Kalau diberi hanya dua pilihan, sama ada nak fokus kepada simpanan (saving) atau pelaburan (investment) mana satu kaedah yang anda akan pilih, untuk mengembangkan lagi duit milik anda?
Saving dan investment adalah dua cara yang popular bagaimana seseorang itu menguruskan wang miliknya.
Simpanan dan pelaburan ini adakalanya nampak seperti kita melakukan benda yang sama. Saya juga perasan, kedua-dua terma ini kadang-kadang digunakan secara bersama, terutama sekali oleh mereka yang mempromosikan pelan-pelan pelaburan atau produk berkaitan instrumen kewangan.
Ayat yang kerap kita boleh perhatikan adalah seperti mulakan simpanan dan pelaburan anda seawal mungkin untuk masa depan anda yang lebih cerah.
Adakah simpanan dan pelaburan ini benda yang sama?
Adakah orang yang membuat saving secara automatik, telah membuat investment?
Adakah orang yang membuat investment sudah dikira mempunyai simpanan?
Pernah dengar orang hilang duit sebab buat investment?
Walaupun membuat simpanan dan membuat pelaburan seakan-akan sama, namun ia sebenarnya ada perbezaan yang agak banyak. Posting kali ini, saya akan membincangkan tentang perbezaan antara membuat simpanan dan juga pelaburan. Mudah-mudahan selepas anda membaca perkongsian ini, anda akan lebih jelas, sama ada perbuatan yang anda lakukan selama ini termasuk dalam membuat simpanan atau sebenarnya membuat pelaburan.