seminggu hanya sekali solat Jumaat. Patut rebut peluang datang awal ke masjid kerana rata-ratanya keluar awal dari pejabat. Kalau masjid dekat, tak perlulah pergi yang jauh hanya kerana alasan selesa. Kalau pergi yang jauh, tentulah lewat berbanding yang dekat.

    Reply
  6. Junaidy Jaimi says

    October 3, 2016 at 7:49 pm

    Selalunya klau datang masjid lambat, alamat solat dekat luar masjid..dan kadang kurang selesa keadaanya..

    Reply
  7. Raihanah says

    October 4, 2016 at 3:12 pm

    subhanallah, tapi orang kita ramai yang datang lambat

    Reply
  8. Uncle Zuan says

    October 13, 2016 at 9:02 pm

    thanks atas peringatan.

    saya sendiri selalu isi perut dahulu kemudian baru ke masjid

    selalu tunggu azan berkumandang baru nak ke masjid.

    harap teguran ini lekat dalam ingatan, dan terus dipraktikkan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut