UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Mimpi Ngeri buat pemain Mobile Legend bila dapat team perangai pelik

August 18, 2020 by sabree hussin 1 Comment

Setengah orang kata, main game Mobile Legend ini cuma membuang masa.

 

Mungkin ada betulnya. Lebih-lebih lagi, bila kita dah habiskan lebih 20 minit dalam satu perlawanan, dan berkesudahan dengan pasukan kita menerima kekalahan.

 

Kalah menang, itu adat dalam pertandingan. Pasukan yang kuat, biasanya pasti akan mengalahkan yang lemah. Pada saya, kalau kekalahan itu berlaku sebab pasukan lawan bermain dengan lebih cantik, mereka memang mempunyai teknik dan strategi yang lebih baik, saya tak ada masalah untuk terima kekalahan tersebut.

In fact, saya mungkin akan rasa puas hati walaupun kalah.

 

Tapi ada juga keadaan yang mana saya ada masalah untuk terima hakikat yang team saya kalah. Kita kalah bukan sebab team lawan kuat sangat, tapi disebabkan dalam team sendiri ada pemain yang berkelakuan pelik! Mereka ini menjadi beban kepada pasukan, dan akhirnya… kita kalah.

 

Kebiasaannya kalau ada perangai pelik ini dalam pasukan, perlawanan tersebut akan berakhir dengan kekalahan. Melainkan kalau tiba-tiba berlaku satu keajaiban.

 

Mana lah tahu, tiba-tiba timbul kesedaran lalu masing-masing mula insaf dan nak berubah jadi lebih baik. Dalam posting ini saya nak highlight perangai pelik yang ada dalam game mobile legends ini. Kalau ada perangai macam ni, siap sedia untuk hadapi kekalahan je la ya.

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: buat duit dengan mobile legends, permainan mobile legends

Pengalaman beli jam G-Shock Original dari G People Store di Lazada

August 16, 2020 by sabree hussin 2 Comments

Baru-baru ini, Lazada telah mengadakan Promosi Mega Sale 8.8.

 

Pada hari promosi tersebut diadakan, ada banyak seller yang turut serta dalam kempen promosi tersebut dan menawarkan diskaun tambahan bagi produk-produk terpilih yang mereka jual.

 

Kalau pada hari biasa, mereka sudah tawarkan harga yang agak rendah untuk produk-produk yang mereka jual, namun pada hari tersebut, ada antara mereka yang kurangkan lagi harga.

 

Memandangkan pada kali ini, saya ada simpan kredit e-wallet Touch n Go yang saya claim dari e-penjana sebanyak RM50, maka saya cadang nak gunakan duit tersebut pada hari ini.

 

Kalau dalam posting yang lalu, saya ada kongsikan maklumat beberapa orang seller yang menjual jam G-Shock Original, antaranya

i. All In One Hub

ii. C&H Movements

iii. Stussy Gallery

iv. The Wola

Baca juga: Senarai penjual jam tangan G-Shock Original yang boleh dipercayai

 

Tapi kali ini, saya memilih untuk beli dari satu seller yang baru saya jumpa. Saya jumpa seller ni secara tak sengaja semasa saya sedang buat perbandingan harga untuk model jam yang saya berkenan nak beli. Seller yang saya maksudkan ialah G People Store.

kedai gshock original langkawi

Kalau anda belum pernah dengar nama seller ini, boleh teruskan pembacaan ya.

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: G-people store Lazada, jam g-shock original, Jam G-Shock Original Lazada

Voucher Lazada bernilai RM566 dan RM633 – Nak beli apa ya?

August 10, 2020 by sabree hussin Leave a Comment

Baru-baru ini, Lazada Malaysia telah mengadakan promosi jualan murah bersempena dengan tarikh istimewa, iaitu 8.8

 

Promosi Mega Sale 8.8 ini juga turut dijalankan oleh beberapa online shopping yang lain, seperti Shopee, Watson dan lain-lain.

 

Mana-mana usahawan online yang turut menggunakan platform e-commerce Lazada dan juga Shopee, anda juga mungkin menerima tempias dalam bentuk pertambahan jualan pada hari tersebut.

 

Saya menjangkakan pada hari tersebut, jumlah trafik yang masuk ke laman web dan juga apps Lazada dan Shopee meningkat berkali ganda berbanding kebiasaan.

 

Kalau selama ini anda hanya bergantung kepada platform media sosial untuk buat jualan di internet, mungkin lepas ini anda boleh pertimbangkan untuk menjual di Shopee dan juga Lazada.

pembekal-dropship-shopee

Saya telahpun membaca panduan menjadi seller di Shopee dan saya boleh katakan cara untuk mula menjadi seller disitu mudah sahaja.

Baca juga: Review panduan Bisnes Shopee

 

Saya tak bercadang untuk bercerita mengenai platform Shopee, sebabnya dalam Promosi Mega Sale 8.8 kali ini saya hanya beli barang menerusi Lazada.

 

Sebelum buat pembelian tu saya telahpun lakukan beberapa langkah yang biasa diambil oleh pengguna yang bijak.

 

Ya, saya telah lakukan perbandingan harga. Setelah membuat perbandingan harga di Shopee dan juga Lazada, dan meneliti semua seller yang menjual produk yang saya mahukan, akhirnya saya pilih untuk shopping di Lazada sahaja. (lagipun saya ada jumpa voucher bernilai RM566 dan RM633 di Lazada)

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: promosi mega sale 8.8 lazada, shopping di lazada, voucher lazada, voucher shopping lazada

Tips beli jam tangan jenama G-Shock Original untuk orang yang baru pertama kali

March 6, 2020 by sabree hussin 1 Comment

Sebut sahaja jenama G-Shock, pasti ramai orang yang kenal jenama ini.

 

Kalau kita lihat laman web rasmi G-Shock, ataupun laman web online marketplace seperti Lazada ataupun Shopee, kita boleh lihat ada beratus-ratus jenis dan model yang telah dikeluarkan oleh G-Shock.

 

Bagi mereka yang sukakan jenama ini, mungkin mereka tak ada masalah untuk buat keputusan membeli jam tangan jenama ini. Sebaliknya, bagi mereka yang baru kali pertama nak cuba-cuba jadi pengguna G-Shock, mungkin agak keliru dan tak pasti model yang mana satu yang patut dijadikan pilihan.

 

Kali ini saya akan berikan serba sedikit idea dan input bagi membantu anda buat keputusan yang betul sebelum terus beli jam tangan jenama G-Shock ini.

Dekat pasaran, ada jam G-Shock yang Original, dan ada juga yang dilabel sebagai copy ori 1:1, gred A, gred AA dan juga gred AAA. Terus terang saya kata, saya tak suka barang yang tak original.

 

Saya lebih rela pakai jam tangan yang murah tapi original daripada pakai jam yang berjenama tapi hakikatnya tak original. Memanglah orang lain tak tahu, yang kita pakai barangan tiruan, tapikan kita pakai ini untuk kepuasan diri kita sendiri. Biarpun orang lain tak tahu, tapi kita tahu. Bagi saya, ia macam menipu diri sendiri. Faham ke maksud saya?

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: cara beli jam g-shock, jam g-shock original, tips beli g-shock

Link download ebook panduan Bisnes Shopee

July 22, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Saya pernah dapat link download ebook bisnes shopee sebelum ini.

 

Waktu tu, link download ebook yang saya dapat adalah versi 1.2

download-ebook-bisnes-shopee

Kiranya waktu saya dapatkan ebook ini, ianya agak baru diperkenalkan.

 

Kemudian biasalah, bila dah download tu, lama-lama saya terlupa, dekat mana saya save file ebook bisnes shopee ini. Saya cari balik link download yang saya pernah perolehi melalui emel sebelum ini.

 

Terkejut juga, bila saya cuba download, keluar ayat macam kat bawah ini.

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: cara bisnes shopee, download link ebook bisnes shopee, muat turun ebook shopee, panduan bisnes shopee

Taktik menjual dengan meraih simpati

December 11, 2018 by sabree hussin Leave a Comment

Sewaktu saya dan isteri sedang makan di restoran KFC, tiba-tiba muncul seorang lelaki datang menghampiri meja kami. Saya tak berapa dengar apa benda yang diucapkan tapi saya perasan dia ada sebut sesuatu tentang minta maaf sebab mengganggu.

 

Kemudian dia meninggalkan sekeping kad yang mengandungi tulisan di dalamnya.

 

Oleh sebab ini bukan pengalaman kali pertama saya berhadapan dengan situasi seperti ini, jadi saya buat keputusan untuk tidak mahu mengambil tahu apa yang di tulis pada kad tersebut.

 

Kali pertama saya berhadapan dengan situasi seperti ini adalah ketika saya berada di Tesco. Waktu itu saya sedang makan tengahari dan semasa sedang asyik menjamu selera muncul seorang wanita menghampiri meja kami lalu meninggalkan sekeping nota.

 

Pada nota tersebut ditulis ayat-ayat seperti

Saya sedang mengumpul dana bagi membantu membayar yuran persekolahan adik saya, harap dapat bantu saya dengan membeli barang yang saya jual.

bisnes-muffin-dari-rumah

Barang yang dijual adalah berupa kek, muffin dan beberapa produk bakeri.

Sila ke halaman ini untuk panduan bisnes bakeri

 

Saya agak terharu dengan tindakan mulia seorang kakak yang sanggup bersusah payah mencari duit untuk memberi pendidikan yang baik buat adiknya. Jadi saya pun beli satu kotak kek yang dijual dengan harga RM10.

 

Kemudian tak berapa lama lepas tu saya ada terbaca di Facebook yang aktiviti seumpama ini sebenarnya bohong sahaja. Ada ramai penjual yang menggunakan modus operandi seperti ini dan setiap orang dengan “cerita sedih” yang berbeza-beza.

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: penjual yang menipu, taktik menjual, teknik meraih simpati

Cara saya menyelesaikan masalah kutu pada kucing

December 8, 2018 by sabree hussin 1 Comment

Masalah kutu pada kucing, adalah merupakan salah satu masalah biasa yang perlu dihadapi oleh pemilik kucing.

 

Kebiasaannya, kucing akan diserang kutu apabila kebersihan kucing dan kawasan sekitar tempat kucing selalu bermain tidak dijaga dengan baik. 

 

Boleh jadi juga keadaan dimana kucing kita terkena serangan kutu disebabkan mereka ada bergaul dengan kucing lain yang memang ada kutu pada badannya. Ini biasa berlaku pada kucing yang hidup bebas diluar rumah. 

 

Mungkin pada satu hari, kucing tersebut ada didatangi oleh kucing lain yang sudah ada kutu pada badannya. Apabila kucing kita berada terlalu dekat dengan kucing tersebut, akhirnya ada beberapa ekor kutu yang melompat ke badan kucing milik kita.

 

Oleh sebab baru-baru ini, kucing-kucing saya diserang oleh kutu dan kesannya agak teruk, jadi saya rasa ada baiknya saya kongsikan disini pengalaman saya menangani masalah kutu pada kucing.

 

Pada peringkat permulaan, kutu hanya terdapat pada badan, disekitar tengkuk dan bawah perut sahaja. 

 

Tapi tak lama lepas tu, bilangan kutu makin bertambah banyak. Kalau dekat dalam rumah tu, kita boleh terkena gigitan kutu walaupun pada waktu tu kita cuma duduk santai di sofa dan atas lantai juga boleh kelihatan beberapa ekor kutu.

petanda-kucing-ada-kutu

Kiranya masalah kutu ini dah capai satu tahap yang agak kritikal. Kalau kutu cuma terdapat pada badan kucing sahaja, itu masih ok lagi. Tapi kalau dah tahap atas lantai pun ada kutu, itu maknanya masalah kutu kucing ini dah agak teruk!

 

Pada masa ini, bukan kucing sahaja yang terseksa dengan kutu-kutu ini, orang yang duduk satu rumah dengan kucing tu pun turut jadi mangsa gigitan kutu.  

 

Jadi saya nak kongsikan serba sedikit tindakan yang saya ambil bagi mengatasi masalah tersebut.

 

Petanda kucing ada masalah kutu

Sebelum saya terus bercerita tentang bagaimana saya selesaikan masalah kutu pada kucing ni, saya rasa baik saya selitkan juga perkara ini. Manalah tahu, ada antara pembaca yang sangat sibuk dan tak perasan yang sebenarnya kucing peliharaan anda sudah diserang kutu.

 

Kalau anda sendiri tak perasan yang kucing anda sudah diserang kutu, bagaimana anda nak bertindak dan beri rawatan kepada kucing anda, betul tak. Jadi disini saya kongsikan beberapa petunjuk yang sebenarnya kucing anda sudah diserang kutu. Cuba perhatikan gelagat kucing kita tu.

 

(1) Kucing anda terlalu kerap grooming dirinya sendiri

Kucing memang haiwan yang suka membersihkan dirinya. Kalau ada sebarang kekotoran yang melekat pada bulu, ia akan segera hilangkan kekotoran tersebut dengan menjilat-jilat bulunya.

 

Walaubagaimanapun, kalau dalam satu-satu masa, ia asyik menjilat-jilat bulunya, lebih kerap dari kebiasaan, itu satu petanda yang dekat badannya sudah ada kutu.

 

Ataupun kalau anda sudah grooming kucing anda, dan ia masih lagi menjilat-jilat bulunya, maka kat sini kena berikan perhatian. Ia mungkin disebabkan oleh kutu.

 

(2) Kucing anda kerap menggaru badannya

Kalau cuma sekadar menjilat itu masih ok lagi, tapi kalau mereka dah mula menggaru, kena perhatikan betul-betul sebabnya mereka mungkin akan mula mencederakan diri sendiri akibat terlalu kerap menggaru.

 

Bila ada luka pada badan, ia boleh jadi makin melarat bila dah terkena jangkitan kuman dan sebagainya. Luka yang disebabkan oleh masalah kutu akan sentiasa basah dan cukup lambat untuk sembuh.

masalah-kutu-kucing

Selagi mana kutu masih ada pada kucing kita, selagi itu dia akan terus menggaru. Kalau kebetulan kucing kita tu garu ditempat yang ada luka, ini akan menyebabkan luka tersebut lambat sembuh.

 

(3) Bulu kucing semakin menipis atau kucing kita mula menggigit-gigit bulunya sendiri hingga tertanggal

Bila jilat tak ada sebarang hasil dan menggaru pun masih tak dapat nak hilangkan gatal disebabkan oleh gigitan kutu, kucing akan mula menggigit-gigit bulunya sendiri hingga tertanggal.

 

Kalau anda tak check betul-betul, anda mungkin masih tak perasan ada kutu pada kucing anda sebabnya kutu tersebut telah dibersihkan oleh kucing anda.

 

(4) Anda boleh nampak kutu apabila anda selak-selak bulu kucing

Kutu pada kucing agak halus. Anda perlu selak bulunya untuk nampak kehadiran kutu. Biasanya kutu akan ada di sekitar perut, tengkuk, dan celah peha.

 

Untuk buang kutu pada kucing juga bukan mudah. Tak semudah tangkap dengan jari, sebab kutu-kutu tersebut boleh bergerak dengan laju disebalik bulu-bulu kucing. Kena ada alat dan cara khas untuk buang kutu kucing.

 

Memang rasa kesian bila tengok kucing kesayangan kita ni asyik tergaru-garu. Kutu yang bersembunyi disebalik bulu pula bukannya mudah untuk dikeluarkan.

 

(1) Mandikan kucing

Bila dah nampak kucing asyik tergaru-garu, mandikan kucing tu. Gunakan syampu yang ada ubat untuk bunuh kutu. Kebanyakkan syampu kutu untuk kucing yang saya pernah guna, tidak membunuh kutu.

 

Saya rasa syampu itu semua hanya berkesan untuk pengsankan kutu-kutu yang ada pada badan kucing semata. Bila kutu dah pengsan, senang untuk sikat dan keluarkan kutu-kutu yang ada menggunakan sikat kutu.

 

(2) Gunakan sikat kutu

Kita tak boleh hari-hari mandikan kucing tu. Kalau ikut saranan daripada vet, mandikan kucing ni dalam seminggu sekali atau dua minggu sekali. Kalau mandikan setiap hari atau terlalu kerap, nanti kucing boleh kena penyakit.

sikat-buang-kutu-kucing

Saya gunakan sikat kutu yang sama macam gambar dekat atas ini. Sebelum ini pernah guna jenis yang agak berbeza, tapi saya rasa selepas guna jenis yang macam dalam gambar, saya lebih suka yang jenis macam tu.

 

Lagi satu saya dapati ruang antara mata sikat tu lebih rapat dan ini memudahkan untuk dapat tangkap kutu dengan hanya sekali sikat.

 

Sebelum nak mula gunakan sikat kutu ini, saya sarankan anda sediakan bekas yang anda telah isikan air bancuhan sabun. Setiap kali anda sikat kucing anda menggunakan sikat kutu kucing ini, terus tangkap kutu yang terlekat pada sikat kutu kucing dan masukkan kutu tadi dalam air sabun.

 

Kutu tersebut akan terus tenggelam dan mati lemas dalam air sabun. Kalau air yang digunakan tak dicampur dengan sabun, kutu akan terapung di permukaan air dan ada kemungkinan untuk kutu-kutu tersebut melompat keluar.

 

Jadi sia-sia pula kerja kita menyikat sebab kutu tersebut terlepas keluar dan kemungkinan akan hinggap semula pada badan kucing.

 

(3) Kolar kucing untuk masalah kutu

Benda ini pun saya pernah cuba guna. Untuk permulaan, saya cuma beli dua kolar sahaja. Dalam tempoh percubaan tu, saya dapati bilangan kutu pada badan kucing tu memang berkurang.

 

Sebenarnya pada kolar tersebut, ada diletakkan ubat kutu. Cuma sayangnya, saya tak tahu, apa nama ubat yang diletakkan pada kolat tersebut. Lama kelamaan apabila kesan ubat itu makin berkurang, kutu akan kembali menyerang kucing tersebut walaupun masih memakai kolar tersebut. Kita kena sentiasa tukar kolar yang baru apabila ia sudah mula hilang keberkesanannya.

 

Nampak comel juga bila kucing kita dipakaikan kolar. Kalau anda memang biasa lepaskan kucing untuk bermain di luar, at least ada orang yang tahu yang kucing tersebut sebenarnya ada tuan.

 

(4) Hantar kucing ke Vet dan dapatkan ubat dari klinik

Kalau anda malas nak pening-pening nak fikirkan penyelesaian kepada masalah kutu pada kucing anda, caranya mudah sahaja. Hantar sahaja kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan. Mereka ada ubat yang sangat berkesan untuk bunuh kutu.

 

Saya juga pernah dapatkan ubat dari vet. Harga untuk satu tiub ubat adalah lebih kurang RM20. Oleh sebab saya ada 15 ekor kucing, maka saya perlukan sekurang-kurangnya RM300 untuk beli ubat untuk kesemua kucing-kucing saya ini. 

 

Terus terang saya kata, saya tak ada bajet sebanyak tu. Lagipun kos untuk beli makanan dan pasir untuk semua kucing-kucing yang ada di rumah saya pun dah agak mahal. (lebih kurang sama dengan kos nak beli ubat kutu)

 

(5) Ubat jenis spray untuk masalah kutu kucing

Bila saya ceritakan dilema yang saya hadapi tentang masalah kutu ini dengan salah satu pet shop yang selalu saya kunjungi, staf dekat sana cadangkan saya guna ubat jenis spray.

 

Oleh sebab bilangan kucing yang banyak, dia pun faham kos untuk beli ubat akan jadi tinggi. Jadi untuk sementara waktu, bagi mengawal masalah kutu, gunakan ubat kutu jenis spray.

 

Saya gunakan pelbagai jenis ubat, dan salah satunya adalah dari jenama Frontline.

 

Masa nak spray ubat ini, kita kena pastikan ubat ni kena pada kulit. Kita kena selak-selak bulu kucing hinggalah nampak permukaan kulit. Selepas letak ubat, jangan mandikan kucing untuk selama 2 ke 3 hari.

 

Sebaik-baiknya, sebelum nak spray ubat ini, mandikan kucing dulu, sikat, dan pengsankan dulu kutu-kutu yang ada pada badan kucing. Lepas tu barulah spray.

 

(6) Gunakan ubat kutu jimat dari Lazada

Saya tak tahu apa nama ubat kutu ni. Ia ditulis menggunakan tulisan cina. Harga ubat kutu ni berkali ganda lagi murah daripada harga ubat di klinik.

masalah-kutu-kucing

Boleh beli sekotak kecik atau beli sekali 10 kotak. Kalau tengok dekat Lazada, harga dia tak sama. Beli sekali banyak lagi jimat.

 

Penggunaan dia pun sikit sahaja. Seekor kucing hanya perlu letak setengah botol sahaja. Ia ditentukan oleh berat kucing. Untuk kucing yang beratnya 5 kilo dan kebawah, hanya perlu letak separuh botol. Kalau kucing tu beratnya 5 kilo, barulah guna sebotol.

 

Saya beli 10 botol. Masih ada baki setelah letakkan ubat ini pada kucing-kucing saya. Ianya bukan setakat jimat, malahan sangat berkesan. Anda boleh pergi ke halaman ini untuk buat tempahan.

 

Kekerapan letak ubat kutu kucing

Baru-baru ini, saya ada dapat nasihat dari vet yang menyarankan saya untuk berikan ubat kutu pada kucing setiap 3 bulan. Ini untuk mengelakkan serangan kutu. Biasanya ubat kutu boleh halang kehadiran kutu untuk tempoh 3 bulan.

 

Kalau cuma letak ubat kutu sekali sahaja, tak mustahil untuk kutu datang semula. Kadang-kadang dekat rumah saya, ada kucing yang tak bertuan datang untuk tumpang makan. Ada juga kucing ini yang saya berikan ubat kutu.

 

Kali pertama kucing tersebut datang, badannya memang banyak kutu. Sama jenis dengan kutu yang serang rumah. Terus cepat-cepat saya berikan ubat kutu pada kucing tersebut. Selepas dua tiga hari, kucing yang sama datang sekali lagi. Kali ini saya tengok badannya dah tak ada kutu.

 

Kiranya ubat kutu kucing cina ni memang bagus! Tak sia-sia beli banyak-banyak.

 

Masalah kutu merebak ke satu rumah

Disebabkan kutu makin hari makin banyak, masalah ini makin lama makin melarat hingga menyebabkan satu rumah dipenuhi dengan kutu.

 

Ada tempat-tempat tertentu didalam rumah, yang bila saya masuk, kaki saya akan dipenuhi dengan kutu. Kutu ini ada di atas lantai, dan ada juga yang memanjat naik ke kaki.

 

Satu minggu tersebut sangat menyeksakan. Setiap masa asyik tergaru-garu, sampai luka-luka pada kulit. Yang peliknya, sampai dekat dalam kereta pun ada kutu juga. Mungkin ada kutu yang memang dah lekat pada seluar, terjatuh pada karpet kereta.

 

(7) Vakum dan mop lantai 2 atau 3 kali setiap hari

Saya boleh nampak, ada banyak kutu yang melompat-lompat atas lantai. Terpaksalah vakum satu rumah dua kali sekurang-kurangnya setiap hari. Awal pagi vakum sekali, kemudian waktu tengahari dan seterusnya waktu malam.

 

Bila dah siap vakum, mop pula lantai dengan cecair pencuci. Perkara yang paling menyakitkan hati ialah, bila kita dah mop waktu pagi, tengahari tu dah ada banyak balik kutu. Entah dari mana kutu-kutu ni semua datang!

 

(8) Taburkan garam halus disekitar kawasan lantai

Tujuannya adalah untuk membuatkan kutu terhidrasi apabila terkena garam. Saya ada baca diinternet, ada orang yang tabur garam pada karpet, dan tempat-tempat yang dipercayai menjadi tempat sasaran kutu.

 

Tapi cara ini tak berapa sesuai untuk diletakkan pada tempat yang menjadi kawasan laluan kucing. Garam akan melekat pada bulu. Bila kucing tu jilat bulu dia, nanti akan menyebabkan masalah pada kesihatan kucing tu.

 

Vet yang saya pernah jumpa pernah kata, kucing boleh kena batu karang kalau makan makanan yang tinggi kandungan garamnya. Cuba bayangkan kalau kucing ni menjilat garam! Tidak ke ini lagi bahaya?

 

Saya hanya tabur garam dibilik tidur sahaja. Kawasan bilik tidur adalah kawasan yang saya tak akan benarkan kucing-kucing saya untuk masuk.

 

(9) Buat pelita kutu untuk memerangkap kutu yang ada diatas lantai

Cara buatnya senang sahaja. Ambil sebuah besen. Isikan air didalamnya dan campurkan dengan sedikit cecair sabun. Cecair sabun ini tujuan adalah untuk memastikan kutu yang melompat masuk ke dalam besen yang berisi air ini akan terus tenggelam ke dasar.

 

Kalau anda tak letak sabun, kutu ini akan terapung dipermukaan air dan akan ada kemungkinanan untuk kutu yang dah masuk melompat keluar dan berjaya menyelamatkan diri.

pelita-kutu

lKemudian nyalakan lilin yang macam dalam gambar ini. Lilin macam ni ada banyak dijual di Ikea. Lilin ini boeh terapung atas permukaan air.

 

Kalau anda kurang yakin, bolehlah letak apa-apa barang yang berat supaya tenggelam dalam air besen kemudian lilin ni letak atas barang tersebut. 

 

Setiap malam buat pelita lilin ini, dan esoknya anda boleh lihat ada banyak juga kutu yang terperangkap dalam perangkap ini.Walaubagaimanapun, ini masih tidak menyelesaikan masalah kutu di rumah ya.

 

(10) Gunakan fogger untuk bunuh kutu dalam rumah

Fogger ni pun ada dijual dekat laman web lazada. Saya ada terfikir untuk gunakan fogger ini untuk kediaman saya. Maklumlah waktu tu kutu memang dah agak banyak atas lantai. 

fogging-untuk-kutu

Setelah buat kira-kira, saya rasa macam tak berapa berbaloi nak beli benda ni. Rumah yang saya tinggal sekarang ni, ada 4 buah bilik, satu ruang tamu, satu dapur. Jadi saya perlu sekurang-kurangnya 4 tin fogger ni.

 

Oleh sebab dari segi kos ia agak mahal jadi saya terpaksa buat keputusan yang saya rasa lebih menyakinkan, iaitu….

 

(11) Panggil Pest Control datang rumah untuk buat kerja-kerja pembasmian kutu

Masalah kutu kucing dekat rumah saya, betul-betul selesai selepas saya panggil khidmat Pest Control. Dekat luar sana saya rasa ada banyak syarikat yang buat kerja-kerja pest control ini..

 

Dalam situasi saya, saya menggunakan khidmat dari syarikat Eco Shield Pest Control (002408632-W)

pest-control-tick-flea

Anda boleh ke halaman ini untuk akses ke web rasmi syarikat ini.

 

Masalah kutu yang saya hadapi boleh dikatakan agak teruk sampai saya terpaksa panggil khidmat pest control. Apa pun, sebelum nak panggil pest control, kena pastikan anda juga ada beri rawatan kutu kepada kucing-kucing anda. Jika tidak, usaha ini boleh jadi sia-sia, sebabnya punca kutu masih ada pada kucing anda.

 

Sekarang ini, Alhamdulillah dah tak ada kutu pada kucing dan juga pada kawasan rumah. Semoga apa yang saya kongsikan dalam ini, membantu anda yang juga mungkin ada masalah kutu kucing. 

 

(12) Vakum kutu kucing

Dalam usaha anda untuk hilangkan kutu kucing, mungkin anda akan ternampak iklan vakum kutu kucing seperti ini.

Saya pernah beli vakum ini untuk masalah kutu kucing yang saya hadapi. Besar jugak harapan pada waktu tu, yang alat ini akan berfungsi seperti mana yang diiklankan.

 

Anda boleh beli kalau anda rasa berkenan nak cuba. Cuma saya nak cerita sikit pengalaman saya guna vakum yang seumpama ini. Saya tak pasti, kalau dipasaran ada pelbagai jenis vakum dengan jenama yang berbeza. Saya nak cerita tentang jenis yang saya beli.

 

Macam biasa, saya beli online dari portal online Shopping Lazada. Saya tak jumpa vakum seperti ini dijual di pet shop berhampiran saya. Bila sampai je produk ini, saya pun terus cuba pada kucing-kucing saya.

 

Bila saya on je suis, terus melompat kucing-kucing saya tu. Sebabnya bunyi dari vakum ini agak kuat, dan kucing-kucing saya tak berapa selesa dengan bunyi bising yang terhasil dari vakum ini.

 

Kemudian, bila kucing saya dah mula tenang, saya pun cuba gunakan vakum ini. Rupanya tak seindah iklan. Kuasa sedutannya tidaklah begitu kuat. Kaki kutu lebih kuat mencengkam pada bulu kucing, berbanding kuasa sedutan pada vakum ini. Cuma ada beberapa ekor kutu sahaja yang terlekat pada vakum.

 

Pengalaman saya sendiri, saya kurang puas hati dengan vakum kutu ini. Kalau anda nak beli juga, terpulang pada anda. Saya syorkan, jangan beli online. Beli dekat kedai fizikal, itupun kalau ada. At least kalau beli di kedai, anda boleh test dulu, dan kalau puas hati barulah beli.

 

Kalau beli online, kita tak tahu sejauh mana kekuatan kuasa sedutan. Bila dah beli dan barang dah sampai dalam tangan, baru rasa menyesal beli.

 

 

Filed Under: Kucing Tagged With: cara hilangkan kutu pada kucing, kutu kucing, masalah kutu kucing, ubat kutu kucing cina

Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran

November 12, 2018 by sabree hussin 1 Comment

Sesetengah orang, dia memang jarang makan dekat luar. Biasanya dia akan masak sendiri untuk seisi keluarga.

 

Ada pula sesetengah keluarga yang terbalik. Dia memang jarang masak sendiri. Sebaliknya lebih suka makan diluar.

 

Makan dekat luar, atau makan di restoran ini, ada beberapa kelebihannya. Antaranya kita boleh jimatkan masa untuk masak. Kita tak perlu nak shopping barangan yang nak dimasak, kemudian bila dah sampai rumah kena siapkan makanan pula.

 

Selain itu, bila makan diluar, kita boleh pilih macam-macam jenis makanan ikut menu yang disediakan. Kalau masak sendiri untuk satu keluarga, semua orang kenalah makan menu yang sama. Tapi kalau makan diluar, bolehlah siapa yang nak makan tomyam, sup ekor, nasi goreng dan sebagainya untuk order ikut selera masing-masing.

 

Penulisan ini bukannya satu bentuk nasihat perundangan. Saya ada muat turun dokumen Akta Perlindungan Pengguna 1999 dari laman web kpdnkk, tapi saya masih belum baca sampai habis.

 

Jika anda mencari nasihat dari segi aspek perundangan tentang isu hak sebagai seorang pengguna, saya syorkan anda baca juga akta tersebut ya. Apa yang saya nak cerita dalam ini, lebih kepada perkongsian pendapat saya sahaja.

 

Adakalanya, saya ni agak cerewet dalam bab makan. Apabila saya nak order sesuatu makanan, saya nak ianya disediakan mengikut apa yang saya nak. Lagipun, saya BAYAR makanan tersebut, bukannya minta percuma.

 

Situasi yang biasa berlaku, kalau saya pergi ke mana-mana fast food. Sama ada Mcd, KFC mahupun Texas Chicken.

Kalau waktu tu, terasa nak order ayam goreng, biasanya saya akan kata dekat staff yang bertugas di kaunter tu,

“ayam saya nak bahagian thigh dengan drumstik.”

 

Mana-mana staf yang BIJAK, dia akan bagi sahaja apa yang saya minta.

 

Kalau yang acah-acah bijak, dia akan kata

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: bisnes kedai makan, bisnes restoran, kedai makan, makan di restoran

Saya nak berikan Travel Credit untuk pergi bercuti, tapi disalah anggap pulak

October 22, 2018 by sabree hussin Leave a Comment

Kadang-kadang saya dapat komen yang berbunyi macam ni… “untung la ko dapat pergi berjalan merata-rata…”

 

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan dan peluang-peluang yang Allah berikan kepada saya. Saya dapat pergi ke tempat-tempat yang saya tak pernah terfikir pun akan pergi.

 

Maklumlah, kehidupan sebagai internet marketer ini, masa saya lagi banyak dihabiskan untuk duduk depan komputer, buat artikel, hasilkan konten, buat marketing. Itu sahaja. Tapi bila ada peluang pergi tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong, memang saya tak akan lepaskan begitu sahaja.

 

Perkara sebenarnya ialah, saya pergi bercuti sebab saya ada travel credit dari Airbnb.

Anda boleh ke halaman ini untuk claim travel credit anda.

 

Untuk membantu lebih ramai orang pergi bercuti, saya selalu juga bagi travel credit kepada kawan-kawan, sama ada yang saya dah lama kenal atau yang baru kenal.

 

Bila saya bagi travel credit ada pulak yang fikir…

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: cara tempahan di airbnb, laman web airbnb, tempah homestay di airbnb, travel credit airbnb

Minta sumbangan untuk pusat kebajikan guna taktik menjual – Patut ke?

August 30, 2018 by sabree hussin 2 Comments

Bermula 25 Ogos 2018 sampai 2 September 2018 ini, dekat Putrajaya ada diadakan festival Royal Floria Putrajaya 2018. Festival pada tahun ini, bertemakan 10 Wonders of Floria.

 

Siapa yang masih belum ada kesempatan dan kelapangan nak kunjungi floria Putrajaya tu, bolehlah berbuat demikian sementara festival ini masih lagi dijalankan.

festival-floria-putrajaya-2018

Semasa berada disitu, ada seorang lelaki datang kearah saya sambil ditangannya memegang beberapa naskhah buku. Lelaki itu datang kearah saya sambil tersenyum.

 

Apabila dah dekat dengan saya (waktu itu saya sedang berdiri satu tempat) dia menghulurkan sebuah buku kepada saya.

 

“Nah dik, ambil buku ini. Boleh baca. Bagus buku ini…”

 

Secara automatik, saya ambil buku tu. Tajuk depan dia tertulis 110 Do’a Mustajab. Bila buka muka surat pertama, saya nampak ada bahagian yang di cop dengan dakwat warna biru.

Al- XXXX

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim/ Miskin

Program Jualan Amal RM15.00

 

Saya tertarik dengan ayat “program jualan amal tu”. Dekat situ telah ditetapkan satu nilai iaitu RM15.00

 

Pada masa ini, saya mula berbelah-bahagi. Saya keliru. Dia ni, nak bagi aku buku ni free atau nak suruh aku bayar RM15 untuk buku ni?

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: jualan amal, minta dana, minta sedekah, minta sumbangan, minta sumbangan di R&R

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 18
  • Next Page »
Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in