Blog Sabree Hussin

Homestay Seri Manjung – Homestay Bajet Al-Qarni menawarkan perkhidmatan yang selesa pada harga JIMAT!

Adakah anda sedang mencari Homestay Bajet di sekitar kawasan Seri Manjung?

Apa kata saya bantu memudahkan kerja-kerja pencarian anda. Mungkin anda tak berapa familiar dengan kawasan disekitar Manjung, jadi anda juga tak berapa pasti, kat mana boleh dapatkan homestay yang anda boleh sewa dengan kadar sewa yang berpatutan.

 

Kalau begitu, apa kata saya perkenalkan kepada anda sebuah homestay yang saya kira pasti dapat memenuhi keperluan anda.

 

Al-Qarni Homestay Seri Manjung beralamat di

No. 399 Fasa 2C Tambahan, 32040 Seri Manjung, Perak

Homestay ini merupakan rumah jenis teres satu tingkat. Anda boleh nampak nombor rumah dibahagian kanan pintu pagar. Yang pasti, ianya tak begitu susah untuk cari lokasi tempat ini.

 

Pada waktu catatan ini saya tulis, homestay ini sebenarnya baru beroperasi selama dua bulan. Jadi, dari segi keadaan dalaman homestay ini memang masih baru dan berada dalam keadaan yang sangat baik. Memang bertuah siapa yang dapat menginap disini.

 

Homestay Al-Qarni Seri Manjung ini mempunyai 3 buah bilik. Mari saya tunjukkan apa yang disediakan dalam setiap bilik.

 

Bilik utama (master bedroom)

Bilik utama dilengkapi dengan katil jenis queen size. Selain itu, ada juga penghawa dingin dan juga kipas siling turut disediakan untuk keselesaan tetamu yang ingin menginap disini.

 

Bilik utama ini juga sebenarnya telah pun diubah suai supaya jadi lebih luas. Anda boleh lihat pada gambar diatas. Kalau anda perhatikan, sebenarnya bilik utama ni boleh memuatkan 3 buah katil jenis queen size.

 

Bilik kedua

Bilik kedua ini juga seperti bilik utama. Ia turut dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga kipas siling. Cuma dari segi saiz bilik, ianya kecil sedikit berbanding bilik utama.

 

Bilik ketiga

Untuk bilik ketiga ni pula, ia dilengkapi dengan dua buah katil jenis single. Bilik ini dilengkapi dengan kipas siling.

 

Berapa orang boleh menginap dalam satu-satu masa di Homestay Al-Qarni Seri Manjung ini?

Sebenarnya, jika anda ingin datang bercuti ke Manjung atau datang untuk sebarang urusan di sini, dalam kumpulan yang agak besar, jumlah maksimum yang boleh menginap di homestay ini adalah seramai 10 orang.

 

Kalau lebih dari itu, agak kurang selesa.

 

Walaupun homestay ini hanya menyediakan dua buah katil jenis queen size dan dua buah katil jenis single size sahaja, namun sebenarnya pihak pengurusan homestay ini juga ada menyediakan tambahan 2 tilam single, 2 toto, dan 6 biji bantal tambahan.

 

Bolehlah sebahagian yang tak dapat bilik untuk tidur di ruang tamu.

Selain disediakan ruang tamu yang agak luas, ada juga disediakan ruang tambahan untuk para tetamu berehat-rehat ataupun untuk membaca.

 

Mereka yang ingin datang ke Manjung bagi tujuan bekerja atau atas urusan rasmi, bolehlah guna sahaja tempat ini untuk tujuan mesyuarat dan sebagainya. Tak perlu lagi nak cari tempat khas untuk buat perbincangan dan sebagainya.

 

Bagi tetamu yang ada plan nak masak sendiri makanan, juga boleh berbuat demikian.

 

Pihak pengurusan telahpun menyediakan kelengkapan dan ruang memasak yang cukup selesa untuk kegunaan para tetamu.

Boleh dikatakan apa yang disediakan ni memang dah cukup lengkap.

 

Selain ruang dan kelengkapan memasak, turut tersedia adalah ruang makan.

Boleh dikatakan, semua yang anda perlukan ada disediakan di homestay ini.

 

Baiklah! Saya dah sedia nak buat booking. Boleh saya tahu macam mana caranya?

Senang sahaja. Anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah ini.

Anda boleh buat panggilan terus ke talian 019 – 456 8392 ataupun boleh juga tanya kekosongan homestay ini menerusi whatsapp di talian 019 – 264 5364

 

Tempat menarik di Manjung

Untuk pengetahuan anda, Homestay Al-Qarni Seri Manjung ni juga sebenarnya terletak berdekatan dengan banyak tempat-tempat menarik.

