Hidup Bebas Hutang Menerusi Jalan Penulisan

by sabree hussin on April 24, 2014

in Karier & Kerjaya

Masa zaman saya kecik-kecik dulu, saya juga tak sangka yang bila saya dah besar, saya akan buat duit dengan cara menulis.

Dulu saya ingat saya akan jadi doktor. Lepas je habis PMR, terus saya ambik aliran sains tulen. Dari situ saya mula kenal apa itu biologi, kimia, fizik, matematik tambahan dan sebagainya.

Saya paksa untuk masukkan input-input dari aliran tersebut hinggalah saya terpaksa mengalah dan mengaku, subjek biologi bukan untuk saya.

Baca ulang-ulang kali pun tetap tak masuk.

Harapan masih belum pudar. Jika bukan doktor, mungkin engineer ๐Ÿ™‚

Pun sama jugak. Entah kenapa… entah di mana silapnya. Saya langsung tak boleh nak relate dengan apa yang diajar dalam matapelajaran fizik semasa diperingkat kolej matrikulasi.

Bila saya bertukar aliran, kepada aliran sastera (art), iaitu perniagaan, barulah semuanya make sense. Saya pernah jugak terfikir, sepatutnya dari awal-awal lagi saya fokus pada aliran ini.

Tapi… seolah-olah dah jadi satu hukum dan peraturan tak rasmi. Siapa aliran sains, dia bijak pandai. Siapa aliran seni/sastera dia kurang pandai.

Cita-cita saya sekarang ni, saya nak hidup bebas hutang menerusi jalan penulisan.

blogger sedang menaip

Alang-alang dah menginjakkan kaki dalam cabang ini, apa salahnya hingga ke kelab jutawan! Walaupun sebenarnya saya dah pun berpuas hati jika dapat bebas dari hutang.

Adakah ianya sesuatu yang boleh dicapai? Menulis je boleh hidup senang? Macam mana nak buat ya agaknya?

Ini senarai yang terfikir buat masa ini.

1. Hasilkan sejuta blogpost. Jika satu blogpost boleh menghasilkan RM1, bermakna, sejuta blogpost saya akan dapat RM1 juta.

2. Tulis ebook, dan jual. Satu ebook masih tak cukup untuk dapat hasilkan pendapatan yang lumayan, justeru kena hasilkan banyak-banyak ebook.

3. Tulis ayat-ayat iklan yang menggoda dan mengiurkan target pembaca. Iklankan produk dropship. Gunakan bantuan dari teknik iklan FBAds murah.

4. Tulis ayat-ayat yang lebih mengancam kepada subscriber emel. Sebelum itu kena kumpul dalam lingkungan 50,000 orang subscriber.

5. Tulis kat majalah.

6. Tulis kat surat khabar.

7. Jadi penulis jemputan berbayar di blog-blog tertentu…

Pendek kata, tulis je la kat mana-mana pun.

… dan jika ada rezeki, tulis buku dan jual. Kalau kena self publish pun tak ada masalah.

In Shaa Allah benda ni boleh dibuat.

Kalau ada orang yang boleh buat dan memang mereka berjaya buat… kenapa pulak kita tak boleh capai benda yang sama, kan?

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: