Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Ubah penampilan, tingkatkan pencapaian

January 24, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Apa yang kita kenakan atau yang kita sarungkan pada tubuh badan kita akan memberi kesan kepada tahap motivasi dan keyakinan diri kita. Terutamanya buat mereka-mereka yang kerjayanya perlu berjumpa dengan orang ramai.

 

Contohnya seperti ejen insurans atau takaful, jurujual kereta dan sebagainya.

 

akribos-xxiv-mens-ak547yg-automatic-retrograde-date-leather-strap-watchCuba satu hari tu, anda sarungkan jam tangan yang berjenama lagi mahal harganya. Perhatikan bagaimana perubahan yang akan berlaku pada diri semasa berinteraksi dengan pelanggan.

 

Anda mungkin akan dapati, pada ketika itu anda lebih yakin dan bersemangat untuk berbual-bual dengan pelanggan anda.

 

Bahagian yang paling banyak bergerak pastinya tangan anda.

 

Setiap kali anda cuba untuk menerangkan sesuatu, tangan anda turut akan bergerak-gerak, seolah-olah cuba untuk mewujudkan secara fizikal setiap penerangan yang anda tuturkan. Bila bercakap tentang bola itu bulat, tangan anda juga akan secara automatik akan buat bentuk bulat.

 

Itu biasa berlaku kalau anda pakai jam yang mahal. Berapa mahal? Mungkin mahal seperti ini. Anda nak berjumpa dengan klien yang memang jutawan lagi hartawan pun tak ada rasa kekok. Sebaliknya, kalau anda pakai jam yang murah, bawah harga RM50 misalnya, anda mungkin akan terasa kekok untuk berbual dan mungkin akan berdiri tegak lurus sepanjang masa.

 

Begitu juga halnya jika anda berpakaian kemas, baru, berjenama dan mahal. Tahap keyakinan anda juga akan secara automatik meningkat. Mungkin keyakinan tu sedikit sebanyak terpacu dari pakaian yang anda pakai.

 

Sebab tu, kalau kita nak jadi bertambah yakin, lebih bersemangat, kena jaga bab penampilan. Bermula dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Bukanlah satu pembaziran untuk beli pakaian yang berjenama dan mahal, jika itu memberi kesan yang positif pada diri anda. Yang penting, bila dah beli tu kenalah pakai. Bukannya setakat simpan dalam almari.

 

Orang yang serabai, langsung tak jaga penampilan, selalunya pencapaian dalam kehidupan dia pun biasa-biasa. Kadang-kadang langsung tak ada pencapaian. Kalau ada pencapaian sekalipun, ianya bukan suatu pencapaian yang boleh dibanggakan.

 

Sesekali, kita perlu ubah penampilan. Ubah kepada yang lebih baik. Ubah cara berpakaian. Ubah fesyen rambut. Ubah fesyen tudung. Ubah warna yang biasa dipadankan pada tubuh. Kesannya?

 

Apa yang kita pamerkan pada luaran, akan memberi kesan pada dalaman. Kuat luar dan dalam, itu baru hebat!

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Sistem autoresponder PERCUMA bantu tingkatkan jualan perniagaan anda!
  2. Bagaimana tingkatkan jualan dan keuntungan bisnes kedai runcit?
  3. Anda nak tahu 2 TEKNIK SIMPLE tulis iklan yang efektif & tingkatkan jualan di Facebook?
  4. Tips Tingkatkan Jualan Menerusi Servis Laman Web Advertorial.MY

Filed Under: Sketsa Hidup Tagged With: jam tangan mahal, pakaian berjenama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in