Blog Sabree Hussin

Homestay Melaka CASA INDAH – Pengalaman bercuti bersama keluarga

Kali pertama saya dengar tentang Homestay Melaka CASA INDAH ini adalah pada sekitar bulan Januari 2017.  Kebetulan pada waktu tu, saya juga sedang mencari maklumat tentang homestay yang selesa dan affordable untuk disewa di Melaka.

 

Sebenarnya saya pun dah agak lama tak bercuti ke Melaka. Kali terakhir saya datang ke Melaka dan bercuti di Pengkalan Balak pun pada sekitar bulan December 2015. Kemudian, tahun 2016 saya dikejutkan dengan laporan berita yang mengatakan Melaka dilanda banjir.

 

Lepas tu, hasrat untuk bercuti ke Melaka terus terkubur. Sibuk dengan macam-macam tugasan dan job hinggakan tak sempat nak susun jadual untuk datang ke Melaka.

 

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas (11 Feb 2017), saya berkesempatan untuk datang sekali lagi ke Melaka dan menginap di Homestay Melaka CASA INDAH ini untuk semalaman.

Kebiasaannya, kalau hanya bercuti berdua, saya akan menginap di hotel ataupun chalet. Tetapi kali ini, saya nak ajak ramai sikit family member untuk ikut sama spend masa di Melaka, maka saya rasa pilihan yang paling tepat adalah menginap di homestay.

 

Homestay CASA INDAH ini terletak di Bukit Katil, Melaka. Kalau lalu lebuhraya PLUS, exit sahaja di Ayer Keroh dan dari situ hanya perlu memandu lebih kurang 10KM sahaja.

 

Ya, memang betul. Ada banyak Homestay yang terdapat di Melaka. Tapi, nak dapatkan sesebuah homestay yang betul-betul memuaskan hati memang cukup payah. Lagipun, dalam percutian kali ini, saya bawa famili bersama.

Ikut perancangan asal, mak dan ayah mentua, adik ipar dan anak buah akan join sekali trip ke Melaka kali ini. Kalau pergi bercuti dan bawa bersama keluarga mentua mestilah kena dapatkan homestay yang terbaik dan selesa.

 

Giler ko nak bawak famili mentua menginap kat tempat sembarangan. Kena pilih tempat yang terbaik jugak tau!

 

Selepas dapatkan serba sedikit info tentang homestay ini menerusi whatsapp dan FB Fanpage milik mereka, maka akhirnya saya pilih untuk menginap di Homestay ini untuk satu malam.

Pada hari tu, saya sampai lebih awal untuk dapatkan kunci rumah. Sempatlah juga berbual-bual dengan pemilik Homestay Melaka CASA INDAH ini.

 

Puan Normah adalah pemilik homestay ini. Selain Puan Normah, turut membantu untuk uruskan homestay ini adalah Puan Salmie dan juga En Hatta. Kalau ada pembaca blog ni yang merancang untuk ke Melaka dan masih belum ada tempat penginapan, bolehlah pilih homestay ini.

Untuk tempahan, boleh hubungi

Puan Salmie – 017 3777491

En Hatta – 011 20648518

FB FAN Page – Homestay Melaka CASA INDAH

Kalau tengok gambar kat atas tu, dari kiri ialah Puan Normah, Puan Salmie, Adik Afiq dan juga En Hatta. Boleh contact mereka ini untuk urusan tempahan atau jika ada sebarang pertanyaan.

 

Homestay ini terletak di kawasan perumahan yang baru dibina. Lokasinya juga tak begitu jauh dengan Bandar Melaka. Apa yang boleh saya katakan, lokasinya memang strategik.

 

  1. Homestay ini terletak dikawasan bandar. Jadi memang senang untuk kemana-mana.
  2. Sepanjang jalan untuk menghala ke Homestay ini, saya perhatikan ada banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh kita singgah, seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Herba, Istana Melaka dan banyak lagi.
  3. Shopping Mall juga tak jauh dari homestay ini. Sepanjang saya memandu, saya perasan ada Melaka Mall, Aeon Jusco Ayer Keroh, Tesco, Mydin Mall dan banyak lagi.
  4. Restoran dan tempat makan. Benda ni tak perlu risau, sebabnya memang banyak tempat makan dikawasan sekitar. Pilih je nak makan apa? Nasi Arab? Stimboat? Asam Pedas? Ikan bakar? Semua tu boleh diperolehi dengan mudah.
  5. Tempat bersejarah disekitar Melaka. Lokasi yang popular adalah di Banda Hilir dan juga Melaka Raya. Tak jauh dari homestay.

 

Jom kita tengok ruangan dalam bilik yang terdapat di Homestay ini.

Ini ruangan dalam bilik. Semua perabot dan katil masih baru dan cantik-cantik. Dekat master bedroom ini ada bilik mandi dan tandas disediakan.

Ini pula adalah bilik kedua.

Bilik ketiga.

Dalam setiap bilik juga ada disediakan dengan kitab Yaasin dan juga sejadah. Tuala juga ada disediakan bagi kegunaan kita.

Ruang makan yang comel. Boleh muat kalau cuma 4 orang yang nak makan dalam satu-satu masa. Kalau bawa famili yang ramai, mana yang tak muat tu, duduklah di lantai atau makan di ruang tamu sahaja.

Bagi mereka yang merancang untuk masak sendiri, juga terdapat kemudahan tersebut disediakan. Ada dapur gas, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro, water heater dan beberapa peralatan asas untuk memasak.

Ada kabinet tambahan untuk simpan barang. Itupun jika perlu.

Ruangan dalam bilik air. Kepala shower boleh pilih sama ada nak guna yang besar atau yang kecik tu je. Kalau nak puas hati, pilih yang besar tu la.

 

Bawah ni pulak adalah ruang tamu homestay ini. Masa ni tengah duk bincang-bincang lagi, nak pergi mana?

Hang pi mana? Hang pi mana? Hang pi mana?

 

Mak dengan ayah mentua datang dari Jitra. Jauh tu.

Cuti ke Melaka kali ni, saya lebih banyak habiskan masa di pantai. Sebenarnya saya pun tak tau, nak bawa famili jalan-jalan kat mana. Jadi, tempat pertama kami pergi ialah di Pantai Klebang.

Tengok keadaan sekeliling… tak ada yang mandi kat sini. Kebanyakkan yang datang cuma lepak-lepak kat tepi pantai.

 

Sempatlah layan Coconut Shake campur Orea masa kat Klebang ni.

Biasa kalau kat KL, saya jumpa yang perisa original. Coconut Shake campur dengan ais krim vanila. Tapi kat Klebang ni, nampaknya ada macam-macam jenis. Cuba yang perisa Oreo ni.

 

Tanya dekat pekerja yang jual coconut shake ni, kat mana tempat yang ramai orang mandi? Dia kata dekat Pantai Puteri, Tanjung Kling. Kalau kat Klebang ni dah tak ramai yang nak mandi kat sini, sebabnya banyak kawasan dah kena tambak untuk projek pembangunan.

Pantai Puteri ni pun cantik jugak. Waktu datang tu, memang ada ramai yang mandi-manda kat sini. Ada juga yang pasang khemah untuk camping kat sini. Nampak menarik, rasanya lepas ni kalau datang lagi ke sini, nak camping je.

 

Cuma buat masa ni, tak ada khemah lagi ha ha

Dekat Pantai Puteri, ada juga bilik mandi dan tandas awam disediakan. Lepas dah mandi laut, kenalah bersihkan diri. Tapi biasalah, kalau tandas awam ni, memang agak susah nak mandi puas-puas. Macam mana pun, bila balik homestay kena mandi sekali lagi.

 

Satu perkara yang saya suka tentang homestay CASA INDAH ni ialah, mereka menyediakan sabun, shampoo dan juga ubat gigi untuk kegunaan mereka yang menginap disini. Semuanya disediakan dalam kuantiti yang banyak seperti dalam gambar tu.

 

Boleh mandi puas-puas dan kalau nak pakai sabun banyak-banyak pun boleh.

Siapa yang biasa mandi laut tu, tau la… kadang-kadang naik ke darat je memang badan sakit-sakit. Lagi-lagi kalau kena pada waktu tu, ombak memang tengah kuat. Apa yang menarik dengan Homestay Melaka CASA INDAH ini ialah, mereka ada sediakan kerusi urut!

 

Saya rasa, ini mungkin satu-satunya homestay di Melaka yang menyediakan kerusi urut buat para penginap. Memang terbaik.

 

Kalau ada yang bimbangkan tentang keselamatan kenderaan masing-masing, untuk pengetahuan anda, kereta boleh parking dalam ruang yang disediakan. Boleh muat dua buah kereta.

Bergambar kenang-kenangan bersama famili sebelum masing-masing nak bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Bergambar bersama dengan pemilik homestay, Puan Normah. Ada rezeki, mana tau boleh datang lagi. Kali ini nak bawa famili sendiri pulak. Bila nak datang lagi? Wallahua’lam. Kena tengok pada kelapangan jugak.

 

Homestay di Melaka yang ada swimming pool?

Homestay Melaka CASA INDAH ini tiada kolam renang. Tapi, tak jauh dari homestay ini ada kolam pancing. Buat penggemar aktiviti memancing, mungkin boleh memancing kat situ.

 

Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang saya tak sempat nak lawati dalam percutian kali ini. Mujurlah, KL dengan Melaka tak jauh sangat. Saya rasa, macam mana pun kena datang sekali lagi khas untuk ambik gambar-gambar menarik yang ada kat sekitar Melaka ni.

 

Berapa kadar sewa untuk menginap di Homestay Melaka Casa Indah?

Dari semasa ke semasa, pihak homestay ada jalankan promosi yang berbeza. Lebih mudah kalau nak deal harga dengan terus bertanyakan sendiri dengan Puan Salmie (017 3777491) ataupun dengan En Hatta (011 20648518).

Roughly, kadar sewa adalah seperti diatas. Ini adalah untuk bulan Februari. Harga mungkin berubah pada waktu anda baca posting ini.

Jumaat- Ahad / Cuti Umum

RM300.00 – satu malam
RM 550.00 – 2 malam

Hari Biasa

RM 250.00 – satu malam
RM 450.00 – 2 malam

 

Alright, jom bercuti ke Melaka. Sambil kita bercuti, dapat juga support perniagaan orang kita dan sama-sama bantu tingkatkan ekonomi masyarakat kita.

 

 

Exit mobile version