Sebut sahaja jenama G-Shock, pasti ramai orang yang kenal jenama ini.
Kalau kita lihat laman web rasmi G-Shock, ataupun laman web online marketplace seperti Lazada ataupun Shopee, kita boleh lihat ada beratus-ratus jenis dan model yang telah dikeluarkan oleh G-Shock.
Bagi mereka yang sukakan jenama ini, mungkin mereka tak ada masalah untuk buat keputusan membeli jam tangan jenama ini. Sebaliknya, bagi mereka yang baru kali pertama nak cuba-cuba jadi pengguna G-Shock, mungkin agak keliru dan tak pasti model yang mana satu yang patut dijadikan pilihan.
Kali ini saya akan berikan serba sedikit idea dan input bagi membantu anda buat keputusan yang betul sebelum terus beli jam tangan jenama G-Shock ini.
Dekat pasaran, ada jam G-Shock yang Original, dan ada juga yang dilabel sebagai copy ori 1:1, gred A, gred AA dan juga gred AAA. Terus terang saya kata, saya tak suka barang yang tak original.
Saya lebih rela pakai jam tangan yang murah tapi original daripada pakai jam yang berjenama tapi hakikatnya tak original. Memanglah orang lain tak tahu, yang kita pakai barangan tiruan, tapikan kita pakai ini untuk kepuasan diri kita sendiri. Biarpun orang lain tak tahu, tapi kita tahu. Bagi saya, ia macam menipu diri sendiri. Faham ke maksud saya?