Terdapat pelbagai cara untuk hasilkan pendapatan di internet.
Cara yang popular dan mudah untuk jana pendapatan online adalah menerusi program Affiliate dan juga menyiarkan iklan-iklan berbayar melalui program pengiklanan.
Dari segi cara kerja, antara affiliate dengan adsense, ianya mempunyai banyak persamaan. Malahan, jika anda memilih untuk menggunakan laman web atau blog bagi tujuan pemasaran, anda akan dapati, untuk buat duit melalui kedua-dua kaedah ini tak banyak beza.
Ia boleh dijalankan serentak, dan anda boleh buat duit melalui kedua-dua kaedah ini.
Mana satu yang lebih baik? Program pengiklanan (Adsense) atau program Affiliate?
Andai kata kena pilih hanya satu, antara Adsense dengan Affiliate, saya akan kata… Adsense lebih baik!
Nak tahu kenapa?
Program pengiklanan Google Adsense sebenarnya adalah satu bentuk program affiliate juga. Dalam situasi ini, kita menjalinkan hubungan kerjasama dengan syarikat pengiklanan (Google Inc) dan kita setuju untuk siarkan iklan-iklan milik klien Google di laman web yang kita miliki.
Sebagai imbuhan, kita akan dapat bayaran apabila ada pengunjung laman web kita yang menekan klik atau melihat iklan milik Google Adsense yang kita siarkan.
Posting ini saya tidak bercadang untuk bercerita dari sudut definisi, sebaliknya saya nak bincangkan dari segi cara kerja.
Saya akan mulakan dengan bercerita secara ringkas pro dan kontra bagi program affiliate dan kemudian diikuti pula dengan program pengiklanan Google Adsense.
Program Affiliate
Saya mula diperkenalkan dengan program affiliate sekitar tahun 2009. Tahun itu merupakan permulaan saya mula berkecimpung dalam bidang pemasaran dan penulisan di internet.
Kali pertama saya dengar tentang Affiliate Marketing, saya merasakan ianya kurang menarik dan agak susah. Maklumlah, income kita bergantung kepada kemahiran kita untuk buat jualan. Kalau pandai buat jualan, maka bolehlah dapat income.
Waktu tu saya rasa membuat jualan di internet sangat susah. Hinggalah pada satu hari, saya mula mendapat komisen dari salah satu program affiliate yang saya sertai. Saya cuma perlu tulis artikel macam biasa, dan dalam artikel tersebut, saya hanya masukkan ayat seperti “… jika anda minat nak belajar dengan lebih mendalam, sila muat turun panduan sekian sekian sekian”.
Bila masuk komisen yang pertama tu, baru saya nampak rupa-rupanya buat duit dengan affiliate ni senang sahaja. Saya nak mula cerita secara ringkas mengenai kelebihan atau pro bagi program affiliate.
Penyertaan percuma
Kebanyakan program affiliate tidak meletakkan sebarang yuran untuk kita sertai. Ya, pendaftaran adalah percuma sahaja.
Dalam satu-satu masa kita boleh join seberapa banyak program yang kita mahukan.
Setelah join program, kena bijak urus waktu bagi tujuan pemasaran. Memang seronok bila kita join 10 company yang berbeza, kemudian kesemua 10 company tu pula menghasilkan income.
Sesuai untuk laman web yang rendah dari segi trafik
Untuk laman web yang usianya masih baru biasanya jumlah trafik yang keluar masuk ke laman web tersebut juga sangat rendah. Kalau pasang iklan adsense dekat website yang masih baru, kadang-kadang nak dapatkan income USD0.01 sehari pun agak payah.
Ini yang saya sendiri pernah lalui sebelum ini. Saya ada beberapa laman web yang trafiknya sangat rendah, dan tak menyumbang pendapatan yang tinggi melalui penyiaran iklan.
Walaubagaimanapun dengan jumlah trafik yang rendah, saya masih dapat hasilkan income sekitar RM50 – RM100++ setiap bulan menerusi program affiliate.
Boleh buat duit walaupun tidak memiliki laman web sendiri
Link affiliate kita boleh dipromosikan hampir di mana-mana sahaja. Sama ada nak promosikan melalui emel, blog, social media dan sebagainya.
Kalau anda belum mempunyai laman web sendiri, anda masih ada peluang untuk buat duit online melalui program affiliate. Malahan satu masa dulu, ada ramai yang promosi produk affiliate menggunakan akaun FB sahaja.
