Sebut sahaja jenama G-Shock, pasti ramai orang yang kenal jenama ini.
Kalau kita lihat laman web rasmi G-Shock, ataupun laman web online marketplace seperti Lazada ataupun Shopee, kita boleh lihat ada beratus-ratus jenis dan model yang telah dikeluarkan oleh G-Shock.
Bagi mereka yang sukakan jenama ini, mungkin mereka tak ada masalah untuk buat keputusan membeli jam tangan jenama ini. Sebaliknya, bagi mereka yang baru kali pertama nak cuba-cuba jadi pengguna G-Shock, mungkin agak keliru dan tak pasti model yang mana satu yang patut dijadikan pilihan.
Kali ini saya akan berikan serba sedikit idea dan input bagi membantu anda buat keputusan yang betul sebelum terus beli jam tangan jenama G-Shock ini.
Dekat pasaran, ada jam G-Shock yang Original, dan ada juga yang dilabel sebagai copy ori 1:1, gred A, gred AA dan juga gred AAA. Terus terang saya kata, saya tak suka barang yang tak original.
Saya lebih rela pakai jam tangan yang murah tapi original daripada pakai jam yang berjenama tapi hakikatnya tak original. Memanglah orang lain tak tahu, yang kita pakai barangan tiruan, tapikan kita pakai ini untuk kepuasan diri kita sendiri. Biarpun orang lain tak tahu, tapi kita tahu. Bagi saya, ia macam menipu diri sendiri. Faham ke maksud saya?
Apapun, itu cuma pandangan saya sahaja. Kalau anda jenis tak kisah, ori tak ori, terpulang pada andalah ya. (Saya cukup benci bila ada seller yang tipu pelanggan. Jual barang tiruan tapi kata barang tu ori.)
Macam yang saya sebutkan sebelum tadi, Casio G-Shock ini ada terlalu banyak model. Justeru, perkara pertama yang anda perlu buat ialah, kenalpasti apakah model jam tangan yang berkenan dihati anda.
Setiap model yang dikeluarkan oleh G-Shock sebenarnya ada golongan sasaran yang sesuai untuknya. Tapi sebelum itu, untuk sekadar untuk pengetahuan anda, bagi model G-Shock yang basic, ia mempunyai ciri-ciri yang mampu untuk
- Menunjukkan waktu (of course la kan… dah nama pun jam)
- Tarikh
- Stopwatch
- Countdown timer
- Lampu
- Ciri kalis air sama ada 50m, 100m atau 200m
Itu kalau model yang asas (basic).
Kemudian selain ciri-ciri yang asas ini, ada juga ciri-ciri tambahan yang direka khas bagi menepati selera golongan sasaran.
Katakanlah anda merupakan seorang yang suka melakukan aktiviti lasak dan suka masuk hutan. Model G-Shock yang mungkin anda berkenan adalah GW9400 Rangeman.
Bagi model ini, ia didatangkan dengan fungsi barometer, altimeter dan juga kompas. Kesemua fungsi-fungsi ini adalah sangat berguna untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung. Selain itu, model ini juga didatangkan bersamanya fungsi termometer, bagi memudahkan pemakainya mengetahui berapa suhu pada waktu-waktu tertentu.
Kalau tolak tepi dari segi fungsi, saya boleh katakan dari segi design, model G-Shock GW9400 ini juga sangat garang dan menarik. Ya, ini juga merupakan salah satu model yang ada dalam wishlist saya.
Bila kita dah tahu, mana satu model yang kita berkenan, langkah seterusnya adalah kita buat sedikit carian maklumat untuk mengetahui, berapa harga untuk model yang kita inginkan.
Saya gunakan model GW9400 ini sebagai contoh.
Kalau kita rujuk pada laman web gshock.com, kita akan dapati harga untuk model ini ialah sebanyak USD300.
Kalau kita convert kepada matawang kita jadilah RM1,248 lebih kurang.
Saya pernah tulis satu artikel berkenaan dengan penjual yang menjual jam tangan jenama G-Shock sebelum ini.
Baca disini: Senarai penjual jam tangan jenama G-Shock Original yang boleh dipercayai dengan harga terbaik!
Dengan merujuk kepada senarai seller yang ada disitu, saya dapati untuk model jam yang sama, kita boleh dapat dengan harga yang paling murah ialah serendah RM840. Harga ini ditawarkan oleh seller bernama C&H Movement.
Bila kita dah ada maklumat ini, kita boleh letakkan anggaran harga yang munasabah untuk model yang kita mahukan. Dalam contoh ini, kita boleh katakan untuk model G-Shock Rangeman GW9400 ini harga yang kita boleh dapat adalah dalam range harga RM839 – RM1,300.
Kalau anda jumpa harga yang lebih murah, yang mana saya percaya anda pasti akan jumpa, saya cuma boleh katakan, berhati-hatilah. Ia mungkin produk tiruan.
Sekarang ni anda dah tahu model yang anda nak beli, dan anda dah tahu range harga dia berapa. Jangan beli dulu, sebaliknya tengok dulu review dari pengguna sebelum ini.
Dekat Youtube, ada banyak video-video yang dihasilkan oleh para peminat jenama G-Shock. Dari situ anda boleh faham, apa kemampuan sebenar model jam yang anda pilih.
Cuma tengok dari jauh, tengok gambar dan sekadar menonton video, memang tak akan sama dengan anda sendiri melihat dari jarak dekat dan memegang jam tangan tersebut. Cuba cari masa untuk pergi ke kedai jam berhampiran anda, dan lihat dari jarak dekat model jam yang anda berkenan.
Boleh jadi kita lihat gambar produk tu cantik, tapi bila kita pakai, dia tak berapa sesuai. Tak sesuai tu sebab saiznya yang agak besar. Kalau tangan jenis kecil, memang nampak tak berapa cantik kalau pakai jam tangan G-Shock yang agak besar.
Tujuan kita ke kedai jam, adalah untuk dapatkan gambaran sebenar dari segi saiz dan rupa bentuknya secara dekat. Andai kata tak sesuai dengan saiz tangan anda, at least tak menyesal selepas dah beli.
Pada tahap ini, terpulanglah pada anda, sama ada nak terus beli atau beli je secara online. Kebiasaannya, harga di kedai memang lebih mahal kalau nak bandingkan dengan harga di internet. Bila saya kata harga di internet, saya sebenarnya rekemen anda beli di Shopee ataupun di Lazada.
Tujuan saya rekemen beli secara online ni ialah kita boleh dapat harga yang menarik. Lebih murah berbanding beli dari kedai. Tapi kalau anda tak berani nak beli online, dan lebih selesa beli di kedai, itu juga terpulang pada anda. Saya tak ada apa-apa isu ataupun halangan.
Khusus untuk mereka yang nak beli secara online ya, ingat balik apa maklumat yang telah kita perolehi sebelum ini.
(1) Kita dah tahu apa model yang kita mahukan
(2) Kita dah tahu range harga yang munasabah
(3) Kita dah tahu kemampuan dan fungsi-fungsi yang terdapat pada jam G-Shock yang kita nak beli
(4) Kita juga dah tahu saiz, warna, dan rekabentuk jam yang kita nak bila kita pergi ke kedai jam
Gunakan maklumat-maklumat yang kita dah tahu ini untuk pilih online seller yang kita boleh percayai. Carilah seller yang dah jual banyak jam sebelum ini dan ada banyak review dari pembeli terdahulu.
Contohnya macam kat bawah ni.
Macam dekat Lazada, pembeli sebelum ini ada yang rajin upload gambar-gambar produk yang diterima. Cuba bandingkan gambar produk sebenar yang diterima dengan maklumat yang kita dah ada.
Kalau semua setuju yang produk yang mereka terima adalah original, ada kotak besi, ada tag, waranti dan sebagainya, jadi apa lagi yang buat anda rasa kurang yakin untuk beli sahaja secara online?
Ya, saya tahu cara ini mungkin tak cukup sempurna untuk anda. Anda boleh hubungi seller untuk dapatkan info lebih lanjut seperti dekat mana mereka berada. Ada seller di Lazada yang turut mempunyai kedai fizikal. Jadi anda boleh terus ke kedai mereka dan boleh beli disana. Saya difahamkan harganya sama sahaja, sama ada beli online mahupun beli di kedai mereka.
Saya tertarik untuk jadi pengguna jam jenama G-Shock ini sebabnya mereka mengeluarkan model jam tangan mengikut keperluan sesuatu golongan.
Contohnya untuk mereka yang buat aktiviti lasak, selalu bekerja dalam keadaan yang kotor dan berlumpur, model jenis Mudmaster sesuai untuk golongan seperti ini.
Untuk juruterbang atau individu yang bekerja di kedudukan altitud yang tinggi, model jenis Gravity Master direka khas untuk orang seperti mereka.
Bagi mereka yang kerap keluar masuk hutan, sukakan cabaran dan aktiviti survival, Rangeman adalah pilihan yang tepat.
Para pelayar, kelasi dan mereka yang menghabiskan masa di lautan, ada satu model khas yang diberi nama Gulf Master yang sesuai dengan anda.
Para penyelam, atau individu yang kerap bekerja di dasar lautan, model Frogman direka khas untuk memastikan jam anda berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.
Jam tangan jenama G-Shock juga kebanyakkannya didatangkan dengan rekabentuk yang sangat menarik. Kalau yang memang minat dengan jenama ini, mereka tak ada masalah untuk beli apa edition sekalipun, asalkan ianya G-Shock dan ia original.
Lagi banyak fungsi, lagi mahal harga yang anda perlu bayar. Jika bajet menjadi halangan, maka cubalah perhatikan dulu, sama ada jam yang anda nak beli tu anda perlu atau tidak fungsi-fungsinya.
Kalau tak perlu, mungkin boleh mula dengan model yang basic dulu.
Baiklah, mudah-mudahan sedikit perkongsian saya disini bermanfaat untuk anda. Jika anda ingin dapatkan jam tangan G-Shock Original dengan harga yang lebih rendah dari harga kedai, boleh semak tawaran oleh seller berikut ya.
(1) All In One Hub
(2) C&H Movement
(3) Stussy Gallery
(4) The Wola
(5) Casio Official Lazada Mall Flagship Store
rujukan says
adik aku juga peminat jam tangan ni, beratus ringgit juga dia beli dan rasanya dah lebih 7 jam dia beli dah tapi pelbagai brand lah, salah satunya G-shock ni