Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Homestay Seri Manjung – Homestay Bajet Al-Qarni menawarkan perkhidmatan yang selesa pada harga JIMAT!

August 5, 2017 by sabree hussin 22 Comments

Adakah anda sedang mencari Homestay Bajet di sekitar kawasan Seri Manjung?

homestay-murah-di-seri-manjung

Apa kata saya bantu memudahkan kerja-kerja pencarian anda. Mungkin anda tak berapa familiar dengan kawasan disekitar Manjung, jadi anda juga tak berapa pasti, kat mana boleh dapatkan homestay yang anda boleh sewa dengan kadar sewa yang berpatutan.

 

Kalau begitu, apa kata saya perkenalkan kepada anda sebuah homestay yang saya kira pasti dapat memenuhi keperluan anda.

 

Al-Qarni Homestay Seri Manjung beralamat di

No. 399 Fasa 2C Tambahan, 32040 Seri Manjung, Perak

homestay-seri-manjung-murah

Homestay ini merupakan rumah jenis teres satu tingkat. Anda boleh nampak nombor rumah dibahagian kanan pintu pagar. Yang pasti, ianya tak begitu susah untuk cari lokasi tempat ini.

 

Pada waktu catatan ini saya tulis, homestay ini sebenarnya baru beroperasi selama dua bulan. Jadi, dari segi keadaan dalaman homestay ini memang masih baru dan berada dalam keadaan yang sangat baik. Memang bertuah siapa yang dapat menginap disini.

 

Homestay Al-Qarni Seri Manjung ini mempunyai 3 buah bilik. Mari saya tunjukkan apa yang disediakan dalam setiap bilik.

 

Bilik utama (master bedroom)

homestay-di-manjung

Bilik utama dilengkapi dengan katil jenis queen size. Selain itu, ada juga penghawa dingin dan juga kipas siling turut disediakan untuk keselesaan tetamu yang ingin menginap disini.

 

Bilik utama ini juga sebenarnya telah pun diubah suai supaya jadi lebih luas. Anda boleh lihat pada gambar diatas. Kalau anda perhatikan, sebenarnya bilik utama ni boleh memuatkan 3 buah katil jenis queen size.

 

Bilik kedua

homestay-manjung-murah

Bilik kedua ini juga seperti bilik utama. Ia turut dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga kipas siling. Cuma dari segi saiz bilik, ianya kecil sedikit berbanding bilik utama.

 

Bilik ketiga

homestay-murah-di-seri-manjung

Untuk bilik ketiga ni pula, ia dilengkapi dengan dua buah katil jenis single. Bilik ini dilengkapi dengan kipas siling.

 

Berapa orang boleh menginap dalam satu-satu masa di Homestay Al-Qarni Seri Manjung ini?

Sebenarnya, jika anda ingin datang bercuti ke Manjung atau datang untuk sebarang urusan di sini, dalam kumpulan yang agak besar, jumlah maksimum yang boleh menginap di homestay ini adalah seramai 10 orang.

 

Kalau lebih dari itu, agak kurang selesa.

 

Walaupun homestay ini hanya menyediakan dua buah katil jenis queen size dan dua buah katil jenis single size sahaja, namun sebenarnya pihak pengurusan homestay ini juga ada menyediakan tambahan 2 tilam single, 2 toto, dan 6 biji bantal tambahan.

 

Bolehlah sebahagian yang tak dapat bilik untuk tidur di ruang tamu.

homestay-murah-seri-manjung

Selain disediakan ruang tamu yang agak luas, ada juga disediakan ruang tambahan untuk para tetamu berehat-rehat ataupun untuk membaca.

 

Mereka yang ingin datang ke Manjung bagi tujuan bekerja atau atas urusan rasmi, bolehlah guna sahaja tempat ini untuk tujuan mesyuarat dan sebagainya. Tak perlu lagi nak cari tempat khas untuk buat perbincangan dan sebagainya.

 

Bagi tetamu yang ada plan nak masak sendiri makanan, juga boleh berbuat demikian.

 

Pihak pengurusan telahpun menyediakan kelengkapan dan ruang memasak yang cukup selesa untuk kegunaan para tetamu.

homestay-murah-di-seri-manjung

Boleh dikatakan apa yang disediakan ni memang dah cukup lengkap.

 

Selain ruang dan kelengkapan memasak, turut tersedia adalah ruang makan.

homestay-bajet-manjung

Boleh dikatakan, semua yang anda perlukan ada disediakan di homestay ini.

 

Baiklah! Saya dah sedia nak buat booking. Boleh saya tahu macam mana caranya?

Senang sahaja. Anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah ini.

homestay-seri-manjung

Anda boleh buat panggilan terus ke talian 019 – 456 8392 ataupun boleh juga tanya kekosongan homestay ini menerusi whatsapp di talian 019 – 264 5364

 

Tempat menarik di Manjung

Untuk pengetahuan anda, Homestay Al-Qarni Seri Manjung ni juga sebenarnya terletak berdekatan dengan banyak tempat-tempat menarik.

 

Justeru, anda boleh manfaatkan masa anda menginap disini dengan melawat tempat-tempat menarik yang saya senaraikan disini. Antaranya

 

(1) Pantai Teluk Batik

pantai-teluk-batik-seri-manjung

Saya tahu, pasti akan ada yang tanya, “Apa tempat yang menarik dekat Seri Manjung ni?”

 

Untuk makluman anda, ada beberapa tempat yang menarik yang anda boleh lawati sepanjang anda menginap di Manjung nanti. Antara yang popular adalah di Pantai Teluk Batik.

 

Pantai ini tak jauh dari Homestay Seri Manjung Al-Qarni ini. Kalau memandu akan ambil masa lebih kurang dalam 10 minit perjalanan sahaja.

 

Selain boleh mandi manda, anda juga boleh shopping barangan seperti kraf tangan, sotong dan sebagainya.

 

(2) Lumut Waterfront

tempat-best-di-seri-manjung

Lumut Waterfront ini juga tak berapa jauh dengan homestay Al-Qarni. Kalau memandu ke sini, ia hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.

 

Tempat ini memang popular dalam kalangan penduduk setempat dan orang luar yang datang bercuti kesini. Disini terdapat tempat rekreasi yang mana cukup sesuai untuk ahli keluarga duduk berkumpul bersama menikmati pemandangan.

 

Antara yang menjadi tarikan disini adalah pemandangan kapal-kapal besar yang berlabuh disini dan juga ABC special.

 

(3) Taman Rekreasi Marina Wing

Tempat ini juga tak begitu jauh dari homestay. Hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit pemanduan sahaja. Kat sini boleh tengok banyak kapal layar.

 

(4) Taman Tema Air Marina

Anda boleh bawa seisi keluarga untuk mandi manda disini.

 

(5) Frenzy Water Park Marina Island

Frenzy Water Park Marina Island merupakan satu lagi tempat menarik yang patut dikunjungi. Bagi mereka yang meminati aktiviti air, memang patut datang kesini.

 

(6) Pantai Teluk Senangin

tempat-menarik-di-seri-manjung

Pantai Teluk Senangin ni lebih kurang 20 minit dari homestay. Tempat ini juga agak popular dalam kalangan penduduk setempat dan juga orang luar. Boleh datang mandi manda disini atau sekadar piknik di tepi pantai.

 

(7) Pusat Pemuliharaan Penyu Segari

tempat-menarik-seri-manjung

Anda nak tengok penyu? Boleh datang ke tempat ini. Segala yang anda perlu tahu, dan yang mungkin anda masih belum tahu tentang penyu boleh dipelajari di tempat ini.

 

Kalau nak bermain-main dengan penyu juga boleh datang ke sini. Tempat ini juga tak berapa jauh dari Homestay Al-Qarni Seri Manjung. Lebih kurang dalam 20 minit sahaja perjalanan.

 

(8) Jeti ke Pulau Pangkor

terminal-jeti-pulau-pangkor

Mungkin ada dalam kalangan tetamu yang datang ke Manjung tetapi tak pernah sampai lagi ke Pulau Pangkor. Anda boleh dapatkan perkhidmatan feri disini.

 

Dari homestay untuk ke sini, lebih kurang 10 minit sahaja.

 

Kalau dari Jeti Lumut nak ke Jeti Pulau Pangkor pula, ia mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Kalau ada yang nak balik hari juga boleh. Cuma kena pastikan anda keluar awal ya.

 

Jika anda mencari Homestay di Manjung, maka bolehlah pilih untuk menginap di homestay bajet Al-Qarni ini. Selain menyediakan khidmat yang selesa, tempat ini juga begitu strategik dan berdekatan dengan banyak tempat yang menarik.

 

Bukan itu sahaja, malahan ia juga dekat dengan

  1. Kedai makan
  2. Kedai runcit 24 jam
  3. Bengkel kereta
  4. Dobi
  5. Klinik

 

Selain itu, terdapat juga pasaraya besar seperti

  1. AEON Mall
  2. Tesco
  3. Giant
  4. Rapid
  5. Econsave
  6. Billion
  7. TF Mart

 

Anda boleh follow FB Homestay Al-Qarni menerusi pautan ini >> Manjung Homestay Al-Qarni

 

Harga sewa adalah RM160/hari. Harga adalah sama untuk setiap hari.

Sekiranya ada pengunjung yang ingin sewa untuk tempoh yang agak panjang, pengurangan harga akan diberikan.

Sewa bagi 2 minggu adalah RM1500

Sewa bagi 1 bulan adalah RM2500

 

Selamat bercuti dan selamat datang ke Manjung. Semoga masa anda di Manjung nanti terisi dengan aktiviti-aktiviti yang baik dan jemputlah menginap ke Homestay Al-Qarni.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Homestay Langkawi berdekatan dengan Airport Langkawi yang SELESA dan JIMAT
  2. Homestay Fetih Ezzehra – Homestay di Kuala Terengganu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk keselesaan pengunjung
  3. TheDeparment menawarkan khidmat sewa bilik seminar dengan Pakej yang menjimatkan
  4. Homestay di Langkawi Padang Matsirat – Homestay PILIHAN apabila bercuti di Langkawi

Filed Under: Advertorial, Tempat Penginapan Tagged With: homestay di manjung, homestay di manjung perak, homestay manjung, homestay manjung lumut, homestay manjung murah, homestay seri manjung, homestay seri manjung perak, manjung homestay, senarai homestay di manjung, tempat menarik di manjung, tempat menarik di teluk senangin

Comments

  1. mrhanafi says

    August 7, 2017 at 12:03 pm

    terbaik la tuan…

    rasa macam berminat nak tempah semalam dua.

    rupa selesa untuk percutian satu keluarga.

    doakan saya kemampuan untuk melancong ke Perak tuan..

    aamiin

    Reply
  2. Anuar says

    August 7, 2017 at 9:05 pm

    Bila tengok dari luar memang cantik Homestay ni… Suka.. Suka… Suka..

    Reply
  3. JMR says

    August 8, 2017 at 1:57 pm

    cantik homestay ni. fully furnished lak tu..blh masuk dlm bookmark ni

    Reply
  4. sensasi2020 says

    August 8, 2017 at 5:26 pm

    Cantiklah homestay ni yang terletak di Manjung, Perak. Sesuai untuk sekeluarga.

    Jika berkesempatan untuk ke Perak, bolehlah sewa di situ.

    Reply
  5. titan says

    August 9, 2017 at 5:26 pm

    kalau gi jenjalan reramai, memang lebih suka sewa homestay banding hotel. hoho..

    Reply
    • sabree hussin says

      August 9, 2017 at 7:10 pm

      Homestay ni boleh muat 10 orang ni titan 🙂

      Reply
  6. zik says

    August 10, 2017 at 12:24 pm

    ikut hati dulu nak berenang ke pulau pangkor.. dari lumut tuh… aje buat kerja giler..

    Reply
    • sabree hussin says

      August 10, 2017 at 11:34 pm

      Biar betul. Ada ke orang buat macam tu?

      Reply
  7. HIDAYAH AZMAN says

    August 14, 2017 at 10:41 am

    Homestay yang menarik & cantik.
    Sangat sesuai untuk yang bekeluarga.
    Harga pun berpatutan.

    Reply
  8. raihanah says

    August 15, 2017 at 7:10 am

    ok la tu nampak selesa juga

    Reply
  9. paan says

    August 15, 2017 at 3:44 pm

    haha. Tgk alamat homestay , macam xberapa jauh dari rumah family mertua.

    Belum pernah sampai lagi Pusat Pemuliharaan Penyu Segari.

    Reply
    • sabree hussin says

      August 15, 2017 at 8:33 pm

      Ye ke.. macam tu mesti dah biasa dengan kawasan sekitar Manjung ni 🙂

      Reply
  10. lankapo says

    August 15, 2017 at 6:45 pm

    Memang cantik rumahnya. Kemas dan bersih.

    Saya ada juga buat homestay di Ledang Muar Johor.

    Frenzy water park tu kena sewa sekali dengan Marina Cove k

    Reply
  11. aRzMoHa says

    August 16, 2017 at 11:13 am

    Homestay yang kemas…menarik…kalau ke manjung boleh menempah homestay ini. terima kasih atas perkongsian

    Reply
  12. Hidupsimpel says

    August 17, 2017 at 5:20 am

    Wuih, saya baru lihat tuh jenis homestay kaya gitu, jadi pengen punya sendiri

    Reply
  13. NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN says

    August 17, 2017 at 9:33 am

    Homestay kadang-kadang lagi selesa dari perkhidmatan hotel. Saya pun belum pernah sampai ke Manjung

    Reply
  14. Syed Hussein says

    August 17, 2017 at 7:55 pm

    Sy memang suka klu bab2 homestay ni.Lebih terasa bercutinya sbb ade aura positif..

    Reply
  15. Amni says

    August 17, 2017 at 9:23 pm

    Bila tak taw nak sampai manjung ni.huhu
    Ada rezeki sampai kot nanti.hhehehe

    Btw abg sabree,jemput join contest SEO di website zeeta.com.my taw.
    Hadiah lumayan habissssss!

    Reply
  16. nikkhazami says

    August 20, 2017 at 3:00 pm

    semua lengkap dan nampak sgt selesa

    Reply
    • sabree hussin says

      August 20, 2017 at 4:09 pm

      Yup betul tu Nik, semua memang dah lengkap di homestay bajet seri manjung ni 🙂 Tinggal masuk je

      Reply

Trackbacks

  1. Homestay Al-Qarni di Seri Manjung Perak – Homestay bajet yang SELESA | sabreehussin says:
    August 5, 2017 at 1:57 pm

    […] saya kini sedang jalankan kempen untuk ranking kata kunci “Homestay Seri Manjung“ untuk salah seorang pelanggan yang dapatkan khidmat advertorial dari […]

    Reply
  2. Rahsia bagaimana pemilik perniagaan boleh jimatkan kos operasi | Pekerja Dari Rumah says:
    August 9, 2017 at 12:49 am

    […] homestay di Seri Manjung. Anda mahukan apabila ada pengguna internet yang mencari info tentang homestay murah di Manjung, nama homestay anda yang terpapar di muka surat pertama […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Program Affiliate FWD Takaful – Buat duit dalam industri Takaful
  • 18 Kelebihan Bisnes Online
  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in