Macam mana cara terbaik untuk saya buat duit online?

by sabree hussin on March 8, 2016

in Pemasaran Internet

Ini adalah soalan yang sebenarnya mudah, namun tak ada satu pun jawapan yang tepat untuk memuaskan hati setiap orang. Sesetengah orang, bila dia tanya soalan macam ni, dalam fikiran dia, dia mahukan satu jawapan yang straight to the point.

 

Mungkin sebab sekarang ni, dia memang perlukan duit tambahan, jadi dia perlukan satu kaedah untuk buat duit dengan seberapa segera. Kalau boleh buat duit cepat, itu lagi baik. [Skim buat duit cepat dan skim buat duit lambat di internet]

gold

 

Menerusi blog ni, saya kerap juga mencadangkan beberapa model atau kaedah untuk buat duit online yang praktikal dan boleh dilakukan oleh hampir sesiapa sahaja. Anda tak perlu ada degree, tak perlu ada master ataupun PhD untuk buat apa yang saya selalu syorkan untuk anda buat dalam blog ini.

 

Sebenarnya, kalau semua orang buat seperti yang saya sarankan, In Shaa Allah mereka-mereka yang ambil tindakan ni, pasti boleh buat duit online sama macam saya. Setakat nak dapatkan pendapatan minima sebanyak RM100 setiap bulan secara konsisten, itu bukan lagi satu perkara yang mustahil. Tetapi kalau masih tak dapat juga, cuba semak balik apa yang anda dah buat sebelum ini. Adakah sudah memadai atau masih belum mencukupi.

 

“Apa benda yang saya perlu lakukan untuk buat duit secara online?”

 

Pertama sekali, anda perlu faham terlebih dahulu kaedah-kaedah ataupun model buat duit secara online yang anda boleh lakukan. Pastikan anda benar-benar faham dan tahu step by step yang diperlukan untuk berjaya menghasilkan RM1 yang pertama dari kaedah yang dipilih.

 

Seperti orang lain, dan mungkin lain-lain profesion yang ada atas muka bumi ini, jika anda ingin buat duit, anda perlu bekerja. Anda perlu lakukan sesuatu. Sama ada sesuatu itu merujuk kepada anda melakukan kerja tertentu, jual sesuatu ataupun apa-apa perkara yang memberi tambah nilai kepada orang lain.

 

Dalam konsep buat duit online juga begitu. Anda perlu bekerja. Secara ringkasnya, saya ingin kongsikan kepada anda 5 kaedah yang boleh anda lakukan untuk buat duit online. Mungkin sebahagian dari pembaca memang dah sedia maklum akan kewujudan kaedah-kaedah ini, jadi untuk yang dah tahu bolehlah anggap ini sebagai ulangkaji sahaja ya.

 

(1) Buat duit online menerusi program pengiklanan

Apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana caranya nak buat duit dengan program pengiklanan? Cara yang lazim dilakukan ialah dengan menyertai program pengiklanan yang ditawarkan oleh Google Adsense, Bidvertiser, ataupun laman web pengiklanan seperti Nuffnang.

 

Anda perlu membangunkan sebuah laman web yang berpotensi untuk mendapat trafik yang tinggi jika anda ingin buat duit dengan cara ini. Antara konsep laman web yang ideal ialah, laman web jenis blog.

 

Diperingkat permulaan, anda perlu kenalpasti apa niche blog yang anda ingin bangunkan. Kemudian anda perlu masukkan konten-konten yang berkualiti dan relevan dengan niche yang anda pilih. Promosikan laman blog anda supaya kewujudannya diketahui oleh para pengguna internet.

 

Dari masa ke masa, anda akan dapati jumlah pengunjung yang mengunjungi laman blog anda akan jadi makin bertambah. Teruskan menulis dan tambahkan konten secara konsisten pada laman blog anda.

 

Cabaran nak buat duit dengan kaedah ini adalah untuk mendapatkan trafik yang ramai untuk masuk ke laman blog kita. Potensi pendapatan yang boleh dihasilkan akan meningkat naik seiring dengan pertambahan trafik yang masuk ke blog kita.

 

Kaedah ini lebih kepada kaedah set and forget. Apabila trafik sudah stabil, pendapatan anda akan berjalan dengan sendirinya tanpa perlu anda buat apa-apa. Oh! Anda masih lagi perlu konsisten menulis di blog anda.

 

(2) Buat duit online menerusi kaedah pemasaran produk affiliate

Jika anda ingin mencuba program affiliate, satu perkara yang anda perlu tahu ialah terdapat pelbagai cara untuk menjalankan kerja-kerja pemasaran.

 

Ada orang lebih gemar menggunakan platform blog, emel, facebook, twitter dan banyak lagi. Satu kaedah untuk menerangkan proses buat duit dengan affiliate ni ialah, anda hanya perlu promosikan link affiliate anda. Itu sahaja.

 

Salah satu program affiliate yang boleh anda sertai yang menjual pelbagai jenis barangan ialah program affiliate Involve Asia.

program-affiliate-involve-asia

Laman web Involve Asia adalah sebuah platform yang menghubungkan antara ejen affiliate dengan pelbagai merchant yang mengambil bahagian. Dengan menyertai Involve Asia, anda boleh mempromosikan produk-produk dari Lazada, Zalora, Trivago, Hotels.com dan banyak lagi. Oh bukan itu sahaja, anda juga akan dapat komisen sekiranya berjaya memperoleh jualan.

 

Anda boleh klik sini untuk sertai Involve Asia.

 

(3) Buat duit online dengan menjual produk fizikal menerusi kaedah bisnes dropship

Sekiranya anda ingin menjual produk fizikal, amatlah disarankan untuk anda menyertai program dropship yang ditawarkan oleh sesetengah supplier yang turut beroperasi secara online.

 

Ya, anda kena jual barang. Namun, anda tak perlu ada modal untuk beli stok produk dan ia boleh dilakukan dengan serta merta.

 

(4) Buat duit online dengan menjual servis

Adakah anda mempunyai kemahiran tertentu yang dicari-cari oleh orang lain? Mungkin anda patut pertimbangkan untuk menyediakan perkhidmatan profesional anda.

 

Kalau anda tak ada idea nak tawarkan perkhidmatan apa, saya nak syorkan anda tawarkan khidmat menulis kertas kerja ataupun kertas cadangan untuk bisnes-bisnes yang ada di Malaysia. Ada banyak bisnes yang wujud kat negara kita ni, namun belum tentu semua bisnes tu mempunyai kertas kerja atau portfolio perniagaan mereka sendiri.

 

Jika anda berminat anda boleh tawarkan servis ini. Anda tak tau macam mana nak buat? Tak perlu risau, anda boleh download contoh kertas kerja yang boleh di edit semula di laman web ini.

 

(5) Buat duit dengan cara menyertai program MLM Online

Satu perkara yang saya kira menarik dalam program MLM adalah kuasa duplikasi. Kita hanya perlu buat kerja sekali sahaja, kemudian dengan adanya kuasa duplikasi, rangkaian yang berjaya dibina akan ulang semula apa yang telah kita lakukan dan kesannya akan menyebabkan rangkaian yang kita bina berkembang dengan sendirinya, tanpa ada sebarang campur tangan dari kita.

 

Contoh yang biasa saya lihat ada dalam bisnes Tone Excel.

bisnes_tone_excel_free_downline

Andaikan prospek tu join menerusi sistem Autodownline. Kemudian lepas dah join, dia pun terus buat kerja-kerja pemasaran dan berjaya dapat 10 orang downline sahaja. Seterusnya 10 orang downline yang berjaya diperolehi ini nanti juga akan cari 10 orang downline setiap seorang.

 

Kesannya?

 

Pendapatan anda akan berkembang dan akan terus berkembang, dengan syarat semua orang buat kerja dan faham apa benda sebenarnya yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam perniagaan ini.

 

Jika anda minat nak sertai Team Autodownline boleh klik sini.

.

..

Setiap orang mempunyai minat dan kekuatan yang berbeza. Bagi saya, kaedah promosi menggunakan blog adalah kaedah yang mudah dan saya seronok melakukannya. Walaupun saya perlu menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk mencari konten yang sesuai, baca buku, cari bahan dan sebagainya.

 

Namun saya rasa puas, apabila apa yang saya tulis dapat berikan manfaat kepada pembaca. Semakin banyak manfaat yang dapat saya sumbangkan, In Shaa Allah semakin banyak juga pendapatan yang boleh saya hasilkan.

 

Cara saya ini mungkin tak berapa sesuai dengan orang lain. Sebab tu kat luar sana ada macam-macam kaedah pemasaran. Boleh guna FB, twitter dan sebagainya. Just because kaedah A tak berapa menepati citarasa dan selera anda, tak bermakna anda perlu tinggalkan terus ya.

 

Carilah dimana kekuatan anda dan gunakan sepenuhnya.

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: