Blog Sabree Hussin

Homestay di Langkawi Padang Matsirat – Homestay PILIHAN apabila bercuti di Langkawi

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (Langkawi International Airport) terletak di Padang Matsirat, Langkawi, Kedah. Untuk mereka yang merancang untuk datang ke Pulau Langkawi menaiki Kapal Terbang, anda akan mendarat disini.

 

Ya, disinilah tempat kita akan bermula. Selain menaiki kapal terbang, boleh juga datang ke Langkawi menggunakan perkhidmatan feri. Saya secara peribadi lebih suka naik kapal terbang sebab ia lebih jimat masa. Lagipun, kalau kena pada masanya, kita boleh dapat tiket penerbangan yang sangat murah untuk ke Langkawi. Air Asia kan kerap buat macam-macam promosi, jadi ambil peluang ini untuk beli tiket murah.

 

Berdekatan dengan airport Langkawi ini juga, terdapat banyak gerai-gerai makanan yang dibuka oleh para peniaga kecil yang menghidangkan juadah seperti Laksa, (Laksa Ikan Sekoq, Laksa Airport, Laksa Power), pasembor, rojak, kerabu maggi, cendol, dan macam-macam lagi.

Jika anda datang ke Langkawi, jangan lupa untuk singgah dan makan disini. Sambil menikmati juadah, sambil duduk lepak ditepi laut.

 

Selain terdapatnya banyak gerai-gerai makan seperti ini, di sekitar Padang Matsirat itu juga terdapat beberapa guesthouse atau homestay yang anda boleh sewa. Jadi, dalam post kali ini, saya akan kongsikan sebuah lagi homestay yang mungkin sesuai untuk penginapan anda di Langkawi.

 

Homestay di Langkawi, Padang Matsirat

Dalam perkongsian saya sebelum ini, saya ada cerita tentang Homestay Langkawi yang berdekatan dengan airport. Anda boleh pilih sama ada nak menginap di guest room ataupun di guest house (atau lebih sinonim dengan nama homestay).

Kali ini jom kita lihat homestay lain yang terdapat di Padang Matsirat yang anda boleh tempah jika ingin bercuti di langkawi.

 

Homestay ini turut dikenali dengan nama Homestay Teratai. Untuk sebarang pertanyaan berhubung tempahan, pembayaran deposit, tempahan pakej atau apa sahaja, boleh berhubung dengan

FAUZI : 016-945 4669

Laman web: http://pulaulangkawihomestay.blogspot.my/

Follow & Like FB: Langkawi Homestay 4U

 

Dibawah ni pula adalah sebahagian daripada gambar-gambar ruangan dalam yang terdapat dalam homestay ini.

Dalam bilik tersedia katil jenis queen size dan seperti yang anda dapat lihat, ruang didalam bilik juga cukup luas.

Sekiranya anda perlukan bantal tambahan, tilam, toto dan sebagainya, juga ada disediakan.

Setiap bilik ada penghawa dingin untuk keselesaan anda.

Untuk mereka yang merancang untuk menyediakan sendiri makanan, juga boleh masak. Peralatan untuk memasak ada disediakan.

 

Kalau rasa pinggan atau mangkuk tak cukup, bolehlah shopping dulu di Kompleks Haji Ismail Group atau biasa dikenali dengan nama Kompleks HIG. Jarak antara homestay ini dengan HIG juga tidaklah begitu jauh, lebih kurang 17 – 20KM sahaja.

Meja makan yang boleh muatkan 8 orang dalam satu-satu masa. Biasanya setiap hari Sabtu, akan ada pasar malam di Pekan Kuah. Kalau tak rancang untuk masak, boleh beli sahaja makanan di pasar malam dan makan ramai-ramai di homestay.

Atas ni adalah ruang makan untuk unit homestay yang lain. Untuk makluman anda, berdekatan dengan kawasan homestay ini, ada lagi 3 buah homestay yang anda boleh sewa.

Homestay di Langkawi 1 – 4 Bilik

Homestay di Langkawi 2 – 3 Bilik

Homestay di Langkawi 3 – 2 Bilik

Boleh pilih mana-mana satu ikut kesesuaian dan berapa ramai yang ingin menginap bersama-sama anda. Kalau anda datang bercuti ke Langkawi bersama kumpulan yang besar, amat disyorkan anda dapatkan homestay 4 bilik.

Di ruang tamu, juga terdapat sofa yang boleh adjust jadi sofa bed. Kalau nak tidur di ruang tamu pun boleh. Oh ya, TV juga ada siaran Astro. Saranan saya, kalau datang bercuti di Langkawi ni, kurang-kurangkanlah masa dalam rumah ya, sebabnya ada banyak tempat menarik untuk anda lawati.

 

Untuk makluman mereka yang baru pertama kali datang ke Pulau Langkawi, tempat-tempat menarik yang terdapat disini sebenarnya tidaklah begitu jauh antara satu tempat dengan tempat yang lain. Pulau Langkawi itu sendiri tidaklah begitu besar (pendapat saya la)

 

Kalau tak percaya, boleh cuba memandu sekeliling pulau.

 

Jika anda ingin menginap di homestay ini, pastikan anda singgah sebentar di Beras Terbakar. Ini adalah tempat yang paling dekat dengan homestay.

Kalau mengikut sejarah, disinilah tempatnya dimana beras dibakar dalam kuantiti yang sangat banyak apabila Langkawi kalah dalam peperangan dengan Siam di Selat Pancur. Jalan masuk untuk ke lokasi beras terbakar memang ada ramai peniaga yang menjual pelbagai cenderamata. Boleh singgah sekejap dan beli apa-apa yang patut.

 

Selain tempat ini, boleh juga berkunjung ke lain-lain tempat yang menarik seperti di Makam Mahsuri, Langkawi Sky Cab, Pantai Chenang, Air Terjun Telaga Tujuh dan banyak lagi.

 

Bagaimana cara nak buat tempahan homestay di Langkawi ini?

Untuk memudahkan anda buat tempahan homestay di langkawi, anda boleh hubungi pengurus bahagian tempahan sama ada call, SMS, ataupun Whatsapp menerusi talian berikut

FAUZI : 016-945 4669
FAUZI : 016-945 4669
FAUZI : 016-945 4669

Laman web: http://pulaulangkawihomestay.blogspot.my/

Follow & Like FB: Langkawi Homestay 4U

 

Berapa kadar sewa di homestay ini? Memandangkan kadar sewa adalah berbeza-beza mengikut bulan, (ada low season, peak season, cuti sekolah dan sebagainya) maka saya tak dapat nak berikan satu nilai yang tetap. Lagipun kadar sewa memang sentiasa berubah.

 

Bukan homestay ini sahaja, malahan semua tempat penginapan di Pulau Langkawi! Anda boleh semak sendiri harga hotel, motel atau lain-lain tempat penginapan menggunakan laman web seperti trivago, booking.com dan sebagainya. Anda pasti akan nampak harga untuk bilik yang sama sentiasa bertukar-tukar. (ya, mengikut season)

 

Kalau bulan tersebut ada acara khas seperti LIMA, Le Tour de Langkawi dan sebagainya, harga tempat penginapan juga akan berubah. Jadi, untuk memudahkan anda dan memastikan anda dapat harga yang terbaik, saya syorkan anda hubungi En Fauzi segera dan buat tempahan bilik.

 

Nyatakan juga

(1) Bila anda perlukan tempat penginapan

(2) Berapa ramai yang akan datang bersama dengan anda. Ini bagi tujuan dapatkan tempat yang sesuai ikut jumlah peserta.

 

Buat tempahan awal, untuk dapatkan harga yang terbaik ya. Jom bercuti ke Langkawi!

 

 

Exit mobile version