Apa yang dilakukan adalah bina fanpage, masukkan konten, buat posting baru kemudian guna FBAds untuk dapatkan audience.
Ada program affiliate yang menawarkan komisen berulang
Jual produk sekali sahaja, namun kita sebagai affiliate boleh dapat komisen berulang-ulang kali selagi mana pelanggan masih lagi guna produk tersebut.
Kebiasaannya ia hanya terpakai untuk produk yang memerlukan pelanggannya membuat bayaran langganan setiap bulan. Sebagai contoh produk software, keahlian dilaman web tertentu, penggunaan produk telco dan sebagainya.
Ada juga program affiliate yang offer komisen berperingkat
Konsep komisen berperingkat-peringkat ini lebih kurang sama macam konsep bisnes Multi Level Marketing.
Bila kita berjaya buat sales, pelanggan tersebut secara automatik akan ditawarkan peluang untuk buat duit sebagai affiliate. Kalau dia setuju untuk jadi ejen, dia akan dikira sebagai sub-affiliate kita.
Nanti bila dia juga berjaya buat sales, kita akan dapat overriding komisen daripada jualan yang dia hasilkan.
Ada juga konsep yang mana kita boleh terus rekrut orang lain untuk daftar sebagai affiliate. Orang tu tak perlu jadi pelanggan pun tak apa.
Sekiranya anda minat kepada konsep komisen dua level atau lebih, boleh join sebagai affiliate untuk syarikat dibawah ini.
Visondata
Ini adalah syarikat yang menjual perkhidmatan wifi khusus untuk mereka yang ingin melancong ke luar negara.
Komisen yang ditawarkan adalah sehingga tiga level, seperti berikut
Level 1 – 15%
Level 2 – 2%
Level 3 – 0.5%
Andai kata anda minat nak jadi affiliate bagi Visondata, boleh terus ke laman web mereka dan buat pendaftaran. Sebagai alternatif anda boleh juga klik pada pautan ini.
Indo Leads – Premium Affiliate Network
Syarikat ini merupakan sebuah affiliate network. Setelah kita join program ini, kita akan memperolehi akses kepada banyak lagi syarikat yang bekerjasama dengan affiliate network ini.
Kita boleh ajak orang lain untuk jadi affiliate, dan kita akan dapat 3% daripada setiap affiliate yang kita ajak untuk sertai program ini, dengan syarat affiliate tersebut juga berjaya buat sales.
Jika anda minat nak jadi affiliate bagi program ini, boleh ke halaman ini untuk daftar.
Adhance
Melalui program adhance, kita akan mempromosikan laman carian kerja maukerja.my
Kita akan dapat 15% daripada komisen yang berjaya dihasilkan oleh setiap affiliate yang kita ajak untuk sertai program ini. So macam mana? Berkenan nak mencuba?
Daftar program Adhance disini.
Ini pula antara kelemahan atau kontra bagi program affiliate.
Baca juga: Risiko yang anda perlu tahu apabila sertai program affiliate
Anda perlu tahu kemahiran penulisan artikel copywriting
Matlamat utama artikel ditulis adalah untuk hasilkan jualan. Kalau ada jualan, barulah anda layak untuk terima komisen.
Masalahnya ialah artikel yang ditulis semata-mata sebab nak jual produk, kebiasaannya agak membosankan dan tak seronok untuk dibaca.
Maka disini, sebagai penulis anda perlu jadi lebih kreatif untuk menyembunyikan niat anda untuk menjual. Anda perlu pastikan bahawa artikel yang anda tulis atas tujuan nak jual barang tidak kelihatan seperti ingin menjual.
Bagaimana untuk menulis artikel untuk menjual yang tak kelihatan seperti ingin menjual?
Ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan secara ringkas, iaitu
i. Tulis artikel menggunakan gaya bahasa seperti membuat review
ii. Tulis dalam bentuk penceritaan dan perkongsian pengalaman
iii. Tulis seolah-olah anda sedang memberi pendapat berhubung isu berkaitan dengan produk yang dipromosikan
iv. Tulis mengenai fakta, sejarah atau berita terkini yang terkait dengan produk
Perubahan struktur komisen
Anda akan terkesan apabila berlaku sebarang perubahan terhadap struktur komisen.
Ada produk yang telah menyumbangkan pendapatan secara konsisten pada setiap bulan. Tiba-tiba pemilik produk merasakan sudah sampai masa untuk mereka menghentikan jualan.
Maka dari keadaan tersebut, saya telah hilang sumber pendapatan. Ibarat seperti kehilangan pekerjaan, cuma bezanya pendapatan yang terjejas hanyalah dari satu program tersebut sahaja.
Kemudian ada juga situasi yang mana pihak syarikat menamatkan program affiliate, namun jualan masih diteruskan seperti biasa. Saya pula dah tulis banyak artikel promosi untuk syarikat tersebut. Rasa macam tak adil, sebabnya syarikat tersebut masih dapat manfaat dari penulisan yang telah saya lakukan, tapi saya dah tak boleh dapat komisen.
Hilang mood dan minat menghasilkan konten tentang produk
Kadang-kadang itu yang saya rasakan, bila terlalu kerap menulis artikel tentang produk.
Artikel promosi mempunyai gaya penceritaan dan formatnya yang tersendiri. Ingat lagi kan, saya ada sentuh sedikit mengenai copywriting.
Baiklah selepas saya bercerita mengenai program affiliate kali ini saya nak sentuh mengenai program pengiklanan pula.
Program Pengiklanan Google Adsense
Dekat luar sana sebenarnya ada banyak juga program pengiklanan yang kita boleh sertai. Bagi kita yang berada di Malaysia, program pengiklanan yang popular adalah Google Adsense.
Untuk perkongsian kali ini, saya akan jadikan Adsense sebagai contoh ya. Berikut pula adalah kelebihan yang ada pada program pengiklanan kalau nak dijadikan sebagai kaedah buat duit di internet.
Boleh tulis tentang apa sahaja topik untuk buat duit
Kita ada kebebasan untuk hasilkan apa-apa konten, asalkan ianya tidak melanggar terma dan syarat.
Dalam mana-mana ads network pasti akan ada terma dan syarat yang mana iklan mereka tak dibenarkan untuk disiarkan dilaman web yang mengandungi bahan seperti pornografi, dadah, kekejaman dan banyak lagi. Sila beri perhatian kepada terma dan syarat syarikat pengiklanan bagi mengelakkan akaun anda kena sekat atau banned ya.
Tak perlu risau tentang buat jualan
Program pengiklanan bukan tentang membuat jualan. Justeru anda tak perlu risau kalau anda tiada skil menjual.
Asalkan ada trafik, itu sudah cukup untuk melayakkan anda menghasilkan pendapatan. Sudah tentu, kalau anda nak income yang banyak, anda perlukan trafik yang tinggi juga. Saya pernah cerita tentang strategi untuk dapatkan trafik blog yang tinggi sebelum ini.
Kalau minat nak baca, boleh baca posting saya berjudul strategi naikkan trafik blog.
Pendapatan anda berjalan secara automatik walaupun tiada konten baru dihasilkan
Asalkan laman web anda sudah mempunyai trafik yang konsisten, anda sudah tak perlu bimbang tentang pendapatan.
Ia akan berjalan dengan automatik.
Saya sendiri ada beberapa laman web yang dah agak lama tak dikemaskinikan, namun laman web tersebut masih menghasilkan income kepada saya. Untuk capai tahap ini, anda perlu tahu apakah topik atau niche yang evergreen dan orang akan selalu cari.
Itu dari segi kelebihan program pengiklanan. Kali ini kita lihat pula, apa yang kurang best dengan program pengiklanan pula.
Syarat yang ketat untuk join Ads Network
Sesetengah syarikat pengiklanan meletakkan syarat tertentu sebelum kita diterima masuk dalam program mereka.
Biasanya syarat yang diperlukan adalah dari segi jumlah trafik. Laman web anda perlu mencapai jumlah trafik tertentu. Salah satu program pengiklanan yang saya dah lama nak join tapi sampai sekarang masih belum layak ialah innity.
Program ini meletakkan syarat yang agak ketat (dan agak susah nak capai), iaitu
minimum of 200,000 page views or a minimum of 40,000 unique visitors per month
Cara yang slow untuk buat duit
Saya kata cara ini perlahan terutama sekali diperingkat awal. Pada masa itu, biasanya laman web kita masih belum ada banyak konten.
Anda perlu banyak bersabar, terutama sekali kalau waktu tu pendapatan harian yang berjaya dihasilkan adalah sekitar USD0.01 ke USD0.10 sahaja.
Tapi jangan risau sebabnya pendapatan kita akan bertambah seiring dengan bertambahnya jumlah konten laman web kita. Ketika baru bermula mungkin kita cuma mampu dapat USD0.01 – USD0.10 sahaja, tapi tunggulah ketika anda sudah ada beratus-ratus atau beribu-ribu artikel.
Cuba bayangkan, satu hari nanti website anda mempunyai 10,000 artikel! Boleh bayangkan tak, agaknya pada masa tu berapa agaknya income yang anda bakal perolehi setiap bulan ya.
Risiko kena banned dari terus menjadi publisher
Ini yang tak best dengan program pengiklanan, sebabnya ada risiko kena banned. Setakat ini, saya pernah ada pengalaman kena banned dengan Adsense dan juga Bidvertiser.
Kedua-dua program ni, banned saya tanpa beri peluang untuk saya buat rayuan. Tau-tau dapat emel yang mengatakan saya kena banned, dan terpaksa terima sahaja hakikat tersebut.
Memang kejam betul!
Kewujudan iklan mengganggu pengunjung laman web
Ini hakikat yang perlu saya terima. Iklan-iklan yang muncul di blog sememangnya mengganggu pembaca blog dan adakalanya menutup konten blog.
Kadang-kadang kita berada dalam dilema juga, sebabnya kalau tak pasang iklan, nanti tak ada pula pendapatan.
Konten iklan memberi impak negatif kepada income dari affiliate
Khusus buat mereka yang berhasrat untuk buat duit melalui kedua-dua cara, iaitu melalui program affiliate dan juga program pengiklanan.
Anda perlu pastikan kedua-dua program ini tidak saling mengganggu antara satu sama lain.
Kita boleh filter, jenis dan kandungan iklan yang hendak dipaparkan di laman web milik kita.
Saya adalah salah seorang ejen affiliate bagi Lazada. Justeru, saya akan pastikan iklan Lazada tak muncul diblog saya untuk mengelakkan cookies saya kena override dengan cookies pemilik iklan.
Ataupun kalau saya promosikan produk-produk keluaran klikjer, saya kena pastikan iklan yang berkaitan atau lebih kurang sama tak muncul diblog saya.
Perlu ke kita pilih satu sahaja, antara Adsense dengan Affiliate?
Sebenarnya bergantung kepada pilihan dan citarasa individu tu tadi.
Saya pernah berada dalam situasi dimana saya tak boleh buat pilihan. Saya kena banned dari menyertai program pengiklanan. Jadi suka atau tidak, saya perlu survive dengan income dari program affiliate sahaja.
Manakala untuk mereka yang boleh join kedua-dua sekali, boleh jadi anda ada sebab tersendiri kenapa nak fokus pada salah satu sahaja.
Sebagai contoh, anda mungkin baru sahaja buat website. Pada masa ini konten belum banyak dan trafik juga masih rendah.
Jadi anda tak mahu nak serabutkan website anda dengan macam-macam iklan dan memberi first impressions yang kurang baik kepada pelawat.
Macam saya sebutkan sebelum ini, kalau trafik masih rendah, income dari website tersebut mungkin sekadar sekitar USD0.01 ke USD0.10 sahaja. Pada masa ni, saya berpendapat yang kita tak perlu tergesa-gesa nak letakkan macam-macam iklan dalam laman web kita.
Sebaik-baiknya, kita fokus sahaja kepada pembangunan konten laman web, dan bila laman web kita betul-betul dah bersedia, barulah kita masukkan iklan-iklan yang bakal menyumbangkan income kepada kita.
Baiklah, mungkin ada dalam kalangan pembaca yang minat nak explore dengan lebih details topik mengenai buat duit dengan Adsense. Untuk itu, saya cadangkan anda muat turun dan belajar dari panduan ini.
Panduan ini disediakan dalam bahasa Melayu dan penerangan secara langkah demi langkah. Memang sesuai dijadikan rujukan kepada mereka yang baru nak mula ceburkan diri dalam bidang ini.
Akhir kata dari saya, siapa yang ada akaun adsense tu, jagalah ia dengan sebaik-baiknya, ibarat menatang minyak yang penuh. Jika dibuat dengan betul, income dari Adsense boleh guna untuk bayar loan rumah!
Disamping itu, jangan lupa buat kerja-kerja pemasaran untuk program-program affiliate yang kalian sertai. Kesemua ini jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, In Shaa Allah boleh gantikan income dari kerja hakiki anda. Kalau nak bersara awal, dan fokus kepada buat duit online juga tak ada masalah.
Leave a Reply