Apakah sebenarnya terdapat rahsia kejayaan dalam menjalankan bisnes homestay di Malaysia? Jika benar ada rahsia, apakah agaknya rahsia kejayaan tersebut?
Kenapa ada pengusaha bisnes homestay, yang berjaya dapat tempahan penuh setiap bulan, dan pada masa yang sama, ada pengusaha yang cukup sukar untuk dapatkan penyewa, walaupun hanya untuk satu malam dalam sebulan.
Bagi orang yang dah lama menjalankan bisnes homestay, mungkin mereka akan dapati apa yang saya kongsikan dalam ini, adalah common sense sahaja. Itu sebabnya, saya nak tulis artikel ini, dan tujukan ia kepada mereka yang baru nak bermula. Kalau yang dah PAKAR tu, nak baca juga pun boleh, cuma jangan menyesal kalau apa yang saya share dalam ni cuma biasa-biasa je ya.
Orang yang baru nak mulakan perniagaan homestay, mungkin terdapat beberapa perkara yang mereka akan terlepas pandang. Maklumlah, bisnes homestay di Malaysia ini biasanya dikendalikan oleh orang perseorangan.