Rasa macam sekejap je bulan Januari dah pergi meninggalkan kita.
Bermakna untuk tahun 2018 ni, tinggal sebelas bulan yang masih berbaki. Bila tengok semula pencapaian dan produktiviti blog ni… wah… rasa macam tak percaya! Tak kan cuma tiga artikel je yang saya terbitkan untuk bulan Januari yang lepas?!
Kalau ikut pengalaman masa lalu, bulan Februari ni biasanya lebih mencabar berbanding bulan-bulan yang lain. Kalau bulan-bulan lain, kita ada lebih kurang 30 atau 31 hari. Tetapi istimewanya bulan Februari ni, kita cuma ada 28 atau 29 hari.
Masa yang ada tak begitu banyak. Walaupun cuma beza dua atau tiga hari, namun dua atau tiga hari ini boleh jadi penentu sama ada sales target pada bulan tersebut akan tercapai atau sebaliknya.
Sepanjang bulan Januari 2018, ini yang berjaya direkodkan.
Target saya, setakat nak dapatkan lebih kurang RM100 – RM150 sahaja. Cukuplah untuk guna buat bayar bil internet.
Tapi kalau boleh dapat lebih, saya anggap itu sebagai satu bonus. Kenapa saya target sikit je income dari Involve Asia? Jawapannya ialah…
Sebab saya sibuk.
Kadang-kadang saya rasa macam tak cukup masa nak promote produk-produk yang dijual di laman web Involve Asia. Saya akan jadi bertambah sibuk kalau pada masa tertentu, saya menerima tugasan mempromosikan produk, servis ataupun perniagaan milik pelanggan saya.
Bila dah dapat tugasan menulis artikel berbayar, prioriti sudah tentu saya perlu lebihkan kepada menulis artikel milik pelanggan saya tu. Tugasan menulis artikel-artikel khas untuk menghasilkan jualan untuk produk-produk affiliate, terpaksa saya tangguhkan dulu.
Saya rasa, inilah dia cabaran kalau menawarkan servis penulisan artikel berbayar. Adakalanya, kita akan terkejar-kejar untuk menepati dateline.
Kalau kita lambat menghasilkan artikel, maka akan makin lambat untuk artikel tersebut mendapat tempat yang baik di laman web carian google.
Walaupun adakalanya, bukan sebab kita (penulis) yang sengaja melambat-lambatkan menghasilkan artikel. Di pihak penulis, ada kekangan tertentu yang mungkin pelanggan kita susah nak faham.
Mungkin (bukan semua) ada antara mereka yang baru pertama kali menggunakan khidmat penulis sambilan untuk tujuan marketing, tak tau yang proses untuk menghasilkan sebuah artikel yang boleh menghasilkan jualan bukan semudah atau se simple menghasilkan artikel atau karangan untuk pelajar sekolah.
Ada ketikanya saya agak skeptikal dengan kemampuan artikel iklan (advertorial) yang dihasilkan oleh penulis blog lain. Sebagai penulis (yang ada sedikit pengalaman) ada masanya saya meragui, hasil kerja yang mereka hasilkan itu betul-betul berupaya untuk convert kepada sales.
Ya, saya tahu, perkara ini sangat subjektif.
Lain orang, lainlah pendekatannya. Faktor yang memungkinkan terjadinya sales juga ada pelbagai. Antaranya yang mungkin saya boleh highlight disini ialah seperti faktor
- Kredibiliti penulis
- Bilangan follower si penulis
- Jumlah trafik milik penulis
- Skil copywriting si penulis
- Skil Search Engine Optimization si penulis
Item nombor 5 itu hanya relevan jika anda mendapatkan khidmat penulis blog. Jika anda mendapatkan khidmat penulis yang menggunakan Facebook atau Instagram sebagai platform pemasaran, maka perkara nombor 5 itu dah jadi tidak begitu relevan.
Produk Involve Asia yang mana satu yang paling LAKU?
Saya rasa mungkin ada yang nak tahu, dalam banyak-banyak produk yang ada di Involve Asia tu, yang mana satu yang paling senang nak dapatkan jualan. Betul tak?
Dari apa yang saya perhatikan, yang paling senang nak dapat komisen adalah apabila anda promosikan program referral Involve Asia.
Sila klik pautan ini untuk sertai
Untuk setiap pendaftaran ahli baru, anda akan dibayar sebanyak RM5.00 oleh pihak Involve Asia.
Tak perlu buat jualan.
Tak perlu susah payah nak terangkan panjang-panjang.
Saya sendiri, lebih banyak bercerita tentang program ini, beserta dengan potensi pendapatan yang boleh dihasilkan. Itu sahaja.
Lepas dah habis bercerita, saya berikan pula link pendaftaran untuk menyertai program ini. Itu sahaja. Selebihnya, terpulang kepada pembaca. Kalau nak join, silakan join. Tak nak sudah.
Kalau join, dan lepas tu buat kerja, In Shaa Allah akan dapat hasilnya. Tapi kalau lepas dah join, duk diam tak buat apa-apa… memang jangan haraplah nak merasa sebarang income dari program ini.
Potensi pendapatan dari Program Affiliate Involve Asia
The sky is the limit…
Erm… not really. The limit is depend on you.
Kalau malas buat kerja, alamatnya sikitlah income tu. Macam saya la. Tak berapa nak rajin nak buat kerja… jadi terpaksalah berpuas hati setakat apa yang dah dapat tu sahaja.
Jangan jadi macam saya.
Bila anda dah join program affiliate Involve Asia ni nanti, make sure anda buat marketing all out, buat yang terbaik, dan In Shaa Allah hasilnya juga akan lebih baik berbanding apa yang saya dapat ni.
Ok, dah 2018 ni. Kurangkan bersembang kosong, lebihkah buat kerja yang boleh mendatangkan hasil, ya. Daftar program ini disini.
Madam B says
Tak pernah serius dengan IA. Hmm…not bad. Tapi kena rajin+gigih+sabar. Baru segalanya jadi. To all readers, we should try this soon.
sabree hussin says
Saya pun tak berapa serius sangat dengan IA ni. Tapi bila dapat bayaran komisen, rasa seronok jugak 🙂
Thenewsia says
Takpe tuan, yang berlalu biar berlalu, untuk masa yg akan datang ni, berusaha untuk merajinkan diri, termasuklah diri sy sendiri 😉
sabree hussin says
Itulah… muhasabah diri sendiri jugak ni.
Abdul Nashar Aminuddin says
IA ni program lazada ke?
sabree hussin says
Bukan.
MyInformasi says
Involveasia tak dinafikan adalah satu affiliate yg terbaik..
sabree hussin says
Ya setuju, especially bila mereka buat bayaran ke akaun kita. Memang terbaik feeling dia. 🙂
NORIZA ABDUL RAHMAN says
Betul tu, bila dah join involve asia ni kena work all out untuk dapat bayaran. Saya pun dah lama tak all out ni
sabree hussin says
Bulan februari pun dah nak habis ni… dah start buat all out belum ha3
reezluv says
memang hebat ni..dgn IA ni tak berapa ada jodoh agaknya..haha..salah satu sebab tak buat bebetul..
sabree hussin says
Aku punya jodoh pun suam-suam je dengan IA ni. Mungkin kurang bagi perhatian la kot kat program ni… sibuk madukan IA dengan program lain…
Sya says
Saya baru je daftar and promote guna involve asia ni dalam 5 hari macamtu. Ada jugak lah conversion report tu. tapi persoalannya, kenapa pada report tu, dia hanya tulis pada est earnings (eg 10USD) tp pada total sales masih 0.00USD? Adakah sebab saya tak pernah dapat bayaran di paypal saya lagi so sebab tu pada total sales dia tulis 0.00USD lagi. Harap dapat faham apa yg saya cuba nak sampaikan ni. Mohon pencerahan, terima kasih.
sabree hussin says
Cuba semak pada status earning tersebut, sama ada approved ataupun pending. Kalau masih pending, itulah jawapannya. Pihak Involve Asia selalunya akan ambil masa untuk tukar status dari pending kepada approve.
Shahrul Zaman Mohd. Said says
kenapa duit dalam involveasia saya hilang?
sabree hussin says
tak tau.