Bagaimana Cara Jana Pendapatan Tanpa Modal Pada Tahun 2014

by sabree hussin on January 18, 2014

in Pemasaran Internet

Tahun 2014 ini adalah tahun terbaik untuk kita push diri kita untuk jana lebih banyak pendapatan. Salah satu kebaikkan yang kita peroleh daripada kesan kenaikkan harga barang ialah ia memaksa kita untuk jadi lebih kreatif dalam mencari pendapatan sampingan.

 

Sama ada kita nak berniaga, nak buat kerja part time, atau nak sertai program buat duit. Ha… pandai-pandailah nak pilih mana satu yang sesuai dengan citarasa dan personaliti.

 

Kalau anda nak berniaga, kena ada modal. Kalau tak ada modal? Tak perlu bimbang sebabnya walaupun anda tak ada modal, anda masih lagi boleh berniaga. Gunakan konsep berniaga tanpa modal. Salah satu contoh perniagaan tanpa modal yang memang cukup popular sekarang ni ialah bisnes dropship. Dengan kaedah dropshipping ini, anda boleh mula berniaga hari ini juga tanpa perlu keluar sebarang modal dalam bentuk wang ringgit.

Tahun lepas (2013) saya dah test beberapa program yang menjanjikan peluang penjanaan pendapatan. Kebanyakkannya menjadi dan Alhamdulilah, memang ada pulangan. Jadi pada tahun 2014 ini, In Shaa Allah saya akan teruskan kesinambungan projek-projek tahun lepas.

 

Apa kata anda teruskan pembacaan, sebab mana tahu daripada salah satu list yang saya bincangkan ni, ada yang anda boleh buat juga.

 

Cara Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal Pada Tahun 2014

1. Program affiliate Ashadee.com

Berikut adalah beberapa screenshot komisyen affiliate yang pernah saya perolehi sepanjang menyertai program ini pada tahun 2013.

Komisyen Ashadee 001Komisyen bulan Januari 2013, RM447.10

 

Komisyen Ashadee 002

Komisyen bulan June 2013, RM71.00

buat duit tanpa modal

Komisyen bulan November 2013, RM93.20

Komisyen Ashadee 003

Komisyen bulan Januari 2014, RM75.25

 

Pendapatan dari Ashadee.com (sebelum ini dikenali sebagai Jomniaga) sebagai agen affiliate ada naik dan ada turun. Bergantung pada kerajinan saya buat promosi.

 

… dan seperti yang anda juga dapat lihat, income saya tak berapa konsisten. Konsep buat duit dengan program affiliate ini ialah anda hanya akan dibayar jika berjaya buat jualan. Jika tak berjaya buat jualan, maka tiada sebarang bayaran akan diberikan.

 

Memandangkan pendapatan yang terhasil dari program affiliate Ashadee ni tak berapa konsisten, maka saya perlu buat sesuatu bagi mengimbangi pendapatan saya. Jadi, saya tambah lagi sumber pendapatan tanpa modal dengan syarikat Nuffnang.

 

2. Program pengiklanan Nuffnang

Income dari Nuffnang pun agak slow sebenarnya.

 

Salah satu sebabnya ia bergantung pada jumlah traffic dan berapa banyak klik yang saya terima dalam satu-satu masa pada iklan yang disiarkan.

nuffnang cek

Kalau kebetulan masa tu saya dapat banyak klik, maka pendapatan yang terhasil juga akan jadi BANYAK. Jika tidak, maka terpaksalah terima dengan apa-apa sahaja jumlah yang ada. Oh! Dalam program pengiklanan macam ni, kita tak boleh klik iklan sendiri ya.

 

3. Program pengiklanan 8share.com dan churpchup 

Untuk dua program ini saya masih belum berjaya dapat income yang boleh cash out lagi.

 

Syarat untuk cash out adalah kita kena capai satu jumlah amount terlebih dahulu. Konsep pengiklanan untuk program seperti ini sedikit berbeza berbanding program pengiklanan dari Nuffnang.

 

Untuk buat duit, kita perlu promosikan pilihan iklan-iklan yang disediakan di laman-laman media sosial sama ada di FB atau di twitter.

iklan 8share

Setiap satu klik yang diterima pada iklan yang anda siarkan, akan dibayar RM0.20

 

Kalau anda dapat perhatikan, pendapatan saya terhenti sehingga bulan November 2013 sahaja. Pada waktu itu saya dapat projek lain yang lebih tinggi pulangannya. Buat duit dengan 8share & Churpchurp ni sangat senang. Anda hanya perlu share iklan sahaja. Kalau ada yang klik, anda dapat RM0.20

 

4. Program affiliate JobdiRumah

Laman utama program ini boleh diakses menerusi link jobdirumah.com

buat duit dengan job di rumah

Ada dua cara nak buat duit dengan program jobdirumah

1. Buat duit dengan jadi pekerja sambilan. Kerja-kerja seperti menaip, terjemah dokumen, data entry dan sebagainya

2. Buat duit dengan mempromosikan program jobdirumah

 

Antara pilihan No.1 dengan pilihan No.2 saya pilih yang No.2 sebab pada saya ia lebih mudah untuk buat duit… Lagipun saya hanya perlu menulis tentang program ini di laman blog saya dan biasanya setiap bulan pasti akan ada komisen. Tak banyak pun tak apa. Asalkan ada.

 

5. Program Affiliate WangDotCom

Kelebihan program affiliate ini ialah ia menawarkan komisyen affiliate hingga 5 level.

 

Pada waktu entri ini saya catatkan, platform wangdotcom boleh dikatakan masih agak baru. Walaubagaimanapun, saya dah berjaya dapat komisyen dari program ini.

buat duit tanpa modal 2014

Komisyen ini saya terima pada awal tahun baru. Minimum payout adalah RM10 sahaja. Mungkin admin akan ubah ke amount yang lebih tinggi satu hari nanti.

 

6. Buat duit tanpa modal dengan dropship

Bukan prioriti utama bagi saya, namun saya akan buat jika ada permintaan.

 

Strategi saya lebih kepada kalau ada yang order baru saya akan buat. Untuk buat promosi lebih-lebih tu memang tak la… mungkin tahun ni (2014) saya akan mula aktif semula.

 

Produk kegemaran saya ialah seperti buku dan perfume.

 

7. Buat ebook dan jual

Tak perlu nak jual mahal-mahal.

 

Macam saya, saya jual dengan harga RM5 sahaja.

jual ebook

Harga dinaikkan setiap kali ebook ini saya kemaskinikan dan saya masukkan bab-bab baru dan topik terbaru.

 

Kos untuk hasilkan ebook ini ialah RM0. Hanya perlukan sedikit masa untuk menulis, sunting, dan kemaskini produk.

 

Hasilnya saya boleh jual berulang-ulang kali tanpa perlu risau kehabisan stok dan sebagainya. Produk ebook yang saya jual ialah Panduan Dominasi FB Group Version 3.0

 

8. Program Affiliate EdyClick

Klik sini untuk pendaftaran sebagai affiliate EdyClick

 

EdyClick menawarkan sistem affiliate pay per sales dan juga pay per click.

 

Maksud Pay Per Sales ialah anda akan menerima bayaran dalam bentuk komisyen untuk setiap jualan produk yang berjaya dihasilkan.

 

Manakala dalam konsep Pay Per Click, anda akan dibayar komisyen untuk setiap klik yang diterima pada link affiliate anda walaupun tiada sebarang jualan terhasil.

 

Lihat contoh pendapatan dibawah

sistem-buat-duit-tanpa-modal

Saya telah berjaya memperolehi 4 klik bagi salah satu produk yang saya promosikan iaitu Qlimax Extreme Grip. Setiap klik pada link affiliate yang berjaya saya terima, dibayar dengan komisyen sebanyak RM0.03

 

9. Program Affiliate EdyBiz

Baca selanjutnya di entri: EdyBiz – Projek jana pendapatan pasif tanpa modal untuk tahun 2014

 

EdyBiz menawarkan program affiliate berbilang tingkat untuk sebahagian produk yang dijual menerusi laman jualan mereka.

komisyen affiliate EdyBiz

Jika anda buat pemasaran dengan betul, saya pasti anda juga boleh dapatkan komisyen yang lumayan melalui EdyBiz.

 

Kesemua kaedah penjanaan pendapatan tanpa modal yang telah saya kongsikan dalam entri ini adalah kaedah-kaedah yang memang proven boleh buat duit dan membayar.

 

Sebenarnya memang ada banyak lagi cara buat duit tanpa modal yang kita boleh sertai, namun saya tak ceritakan dalam entri ini sebabnya

1. Program tersebut scam

2. Susah nak dijalankan

3. Saya tak pernah jana sebarang pendapatan dari program tersebut

4. Saya ragu-ragu terhadap status program tersebut

 

Kini anda dah tahu cara macam mana nak jana pendapatan sampingan tanpa modal untuk tahun 2014 ini. Kini semuanya terpulang pada anda sama ada anda nak bertindak atau tidak. Namun, kena buat cepat sebab saya sendiri tak tau sampai bila peluang-peluang ini akan tetap ada. Siapa tahu, mungkin ia akan ditamatkan dalam masa terdekat.

 

Apa yang saya harapkan ialah semoga informasi ini berguna untuk anda.

 

 

First name
E-mail address

 

Be Sociable, Share!

{ 18 comments… read them below or add one }

anuar January 18, 2014 at 2:20 pm

Wah. . Banyaknya pendapatan affiliate yang berjaya diperolehi. .

Reply

sabree hussin January 18, 2014 at 2:28 pm

Alhamdulilah, boleh buat beli jajan 🙂 and reinvest balik untuk bisnes

Reply

akubiomed January 18, 2014 at 2:22 pm

Memang betul apa yang bro tulis. Boleh menghasilkan pendapatan dengan produk-produk e-dagang atau produk fizikal.

Reply

sabree hussin January 18, 2014 at 2:27 pm

Bro biomed masih aktif niaga online ke?

Reply

Lizz January 20, 2014 at 1:46 pm

memang boleh buat duit even tak ada modal cuma kena usaha sikitlah. belajar.hehehehe. makin hebat blog ni. maaf, ebook saya masih tunggang langgang segan nak beri!!! hahahaha *ketuk kepala sendiri*

Reply

cik amal January 25, 2014 at 8:11 pm

bila di totalkan, banyak kuttt
moga blog ni dilimpahi rezekii.. aamiiinn.. hehee
amal singgah sini.. 🙂

Reply

zawifatul aziyah January 29, 2014 at 1:04 pm

Saya setuju dengan en sabree… Rajin usaha tentu ada hasilnya… malah kalau mencuba tidak rugi berbanding kita duduk dan tunggu saja… insyaAllah saya juga dalam merangka bisness online… alhamdulillah tunjukajar en akan dapat saya menafaat nanti. TK.

Reply

Hafizul February 2, 2014 at 3:04 pm

Ok..saya dah rasa jeles dah ni…haha

Reply

zik February 2, 2014 at 7:04 pm

sebenarnya ada beberapa program yang kita kena keluar modal jugak..

Reply

habibmohd February 22, 2014 at 8:39 pm

Salam encik…
Keje jobdirumah ada buat hari2 ke?
Yg gaji dpt rm25 tu encik buat kje APA
Sy xkje Jga mak skit
0173906541

Reply

Nurul Assyiqin March 23, 2014 at 7:34 am

Sesiapa berminat untuk menjana pendapat lebih sila klik link ini http://sabreehussin.biz/pendapatan-pasif/

Reply

Faris Osman April 5, 2014 at 10:08 am

Blogwalking kejap!
Tahniah bos, artikel yang menarik dan berinformasi.

Ayat yang simple dan senang ikut 🙂

Reply

aien amelin April 19, 2014 at 3:35 am

Wah..rajin berusaha ..

Reply

Syami May 5, 2014 at 10:21 pm

Banyak tu..tahniah en. sabree 🙂

Reply

sabree hussin May 5, 2014 at 11:37 pm

terima kasih tuan Syami, saya yakin tuan pun boleh !

Reply

maryana November 4, 2014 at 3:54 pm

Assalamualaikum,selain dari guna paypal ada tak program klik yg bayar masuk akaun bank biasa?

Reply

sabree hussin November 4, 2014 at 5:57 pm

Ada.

Program pengiklanan Nuffnang bayar pakai cek.

Program pengiklanan 8share bayar terus masuk dalam bank akaun.
Nak join 8share boleh klik link ni –> http://bit.ly/18M5TSP

Kalau buat adsense, sekarang boleh terima bayaran menerusi wire transfer. Akan terus masuk ke akaun bank.

Reply

ummu khayla jual vitamin September 17, 2015 at 5:11 pm

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin..

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: