Ilmu untuk hidup bebas tanpa belenggu hutang adalah ilmu yang sangat penting untuk dipelajari oleh setiap orang. Berhutang itu sememangnya sangat mudah, tapi untuk bebaskan diri daripada belenggu hutang bukanlah satu perkara yang mudah.
Macam mana cara nak bebaskan diri daripada masalah hutang? Caranya hanya ada satu. Bayar hutang tersebut.
Sama ada anda bayar hutang tersebut menggunakan duit hasil usaha anda, ataupun ada orang lain yang bermurah hati nak tolong bayarkan hutang tersebut untuk anda. Selagi hutang tak dibayar, selagi itu anda akan dikira sebagai berhutang dan sampai bila-bila gelaran penghutang akan lekat pada diri anda.
Baru-baru ini, Dr HM Tuah Iskandar telah menulis sebuah ebook yang memuatkan teknik bagaimana untuk hidup bebas tanpa hutang.
Ebook ini boleh dimuat turun menerusi laman web ini dengan bayaran serendah RM27 sahaja pada waktu catatan ini ditulis.
Ini salah satu perkara yang saya suka dengan buku-buku hasil tulisan Dr HM Tuah Iskandar. Kebanyakkannya dijual dengan harga yang mampu milik. Saya rasa apalah sangat RM27 kalau nak dibandingkan dengan ilmu penyelesaian hutang yang dikongsikan dalam ebook ini.
Dengan harga yang sama, kita boleh gunakan ia untuk makan di restoran KFC dan kenyang untuk satu malam. Tapi untuk nilai yang sama, jika kita belanjakan untuk dapatkan ilmu untuk bebas dari hutang, nescaya satu hari nanti kita tak perlu nak risau untuk makan KFC hari-hari.
Maklumlah dah tak perlu stress dan risau mengenai hutang.
Dalam ebook Jom Bebas Hutang ini, penulis telah berkongsikan pengalaman sebenar bagaimana beliau menyelesaikan hutang-hutang yang pernah diambil sebelum ini.
Seperti kebanyakkan orang lain, Dr HM Tuah juga pernah buat loan. Antaranya beliau pernah buat loan untuk
- Beli motosikal berkuasa tinggi
- Beli kereta mewah
- Hutang untuk beli rumah
- Hutang beli kondominium
- Hutang untuk beli bangunan pejabat
- Hutang membeli lot banglo
- Hutang untuk mendapatkan hartanah
Bila saya baca senarai hutang yang beliau pernah buat, saya tertarik untuk mengetahui dua perkara. Pertama, macam mana beliau boleh lepas untuk dapatkan loan dengan bank, dan kedua macam mana beliau buat untuk bebas dari hutang-hutang ini semua?
Dalam ebook ini, beliau telahpun kongsikan antara langkah-langkah efektif yang kita boleh tiru untuk bebaskan diri dari hutang.
Bagi individu yang memang ada masalah hutang dan ingin belajar cara untuk hidup bebas hutang dengan lebih awal, panduan ini memang tepat untuk anda miliki.
Bayar hutang mengikut jadual yang ditetapkan
Satu hari nanti, pasti hutang anda akan habis juga.
Walaubagaimanapun, saya yakin anda juga mahu bebas dari hutang secepat yang mungkin. Kalau boleh, lagi awal bebas dari hutang lagi bagus.
Buat apa nak pening-pening, nak stress tanggung hutang lama-lama, kalau kita sebenarnya ada cara yang lebih efektif untuk bayar hutang.
Teknik yang mujarab untuk cepat bayar hutang
Kita hanya merancang dan lakukan usaha yang terbaik. Disini saya kongsikan sedikit beberapa cara yang anda boleh amalkan untuk cepat-cepat bebas dari hidup berhutang.
Doa untuk bebas dari belenggu hutang
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan kikir, serta dari beban hutang dan dominasi orang lain”
Kita sedia maklum, yang doa adalah senjata bagi orang Mukmin. Jadi, amalkan doa ini dalam kehidupan seharian kita. Setiap kali selepas solat, bacalah doa ini.
Hayati sekali maksud doa ini. Kita memohon kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa supaya kita terhindar dari penyakit lemah dan MALAS.
Rasa lemah dan malas ini, kalau ada pada diri, memang buat apa pun serba tak menjadi. Kita sedar yang kita ni ada banyak hutang, tapi kita malas nak berusaha untuk bekerja dan tambahkan pendapatan, alamatnya sampai bila-bila hutang kita tak akan habis.
Berhenti tambahkan hutang
Formula ini terpakai untuk hutang kad kredit. Apabila kita betul-betul serius nak bebaskan diri dari hutang kad kredit, maka perkara utama yang perlu dilakukan adalah berhenti menambahkan hutang. Sebaik-baiknya jangan pakai terus kad kredit tersebut.
Hutang memang tak akan habis selagi mana asyik ditambah.
Buat bajet dan usaha untuk jimatkan penggunaan duit
Berapa ramai orang yang suka buat bajet? Saya rasa tak ramai. Saya sendiri tak berapa suka nak buat bajet, walaupun saya tahu benda ini PENTING.
Mujurlah isteri saya adalah seorang yang suka buat bajet. Jadi saya biarkan dia yang buat dan saya hanya perlu ikut bajet yang telah ditetapkan. Saya hanya perlu fokus untuk hasilkan seberapa banyak pendapatan yang boleh tanpa perlu risau nak fikir hal-hal yang saya tak berapa minat nak buat.
Tujuan kita buat bajet adalah supaya kita jadi lebih berdisiplin dalam perbelanjaan kita. Mana-mana yang tak ada dalam bajet, tak payah beli. Memang bukan satu perkara yang mudah lagi menyeronokkan, bila kita terpaksa tahan nafsu untuk membeli.
Tapi semua ini hanya sementara sahaja. At least sehingga hutang dapat diselesaikan. Nanti bila dah tak perlu nak bayar hutang lagi, duit yang ada tu bolehlah beli apa-apa barang yang saya suka.
Katakanlah dalam sehari anda letakkan bajet untuk makan seisi keluarga adalah RM50. Pada satu hari, anda berpuasa sunat dan pada hari itu, anda cuma belanjakan RM25 sahaja untuk makanan. Maka pada hari tersebut, anda ada RM25 baki.
Katakanlah anda jadikan ini sebagai satu rutin. Anda berpuasa sunat isnin dan khamis. Dalam sebulan anda berpuasa 8 hari. Andaikan setiap kali puasa, anda hanya gunakan RM25 sahaja, maka anda akan ada lebihan duit sebanyak
RM25 x 8 hari puasa dalam sebulan = RM200
RM200 adalah lebihan daripada duit bajet yang diperuntukkan untuk makan sahaja.
Kalau anda dapat jimatkan sedikit duit dari bajet perbelanjaan lain, misalnya dari duit bajet untuk untuk petrol, entertainment, pengangkutan untuk pergi dan balik kerja dan sebagainya, jumlah yang berjaya dijimatkan itu juga boleh digunakan sebagai dana tambahan untuk bayar hutang.
Kalau jumlah minimum yang perlu dibayar adalah sebanyak RM210, anda tambahkan dengan lebihan duit makan sebanyak RM200 sebab anda berpuasa dan juga dari duit lebihan dari bajet yang lain, anda mungkin boleh dapat sehingga RM500.
Sepatutnya anda cuma perlu bayar RM210 setiap bulan, tapi disebabkan anda buat bajet dan mampu jimatkan sebahagian dari belanja, anda boleh bayar RM500 setiap bulan.
Dengan cara ini sudah tentu anda boleh langsaikan hutang lebih awal.
Tambahkan pendapatan dengan membuat kerja-kerja sampingan
Strategi tarik sedikit duit dari bajet yang ditetapkan itu mungkin tak berapa sesuai kalau nak buat setiap bulan. Manusia ni kan sifatnya cepat bosan. Selagi masih boleh bertahan dengan plan sedia ada, cubalah bertahan.
Tapi kalau kita dah bosan dengan rutin yang macam tu, mungkin dalam sebulan dua, kita tak perlu nak paksa diri sangat nak berjimat. Sebaliknya kita dapatkan duit tambahan dengan membuat kerja-kerja sampingan.
Tak kiralah sama ada nak buat kerja-kerja freelance ataupun nak jual barang di internet.
Untuk mengurangkan risiko kerugian, bolehlah jual barang melalui konsep dropship.
Matlamat kita bukannya nak jadi kaya, tapi untuk dapatkan duit tambahan bagi membebaskan diri dari belenggu hutang. Jadi, kalau dalam sebulan cuma berjaya dapat buat untung dalam ratusan ringgit sahaja pun saya kira masih lagi bagus.
Apa yang saya kongsikan disini, hanya sedikit sahaja daripada banyak-banyak ilmu pengurusan dan penghapusan hutang. Kalau nak tahu dengan lebih details, saya syorkan anda dapatkan buku yang ditulis oleh Dr HM Tuah Iskandar ini.
[…] Baca juga: Panduan hidup bebas tanpa hutang oleh Dr HM Tuah Iskandar […]