Bagaimana majikan boleh mengambil seorang pekerja yang langsung tak bagus untuk bekerja dengan syarikat dan menguruskan perniagaan miliknya?
Ini satu misteri yang saya sendiri tak ada jawapannya.
Pernah tak terjadi kepada anda, pada waktu tu, anda pergi ke mana-mana premis perniagaan, kemudian anda cuba untuk minta bantuan atau khidmat nasihat dari pekerja kedai tersebut, lalu anda menerima jawapan seperti
- Saya pun tak pastilah…
- Saya tak tau…
- Entah…
- Jawab… Tapi salah.
Pengalaman di Kedai En DIY
Saya perlukan pembalut plastik untuk balut beberapa barangan perabot yang bakal saya pindahkan. Saya pun tak pasti apa nama sebenar dia, jadi saya panggil ia dengan nama plastik pembalut sahaja.
Iklan untuk produk ini memang saya dah nampak di laman web rasmi sebelum ini. Harganya juga saya dah tahu. Cuma satu perkara yang buatkan saya tak jadi nak beli online. Saya tak pasti bagaimana ukurannya, dan saya nak tengok secara fizikal supaya saya boleh agak berapa gulung yang diperlukan untuk balut semua perabot yang saya ada nanti.
Bila pergi ke kedai, cari-cari dalam kedai tu… tak jumpa.
Bila tak jumpa apa yang dicari, mestilah kita nak minta bantuan pekerja situ. Sepatutnya dia lebih tahu, kat mana sesuatu barang itu diletakkan. Bila kita sebut nak plastic wrapping, pekerja tu buat muka blurr…