Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

by sabree hussin on November 14, 2018

in Idea Bisnes

Melalui laman web Airbnb, kita boleh belajar macam-macam perkara dan strategi untuk jadi pengusaha bisnes homestay yang berjaya.

Salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah tentang istilah “for work” ataupun “work friendly” listing (untuk kerja). Untuk pengetahuan anda, bukan semua homestay atau guesthouse yang tersenarai di laman web airbnb akan mempunyai title work friendly.

Rupa-rupanya ada beberapa syarat yang perlu kita penuhi sebelum homestay milik kita itu nanti layak untuk diklasifikasikan sebagai work friendly apabila dibuat penyenaraian melalui laman web Airbnb.

cara-promosi-homestay

Untuk versi rasmi dari pihak airbnb sendiri, anda boleh baca menerusi pautan ini.

Sebelum homestay milik anda layak untuk mendapat title ini, ada beberapa kriteria yang perlu dicapai terlebih dahulu. Ini adalah antara perkara yang anda perlu capai.

(1) Ruang penginapan

Menurut maklumat yang kita boleh baca menerusi laman web Airbnb itu sendiri,

“Jenis kediaman yang layak adalah seperti berikut: rumah, pangsapuri, banglo, kabin, chalet, rumah bandar, vila, rumah tumpangan, loteng, kondominium, hotel, atau inap sarapan.

Dari laman web airbnb, kita selaku pengguna boleh buat tempahan pelbagai lagi jenis tempat penginapan. Ada antaranya yang memang unik dan mungkin tak terdapat di Malaysia.

Sebagai contoh, di airbnb juga ada rumah dari jenis tree house, boat house, farm house, camping site dan sebagainya. Ruang kediaman ini tidak begitu sesuai untuk masuk dalam kelompok untuk kerja. Jadi pihak airbnb telah mengeluarkan senarai yang biasanya memang disukai oleh tetamu yang datang menginap bagi tujuan kerja.

(2) Kemudahan yang disediakan

Kriteria kedua yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai kemudahan yang disediakan untuk tetamu. Perkara-perkara berikut adalah antara yang anda perlu sediakan.

i. Keperluan penting

Termasuk tisu tandas, tuala bersih, sabun, bantal, linen

ii. Sistem daftar masuk sendiri (self check in)

Tetamu boleh check in pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masanya tanpa perlu menunggu tuan rumah. Kalau anda kata masa untuk daftar masuk bermula jam 3.00 petang, bermakna tetamu ini boleh masuk sendiri tanpa perlu hubungi tuan rumah.

Anda boleh menggunakan kotak kunci, papan kekunci, smartlock, atau dengan mendapatkan kunci atau akses daripada penjaga pintu atau atendan meja. Semua ini akan memudahkan tetamu untuk daftar masuk ke dalam rumah.

iii. Wifi

Sesetengah individu yang travel atas tujuan kerja, pasti memerlukan sambungan internet untuk memudahkan dia bekerja dimana-mana sahaja. Sambungan internet yang bagus bukan setakat untuk memberikan kepuasan dalam menonton saluran streaming video berbayar, pada masa yang sama ia sangat membantu untuk membuat kerja-kerja pejabat.

channel-netflix

Kadang-kadang ada tetamu yang memang berniat untuk pergi bercuti. Tetapi kalau ada urusan penting yang datang dengan tiba-tiba, mempunyai wifi di guesthouse sangat membantu dia menyelesaikan urusan tersebut.

iv. TV

Televisyen merupakan kemudahan yang perlu ada dalam kediaman. Ini mungkin sebab orang yang travel untuk kerja, akan luangkan masa yang lebih panjang dalam rumah. Dengan adanya televisyen, jadi dia dapat sentiasa ikuti berita di tv dan dapat kurangkan rasa bosan dalam rumah.

v. Ruang kerja mesra laptop

Ada meja yang sesuai untuk letak laptop. Kerusi yang digunakan tidak terlalu keras dan selesa jika perlu duduk dalam tempoh masa yang agak panjang. Selain itu kena pastikan berdekatan dengan meja terdapat power point untuk mengecas laptop.

vi. Seterika

Ini untuk memastikan pakaian yang dibawa oleh tetamu sentiasa kelihatan rapi. Ada juga guesthouse yang mungkin pemiliknya terlupa nak sediakan seterika, ataupun hanya akan sediakan seterika jika diminta.

vii. Pengering rambut

Orang yang travel atas urusan kerja mempunyai jadual yang ketat. Menyediakan pengering rambut dapat menjimatkan masa tetamu itu tadi untuk bersiap.

viii. Penggantung baju (hanger)

Hanger ini nampak remeh, tapi percayalah ianya sangat penting bagi memastikan pakaian yang dibawa tidak cepat kedut. Kalau dapat sediakan dalam jumlah yang banyak lagi bagus.

(3) Ulasan dan maklum balas dari tetamu sebelumnya

“Penyenaraian mesti mengekalkan penarafan keseluruhan 4.8 atau lebih tinggi sepanjang 365 hari sebelum ini, dengan 5 atau lebih ulasan.”

Untuk homestay yang baru nak disenaraikan di laman web airbnb, memang tidak akan dapat title for work ini. Homestay anda mestilah pernah menerima tetamu sekurang-kurangnya 5 orang sebelum ini dan mereka ini mesti pernah meninggalkan review tentang homestay anda.

(4) Peraturan untuk membatalkan tempahan

Anda perlu menetapkan peraturan untuk membatalkan tempahan kepada fleksibel atau sederhana. Apabila kita mensasarkan tetamu yang datang menginap atas urusan kerja, kita kena siap sedia dengan kemungkinan yang mereka mungkin akan batalkan perjalanan tersebut.

mesyuarat-urusan-perniagaan

Mungkin disaat-saat akhir, ada urusan lain yang lebih penting, ataupun mungkin mesyuarat yang dijadualkan berlangsung telahpun dibatalkan. Justeru, dah tak ada sebab untuk dia teruskan perjalanan dan penginapan di tempat anda.

Baiklah.

Anda mungkin tidak akan menggunakan laman web Airbnb untuk mempromosi dan mengiklankan bisnes homestay anda di internet. Tetapi setidak-tidaknya anda boleh ceduk serba sedikit ilmu dari laman web mereka.

Tak semestinya anda hanya mensasarkan tetamu yang nak datang sebab nak pergi kenduri kahwin, atau tetamu yang datang sebab nak bercuti di kawasan peranginan disekitarnya.

Anda juga boleh luaskan lagi target pelanggan dengan mensasarkan individu yang datang menginap atas urusan kerja. Cuma bila nak target tetamu seperti ini, kenalah sediakan kelengkapan yang sesuai untuk mereka.

pengusaha-bisnes-homestay-berjaya

Sekiranya anda minat nak mengetahui dengan lebih mendalam tentang bisnes homestay, mungkin anda boleh muat turun panduan ini.

Apabila anda menambahkan kelompok sasaran pelanggan untuk menginap di homestay anda, tindakan ini akan meningkatkan potensi pendapatan yang anda bakal raih dari perniagaan homestay yang anda jalankan.

Satu lagi, lepas ini anda bolehlah menambah pada ayat iklan anda yang homestay anda sesuai dan selesa untuk bekerja. Siapa tahu, mungkin akan ada tetamu yang selama ini hanya bekerja dari rumah, atau yang tidak mempunyai pejabat sendiri, akan memilih untuk bekerja dari homestay milik anda.

Jika memang terbukti homestay milik anda memang sesuai dan selesa untuk bekerja, tak mustahil untuk individu seperti ini untuk menyewa homestay anda bagi tujuan bekerja. Kalau dia nak sewa ofis, mungkin kena bayar mahal, atau kena bayar untuk 30 hari. Sedangkan dia cuma nak bekerja untuk 2 atau 3 hari sahaja.

Anda nampak peluang yang saya maksudkan?

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: