UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cara Hasilkan Pendapatan Dengan Program Pengiklanan Nuffnang

March 29, 2014 by sabree hussin 15 Comments

Program pengiklanan Nuffnang adalah satu permulaan yang baik buat para penulis blog yang baru nak bermula dan ingin menjana pendapatan menerusi blog miliknya. Program pengiklanan ini adalah percuma dan semua penulis blog boleh sertainya.

 

Untuk menyertai program ini, mula-mula sekali anda perlu ada blog atau laman web anda sendiri.

 

Sebaik-baiknya anda bangunkan sebuah laman web berkonsepkan blog sebabnya iklan Nuffnang lebih sesuai dan lebih berpotensi untuk beri pulangan yang lebih lumayan apabila ia disiarkan dalam laman web yang sering dikemaskini seperti blog.

 

Kalau anda nak siarkan pada web statik yang jarang dikemaskinikan, ia kurang sesuai. Jadi cadangan saya, anda pilihlah laman web berkonsepkan blog.

 

Ada banyak platform blogging yang boleh anda pilih. Anda boleh guna wordpress self hosted ataupun blogspot. Nak guna tumblr pun boleh. Namun kalau kita lihat selera pemilihan laman blog, lazimnya mereka akan pilih sama ada nak guna wordpress ataupun blogspot.

belajar buat duit dengan Nuffnang

Laman web Nuffnang boleh dilayari menerusi link http://www.nuffnang.com.my

 

Macam mana nak buat duit dengan Nuffnang?

Cara nak buat duit dengan Nuffnang sangatlah mudah. Anda hanya perlu siarkan iklan Nuffnang dalam blog anda.

 

Ini adalah program pengiklanan. Sebagai pemilik laman blog, anda bertindak sebagai publisher (penyiar) iklan-iklan Nuffnang, dan sebagai balasan, pihak Nuffnang akan bayar anda jika terdapat klik pada iklan yang disiarkan dalam blog anda.

 

Anda hanya perlu dapatkan kod iklan dari laman web Nuffnang, kemudian copy dan paste kod iklan tersebut pada laman blog anda.

 

Ada tiga jenis iklan banner yang anda boleh siarkan dalam blog anda.

 

Pertama : Leaderboard (728 X 90)

Digi Prepaid Mobile Internet

Kedua: Skyscraper (160 X 300)

format iklan nuffnang

Ketiga: Large Rectangle (336 X 280)

contoh iklan Nuffnang

Ada sekurang-kurangnya tiga cara macam mana blogger yang menyiarkan iklan Nuffnang dibayar.

 

Pertama, menerusi Cost Per Click (CPC)

Maksudnya, setiap klik pada iklan yang disiarkan, blogger tersebut akan menerima bayaran. Bayaran dia pula adalah sekitar RM0.10 – RM0.50 untuk setiap klik yang diterima pada banner iklan yang disiarkan. Berikut adalah contoh bayaran yang saya terima.

pendapatan-dengan-nuffnang

Dalam situasi saya, setiap klik yang saya terima pada iklan Nuffnang yang disiarkan dalam blog ini, saya menerima bayaran sebanyak 25 sen.

 

Berikut ni pula adalah tips yang diberi oleh Nuffnang.

CPC campaigns are perks that every nuffnanger gets to enjoy. Whether you blog about tech or about food, CPC ads will generate you earnings as long as your readers click on your ads. Check on your Click-Through-Ratio to check on how well your ads are performing.

 

Untuk dapat lebih banyak pendapatan dari CPC, kena pastikan blog ada banyak pelawat, dan pelawat tersebut dengan suka rela menekan klik pada banner iklan yang disiarkan.

 

Cara kedua, dikenali sebagai Cost Per Unique Visit (CPUV) 

Untuk yang ini, bayaran dikira mengikut berapa ramai pelawat unik yang masuk ke laman blog kita. Formulanya ialah, lagi ramai pelawat (trafik), lagi tinggi potensi pendapatan yang kita boleh hasilkan. Sekiranya anda berjaya dapat kempen seperti ini, pastikan anda menulis dan menerbitkan artikel baru dalam blog anda dengan lebih rajin.

cpuv-nuffnang-buat-duit

Pendapatan anda akan bertambah dengan cepat jika trafik yang anda terima juga adalah tinggi pada waktu tersebut. Jadi, pastikan anda rajin-rajinkan diri ye.

 

Baiklah, berikut ni pula adalah tips yang diberikan sendiri oleh pihak Nuffnang untuk mereka yang ingin tingkatkan lagi pendapatan Nuffnang dengan cara ini.

Advertisers select blogs for CPUV campaigns based on several criteria such as a blog’s target audience, blogging genre and influence. For example, a cosmetics company would be more likely to select a fashion and beauty blog with female readers to advertise on.

Making sure your ads are optimally placed, updating your blogger profile and survey will increase the chances of advertisers noticing your blog and therefore increasing the chances of your blog being chosen for CPUV Campaigns.

 

Dari sini kita boleh tau, yang mana kalau nak buat lebih banyak duit dari kempen CPUV, kena pastikan blog yang ditulis tu adalah relevan pada golongan sasaran tertentu, blog mempunyai genre tertentu dan anda sendiri sebagai penulis blog, perlu ada pengaruh dan ada follower.

 

Cara ketiga ialah sponsored post

Kaedah ini hanya ditawarkan kepada blogger-blogger tertentu dan terpilih sahaja. Biasanya ia ditentukan oleh faktor seperti populariti, trafik, topik blog dan sebagainya. Advertiser sendiri yang akan anugerahkan sponsored post kepada blogger tertentu.

 

Ya, setakat waktu entri ini saya tulis, saya sendiri tak pernah dianugerahkan sebarang sponsored post. Kebanyakkan sponsored post yang ada dalam blog ni, saya perlu cari sendiri atau mereka yang berminat dengan servis pengiklanan yang saya tawarkan. Baca maklumat lanjut disini.

 

Boleh ke jana pendapatan yang lumayan dengan Nuffnang? Ya memang boleh.

 

Salah satu yang memang berjaya adalah blogger RedMummy.

blogred

Pernah satu masa dulu, RedMummy kongsikan bukti cek daripada Nuffnang yang beliau pernah terima. Saya percaya, daripada perkongsian beliau tu, ramai jugak blogger tak kira sama ada yang baru mahupun lama kembali bersemangat nak jadi penulis blog yang serius.

(saya pun tak terkecuali)

red mummy check

Logik ke boleh dapat income macam kat atas ni? Ada yang RM15,304. 53 dan ada juga yang RM13,855.52. Itu terpulang pada anda sama ada nak percaya atau tidak. Saya tak tulis artikel ini atas sebab nak buat anda percaya.

 

Saya sendiri pernah beberapa kali  dapat check daripada Nuffnang. Tapi tak adalah sampai berbelas-belas ribu amountnya 🙂

 

Kalau nak tau berapa yang saya pernah dapat, anda boleh baca artikel saya yang sebelum ini berjudul:

Bagaimana Cara Jana Pendapatan Tanpa Modal Pada Tahun 2014 [klik sini untuk baca]

 

Sekian dulu, terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca artikel ini.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bagaimana cara jana pendapatan secara pasif dengan Nuffnang
  2. Cek dari Nuffnang Februari 2014: Ada sesiapa yang nak buat duit dengan Nuffnang tak?
  3. Buat duit dengan program pengiklanan Bidvertiser
  4. Nuffnang Tengah Bermurah Hati…

Filed Under: Blogging Tagged With: buat duit dengan nuffnang

Comments

  1. ieta mat sa'ad says

    March 30, 2014 at 2:33 am

    Saya baru buang iklan nuffnang sebab siarkan iklan arak dan pompuan seksi. Walhal dah pilih takmo iklan mcmtu… Iklan tu keluar waktu2 mcm ni la….
    Biarlah… ada lagi rezqi datang dari lain… Takmo saya, duit bagi keluarga makan minum jadi darah daging. sumber haram….. Wal’iyazubillah…

    Reply
  2. mat nor says

    May 10, 2014 at 7:22 am

    thank for sharing tips. nice blog and keep on writting

    Reply
    • sabree hussin says

      May 13, 2014 at 3:32 pm

      Terima kasih tuan Mat Noor

      Reply
  3. M.Syamsid Dhuha says

    June 21, 2015 at 2:48 pm

    Tips and info yang sangat berguna . Thanks for sahring 🙂

    Reply
    • sabree hussin says

      June 24, 2015 at 11:11 am

      Sama-sama

      Reply

Trackbacks

  1. Strategi Buat Duit Dengan Blog Untuk Tahun 2014 says:
    April 2, 2014 at 7:42 pm

    […] Salah satu daripada check Nuffnang yang pernah saya terima. Anda boleh juga baca artikel sebelum ini yang berjudul cara hasilkan pendapatan dengan program pengiklanan Nuffnang [klik sini] […]

    Reply
  2. 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online says:
    April 4, 2014 at 5:54 pm

    […] Baca artikel saya sebelum ini yang berjudul cara hasilkan pendapatan dengan program pengiklanan Nuffnang. [klik sini] […]

    Reply
  3. Kenapa Earning Nuffnang Saya Sikit Sangat? says:
    April 20, 2014 at 11:21 am

    […] Salah satu sumber pendapatan blog ini disumbangkan oleh syarikat pengiklanan Nuffnang. […]

    Reply
  4. Sistem Buat Duit Automatik Yang Anda Perlu Tahu says:
    April 25, 2014 at 12:30 pm

    […] Macam mana nak pasangkan sistem buat duit automatik ini, saya dah pernah jelaskan dalam artikel saya yang terdahulu berjudul: Cara hasilkan pendapatan dengan program pengiklanan Nuffnang […]

    Reply
  5. Pemasaran Emel Membantu Hasilkan Pendapatan Affiliate? | Sabree Hussin Dot Biz says:
    April 28, 2014 at 12:35 am

    […] 1. Program pengiklanan (adsense, bidvertiser, nuffnang) […]

    Reply
  6. Wow! Ada 8 Kempen CPUV Nuffnang Serentak! says:
    October 3, 2014 at 12:32 am

    […] program pengiklanan yang saya sertai dan yang saya siarkan iklannya dalam blog ini ialah program pengiklanan dari Nuffnang […]

    Reply
  7. Nasihat PENTING Jika Anda Serius Berblogging says:
    October 15, 2014 at 1:48 pm

    […] macam yang saya dah tunjukkan kat atas ni. Program pengiklanan seperti Nuffnang. Dari segi pendapatan, memang tak begitu lumayan dan ia makan masa yang lama untuk dapat […]

    Reply
  8. Cara TERBAIK dan murah untuk menghasilkan sistem buat duit automatik - Blog Sabree Hussin says:
    June 16, 2016 at 12:39 pm

    […] Ini contoh pendapatan dari program pengiklanan bersama syarikat Nuffnang. […]

    Reply
  9. Buat duit dengan Nuffnang memang cukup mudah kalau buat cara ni - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 22, 2016 at 11:04 am

    […] Anda tak perlu jadi seorang yang PAKAR untuk buat duit dengan program pengiklanan Nuffnang. […]

    Reply
  10. Bagaimana dengan menulis membantu saya hasilkan ribuan ringgit setiap bulan - Sabree Hussin Dot Biz says:
    November 26, 2019 at 5:49 pm

    […] yang saya terima hasil daripada menulis artikel di blog. Saya pernah tulis perkongsian tentang cara buat duit dengan Nuffnang sebelum […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in