Baru-baru ini, Lazada Malaysia telah mengadakan promosi jualan murah bersempena dengan tarikh istimewa, iaitu 8.8
Promosi Mega Sale 8.8 ini juga turut dijalankan oleh beberapa online shopping yang lain, seperti Shopee, Watson dan lain-lain.
Mana-mana usahawan online yang turut menggunakan platform e-commerce Lazada dan juga Shopee, anda juga mungkin menerima tempias dalam bentuk pertambahan jualan pada hari tersebut.
Saya menjangkakan pada hari tersebut, jumlah trafik yang masuk ke laman web dan juga apps Lazada dan Shopee meningkat berkali ganda berbanding kebiasaan.
Kalau selama ini anda hanya bergantung kepada platform media sosial untuk buat jualan di internet, mungkin lepas ini anda boleh pertimbangkan untuk menjual di Shopee dan juga Lazada.
Saya telahpun membaca panduan menjadi seller di Shopee dan saya boleh katakan cara untuk mula menjadi seller disitu mudah sahaja.
Baca juga: Review panduan Bisnes Shopee
Saya tak bercadang untuk bercerita mengenai platform Shopee, sebabnya dalam Promosi Mega Sale 8.8 kali ini saya hanya beli barang menerusi Lazada.
Sebelum buat pembelian tu saya telahpun lakukan beberapa langkah yang biasa diambil oleh pengguna yang bijak.
Ya, saya telah lakukan perbandingan harga. Setelah membuat perbandingan harga di Shopee dan juga Lazada, dan meneliti semua seller yang menjual produk yang saya mahukan, akhirnya saya pilih untuk shopping di Lazada sahaja. (lagipun saya ada jumpa voucher bernilai RM566 dan RM633 di Lazada)
Promosi mega sale kali ini agak istimewa, sebabnya beberapa hari sebelumnya saya ada menerima kredit tunai dari e-PENJANA sebanyak RM50. Kredit ini saya tebus melalui akaun e-wallet Touch n Go.
Kredit ini akan expired pada 30 September 2020. Kalau tak pakai, atau tak habis pakai ia akan burn begitu sahaja. Sebelum ini, masa zaman Pakatan Harapan memerintah, saya pernah dapat kredit seperti ini dari Kerajaan Malaysia, dan ada baki yang saya tak sempat guna. Kali ini saya berazam untuk habiskan semua.
Baiklah, jadi saya pun nak ambik peluang ini untuk beli jam tangan G-Shock yang baru. Kebiasaannya, sebelum saya buat keputusan untuk beli, saya akan buat perbandingan harga antara beberapa seller dibawah ini.
ii. C&H Movement
iii. Stussy Gallery
iv. The Wola
Memandangkan kesemua seller ini jual jam G-Shock Original, jadi saya akan pilih mana-mana satu yang boleh berikan harga paling menjimatkan.
By the way, selain pilih seller yang mampu bagi harga paling murah, saya juga akan lihat review dan komen-komen dari pembeli terdahulu juga. Kemudian saya akan chat dulu dengan seller untuk minta mereka hantarkan beberapa keping gambar produk (real picture) untuk saya buat penilaian seterusnya. Bila dah yakin baru buat tempahan dan bayar.
Tahukah anda, selain menunggu Lazada buat Mega Sale, masih terdapat beberapa lagi cara untuk dapatkan lebih penjimatan apabila membeli belah di platform tersebut.
Bagaimana caranya? Biar saya kongsikan kepada anda.
Dapatkan voucher Free Shipping
Harga yang anda lihat pada listing kebiasaannya bukan harga akhir yang perlu dibayar. Ia masih belum campur dengan caj penghantaran.
Ada barang yang caj penghantarannya agak mahal, dan ada yang murah. Kadang-kadang caj penghantaran ini memang boleh buatkan kita jadi hilang minat untuk terus buat pembelian.
Kalau nak jimat duit bila membeli-belah di Lazada, pastikan anda tebus terlebih dahulu voucher untuk penghantaran percuma. Voucher ini agak limited, jadi kena selalu cek untuk tengok sama ada masih ada lagi atau tidak.
Tebus voucher kedai
Seterusnya adalah tebus voucher promosi yang dikeluarkan oleh seller tersebut. Anda kena follow beberapa kedai sebab bukan semua akan berikan promosi tambahan.
Apabila anda klik pada tab voucher, dekat situ ada macam-macam seller yang tawarkan voucher diskaun. Boleh scroll down sampai anda jumpa seller yang anda rasa berkenan, atau kalau nak ambil semua pun boleh.
Tahu kan cara nak collect voucher ni semua? Ya betul. Tekan sahaja pada butang collect tersebut.
Pilih kaedah bayaran yang memberikan cash back tambahan
Dalam contoh ini saya nak tunjuk tentang cash back yang bakal anda terima apabila bayar melalui e-wallet touch n go. Sila lihat dibawah ini ya.
Dengan pembelian minima sebanyak RM15 anda layak untuk memperolehi cash back sebanyak RM3.
Voucher Lazada bernilai RM566 dan RM633!
Biasalah masa tu saya tengah tak buat apa-apa. Sambil-sambil tunggu masuk jam 12 malam, untuk Promosi Mega Sale 8.8, saya pun browse through senarai voucher yang ada.
Ini first time saya jumpa ada seller yang gila, yang bagi voucher sebegitu banyak.
Ini buktinya.
Voucher ini dikeluarkan oleh kedai bernama Benkeshop dan Yuemutshop. Kedua-dua seller ini adalah seller dari luar negara.
Benkeshop – RM566
Yuemutshop- RM633
Memandangkan pada waktu tu, saya ada masa terluang, maka saya pun lakukan beberapa eksperimen.
Saya nak tahu, dengan voucher sebanyak RM566 berapa banyak jam tangan jenama G-Shock yang saya boleh beli.
Bawah ini adalah hasilnya.
Seingat saya, saya ambil masa hampir satu jam untuk lihat senarai produk yang seller ini jual dan buat process mix and match bagi mengetahui berapa banyak penjimatan yang boleh saya terima.
Jumlah yang perlu dibayar adalah RM61.20
Dengan RM61.20 saya boleh dapat 4 buah jam tangan G-Shock dibawah. Hanya 3 buah jam yang perlu dibayar, satu lagi dapat percuma.
Untung sangat ni! Kan? Ada model Mud Master, G-Squad pun ada. Wow!
Kalaulah jam yang kedai ni jual adalah original, saya pasti tak teragak-agak untuk buat bayaran.
Ingat lagi kan, saya ada kata sebelum ni yang saya ada e-penjana sebanyak RM50. Kalau saya pilih untuk bayar menggunakan e-wallet Touch n Go, saya sebenarnya hanya perlu tambah duit sendiri sebanyak RM11.20 sahaja.
Seolah-olah seperti saya bayar RM11.20 untuk beli 4 jam tangan jenama G-Shock.
Saya ada buat pembacaan terhadap listing kedai ini, namun tak ada indikasi yang menunjukkan kedai atau seller ini jual produk original. Saya juga kurang yakin dengan seller ini, atas beberapa sebab. Antaranya
Nama Produk
Nama produk dieja dengan ejaan yang salah.
Saya tak rasa ini adalah kesilapan menaip, tapi lebih kepada memang sengaja ditulis sedemikian rupa.
Casio dieja dengan ejaan Casioss
G-Shock ditulis sebagai G-Shockss
Jelas nama produk itu ditulis menggunakan perisian penterjemahan seperti Google Translate. Sebab tu ada perkataan “solar yang sukar” untuk merujuk kepada istilah Tough Solar.
Tiada gambar sebenar produk
Seller hanya tunjuk gambar mock up yang biasa digunakan bagi tujuan promosi. Kalau semata-mata guna gambar seperti ini, kita tak boleh buat penilaian langsung.
Tiada review
Buat masa ini belum ada sesiapa yang beli dari seller tersebut. Itu sebabnya tak ada sebarang review untuk seller ini. Ada ke sesiapa yang berani ambil risiko untuk beli dari seller ini?
Ship from overseas
Barang ini dihantar dari luar negara. Saya kena tunggu hampir sebulan untuk dapat jam ini kalau saya beli. Selepas hampir sebulan, saya pasti mula hilang rasa teruja nak dapatkan jam tersebut.
Product description yang meragukan
Seller tak sebut tentang fungsi-fungsi lain yang terdapat pada jam tangan.
Untuk brand atau jenama jam, hanya diletakkan istilah OEM atau merujuk kepada Original Equipment Manufacturer. Kalau produk Original, seller akan terus letak jenama sebagai Casio G-Shock.
Harga murah luar biasa
Kita boleh rujuk di laman web rasmi untuk mengetahui berapakah harga yang dicadangkan bagi jam model tersebut. Kalau lebih murah sekalipun, ia tak seharusnya terlalu jauh beza.
Oleh yang demikian, jangan terlalu cepat teruja apabila dihidangkan dengan tawaran harga yang murah. Melainkan anda jenis yang tak kisah kalau dapat barang yang tak ada kualiti dan palsu.
Ada ke orang akan beli tanpa guna voucher?
Saya mula merasakan yang seller ini sengaja berikan voucher yang tinggi sebab ini merupakan strategi mereka untuk jual lebih dari satu jam kepada seorang pelanggan.
RM61.20 boleh dapat 4 buah jam tangan.
Bermakna satu jam harganya jatuh kepada RM15.30 sahaja.
Lebih kurang macam harga jam di pasar malam sahaja, kan?
Bagaimana kalau ada pelanggan yang tak tahu atau tak perasan tentang voucher?
Saya rasa perkara ini hampir tak mungkin berlaku, tapi sekadar untuk sembang kosong, dan kalau ada yang terus bayar harga jam, bermakna seller ini dapat untung yang sangat banyak menjual barangan yang belum tentu original!
Oleh sebab itu, sebagai pengguna, kenalah berhati-hati dan sentiasa baca penerangan. Beli sesuatu barangan dengan ilmu, dan kalau nak reject barangan tersebut juga, kena dengan ilmu.
Kesudahannya? Saya pun tak beli jam tersebut. Item masih lagi ada dalam shopping cart bagi memudahkan saya monitor pergerakkan harga jam tersebut.
Saya nak tengok, adakah satu hari nanti seller ini akan turunkan harga setiap jam yang dijual atau dia akan maintain dengan strategi bagi voucher diskaun melampau tinggi tak masuk akal. Saya tak pernah lagi jumpa strategi menjual seperti ini sebelum ini, dan saya rasakan ianya agak menarik untuk saya kongsikan disini.
Most likely, saya akan biar sahaja voucher yang saya collect ini expired dengan sendirinya. (ha3)
Leave a Reply