 

Justeru, anda boleh manfaatkan masa anda menginap disini dengan melawat tempat-tempat menarik yang saya senaraikan disini. Antaranya

 

(1) Pantai Teluk Batik

Saya tahu, pasti akan ada yang tanya, “Apa tempat yang menarik dekat Seri Manjung ni?”

 

Untuk makluman anda, ada beberapa tempat yang menarik yang anda boleh lawati sepanjang anda menginap di Manjung nanti. Antara yang popular adalah di Pantai Teluk Batik.

 

Pantai ini tak jauh dari Homestay Seri Manjung Al-Qarni ini. Kalau memandu akan ambil masa lebih kurang dalam 10 minit perjalanan sahaja.

 

Selain boleh mandi manda, anda juga boleh shopping barangan seperti kraf tangan, sotong dan sebagainya.

 

(2) Lumut Waterfront

Lumut Waterfront ini juga tak berapa jauh dengan homestay Al-Qarni. Kalau memandu ke sini, ia hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.

 

Tempat ini memang popular dalam kalangan penduduk setempat dan orang luar yang datang bercuti kesini. Disini terdapat tempat rekreasi yang mana cukup sesuai untuk ahli keluarga duduk berkumpul bersama menikmati pemandangan.

 

Antara yang menjadi tarikan disini adalah pemandangan kapal-kapal besar yang berlabuh disini dan juga ABC special.

 

(3) Taman Rekreasi Marina Wing

Tempat ini juga tak begitu jauh dari homestay. Hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit pemanduan sahaja. Kat sini boleh tengok banyak kapal layar.

 

(4) Taman Tema Air Marina

Anda boleh bawa seisi keluarga untuk mandi manda disini.

 

(5) Frenzy Water Park Marina Island

Frenzy Water Park Marina Island merupakan satu lagi tempat menarik yang patut dikunjungi. Bagi mereka yang meminati aktiviti air, memang patut datang kesini.

 

(6) Pantai Teluk Senangin

Pantai Teluk Senangin ni lebih kurang 20 minit dari homestay. Tempat ini juga agak popular dalam kalangan penduduk setempat dan juga orang luar. Boleh datang mandi manda disini atau sekadar piknik di tepi pantai.

 

(7) Pusat Pemuliharaan Penyu Segari

Anda nak tengok penyu? Boleh datang ke tempat ini. Segala yang anda perlu tahu, dan yang mungkin anda masih belum tahu tentang penyu boleh dipelajari di tempat ini.

 

Kalau nak bermain-main dengan penyu juga boleh datang ke sini. Tempat ini juga tak berapa jauh dari Homestay Al-Qarni Seri Manjung. Lebih kurang dalam 20 minit sahaja perjalanan.

 

(8) Jeti ke Pulau Pangkor

Mungkin ada dalam kalangan tetamu yang datang ke Manjung tetapi tak pernah sampai lagi ke Pulau Pangkor. Anda boleh dapatkan perkhidmatan feri disini.

 

Dari homestay untuk ke sini, lebih kurang 10 minit sahaja.

 

Kalau dari Jeti Lumut nak ke Jeti Pulau Pangkor pula, ia mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Kalau ada yang nak balik hari juga boleh. Cuma kena pastikan anda keluar awal ya.

 

Jika anda mencari Homestay di Manjung, maka bolehlah pilih untuk menginap di homestay bajet Al-Qarni ini. Selain menyediakan khidmat yang selesa, tempat ini juga begitu strategik dan berdekatan dengan banyak tempat yang menarik.

 

Bukan itu sahaja, malahan ia juga dekat dengan

  1. Kedai makan
  2. Kedai runcit 24 jam
  3. Bengkel kereta
  4. Dobi
  5. Klinik

 

Selain itu, terdapat juga pasaraya besar seperti

  1. AEON Mall
  2. Tesco
  3. Giant
  4. Rapid
  5. Econsave
  6. Billion
  7. TF Mart

 

Anda boleh follow FB Homestay Al-Qarni menerusi pautan ini >> Manjung Homestay Al-Qarni

 

Harga sewa adalah RM160/hari. Harga adalah sama untuk setiap hari.

Sekiranya ada pengunjung yang ingin sewa untuk tempoh yang agak panjang, pengurangan harga akan diberikan.

Sewa bagi 2 minggu adalah RM1500

Sewa bagi 1 bulan adalah RM2500

 

Selamat bercuti dan selamat datang ke Manjung. Semoga masa anda di Manjung nanti terisi dengan aktiviti-aktiviti yang baik dan jemputlah menginap ke Homestay Al-Qarni.

 

 

Exit mobile version