Kenapa masih ramai yang gagal buat duit online walaupun dah lama terlibat dalam kerja-kerja pemasaran atas talian?
Sebagai penulis advertorial yang dah agak lama menulis untuk pelbagai jenis bisnes, saya perasan terdapat satu bentuk pemikiran yang begitu ketara.
Ramai usahawan, terutamanya yang baru bermula, gagal buat duit online bukan disebabkan produk mereka teruk, tapi sebab ada banyak lubang kecil yang mereka mungkin terlepas pandang.
Semua ini secara tak sedar, memberi kesan terhadap cara berfikir dan cara mereka melaksanakan strategi.
Hari ini, kebanyakkan dari kita mempunyai akses kepada internet dan tak ada masalah kalau nak online 24 jam sehari.
Tapi sayangnya, aktiviti online kita tu langsung tak berjaya diterjemahkan dalam bentuk pendapatan.
Catatan disini hanya sebuah perkongsian pengalaman dan pendapat.
Ia bukannya sebuah fakta mutlak yang langsung tak boleh disanggah.
Saya bukan nak judge sesiapa.
Atau nak pukul secara rata.
Anda baca dan cuba hadamkan.
Kalau ada manfaat, sila amalkan dalam kehidupan dan rutin perniagaan anda.