Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Siri Mula Bisnes Restoran

April 20, 2019 by sabree hussin 1 Comment

Setiap hari orang perlu makan dan ramai yang tidak sempat memasak di rumah. Ini peluang baik untuk buka restoran!

 

Setuju tak dengan pernyataan diatas?

 

Untuk pengetahuan anda, pernyataan tersebut saya ambil dari buku tulisan Junaidah Hamdan yang berjudul Siri Mula Bisnes Restoran. Buku ini diterbitkan oleh PTS Professional dan kali pertama cetakan bagi buku ini dibuat adalah pada tahun 2007.

panduan-bisnes-restoran

mula-bisnes-restoran

Pada tahun 2019 ini, saya baru berkesempatan untuk baca buku ini. Itupun sebab saya terjumpa buku ini secara tak sengaja semasa nak pinjam buku di Perpustakaan Negara.

 

Melalui buku ini, para pembaca sekalian boleh pelajari serba sedikit selok belok dalam bidang perniagaan restoran.

 

Menurut penulis buku ini, Junaidah Hamdan, idea menulis buku ini tercetus hasil daripada inspirasi seseorang yang bernama Pak Hisham. Beliau merupakan bapa saudara kepada penulis.

… Pak Hisham mengajar saya bagaimana cara membuka dan mengendalikan restoran. Sehinggalah setahun kemudian saya diberi peluang mengendalikan restoran beliau sepenuhnya.

 

Setelah saya baca buku ini, saya boleh katakan, kandungan yang dimuatkan dalam buku ini, bukanlah setakat teori semata-mata, sebaliknya ia juga dimuatkan juga dengan perkongsian pengalaman sebenar penulis menjalankan bisnes kedai makan atau bisnes restoran.

[Read more…]

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: bisnes kedai makan, cara menjalankan bisnes restoran, panduan bisnes restoran, strategi perniagaan restoran

Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran

November 12, 2018 by sabree hussin 3 Comments

Sesetengah orang, dia memang jarang makan dekat luar. Biasanya dia akan masak sendiri untuk seisi keluarga.

 

Ada pula sesetengah keluarga yang terbalik. Dia memang jarang masak sendiri. Sebaliknya lebih suka makan diluar.

 

Makan dekat luar, atau makan di restoran ini, ada beberapa kelebihannya. Antaranya kita boleh jimatkan masa untuk masak. Kita tak perlu nak shopping barangan yang nak dimasak, kemudian bila dah sampai rumah kena siapkan makanan pula.

 

Selain itu, bila makan diluar, kita boleh pilih macam-macam jenis makanan ikut menu yang disediakan. Kalau masak sendiri untuk satu keluarga, semua orang kenalah makan menu yang sama. Tapi kalau makan diluar, bolehlah siapa yang nak makan tomyam, sup ekor, nasi goreng dan sebagainya untuk order ikut selera masing-masing.

 

Penulisan ini bukannya satu bentuk nasihat perundangan. Saya ada muat turun dokumen Akta Perlindungan Pengguna 1999 dari laman web kpdnkk, tapi saya masih belum baca sampai habis.

 

Jika anda mencari nasihat dari segi aspek perundangan tentang isu hak sebagai seorang pengguna, saya syorkan anda baca juga akta tersebut ya. Apa yang saya nak cerita dalam ini, lebih kepada perkongsian pendapat saya sahaja.

 

Adakalanya, saya ni agak cerewet dalam bab makan. Apabila saya nak order sesuatu makanan, saya nak ianya disediakan mengikut apa yang saya nak. Lagipun, saya BAYAR makanan tersebut, bukannya minta percuma.

 

Situasi yang biasa berlaku, kalau saya pergi ke mana-mana fast food. Sama ada Mcd, KFC mahupun Texas Chicken.

Kalau waktu tu, terasa nak order ayam goreng, biasanya saya akan kata dekat staff yang bertugas di kaunter tu,

“ayam saya nak bahagian thigh dengan drumstik.”

 

Mana-mana staf yang BIJAK, dia akan bagi sahaja apa yang saya minta.

 

Kalau yang acah-acah bijak, dia akan kata

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: bisnes kedai makan, bisnes restoran, kedai makan, makan di restoran

Rungutan pengunjung restoran yang pengusaha Bisnes Restoran perlu tahu

September 13, 2017 by sabree hussin 14 Comments

Adakah anda merupakan pengusaha bisnes makanan dan restoran? Atau adakah anda bakal atau sedang merancang untuk memulakan bisnes kedai makan anda sendiri?

 

Saya pernah menulis tentang bisnes kedai makan atau restoran dalam blog ini sebelum ini. Kemudian, saya dapati selepas saya menulis tentang bisnes tersebut, blog ini mula dikunjungi oleh usahawan dan bakal usahawan yang bakal memulakan perniagaan yang sama.

Baca juga: Tips dan strategi TERBAIK bagaimana memulakan perniagaan kedai makan dan restoran 

cara-memulakan-perniagaan-restoran

Tak lama lepas tu, muncul pula soalan-soalan seperti apa tips berjaya buka perniagaan kedai makan, cara nak mulakan bisnes restoran dan sebagainya. Jadi saya pun buat keputusan untuk menulis artikel susulan yang mungkin boleh dijadikan guide atau panduan bagi mereka yang akan memulakan bisnes ini.

 

Artikel ini bukannya tentang rahsia kejayaan bisnes makanan atau rahsia kejayaan bisnes restoran, sebaliknya, artikel ini akan mengupas perkara-perkara yang sering menjadi rungutan buat pelanggan restoran. Pelanggan anda mungkin tidak menyuarakan rungutan ini terus kepada anda, atau staf anda jika ada sesuatu yang mereka rasa tak puas hati.

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes kedai makan, bisnes makanan, bisnes restoran, kedai makan, makan di restoran, pemilik bisnes restoran

Tips dan strategi TERBAIK bagaimana memulakan perniagaan kedai makan dan restoran

August 27, 2016 by sabree hussin 18 Comments

Bisnes kedai makan ataupun perniagaan restoran, adalah salah satu bentuk perniagaan yang saya ingin mulakan selain daripada perniagaan kedai runcit. Satu masa dulu, sebelum saya buka bisnes kedai runcit kecil-kecilan yang saya dan keluarga miliki sekarang ni, saya pernah merangka beberapa strategi untuk buka bisnes kedai makan ni.

 

Memandangkan dalam masa terdekat ini, mungkin saya terpaksa tangguhkan dulu perancangan untuk buka kedai makan, maka saya rasa ada baiknya saya kongsikan kat sini apa dia strategi-strategi yang pernah saya draf dalam kertas kerja bisnes kedai makan yang saya buat. [muat turun sample kertas kerja bisnes kedai makan dan restoran di sini]

 

Walaupun plan tersebut masih belum menjadi, saya rasa terpanggil untuk kongsi dalam blog ni. Manalah tau, ada antara pembaca dan pelawat blog ini bercita-cita untuk buka kedai makan ataupun bisnes restoran, dan sedang mencari-cari idea tambahan, macam mana nak majukan atau kembangkan bisnes yang bakal dibuka itu nanti. Jadi, inilah dia.

cara-memulakan-perniagaan-restoran

 

Bukanlah niat saya untuk mengajar-ngajar anda bagaimana cara untuk memulakan perniagaan kedai makan. Tidak, bukan begitu. Saya pun bukannya pandai sangat. Niat saya adalah untuk kongsikan idea sahaja. Saya harap beberapa tips yang simple ini dapat bantu memberi anda banyak lagi cetusan-cetusan idea untuk berikan yang terbaik bagi perniagaan yang anda bangunkan nanti. Ok jom kita teruskan.

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: bagaimana memulakan perniagaan kedai makan, berniaga kedai makan, bisnes kedai makan, bisnes restoran, buka kedai makan, cara memulakan perniagaan kedai makan, kertas kerja bisnes kedai makan, perniagaan restoran

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kesilapan Penggunaan Kad Kredit yang Ramai Orang Buat
  • Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya
  • Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri?
  • Bagaimana memilih produk yang sesuai untuk affiliate marketing
  • Program Affiliate Klikjer

Recent Comments

  • sabree hussin on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • Beli Kereta Baru on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • sabree hussin on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • faizul on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • ki on Mimpi Ngeri buat pemain Mobile Legend bila dapat team perangai pelik

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Media Sosial
  • Mobile Legends Bang Bang
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Pengurusan Perniagaan
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in