Bagaimana tingkatkan jualan dan keuntungan bisnes kedai runcit?

by sabree hussin on September 21, 2015

in kedai runcit

“Bagaimana menguruskan perniagaan runcit supaya jualan harian dapat ditingkatkan dan keuntungan juga bertambah setiap bulan?”

 

Dari masa ke masa, adakalanya saya akan menerima pertanyaan sama ada menerusi emel ataupun menerusi FB daripada usahawan yang turut sama-sama macam saya menguruskan perniagaan kedai runcit. Tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya membuka perniagaan kedai runcit anda sendiri. Ketika orang lain masih lagi menyimpan angan-angan untuk memiliki kedai runcit sendiri, kita dah pun buktikan yang “kita juga mampu buka kedai runcit.”

 

Langkah seterusnya ialah… “eh apa ya nak buat lepas dah ada kedai runcit sendiri ni?”

bisnes_kedai_runcit

Lazimnya, pengendali perniagaan kedai runcit ini, mereka terlalu bergantung kepada para pelanggan yang berada dikawasan setempat. Sebagai contoh, jika perniagaan dibuka di suatu kawasan misalnya, pemilik perniagaan lebih banyak bergantung kepada hasil jualan kepada penduduk sekitar. Kira-kira 40 – 60 buah rumah yang berada di kiri, kanan, hadapan dan belakang kedai runcit kita atau keluarga yang mendiami kawasan sekitar.

 

Tak ada apa yang salah. Pada pendapat saya, ini adalah standard practice dalam mana-mana perniagaan kedai runcit. Pelanggan kita adalah mereka yang berada disekitar kita. Mereka ini lebih mudah untuk berkunjung ke kedai kita lantas menjadi pelanggan kita.

 

Cuma yang menjadi persoalan kat sini ialah, jika kita nak besarkan saiz perniagaan kita, adakah ia mampu untuk meningkatkan pendapatan perniagaan kita? Ataupun, adakah lebih baik, kita stay and remain small, tetapi pada masa sama, masih lagi berjaya untuk tingkat keuntungan perniagaan kita setiap bulan?

 

Maaf. Saya bukan pakar perniagaan kedai runcit. Jika anda mencari seorang yang pakar, bukan saya orangnya. Saya adalah seorang yang suka mendalami ilmu-ilmu perniagaan, dan pada masa yang sama bereksperimen dengan ilmu yang saya pelajari. Saya bukan pakar dan jauh sekali saya menganggap diri saya sebagai seorang yang berjaya. Apa yang ada pada saya ialah, saya gemar berkongsi ilmu dan idea.

 

Semoga dengan perkongsian idea yang kerap saya coretkan dalam laman blog ini, ia dapat mencambahkan idea-idea baru dan seterusnya dari idea-idea baru tersebut, ia dapat bantu anda untuk tingkatkan pendapatan perniagaan anda.

 

Setiap usahawan, mereka pasti ada strategi bisnesnya sendiri. Strategi ini pula, memang agak jarang dikongsikan dengan orang lain. Amat bahaya kalau strategi yang kita bina dengan susah payah, tiba-tiba jatuh ke tangan pesaing kita. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila pesaing kita MENIRU apa yang kita buat. Ah… memang sakit hati kalau berlaku perkara-perkara macam ni.

 

Bagaimana kita dapat meningkatkan jualan kedai runcit kita?

Ada beberapa cara, sama ada jual lebih banyak barang kepada pelanggan yang sama, ataupun jualkan kepada lebih ramai pelanggan hingga merentasi sempadan tempat tinggal kita.

 

Jual lebih banyak barang kepada pelanggan yang sama

Adakah anda kenal siapa pelanggan anda? Adakah anda tahu apa sebenarnya kegemaran pelanggan anda? Tahukah anda, kenapa pelanggan yang sama, cuma beli barang yang sama sahaja dari tempat anda?

 

Setiap kali datang, mesti beli telur 10 biji. Tak pernah beli benda lain, selain telur 10 biji tu. Adakah pelanggan ini cuma makan telur semata-mata, ataupun barang yang dia nak, kita tak jual? Kebiasaannya begitulah, kita yang tak jual barang yang dia nak… macam mana dia nak beli barang lain. Pelanggan macam ni, bila kita tau apa jenama susu kegemaran dia, tepung cap apa yang dia suka beli, sardin cap apa yang dia makan, barulah kita boleh galakkan pelanggan yang sama untuk beli lebih banyak barang dari kita.

 

Kan lagi banyak barang yang pelanggan beli, lagi banyak untung kita boleh buat!

 

Bertanyalah kepada pelanggan kita tu. Inilah keistimewaan kedai runcit berbanding bisnes-bisnes lain. Kita mudah untuk jadi mesra dengan pelanggan kita. Wujudkan kemesraan tersebut dan dalam masa yang sama, fahami betul-betul apa yang dicari oleh pelanggan kita tu.

 

Jual kepada lebih ramai pelanggan hingga merentasi sempadan

Strategi ini, tak ada yang pelik pun. Lebih-lebih lagi, jika anda pernah baca post saya sebelum ini bertajuk:

Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri?

 

Dalam artikel tersebut, saya juga ada ceritakan pengalaman saya berinteraksi dan melakukan transaksi dengan usahawan trading. Walaupun usahawan trading ini, lazimnya lebih sinonim dengan “konsep berniaga runcit tanpa kedai”, namun sebenarnya ada juga antara mereka yang mempunyai premis perniagaan mereka sendiri.

 

Daripada stok simpan dalam kedai, lebih baik dia agihkan kepada channel jualan yang lain. Channel jualan yang berbeza, memang akan menghasilkan pulangan yang berbeza juga. Untuk kedai yang berada di kawasan pedalaman, mungkin jualan maksimum yang boleh dihasilkan dalam sehari ialah RM1,000 sahaja. Tetapi, untuk kedai yang dibuka dikawasan pekan ataupun bandar misalnya, tak mustahil untuk jualan mencecah RM5,000 – RM15,000 dalam masa sehari.

 

Jadi, jika kedai runcit kita tak berapa perform dan sukar untuk dapat pulangan yang sedap… bolehlah kombinasikan dengan style bisnes usahawan trading. Lagipun, bukannya nak kena buat selalu. Dalam sebulan tu, mungkin anda hanya akan busy sekali atau dua kali sahaja.

 

Bergantung juga pada kaedah pembayaran yang telah anda persetujui dengan pemilik kedai runcit yang lain. Dalam hal ini, ada sekurang-kurangnya 4 kaedah pembayaran yang anda boleh tawarkan kepada pemilik perniagaan runcit yang anda ingin bekerjasama tu nanti… iaitu

1. Cash term

Ambik barang, kemudian bayar time tu jugak.

2. Credit term 30/45/90 hari

Hanya perlu bayar kepada usahawan trading tu tadi selepas 30/45/90 hari bayaran full sama ada semua barang terjual atau sebaliknya

3. Bill to bill

Kali pertama masuk barang, tak perlu bayar apa-apa, usahawan trading tu tadi hanya akan bukak bill. Bila nak restock barang, baru bayar bill yang pertama dan barang yang baru dapat tadi akan bukak bill sahaja.

4. Consignment

Hanya bayar bila ada barang yang terjual. Tak perlu bayar apa-apa selagi barang tak dijual.

 

Apa pun, segalanya terpulang kepada anda. Bisnes anda, andalah yang buat keputusan. Baik atau buruk keputusan yang anda buat tu nanti, kesannya juga akan anda tanggung sendiri nanti.

 

Rujukan tambahan:

1. Fail Sulit Bisnes Trading

2. Senarai Pembekal Seluruh Malaysia

3. Kertas Kerja Perniagaan

 

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

nikkhazami September 28, 2015 at 10:11 pm

memang bleh untung berniaga barang runcit. cuma kena cari tempat strategik

Reply

Uncle Zuan September 28, 2015 at 11:14 pm

tak terfikir pula nak bukak kedai runcit

Reply

myrujukan September 28, 2015 at 11:46 pm

ko ni banyak idea lah sabree, heheh

Reply

cik Jaja November 9, 2017 at 9:45 am

Tips nombor satu tu rasanya boleh apply dalam bisnes online juga. Buat satu datase semua senarai pelanggan kita, kemudian cuba promote lebih barang kepada mereka secara berkala, insyaAllah memang boleh meningkatkan jualan ๐Ÿ™‚

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: