Adakah terdapat cara mudah untuk jadi kaya, yang kita semua boleh praktikkan?
Mari kita bincangkan, suatu strategi, kaedah dan pendekatan yang realistik, yang kita semua boleh lakukan bagi tujuan mengumpul kekayaan.
Setuju tak kalau saya katakan, dalam dunia ini, kita akan lebih mudah mendapat penghormatan dan perhatian orang lain, apabila kita jadi seorang yang kaya dan berharta.
Sebaliknya, kalau kita dilihat tidak mempunyai apa-apa, biasanya tiada siapa yang akan pedulikan kita.
Orang takut nak berkawan dengan kita.
Mungkin sebab mereka bimbang kalau-kalau satu hari nanti kita akan minta pinjam duit atau minta pertolongan.
Orang tak seronok nak rapat dengan kita.
Kita susah nak ikut aktiviti luar yang memerlukan kos contohnya seperti pergi bercuti, makan direstoran yang viral dan sebagainya.
Alasannya?
Kita tak kaya.
Kita tak ada duit.
Bagaimana kalau saya katakan, sebenarnya memang terdapat cara untuk kita tingkatkan kekayaan kita.
Sudah tentu, untuk jadi kaya, ianya bukanlah semudah yang disangka. Amat jarang untuk seseorang itu jadi kaya dalam masa yang singkat. Ianya memerlukan masa, usaha dan juga perancangan yang betul-betul tersusun.
Bukan itu sahaja, malahan mereka yang bercita-cita untuk jadi kaya juga perlu mempunyai disiplin, kesabaran dan suatu perancangan atau strategi yang telah difikirkan dengan baik.
Posting kali ini, kita akan cuba rungkaikan suatu kaedah atau strategi yang boleh kita sama-sama gunakan bagi tujuan membina kekayaan.
Tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita bincangkan apakah langkah-langkah tersebut.
(1) Jadi seorang yang celik kewangan
Membina kekayaan ini sangat berkait rapat dengan aspek pengurusan kewangan.
Seseorang itu perlu mempunyai serba sedikit ilmu pengetahuan berkaitan dengan topik seperti menyediakan bajet, simpanan, pelaburan, pengurusan hutang dan juga pengurusan risiko.
Berita baiknya ialah, diluar sana terdapat terlalu banyak buku, rakaman audio dan juga video yang membincangkan topik mengenai pengurusan kewangan yang kita boleh perolehi secara percuma.
Kalau nak baca buku-buku berkaitan dengan pengurusan kewangan, kita boleh pinjam sahaja dari perpustakaan.
Kalau anda layari laman web Youtube, disitu juga terdapat banyak khazanah ilmu yang boleh anda terokai.
Apa yang menjadi penentu adalah tindakan kita, sama ada berminat nak belajar atau pun tidak.
(2) Tentukan dimana kedudukan anda sekarang
Ini adalah salah satu nasihat yang saya baca dari buku tulisan Afyan Mat Rawi berjudul Bijak Merancang Wang.
Menurut beliau, sebelum kita nak memulakan sebarang langkah atau usaha untuk membina kekayaan, kita patut tahu dimana titik mula kita.
Ibarat seperti kita nak mula membaca peta, kita perlu tahu, dimana lokasi kita berada sekarang, sebelum peta tersebut dapat digunakan bagi tujuan menunjukkan jalan ke destinasi yang ingin kita tujuu.
(3) Tetapkan matlamat kewangan
Bila kita ucapkan kata-kata seperti,
Aku nak jadi kaya!
Sebenarnya ianya tak cukup jelas.
Takrifan kaya bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Bagi sesetengah orang, menjana pendapatan sebanyak RM10,000 setiap bulan itu sudah dianggap kaya.
Tapi ada juga orang yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM10,000 sehari dan mereka masih belum merasakan cukup kaya dengan pendapatan sedemikian.
Jadi, kita lupakan sejenak hal orang lain, dan kita fokus kepada diri kita sahaja.
Apabila kita kata yang kita nak jadi kaya, sebenarnya apakah takrifan bagi kekayaan tersebut.
Setiap orang bakal mempunyai takrifan dan pandangan yang tersendiri berhubung isu kaya.
It’s okay.
Jadilah diri sendiri tanpa sibuk nak impress orang lain, yang tak ada kena mengena pun dengan diri kita.
Baiklah, pada bahagian ini, jangan lupa untuk menetapkan matlamat dan fokus anda.
(4) Buat bajet
Asas bagi mempunyai kestabilan dari segi kewangan adalah dengan menyediakan bajet dan cuba sedaya upaya untuk berbelanja mengikut bajet yang telah disiapkan.
Kalau anda mampu untuk berbelanja kurang daripada bajet yang telah anda tetapkan, itu tak ada masalah.
Apa yang menjadi masalah adalah apabila kita berbelanja lebih daripada amaun yang kita tetapkan.
Persoalannya ialah, duit dari mana yang kita gunakan untuk setiap perbelanjaan yang terlebih itu tadi?
Adakah duit dari kad kredit?
Adakah duit yang di pinjam dari kawan-kawan?
Menyediakan bajet ini memang suatu perkara yang tidak menyeronokkan. Setengah orang boleh jadi stress bila buat bajet.
Tapi kalau kita tak buat, bagaimana caranya untuk kita tahu, berapa jumlah sebenar yang boleh kita belanjakan pada waktu tertentu.
Kita cuba elakkan daripada berbelanja lebih daripada yang sepatutnya.
Paling asas, kita masih mampu survive dan makan yang sedap walaupun duit gaji belum masuk.
Sebaliknya orang yang tak buat bajet, mungkin ada yang terpaksa ikat perut beberapa hari sebelum dapat gaji.
(5) Mulakan membuat simpanan
Pada mulanya, kita buat simpanan sebagai dana untuk kecemasan. Dana untuk kecemasan ini selalunya bersamaan dengan 3 – 6 bulan gaji.
Selepas kita capai jumlah tersebut, kita teruskan lagi buat simpanan.
Pada kali ini, kita wujudkan pula tabung simpanan untuk mencapai tujuan yang berbeza pula.
Saya berikan beberapa contoh, iaitu
Tabung simpanan pernikahan
Tabung percutian ke luar negara
Tabung hari raya
Ya saya faham, dan saya sendiri juga alaminya. Bukan mudah untuk membuat simpanan secara konsisten dan berdisiplin.
Namun, ini bukan bermakna kita terlepas dari tanggungjawab untuk membuat simpanan.
Sementara kita masih ada masa, dan masih muda, sebaik-baiknya kita berusaha untuk buat simpanan.
Andai kata tak yakin boleh buat simpanan secara sukarela, buatlah simpanan secara automatik atau secara paksa rela.
Kita boleh set dari awal, setiap beberapa haribulan, duit kita akan disalurkan secara automatik ke akaun simpanan milik kita.
Saya buat cara ini melalui akaun simpanan yang saya buka melalui RAIZ.
Anda boleh ke pautan ini untuk membuka akaun RAIZ anda.
Ada orang yang merasakan dirinya sukar untuk buat simpanan, bukanlah sebab dia tak ada duit atau berpendapatan rendah. Sebaliknya mereka ini mempunyai pendapatan yang agak tinggi, namun pada masa yang sama, mereka ada tabiat suka berbelanja.
Individu seperti ini suka shopping, makan direstoran yang fancy, pergi bercuti dan sebagainya.
Kesudahannya, duit gaji yang diperolehi berbaki sedikit sahaja ataupun tiada yang tinggal untuk disimpan. Individu seperti ini ada kesukaran untuk menahan diri dari membelanjakan wang yang dimiliki apabila mereka melihat baki duit dalam akaun yang masih banyak.
Sekiranya anda juga seperti ini, mungkin anda boleh buat simpanan dalam bentuk yang berbeza berbanding simpanan dalam bentuk wang tunai.
Anda boleh mula menyimpan aset seperti emas, barang kemas, perak dan sebagainya.
Kalau anda ingin mula membuat simpanan dalam bentuk emas, saya ingin mengajak anda untuk membuka akaun simpanan emas bersama dengan Public Gold.
Anda boleh daftar melalui borang ini.
(6) Buat pelaburan dengan bijak
Apakah pelaburan terbaik yang ada di negara kita?
Pada pendapat saya, tiada istilah pelaburan yang terbaik. Setiap orang mempunyai kecenderungan, ilmu dan toleransi terhadap risiko yang berbeza-beza.
Oleh sebab yang demikian, setiap orang akan mempunyai kecenderungan untuk melabur dalam instrumen kewangan yang berbeza.
Kalau anda masih belum pasti nak melabur dalam instrumen kewangan yang mana satu, mungkin boleh baca posting saya sebelum ini berjudul senarai pelaburan yang terdapat di Malaysia.
Pelaburan ini ada pelaburan yang rendah risiko, sederhana dan juga tinggi risikonya.
Menurut Robert Kiyosaki, risiko sesuatu pelaburan itu akan jadi tinggi apabila kita tidak mempunyai ilmu yang cukup mengenai instrumen pelaburan tersebut.
Kalau nak buat pelaburan saham, terdapat beratus-ratus kaunter saham yang anda boleh pilih di Bursa Malaysia. Persoalannya ialah, kaunter yang mana satu yang patut anda pilih?
Sebenarnya ia bergantung kepada strategi pelaburan individu tersebut. Adakah mereka menjangkakan peningkatan dari segi harga ataupun dia mensasarkan pulangan dalam bentuk dividen bagi jangka masa panjang.
Jika tersilap beli, harga saham yang kita beli itu boleh jatuh menjunam dan mengakibatkan kerugian kepada kita.
Topik mengenai pelaburan saham adalah salah satu topik yang saya minati. Anda mungkin akan dapati saya mula menulis topik ini secara berkala dalam blog ini.
Sebelum ini, saya lebih familiar dengan strategi pelaburan saham bagi tujuan mendapatkan keuntungan melalui kenaikkan harga atau capital appreciation.
Namun selepas saya baca buku ini, Dividend Growth investing tulisan Thomas Chua, saya dapati strategi pelaburan saham dengan mensasarkan pendapatan menerusi dividen juga suatu langkah yang agak menarik.
Buku ini boleh diperolehi melalui platform seperti Shopee, Lazada dan lain-lain.
(7) Terokai bidang keusahawanan
Kalau kita merujuk kepada senarai 10 individu terkaya di Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian Metro, nama-nama mereka adalah seperti berikut
1. Tan Sri Robert Kuok: AS$11.8 billion
2. Tan Sri Quek Leng Chan: AS$10.2 billion
3. Koon Poh Keong dan adik beradik: AS$5.8 billion
4. Ananda Krishnan: AS$5.4 billion
5. Adik beradik Teh : AS$5.2 billion
6. Lee Yeow Chor dan Yeow Seng: AS$4.6 billion
7. Dr Chen Lip Keong: AS$2.8 billion
8. Tan Sri Lim Kok Thay: AS$2.3 billion
9. Tan Yu Yeh & Yu Wei: AS$1.9 billion
10. Chia Song Kun: AS$1.8 billion
Nama-nama individu terkaya di Malaysia ini, jika kita perhalusi biografi mereka, kebanyakkan mereka semua merupakan seorang ahli perniagaan.
Dekat Malaysia, saiz sesebuah perniagaan itu dapat dikelaskan kepada bersaiz kecil, sederhana atau besar.
Apa yang membezakan setiap satunya adalah dari segi saiz pendapatan dan juga bilangan tenaga kerja.
Bisnes kecil yang diuruskan sendiri oleh pemiliknya, atau yang memerlukan penglibatan secara aktif pemilik bisnes, pada saya ia lebih mirip kepada konsep bekerja sendiri.
Dalam konteks ini, anda bekerja untuk diri anda sendiri. Anda adalah bos bagi diri anda.
Bisnes seharusnya boleh berjalan sendiri, sama ada dengan kehadiran atau tanpa penglibatan pemilik perniagaan.
Ini bermakna perniagaan tersebut mempunyai sistem perniagaan dan tenaga kerja yang boleh beroperasi sendiri.
Masa yang terluang boleh digunakan bagi tujuan merangka strategi untuk memulakan bisnes yang baru pula.
(8) Cipta pendapatan pasif
Ada satu formula berkait dengan pendapatan pasif yang saya ingin anda tahu.
Boleh jadi sebelum ini pun, anda dah pernah dengar tentang formula ini.
Apabila pendapatan pasif anda lebih tinggi berbanding liabiliti, maka pada waktu itu anda sudah mencapai status bebas dari segi kewangan.
Ada atau tidak orang kaya yang tak bebas dari segi kewangan?
Saya berpendapat orang kaya seperti itu memang ada.
Bagi mengekalkan status kekayaan dirinya, dia perlu terus menerus bekerja. Kalau dia berhenti kerja, atau kehilangan kerja, dia tidak akan dapat lagi mengekalkan status dan gaya hidup yang dinikmati sekarang.
(9) Elakkan dan lari jauh-jauh dari skim cepat kaya
Skim cepat kaya ini, kadang-kadang hanya akan kita jumpa apabila kita sudah memiliki satu tahap kekayaan.
Mereka yang menjalankan skim cepat kaya ini, memang amat jarang mensasarkan kelompok individu yang belum kaya, atau golongan yang miskin.
Kenapa?
Sebab pengendali skim cepat kaya ini sebenarnya bukannya ingin menjadikan anda kaya, sebaliknya modus operandi mereka ini adalah untuk mengambil kekayaan anda menjadi milik mereka.
Skim cepat kaya ini, kebiasaannya akan berselindung disebalik program network marketing ataupun sebagai syarikat yang menguruskan pelaburan. Oleh yang demikian, anda perlu berhati-hati dan perlu ada kemahiran dan ilmu yang baik untuk mengenali skim cepat kaya.
Pada asasnya, jika sesuatu tawaran itu dilihat terlalu hebat, ataupun too good to be true, besar kemungkinan ianya adalah sebuah skim cepat kaya terancang yang matlamatnya adalah untuk mengambil duit anda.
(10) Siap sedia dengan pelan perlindungan Insurans
Bagi yang beragama Islam, kita boleh pilih pelan perlindungan Takaful.
Kalau anda masih belum ada pelan perlindungan takaful, boleh langgan dari FWD Takaful.
Menariknya dengan FWD takaful ini ialah, mereka turut membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ejen affiliate.
Baca juga: Program Affiliate FWD Takaful – Peluang buat duit dalam industri takaful
Perlindungan insurans ini penting bagi memastikan kedudukan kewangan seseorang itu tidak terjejas teruk apabila sesuatu musibah itu menimpa.
Insurans itu bukanlah berperanan untuk menghalang daripada berlaku musibah. Sebaliknya ia melindungi seseorang yang dilindungi itu daripada terpaksa menanggung bebanan yang terlalu tinggi dek kerana musibah tersebut.
Orang yang tiada insurans mungkin terpaksa keluarkan semua duit dalam simpanan dan menjual semua aset pelaburan yang dimiliki, sebaliknya orang yang ada insurans, syarikat insuranslah yang akan menanggung kos berbangkit.
Kalau masih ada yang beranggapan insurans itu tidak penting, tak ada masalah. Individu tersebut perlulah siap sedia untuk guna duit sendiri kelak.
(11) Ubah tabiat buruk
Pada poin ini, izinkan saya untuk membuat andaian bahawa setiap orang dari kita sebenarnya memiliki satu atau lebih tabiat buruk, yang sebenarnya kita sedar ianya buruk, tapi kita rasa sukar untuk ubah atau buang tabiat tersebut.
Tabiat yang buruk ini antaranya seperti
1. Suka membazir masa
2. Tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat
3. Malas
4. Banyak tidur
5. Kurang membaca atau menambah ilmu
Well you know what I mean… rasanya tak perlulah kot untuk saya ulas poin ini dengan panjang lebar.
Asalkan kita semua sedar, apa tabiat buruk yang ada pada kita, dan kita cubalah ubah tabiat tersebut kepada suatu tabiat yang lebih baik.
(12) Pilih hobi yang boleh hasilkan income
Apakah terdapat hobi yang boleh menghasilkan pendapatan kepada mereka yang melakukannya?
Hobi ini sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang kita lakukan pada masa lapang kita. Biasanya, hobi yang kita pilih itu adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Ada orang yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk melayan hobi.
Kadang-kadang kita yang tidak berkongsi hobi yang sama ini, akan rasa pelik sebabnya mereka sanggup menghabiskan wang dan masa yang banyak semata-mata untuk hobi mereka.
Saya bukannya cemburu atau cuba nak menghalang anda daripada menikmati hobi anda tersebut. Tetapi, dalam konteks perbincangan disini, iaitu kita ingin menambah kekayaan kita, maka saya perlulah nyatakan juga, sesetengah orang memang perlu tukar atau pilih hobi yang boleh mendatangkan pendapatan kepada dirinya.
Dalam situasi saya, saya suka membaca. Jadi, hobi saya adalah membaca. Saya rasa seronok membaca dan mengikuti penulisan individu-individu dan tokoh-tokoh yang memang pakar dalam bidang masing-masing. Dari pembacaan yang saya lakukan, saya boleh dapatkan sedikit ilmu mereka.
Selepas saya selesai baca buku-buku yang saya rasa berkenan, seterrusnya saya akan tulis artikel review dan promosikan buku tersebut melalui blog dan juga media sosial yang saya miliki.
Bagi tujuan menjana pendapatan, saya sertai
1. Program Affiliate Bookcafe
2. Program Affiliate Lazada
3. Program Affiliate Shopee
Platform yang saya senaraikan diatas ini adalah antara platform yang banyak menjual buku-buku.
Dari penulisan review yang pada saya tidaklah sesukar menulis keseluruhan buku itu sendiri, ada yang berjaya memberikan komisen kepada saya.
Macam yang saya katakan tadilah, pilihlah hobi yang boleh memberikan kita pendapatan.
(13) Kuasai kemahiran baru
Apakah sesuatu kemahiran, yang jika kita luangkan masa untuk pelajari dan kuasai, akhirnya kita berupaya untuk menjana pendapatan dengan mempraktikkan kemahiran tersebut?
Kalau saya boleh berikan cadangan, saya akan cadangkan anda kuasai kemahiran menjual.
Pada masa kini, manusia menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk menghasilkan jualan.
Ilmu asas untuk membuat jualan boleh dipelajari menerusi buju berjudul Psikologi Menjual yang mana buku ini adalah karya terjemahan penulis asal iaitu Brian Tracy.
Apa lagi kemahiran lain yang bila kita kuasai, ianya boleh membantu kita untuk menghasilkan pendapatan?
Saya percaya, ada banyak lagi kemahiran yang boleh memberi manfaat dan membantu anda untuk mencipta pendapatan. Kalau anda ingin mencuba, boleh juga pelajari dan kuasai kemahiran menulis.
Bidang penulisan ini juga ada pelbagai.
Ada penulisan buku, majalah, lirik lagu, skrip filem, teks ucapan dan macam-macam lagi.
Kalau seperti saya sendiri, saya lebih cenderung kearah penulisan artikel, penulis ghostwriter dan juga copywriting.
Pemilihan bidang penulisan ini juga sebenarnya bergantung kepada minat dan kecenderungan. Ianya tak boleh dipaksa-paksa jika memang tiada minat dan bakat.
Dalam hal ini, anda perlu cari dalam diri anda sendiri, apakah sebenarnya perkara yang paling anda minati?
(14) Cipta sumber pendapatan baru
Jika anda seorang yang berfikiran terbuka, boleh jadi anda tidak ada masalah untuk menyertai program-program yang ada diluar sana, yang berpotensi untuk memberikan pendapatan tambahan buat anda.
Saya berikan contoh program pengiklanan seperti yang dianjurkan oleh pihak Google.
Google membuka peluang kepada individu yang minat untuk menjana pendapatan melalui kaedah penyiaran iklan. Program yang saya maksudkan disini adalah Google Adsense.
Jika anda bersedia untuk mencipta konten, maka program seumpama ini sangat sesuai untuk anda sertai.
Selain itu, ada juga syarikat seperti PG Mall Sdn Bhd yang menganjurkan program PG Mall Consumerchant.
Besar kemungkinan anda tidak akan jadi kaya melalui program seumpama ini. Tapi, kalau matlamat anda adalah untuk hasilkan beberapa ratus ringgit setiap bulan, ianya adalah satu sasaran yang memang boleh dicapai.
Beberapa bulan yang terawal, anda mungkin akan rasa ianya agak mencabar untuk menghasilkan pendapatan. Namun, percayalah selepas anda mula menerima RM1 yang pertama, ia akan jadi lebih mudah untuk pendapatan tersebut berkembang kepada suatu angka yang lebih besar.
(15) Bersyukur dengan kurniaan dari Allah
Apapun, tak kiralah apa tahap kita berada sekarang, perlu sentiasa panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Kita masih hidup, bermakna kita masih ada masa. Kita masih ada peluang untuk berusaha dengan lebih baik.
Kita masih ada kesempatan untuk perbetul semua kesalahan diri kita dan baiki mana-mana yang kurang. Hidup kalau hanya statik, dan tiada perubahan yang positif, itu bukan kehidupan namanya.
Walaupun dari segi usia, kita nampak adanya pertambahan, namun dalamannya, orang sebegini “dah meninggal” sejak hari pertama dia buat keputusan untuk tak nak berubah.
Bersyukurlah.
Bukankah Allah SWT telah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7, maksudnya
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
Ajaibnya, bila kita selalu panjatkan kesyukuran atas nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, rezeki kita pun makin bertambah banyak dengan derasnya.
(16) Halangan mencipta kekayaan
Saya tahu, apa yang saya muatkan dalam perbincangan disini nampak terlalu mudah.
Sedangkan diluar sana, realitinya ada banyak orang yang nak jadi kaya, tapi halangannya cukup besar. Perjalanan untuk jadi kaya, tidaklah semudah seperti melangkah satu demi satu langkah.
Ada halangan tertentu dan setiap orang sudah semestinya perlu berdepan dengan halangan dan cabaran yang berbeza.
Apa halangan untuk jadi kaya tu?
Saya percaya, halangan untuk jadi kaya itu sebenarnya ada banyak.
1. Masalah kesihatan
Individu yang diuji dengan masalah kesihatan sepanjang hidupnya, biasanya lebih fokus terhadap kesakitan yang dialami dan sesi rawatan yang perlu dijalankan, berbanding memikirkan tentang membina kekayaan.
Ada kalanya mereka ini tidak ada kekuatan untuk melawan kesakitan.
2. Tiada ilmu
Ini merupakan halangan yang biasa akan dialami oleh setiap orang. Tiada orang yang dengan tiba-tiba pandai semua perkara. Pasti dia akan bermula dengan tidak tahu.
Bagi mengatasi halangan tak ada ilmu ini, caranya adalah dengan mencari dan mempelajari ilmu yang diperlukan. Selagi kita tak cuba untuk pelajari ilmu tertentu, sampai bila-bila kita akan kekal berada dalam keadaan tidak tahu dan tiada ilmu.
3. Tiada peralatan dan kelengkapan
Sebahagian daripada cadangan atau nasihat yang saya muatkan disini, memerlukan anda untuk mempunyai peralatan dan kelengkapan tertentu. Sebagai contoh, anda ingin memulakan perniagaan dan meneroka jalan untuk menjadi usahawan.
Disini anda memerlukan peralatan dan kelengkapan yang sesuai. Kalau anda kata, nak fokus pada perniagaan internet, anda juga perlukan peralatan seperti komputer dan sebagainya.
4. Tiada modal
Untuk bina kekayaan, anda perlu ada modal.
Kalau nak buat bisnes, perlu ada modal.
Kalau nak melabur, atau buat trading, perlukan modal.
Kalau nak buat duit dengan cara membuat simpanan, juga perlu duit modal.
Oleh sebab itu, anda perlu selesaikan dulu isu tak ada duit modal ini terlebih dahulu.
5. Tiada pendapatan
Golongan yang tiada pendapatan, misalnya seperti suri rumah, mereka yang masih belajar, orang yang belum ada kerja, dan sebagainya.
Mereka ini mungkin agak sukar untuk membina kekayaan. Instead of mereka fikir, bagaimana nak jadi kaya, mereka ini perlu selesaikan terlebih dahulu isu untuk mewujudkan pendapatan terlebih dahulu.
Bila ada pendapatan, barulah boleh urus pendapatan tersebut supaya dapat dikumpulkan dan membina kekayaan.
6. Tiada semangat
Kadang-kadang kita hilang rasa untuk mencipta sesuatu kerana kita merasakan tiada apa lagi yang dapat menarik minat kita dalam dunia ini.
Orang yang seperti ini, lazimnya adalah mereka yang pernah merasa betapa sakitnya kegagalan. Mereka ini mungkin pernah cuba mengusahakan sesuatu yang besar dalam hidup mereka, namun ia berkesudahan dengan kegagalan.
Sepatutnya kegagalan dimasa lalu, dijadikan pengajaran untuk kita usahakan sesuatu yang lebih baik. Tapi kita pun faham, bercakap itu lebih senang berbanding benar-benar menghadapinya.
Kita terlalu letih.
Kita dah penat.
Terasa bagai semua perkara serba tak kena.
Sampai satu tahap, kita rasa yang diri kita ini tak berguna.
Kita macam stuck dengan rutin yang sama.
Cabaran hidup kita memang tak sama. Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza.
Tapi yakinlah, bahawa anda diuji sedemikan rupa kerana hakikatnya anda sebenarnya cukup kuat dan pastinya boleh menangani ujian tersebut. Disebalik setiap ujian yang datang, sudah pasti Allah SWT tidak akan sekali-sekali menzalimi hambaNya.
Malahan ujian yang kita tanggung ini sebenarnya selaras dengan kemampuan hambaNya. Bukan ke ada suatu ayat dari Al Quran yang berbunyi
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya.”
Ayat tersebut merupakan potongan ayat dari surah Al-Baqarah ayat 286.
Ada sebab kenapa saya sentuh mengenai topik halangan untuk berjaya ini. Sebenarnya walau besar apa pun halangan, sebenarnya ia ada jalan penyelesaian.
Apabila kita bersendirian, kita mungkin akan rasa sukar untuk berhadapan dan keluar dari halangan tersebut. Sebaliknya, kalau kita cuba minta bantuan, pasti satu masa nanti anda akan temui seseorang yang boleh bantu anda merobohkan halangan tersebut.
Kesimpulan
Saya menulis artikel ini, bukanlah sebab saya ini dah kaya.
At some point, saya anggap perkongsian ini sebenarnya adalah suatu nasihat kepada diri saya sendiri.
Ya, saya menasihati diri saya sendiri.
In fact, nasihat ini saya akan tujukan dan turunkan juga kepada anak-anak dan keluarga saya kelak.
Ada ketikanya, saya juga melakukan kesilapan. Andai kata ada mana-mana bahagian dalam penulisan ini yang salah, saya amat berbesar hati jika anda sudi tunjukkan dan perbetulkan.
Leave a Reply