Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Homestay D Ledang – Nama baru bagi Homestay di Tangkak tempat saya pernah menginap

December 13, 2017 by sabree hussin 3 Comments

Awal bulan Oktober 2017 yang lepas, saya ada ke Tangkak atas urusan kerja. Waktu tu, saya memilih untuk menginap di sebuah homestay di Tangkak. Ikut perancangan asal, saya nak bawa bersama mak dan ayah saya untuk ikut trip ni.

 

Jadi sementara saya siapkan beberapa perkara, mereka bolehlah jalan-jalan sekitar bandar Tangkak. Mungkin ada dalam kalangan pembaca blog ni yang sedia maklum, dulunya bandar Tangkak memang cukup sinonim dengan produk berasaskan tekstil.

Baca juga: Apa yang menarik di sekitar Bandar Tangkak

tempat-menarik-di-tangkak

Pada waktu saya menginap di situ, homestay tersebut sebenarnya baru sahaja dibuka.

 

Waktu tu, nama untuk homestay tersebut juga masih belum ada lagi. Tetapi baru-baru ini, pemilik homestay tersebut, En Haffie ada maklumkan pada saya yang beliau telah memilih nama Homestay D Ledang sebagai nama homestay beliau.

 

Kenapa nama tersebut yang dijadikan pilihan?

 

Mungkin sebab homestay tersebut memang tak jauh dari Gunung Ledang. Semasa saya menginap di situ, saya juga sempat singgah ke Gunung Ledang Resort. Cantik juga tempat tu. Cuma atas sebab kekangan masa, saya tak dapatlah nak lepak lama-lama kat kawasan air terjun gunung ledang tu.

Baca juga: Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor

kawasan-rekreasi-gunung-ledang

Sekiranya anda mencari tempat untuk menginap di Tangkak, saya boleh syorkan anda menginap di homestay ini.

 

Lokasinya adalah di

No 374, Jalan Mega 15 Taman Mega Ria 2, 84900 Tangkak Johor

GPS Koordinat >> E: 102º31’29.8 N: 2º15’7.8

 

Rumah ini terletak dikawasan perumahan dan ia merupakan rumah kediaman jenis teres.

tangkak-homestay-view

Ini dia gambar Homestay D Ledang yang saya maksudkan.

 

Saya pernah menulis tentang homestay ini sebelum ini. Boleh baca posting tersebut dengan menekan klik pada pautan ini.

Klik untuk baca: Homestay Tangkak pilihan saya dengan kadar sewa bawah RM200

 

Selain ada nama baru, homestay ini juga sekarang boleh ditempah menerusi laman web Airbnb! Jadi, apa yang hebat sangat kalau boleh tempah menerusi laman web Airbnb?

homestay-di-tangkak-murah

Kelebihannya adalah untuk pelanggan seperti kita.

 

Harga untuk sewa homestay ini adalah RM179 untuk satu malam. Kadang-kadang, kalau kita bukak website Airbnb pada masa yang berbeza, harga yang dipaparkan boleh jadi RM180 ~ RM200. Ianya tidak tetap. Mungkin sebab website Airbnb ini menggunakan sistem tertentu untuk menetapkan kadar harga. (smart pricing system)

 

Kalau kita terus berhubung dengan owner homestay ini, kadar sewa yang ditetapkan adalah bawah RM200. Harganya tetap.

 

Berita baik buat mereka yang buat tempahan menggunakan laman web Airbnb.

 

Jika anda klik pautan ini, anda akan dibawa ke halaman berikut yang melayakkan anda mendapat Travel Credit bernilai RM105!

Apabila anda berada di halaman tersebut, langkah seterusnya adalah klik pada butang Sign up to claim your credit. Proses pendaftaran sangatlah mudah.

 

Anda boleh daftar menggunakan akaun Facebook anda sahaja.

 

Selepas selesai pendaftaran, secara automatik anda akan dapat travel credit bernilai RM105. Gunakanlah travel credit ni untuk buat tempahan homestay ini.

 

Pengiraan dia akan jadi lebih kurang begini.

Kos menginap di homestay – RM179

Guna travel credit – RM105

Baki yang perlu dibayar – RM74 sahaja

 

Walaubagaimanapun, tempahan menggunakan laman web Airbnb akan dikenakan service fee. Walaupun ada service fee, ia masih lagi menjimatkan duit anda dengan adanya travel credit ini.

 

Kalau anda masih belum faham macam mana nak buat tempahan di laman web Airbnb menggunakan travel credit, anda boleh baca blogpost saya yang berjudul Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menggunakan Travel Credit Airbnb.

 

Dalam posting tersebut saya ada tunjukkan, bagaimana dengan menggunakan travel credit, anda boleh menginap di mana-mana homestay yang disenaraikan di laman web Airbnb tersebut tanpa perlu bayar apa-apa.

 

Baiklah itu sahaja yang saya nak kongsikan hari ni.

 

Kalau anda akan ke Tangkak dalam masa terdekat ni, bolehlah pertimbangkan untuk menginap di Homestay D Ledang ini nanti ya.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200
  2. 3 Sebab untuk anda cuba pengalaman membuat tempahan tempat penginapan di Airbnb
  3. Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula
  4. Kenapa pengunjung memilih untuk menginap di homestay berbanding hotel?

Filed Under: Tempat Penginapan Tagged With: homestay di tangkak, homestay kolej matrikulasi johor, homestay murah di tangkak, homestay tangkak, homestay tangkak ledang, homestay tangkak murah, penginapan di tangkak

Comments

  1. anuar says

    December 13, 2017 at 9:04 pm

    Dah tukar nama homestay ni… memang terbaik.. Semoga bisnes homestay ni semakin maju..

    Reply
    • sabree hussin says

      December 15, 2017 at 4:06 pm

      Mudah-mudahan begitu la. Secara tak langsung dapat memudahkan pengunjung yang cari tempat penginapan di Tangkak nanti.

      Reply

Trackbacks

  1. Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 27, 2019 at 3:29 pm

    […] (2) Homestay D Ledang – Nama baru bagi Homestay di Tangkak tempat saya pernah menginap […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in