Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar

November 10, 2022 by sabree hussin 31 Comments

Tahukah anda, bahawa orang yang ada blog sebenarnya sangat beruntung. Kenapa saya kata sangat beruntung?

 

Mereka ini adalah orang yang beruntung sebab dia boleh buat duit dengan blog yang dia miliki. Orang yang ada blog, kalau dia tau teknik-teknik dan strategi yang betul untuk menguruskan blog miliknya, In Shaa Allah dia juga boleh hasilkan income sekitar RM400 – RM1,000 setiap bulan melalui blog miliknya.

 

Tapi itulah… kebanyakkan dari kita tak manfaatkan blog dengan sebaiknya. Benda yang boleh memberikan pendapatan, tidak diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Sebaliknya benda yang tak memberikan sebarang income, itu yang diberikan perhatian lebih pula.

 

Saya buka laman web google. Kemudian, saya taip kata kunci “buat duit dengan blog” lalu saya tekan butang search…

guna google untuk belajar macam mana cara buat duit dengan blog

Terkejut. Rasa macam tak percaya pun ada. Tak sangka, rupa-rupanya, langsung tak ada artikel dalam blog saya, yang berjaya muncul di muka surat pertama atau kedua untuk kata kunci tersebut.

 

Maknanya, kalau ada pengguna internet yang mencari info tentang cara nak jana pendapatan menerusi blog, dia mungkin tak akan jumpa laman blog saya. Bila dia tak jumpa laman blog saya, maka sampai bila-bila dia tak akan kenal blog ini.

 

Ini tak boleh jadi. Saya kena do something. Maka akhirnya saya buat keputusan untuk tulis artikel ini. Saya rasa ada baiknya saya kongsikan serba sedikit pengalaman yang tak seberapa ini, sebagai panduan buat mereka yang ada menyimpan hasrat untuk menjadikan blognya sebagai medium untuk buat duit.

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: buat duit dengan blog, buat duit dengan blogging, buat duit dengan blogspot, buat duit dengan menulis blog, cara blog buat duit, dapatkan komisen dari blog, jana pendapatan dengan blog

Pendapatan pasif dari aktiviti blogging

October 27, 2022 by sabree hussin Leave a Comment

Apa kaitan antara pendapatan pasif dengan blogging?

 

Sekali imbas, nampak macam tak ada kaitan kan. Tapi tahukah anda, yang sebenarnya melalui aktiviti blogging, anda sebenarnya boleh menghasilkan pendapatan pasif anda sendiri.

(dan aktiviti blogging ini tidaklah sesukar seperti yang disangkakan…)

 

Cara ini mungkin tak begitu popular, kalau nak dibandingkan dengan lain-lain kaedah menjana pendapatan pasif yang ada diluar sana. Sebelum bercerita panjang, apa kata kita lihat terlebih dahulu, apakah kaedah menjana pendapatan pasif yang popular yang ada.

jana-pendapatan-secara-online

Antaranya adalah seperti

i. Pendapatan yang terhasil daripada sewaan hartanah

ii. Komisen dari perniagaan Network Marketing

iii. Royalti dari jualan karya dan hasil seni

iv. Komisen dari jualan takaful atau insurans

v. Pendapatan dari sebarang bisnes yang tak memerlukan penglibatan aktif dari anda

vi. Pendapatan dalam bentuk dividen, interest atau keuntungan dari pelaburan yang anda lakukan

 

Seronok kan, bila kita mempunyai pendapatan pasif kita sendiri. Tapi sebelum tu, apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan pasif?

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: contoh pendapatan pasif, definisi pendapatan pasif, maksud pendapatan pasif, pendapatan pasif blogging

Adakah blog masih relevan?

October 2, 2022 by sabree hussin 3 Comments

Masih ada lagi ke orang yang nak baca blog?

Adakah aktiviti menulis blog atau blogging ni masih relevan hingga ke hari ini?

 

Saya ada terlihat yang topik sama ada blogging ini masih relevan ataupun tidak, ada dibincangkan di blog milik beberapa penulis blog yang saya kenali.

 

Memandangkan saya tak pernah sentuh mengenai topik ini, jadi saya kira ada baiknya saya kongsikan pandangan saya mengenai isu ini.

adakah-blog-relevan

Adakah blogging masih lagi relevan?

Kalau tanya kepada penulis blog, sama ada blogging masih relevan ataupun tidak, dah tentu mereka akan kata yang blogging ini masih relevan.

 

Tapi, cuba kita tanyakan kepada mereka yang dulunya pernah bermula dengan blogging, tapi selepas itu dia meninggalkan bidang penulisan blog lalu berpindah ke platform lain, sama ada platform media sosial ataupun menjadi video creator. Agak-agaknya, apa kata mereka? Adakah mereka juga akan kata yang blog masih relevan atau mereka akan ada pendapat yang berbeza?

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: blog masih relevan, blogging ketinggalan zaman, blogging masih relevan

Betul ke boleh buat duit dengan menulis blog?

August 21, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Macam tak percaya! Tak sangka, rupa-rupanya hanya dengan menulis blog, kita boleh hasilkan ribuan ringgit setiap bulan.

 

Eh! La… Kenapa tak percaya pulak?

 

Sekarang ini, orang buat duit online bukan semata-mata melalui blog, malahan dah banyak orang yang berjaya buat duit dengan berbekalkan akaun media sosial seperti facebook, twitter dan juga instagram.

 

Kalau guna media sosial pun boleh buat duit, dengan blog sudah tentu boleh hasilkan duit juga. In fact, sebelum penggunaan media sosial begitu meluas di negara kita (mungkin juga didunia) pengguna internet terlebih dahulu menggunakan blog sebagai medium untuk buat duit online.

panduan-blog

Takkan tahun 2019 ni anda baru tahu yang dengan menulis blog pun boleh buat duit?

 

Ok saya faham. Mungkin konsep buat duit dengan blog agak baru bagi anda. Boleh jadi sebelum ini anda terlalu sibuk dengan kerja hakiki, urusan seharian, atau mungkin sibuk dengan belajar sampai terlepas pandang, yang rupa-rupanya disana terdapat peluang untuk jana pendapatan melalui blog.

 

Hanya apabila anda benar-benar terdesak perlukan duit tambahan, anda perlukan extra income dek kerana bertambahnya komitmen, barulah anda mencari-cari cara macam mana nak tambahkan pendapatan di internet.

 

Ada beberapa laman web yang mengelaskan blogging ini sebagai salah satu cara mudah untuk buat duit online. By the way, ada ke pembaca blog ini yang mencari cara mudah untuk jana pendapatan online? Saya rasa mudah atau tidak buat duit dengan blog, anda sendiri yang nilaikan.

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: buat duit blogging, buat duit dengan menulis blog, cara buat duit dengan blog, panduan buat duit dengan blog

10 Cara buat duit dengan blog – Cara keempat dah berikan saya ribuan ringgit

August 20, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Adakah anda masih lagi mencari-cari cara untuk buat duit di internet yang tidak scam dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu menjadi seorang genius dalam bab komputer?

 

Saya cadangkan, anda cubalah buat duit dengan menjadi seorang penulis blog.

bisnes-naik-sebab-blog

Melalui kerja-kerja penulisan di blog, anda boleh wujudkan pelbagai jenis pendapatan dan sekurang-kurangnya terdapat 10 cara untuk anda jana pendapatan dari blog anda.

 

Kerjanya? Mudah sahaja. Tulis artikel. Sudah tentu, sebelum kita nak menulis sesuatu artikel, kita tak boleh nak tulis secara sembarangan.

 

Kalau artikel yang bakal kita tulis berkaitan dengan fakta, sama ada fakta sejarah, atau fakta sains, sudah pasti kita perlu luangkan sedikit masa untuk buat pembacaan bagi memastikan fakta yang kita siarkan itu tidak silap.

 

Bercakap tentang menulis artikel di blog, untuk pengetahuan anda sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya 12 jenis artikel yang anda boleh tulis, bagi memudahkan anda buat duit melalui blog. Kalau jenis artikel yang pertama terlalu susah bagi anda, boleh fokus kepada jenis artikel yang kedua, dan seterusnya.

 

Saya harap, selepas anda membaca perkongsian saya ini, anda akan terus mulakan blog anda yang pertama dan seterusnya mula menjana pendapatan melalui blog anda juga. Justeru, tanpa buang lebih banyak masa, ini dia 10 cara untuk anda buat duit dengan blog.

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: blog hasilkan duit, buat duit dengan blog, duit dari blog, panduan buat duit dari blog

Panduan langkah demi langkah cara beli domain dan hosting dari NetKL

August 1, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Saya ada terima satu soalan dari pelawat blog ni. Soalan ini sebenarnya saya kumpulkan melalui sistem Chat Bot yang saya pasang dalam blog ni.

 

Ini soalannya.

cara-buat-blog

“Boleh ajar lagi detail tak cara buat blog?”

 

Topik tentang cara nak buat blog memang saya dah pernah tulis dalam blog ini. Kena rajinkan diri untuk rujuk artikel terdahulu yang tersimpan dalam arkib blog ini.

 

Kebetulan hari ini, saya ada beli satu lagi domain dan hosting dari syarikat hosting kegemaran saya, iaitu NetKL Network. Saya rancang nak lancarkan satu lagi projek blogging sebagai tambahan untuk rangkaian blog yang saya miliki.

 

Masa buat pembelian tu, saya sempat screenshot satu per satu, apa langkah demi langkah yang saya perlu lalui untuk beli domain dan hosting.

 

Maka dapatlah saya hasilkan artikel panduan untuk beli domain dan hosting dari NetKL ini.

 

Baiklah, tanpa buang lebih banyak masa, mari saya tunjukkan apakah langkah demi langkah untuk beli domain dan hosting dari NetKL.

 

Mula-mula sekali, silalah layari laman web NetKL melalui alamat url ini, https://billing.netkl.com/ ataupun tekan sahaja pada pautan ini.

 

Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

netkl official

Melalui website ini, anda bolehlah baca apa lagi servis yang mereka tawarkan selain menjual domain dan hosting.

 

Terdapat juga butang untuk chat dengan pihak NetKL jika anda ada sebarang soalan yang nak ditanya.

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: cara beli domain, cara beli hosting, panduan beli domain, syarikat hosting murah

5 Niche blog yang bagus kalau nak buat duit pada tahun 2019

March 20, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Ada tak pelawat blog ni, yang nak buat side income, tapi tak minat nak jual-jual barang?

 

Kalau ada, maknanya kita ni boleh jadi geng. Saya pun tak berapa minat nak jual-jual barang. Tak kiralah sama ada barang yang memang ada dalam tangan, iaitu kita simpan stok ataupun barang yang kita jual melalui sistem dropship.

 

Satu perkara yang buatkan saya agak malas nak jual barang secara online ni adalah menjawab dan melayan kerenah pelanggan. Setengah pelanggan, memang senang nak berurusan. Namun begitu, ada juga pelanggan yang agak leceh dan susah untuk kita layan.

panduan-blog

Saya rasa, satu hari nanti kalau saya nak jual barang secara online sekalipun, saya akan jual sahaja melalui platform shopee. Kali ini sebenarnya saya nak cerita mengenai 5 niche yang anda patut berikan tumpuan kalau nak buat duit melalui blog pada tahun 2019 ini.

 

Niche blog ni sebenarnya ada banyak. Anda juga bebas untuk menulis dan memulakan blog dalam apa-apa niche yang pada pendapat anda menguntungkan. Dalam posting ini, saya nak highlight lima sahaja niche yang jika anda bangunkan, In Shaa Allah akan memberikan anda pendapatan yang baik dimasa akan datang.

 

Ini dia lima niche pilihan yang saya ingin cadangkan untuk anda.

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: buat duit dengan blog, panduan buat duit dengan blog, tips blogging

10 Tips sebelum anda memulakan blog dalam niche Travel dan Percutian

March 14, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Apa yang best bila kita ada blog dalam niche travel dan percutian?

 

Pada mulanya, saya menulis topik mengenai percutian sebagai salah satu catatan perkongsian pengalaman sahaja. Rasa agak sayang, bila kita ada pengalaman pernah sampai ke sesuatu destinasi percutian, tapi kita tak catatkan travelog kita sepanjang percutian tersebut.

 

Kemudian, bila saya mula menulis tentang pengalaman yang saya lalui sepanjang perjalanan saya ke mana-mana destinasi percutian yang saya pernah kunjungi, saya dapati makin ramai pembaca yang menghubungi saya dan mereka minat nak tahu lebih lanjut tentang sesuatu tempat percutian tersebut.

 

Macam-macam soalan yang pernah saya terima, misalnya apa aktiviti yang sesuai untuk dilakukan? Dekat mana nak cari kedai makan yang paling dekat? Berapa harga kalau nak dapatkan perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya.

Setelah menulis artikel berkaitan dengan percutian, saya juga mula dihubungi oleh beberapa syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan percutian. Bermula dari saat itu, saya mula menulis beberapa perkara seperti perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu, Pakej Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi serta beberapa review tempat penginapan yang saya pernah kunjungi.

 

Pada saya, mempunyai sebuah blog yang berkisarkan tentang percutian telah membuka satu peluang baru untuk saya menjelajah Bumi Malaysia ini. Maklumlah, setakat ini saya hanya berkesempatan untuk pergi bercuti dalam negara sahaja.

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: blog niche travel, blog travel malaysia, menulis blog travel

Blogging platform mana yang patut dipilih? WordPress atau Blogspot?

September 28, 2018 by sabree hussin Leave a Comment

Dalam penulisan blog, terdapat dua buah platform blogging yang popular yang sering digunakan. Platform tersebut adalah sama ada platform percuma dari blogspot ataupun wordpress self hosted.

 

Istimewa dengan platform wordpress ini ialah, anda boleh pilih sama ada nak gunakan yang berbayar ataupun yang percuma. Kalau yang versi percuma, anda boleh pergi ke laman web wordpress.com untuk daftar akaun disana.

 

Manakala untuk versi yang berbayar, anda perlu langgan domain dan hosting, dari syarikat hosting bagi membolehkan ianya dihasilkan.

Setelah anda langgan domain dan hosting, langkah seterusnya adalah memasang perisian wordpress pada hosting anda. Caranya telah saya ceritakan melalui posting saya yang terdahulu.

Baca disini: Memasang blog WordPress Self Hosted pada hosting

 

Kalau dalam bab nak buat duit melalui blog, saya lebih syorkan anda bina blog menggunakan blog yang menggunakan wordpress self hosted. Ini bermakna, anda perlu dapatkan domain dan hosting terlebih dahulu.

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: platform blogging terbaik, tips blogging, wordpress atau blogspot, wordpress atau blogspot lebih baik

10 Niche blog terbukti mampu untuk buat duit online

June 24, 2016 by sabree hussin 16 Comments

Adakah anda berminat untuk buat duit online? Mahukah anda buat duit sebagai seorang penulis blog? Jika anda adalah seorang yang minat menulis, suka berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan, berkeyakinan tinggi, maka anda patut pertimbangkan untuk mula buat duit sebagai seorang penulis blog.

 

Kenapa perlu memilih medium blog untuk menulis? Sebab menulis dengan blog TERBUKTI boleh buat duit. Itu jawapan yang pada pendapat saya adalah jawapan paling konkrit menurut konteks perbincangan pada kali ini. Iye la, dah kita memang menulis blog sebab nak buat duit, kan? Jadi perlu ke kita ada alasan lain?

 

Jadi kali ini, saya nak kongsikan kepada para pembaca dan pelawat sekalian, antara niche blog yang anda boleh mulakan untuk jana pendapatan secara online menerusi blog anda.

buat_duit_dengan_blogging

 

(1) Niche buat duit

Berapa ramai agaknya penduduk di Malaysia ni yang ada masalah duit? Saya percaya, ada ramai. Setiap hari, mereka akan mencari-cari cara bagaimana nak tambahkan pendapatan. Mungkin mereka perlu duit tambahan untuk

[Read more…]

Filed Under: Panduan Blogging Tagged With: buat duit blog, buat duit dengan blog, buat duit online dengan blog, niche buat duit

  • 1
  • 2
  • Next Page »
Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in