UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

5 Cara TERBUKTI BERKESAN untuk membantu anda buat duit online

December 22, 2022 by sabree hussin 3 Comments

Jika anda selalu online, tetapi tak pernah langsung buat duit diinternet walaupun hanya sekali, maka anda sebenarnya telah mensia-siakan masa anda.

 

Begitu juga mereka yang setiap bulan bayar mahal-mahal untuk melanggan pakej internet dengan kelajuan yang paling tinggi, tetapi pada masa yang sama tak pernah memanfaatkan langganan tersebut untuk buat duit online. Situasi anda juga sama.

 

Anda dalam kerugian yang nyata.

 

Adakah anda masih tak tau, yang sebenarnya anda boleh menjana pendapatan secara online? Sampai bila anda mahu sia-siakan langganan internet anda dan masa anda? Setiap hari online FB, Instagram dan sebagainya, tetapi tak pernah sekali anda buat duit.

jana-pendapatan-secara-online

“Jadi macam mana sebenarnya cara yang tepat dan betul untuk buat duit online ni?”

Ada banyak cara.

 

Jika anda jenis yang suka membaca, anda boleh ke laman web google.com dan taipkan sahaja kata kunci “panduan buat duit online“ ataupun “bagaimana cara buat duit online”. Anda akan dapati terdapat banyak betul perkongsian daripada penulis yang berbeza yang membincangkan cara sebenar macam mana nak buat duit online.

 

Saya sendiri pernah membuat senaraian, dan saya dapati ada sekurang-kurangnya 17 cara yang anda boleh lakukan untuk jana pendapatan online. Boleh jadi, diluar sana sebenarnya ada terdapat lebih banyak lagi, cuma ia masih tak termasuk dalam senaraian yang saya lakukan.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: bagaimana buat duit online, buat duit online, cara buat duit online., jana pendapatan online, panduan buat duit online, teknik berkesan buat duit online

Macam mana cara terbaik untuk saya buat duit online?

March 8, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Ini adalah soalan yang sebenarnya mudah, namun tak ada satu pun jawapan yang tepat untuk memuaskan hati setiap orang. Sesetengah orang, bila dia tanya soalan macam ni, dalam fikiran dia, dia mahukan satu jawapan yang straight to the point.

 

Mungkin sebab sekarang ni, dia memang perlukan duit tambahan, jadi dia perlukan satu kaedah untuk buat duit dengan seberapa segera. Kalau boleh buat duit cepat, itu lagi baik. [Skim buat duit cepat dan skim buat duit lambat di internet]

gold

 

Menerusi blog ni, saya kerap juga mencadangkan beberapa model atau kaedah untuk buat duit online yang praktikal dan boleh dilakukan oleh hampir sesiapa sahaja. Anda tak perlu ada degree, tak perlu ada master ataupun PhD untuk buat apa yang saya selalu syorkan untuk anda buat dalam blog ini.

 

Sebenarnya, kalau semua orang buat seperti yang saya sarankan, In Shaa Allah mereka-mereka yang ambil tindakan ni, pasti boleh buat duit online sama macam saya. Setakat nak dapatkan pendapatan minima sebanyak RM100 setiap bulan secara konsisten, itu bukan lagi satu perkara yang mustahil. Tetapi kalau masih tak dapat juga, cuba semak balik apa yang anda dah buat sebelum ini. Adakah sudah memadai atau masih belum mencukupi.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit online, cara buat duit online.

Panduan buat duit online untuk orang yang baru nak bermula

September 17, 2015 by sabree hussin 34 Comments

Ini adalah emel yang saya terima daripada salah seorang pelanggan yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini. Emel ini jugalah yang menjadi pencetus untuk saya hasilkan panduan buat duit online ini!

Assalamualaikum,

Tuan Sabree Hussin!

Terima kasih banyak-banyak kerana tuan tidak jemu-jemu menghantar email motivasi kepada saya. Saya sekarang ni pun dah tak kerja. Jadi saya bercadang untuk mencuba bisnes online. Saya harap tuan boleh menjadi mentor saya. Saya masih tercari-cari bisness apa yang sesuai dengan jiwa saya. Harap tuan dapat cadangkan beberapa produk yang boleh dijalankan melalui online kerana saya masih ketandusan ilmu dalam bidang online ini.

Terima kasih, tuan.

 

Susah… kan? Jika kita masih baru dalam sesuatu bidang, kemudian kita tak ada satu panduan pun yang boleh kita rujuk untuk dijadikan sebagai kompas untuk kita tahu sama ada kita menuju ke arah yang betul. Biasalah, masalah dengan orang yang baru nak bermula ni ialah, kita tak tau nak pilih yang mana dan sukar nak fokus pada satu-satu bidang.

Panduan_buat_duit

1. Kalau satu hari ada yang kata, boleh buat duit yang lumayan sebagai peniaga di laman web lelongan seperti ebay, siap dengan bukti wang masuk, kita pun mudah tertarik nak main ebay.

2. Kalau ada yang kata, boleh buat duit mudah sebagai freelancer di laman web fiverr, kita pun terus nak jadi freelancer kat laman web tersebut.

3. Kemudian, ada pulak yang boleh buktikan, dengan program affiliate kita boleh buat duit yang lumayan dan konsisten setiap bulan, kita pun jadi tak keruan.

4. Itu belum lagi kita ambil kira usahawan-usahawan yang menjual produk kecantikan, kesihatan dan tudung menggunakan FBAds

5. Lagi luas jaringan rakan-rakan anda, maka anda akan nampak lagi banyak peluang didepan anda, dan tak mustahil, anda juga akan jumpa individu yang boleh hasilkan pendapatan yang lumayan hanya dengan menjadi penulis blog.

 

Mungkin… Masalah sebenar bukanlah tak tau nak buat apa, tetapi tak tau nak FOKUS yang mana…

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: cara buat duit online., panduan buat duit online

10 Laman web yang anda mungkin TAK TAHU boleh bantu anda jana pendapatan tambahan

July 31, 2015 by sabree hussin 6 Comments

Posting kali ni, saya nak cerita tentang buat duit. Kalau ada rakan-rakan pembaca yang berhasrat untuk buat duit tambahan, ha… mari rapat mari dekat. Tumpukan perhatian, sebabnya dalam catatan kali ni saya nak kongsikan 10 laman web yang boleh bantu anda jana pendapatan sampingan.

 

Walaupun pada mulanya motif anda adalah untuk buat duit sampingan sahaja, namun tak mustahil dari gabungan kombinasi kesemua sepuluh laman web ini, ada yang mampu jadikan ia sebagai sumber pendapatan utama. Jom kita teliti senarai dibawah dan lepas tu buatlah pilihan, mana satu yang berkenan dan sesuai dengan anda.

 

Ada yang perlukan modal. Ada yang FREE untuk disertai. Ada yang cepat membuahkan hasil, dan ada jugak yang lambat sangat menampakkan hasilnya. Sebab tu secara peribadi, saya suka campur-campurkan dan buat lebih daripada satu program untuk memaksimakan lagi pendapatan yang saya boleh dapat dari program-program ini semua.

 

10 laman web membolehkan anda buat duit tambahan online

Baiklah, saya akan mulakan dengan laman yang pertama, iaitu:

 

1. Laman web Jobdirumah

Link: http://www.jobdirumah.net

jobdirumah

Laman web jobdirumah menawarkan servis tutorial dan panduan untuk melatih mereka-mereka yang berminat untuk menjadi pekerja dari rumah sebagai seorang freelancer ataupun pekerja bebas. Anda boleh baca review penuh saya mengenai program latihan jobdirumah ini dalam posting saya sebelum ini.

[Read more…]

Filed Under: Review Tagged With: cara buat duit online., laman web buat duit online

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in