Kaedah Cucuk Sate atau Kaedah Matahari? Mana satu yang lagi baik untuk kembangkan bisnes Tone Excel anda?

by sabree hussin on February 28, 2016

in Tune Talk Tone Excel

Jika anda cukup lama dalam bisnes Tone Excel ini, saya percaya, anda juga akan temui beberapa istilah yang agak pelik, yang mungkin pihak pengurusan (HQ) Tone Excel sendiri tak pernah dengar nama-nama tersebut. Antaranya yang saya ingin tarik perhatian anda ialah

(1) Kaedah Cucuk Sate

(2) Kaedah Matahari Terbit

 

Pernah nampak sate kan? Kalau tak pernah nampak, ha… gambar dia macam yang kat bawah ni la. Dalam satu lidi, akan ada ketulan-ketulan daging, dan biasanya akan ada sekurang-kurangnya tiga ketulan daging yang lembut.

cucuk_sate_toneexcel

Kalau dalam konsep bisnes Tone Excel, yang menggunakan kaedah cucuk sate, kita akan buka tiga akaun serentak. Kan macam sate jugak bentuknya tu.

 

Berbeza pula dengan konsep matahari.

kaedah-matahari-dalam-tone-excel

Matahari ni kan… bila ia dah mula memancarkan sinarnya, semua tempat yang tidak dilindungi oleh sebarang halangan akan terkena cahayanya. Analoginya adalah sebegini… Memandangkan dalam bisnes Tone Excel ini kita tidak mempunyai had ataupun limit nak cari berapa banyak downline di level 1, maka ia seolah-olah matahari yang menyinari ke semua tempat tanpa ada sebarang halangan.

 

Jadi perbincangan kita kali ini adalah untuk mendapatkan sedikit idea, konsep yang mana satu yang lebih baik? Adakah teknik cucuk sate, iaitu susun downline kita secara memanjang, dan kita buka tiga akaun dalam satu masa. Akaun pertama, kedua dan ketiga adalah milik kita, akan tetapi untuk mengembangkan bisnes ni, kita hanya fokuskan kepada akaun yang ketiga semata-mata, atau…

 

Kita guna teknik matahari, which is, kita susun sebanyak-banyaknya downline yang mampu kita perolehi semua di level 1. Mana satu yang TERBAIK sebenarnya ni?

 

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya, dari mana sebenarnya munculnya teknik-teknik dan nama-nama seperti ini? Adakah ia termasuk dalam marketing plan Tone Excel, atau adakah ia sengaja diada-adakan oleh ahli TE yang lain?

 

Baiklah, secara jujurnya saya juga tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan mengenai sejarah dari mana ia bermula. Namun, izinkan saya untuk menyampaikan teori dan pandangan saya.

 

Sebenarnya dalam bisnes Tone Excel ini, ada ramai ahli-ahlinya yang sebelum ini adalah penggiat bisnes berkonsepkan network marketing dan juga bisnes MLM. Ada antara mereka yang mengadaptasi strategi-strategi yang mereka pelajari dari bisnes lama mereka untuk diterapkan dalam bisnes Tone Excel ini.

 

Mana yang sesuai, maka sesuailah. Mana yang langsung bercanggah sama sekali, maka kita abaikan. Konsep pemasaran berbilang tingkat yang digunakan oleh Tone Excel, sebenarnya kita boleh lihat turut diguna pakai dalam sesetengah bisnes MLM.

 

Namun, apa yang menjadikan bisnes Tone Excel ini lebih berdaya saing dan dapat bertahan lama dan makin kukuh ialah, produknya. Ianya adalah produk keperluan, dan setiap bulan pengguna handphone pasti akan topup. Ini menggalakkan berlakunya repeat sales. Dari masa ke masa, pihak pengurusan juga memperkenalkan pakej-pakej yang semakin menarik dan makin menjimatkan.

 

Dalam lain-lain bisnes MLM, yang kebanyakkan produknya adalah seperti produk kecantikkan, makanan kesihatan, makanan tambahan dan sebagainya, potensi untuk berlaku ulangan jualan adalah agak kurang. Lebih-lebih lagi jika produknya agak mahal, dan orang boleh hidup tanpanya.

 

Ini berbeza dengan kredit handphone. Memang sangat jarang, untuk kita biarkan kredit handphone kita luput. Saya juga akan topup setiap bulan, walaupun kadang-kadang tu saya cuma topup RM5 sahaja. (semasa saya masih belum ada downline, saya hanya topup RM5 sahaja, untuk pastikan talian TE ini kekal aktif)

 

Pendapat saya mengenai Teknik Cucuk Sate

Saya percaya dan yakin, teknik ini diadakan semata-mata bagi memaksimakan pendapatan ahli Tone Excel. Dengan adanya teknik ini, anda boleh menikmati komisyen sehingga 5 level, walaupun anda hanya berpangkat normal user dalam bisnes ini.

 

Macam mana boleh dapat komisyen sampai 5 level? Ini saya tak akan terangkan dalam post ini. Saya sarankan anda ambil sehelai kertas dan anda cuba hasilkan ilustrasi anda sendiri. Kalau masih tak jumpa, macam mana boleh dapat 5 level, boleh hubungi saya.

 

Baiklah, ini pendapat saya mengenai Teknik Cucuk Sate. Sekiranya anda masih agak baru dalam bisnes ni… saya harap anda dapat bertenang dan lupakan sejenak tentang teknik-teknik ni semua. LUPAKAN. Tak perlu fikir pun. Ia hanya akan buatkan anda pening kepala, dan jika anda cuba menerangkan tentang teknik-teknik ini semua kepada prospek anda, boleh jadi ia akan buatkan prospek anda turut pening kepala.

 

Untuk buat duit dengan Tone Excel, sebenarnya cukup hanya dengan bermula dengan satu simkad sahaja. Diperingkat permulaan, pada pandangan saya, anda patut lebih fokus untuk dapatkan aliran tunai yang positif dari perniagaan ini. Orang putih kata, dapatkan positive cash flow. Jadikan ini sebagai matlamat utama anda.

 

Apabila anda dah dapat aliran tunai yang positif, iaitu anda dah berjaya dapat komisyen secara konsisten dari bisnes ini, ha… waktu ini barulah anda mula fikir untuk buka cawangan baru. Nak cucuk sate, inilah masanya. Namun anda perlu pastikan,

(1) Anda beli simkad tambahan menggunakan duit komisyen dari Tone Excel dan bukannya dari duit anda sendiri

(2) Anda bayar topup setiap bulan untuk ketiga-tiga akaun anda juga menggunakan duit komisyen dari Tone Excel

(3) Selepas anda buat perkara nombor (2) dan nombor (3), masih ada lagi baki komisyen yang anda boleh nikmati

 

Saya pernah nampak, ada ahli TE yang join TE terus buka 3 akaun. Ini berlaku dalam rangkaian saya sendiri. Pada hari pertama dia buat macam tu, saya dah mula rasa tak sedap hati. Dan akhirnya, kebimbangan saya menjadi kenyataan. Dalam masa kurang dari 3 bulan, ketiga-tiga akaun TE miliknya expired dan seorang downline pun dia tak berjaya dapat.

 

Sebab tu saya tak buka 3 akaun. Kalau saya nak buka 3 akaun sekalipun, saya akan pastikan yang komisyen saya dah cukup tinggi untuk buat kerja-kerja seperti ini.

 

Kalau anda buka 3 akaun ketika komisyen TE anda cukup tinggi, anda adalah seorang yang bijak dan mempunyai strategi yang HEBAT. Namun, kalau anda buka 3 akaun ketika anda langsung tak mempunyai sebarang income dari TE, anda sebenarnya melakukan sesuatu yang agak bahaya.

 

Risikonya ialah, anda mungkin akan kehilangan ketiga-tiga akaun, apabila anda mula merasa terbeban nak topup 3 handphone sekaligus.

 

Bagaimana pula dengan Teknik Matahari?  

Sekitar tahun 2014 – 2015, matlamat peribadi saya ialah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 400 orang downline di level 1. Ya, ia bukannya suatu yang mudah, namun pada masa yang sama, ia bukannya sesuatu yang mustahil.

 

Mazelan Abas boleh buat, kenapa tidak saya? Maka bermulalah perjalanan saya untuk mengumpul 400 orang downline. Ketika downline saya baru nak mencapai sekitar 50 – 80 orang di level 1, saya perasan ada sesuatu yang tak kena telah berlaku.

 

Ya, downline yang awal-awal menyertai rangkaian saya, ada yang mula expired. Sepatutnya saya menambahkan lagi bilangan downline saya, namun apa yang berlaku sebaliknya. Saya bukannya menambahkan bilangan downline, sebaliknya saya asyik buat kerja-kerja menggantikan downline yang expired dengan downline yang baru. Kalau macam ni, bila nak capai 400 orang downline ni?  

 

Tahun 2015, setelah kegagalan bisnes simkad saya yang satu lagi tu, saya pelajari sesuatu yang bermanfaat. Untuk benar-benar berjaya dalam bisnes ni, syaratnya ialah, downline kita perlu sama-sama maju. Ini bermakna, kita perlu mempunyai rangkaian yang berkembang dengan sihat, dan bukannya yang memanjang kebawah sehingga kita terputus hubungan, ataupun kita sahaja yang berkembang, sebaliknya downline kita expired satu demi satu.

 

“Bagaimana nak pastikan downline dan rangkaian kita dapat berkembang dengan sihat?”

Ini soalan yang patut ditanyakan oleh setiap orang yang menjadi upline. “Macam mana aku nak bantu downline aku, supaya dia pun boleh berjaya macam aku?” 

 

Ringkasnya, saya menemui kaedah untuk bantu ahli dalam rangkaian saya apabila saya melakukan kerja-kerja pemasaran menggunakan sistem autodownline yang dibangunkan oleh Team AutoDownline.

bisnes_tone_excel_free_downline

Saya hanya perlu lakukan kerja-kerja pemasaran seperti biasa, namun kesannya, mereka (downline saya) juga akan dapat serba sedikit kesannya. Ya, mereka akan dapat limpahan prospek dari saya, dengan adanya fungsi spillover from upline.

 

Anda boleh baca post saya sebelum ini untuk memahami konsep spillover from upline.

Klik untuk baca: Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine

 

Bukan itu sahaja, malahan dengan adanya fungsi autodownline ini, saya boleh promosikan link milik downline saya pada bila-bila masa. Contohnya adalah link ini:

http://www.sabreehussin.com/team-autodownline

 

Walaupun ianya terkandung nama saya, namun sebenarnya ia adalah link milik downline saya. Kiranya macam saya bantu promosikan link untuk downline saya. Anggap sahaja ini sebagai ucapan terima kasih kerana sudi untuk menyertai bisnes ini menerusi rangkaian saya.

 

Untuk bantu promosikan, bukannya susah mana pun. Saya mempromosikan bisnes ini menggunakan kaedah pemasaran artikel, dan memang ini adalah kemahiran dan kepakaran saya. Jadi, ia bukan satu isu yang besar sangat pun.

 

Saya harap anda dapat serba sedikit idea tentang apa dia teknik cucuk sate dan apa itu kaedah matahari dengan pembacaan artikel ini. Kalau masih ada apa-apa yang tak faham dan kurang jelas, boleh tanyakan dibahagian komen ya.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: