Blog Sabree Hussin

Pengalaman bercuti ke Sabah (2) – Persiapan dan persediaan sebelum ke Sabah

Anda dah baca bahagian pertama tentang pengalaman bercuti ke Sabah? Kalau belum baca, boleh baca dulu artikel tersebut ya.

Klik untuk baca: Pengalaman bercuti ke Sabah (1) – Beberapa bulan sebelum berangkat ke Sabah

 

Untuk bahagian kedua ni, saya nak cerita serba sedikit tentang persediaan dan persiapan sebelum kami pergi bercuti ke Sabah.

 

Apa sebenarnya aktiviti menarik untuk dilakukan di Kundasang, Sabah?

Kita bersusah payah kumpul duit untuk beli tiket penerbangan, tempah bilik penginapan, sewa kereta semua ni… untuk apa ye?

 

“Apa benda yang kita nak tengok kat Sabah tu?” 

Ha… itulah persoalan yang bermain dalam kepala saya semasa mula-mula merancang nak ke Kundasang, Sabah.

 

Saya rasa, tarikan paling kuat yang ada di tempat ini ialah pemandangan dia yang sangat cantik. Sudah tentu, pemandangan seperti ini memang tak ada di Kuala Lumpur.

 

Bukan sekadar pemandangan, malahan suasana di sini juga sangat berbeza. Dengan angin sejuk, udara yang segar… kalau boleh nak terus bermastautin kat tempat ni.

 

Sebelum ni, saya cuma pernah baca pasal Kundasang. Tak pernah terfikir pun yang satu hari saya akan datang ke tempat ni.

 

Baca pasal Kundasang pun sebab baca buku tulisan Ramlee Awang Murshid yang bertajuk Rayyan Fantasi ni.

 

Boleh dikatakan, apa yang dicerita oleh Ramlee Awang Murshid dalam buku ini, banyak yang sama.

 

Antara barang yang patut bawa apabila ingin bercuti ke Kundasang, Sabah

(1) Kamera

Kebanyakkan aktiviti kat sini, ialah melawat tempat-tempat menarik yang juga turut diwartakan sebagai World Heritage Site.

 

Jadi bila dah datang ke sini tu, siap sedialah dengan kamera masing-masing. Ambil gambar sebanyak mungkin buat kenang-kenangan.

 

Kalau ada kamera tu jangan lupa bawak.

Saya sendiri bawa dua jenis kamera. Satu kamera model Samsung NX3300 dan satu lagi kamera jenis Nikon D3200. Kamera yang sama yang saya biasa gunakan terutama sekali apabila saya ada job mempromosikan homestay atau event tertentu.

 

Kalau anda ada gopro boleh bawak gopro. Tapi saya tak ada kamera jenis tu, jadi saya bawa DSLR saya sahaja.

 

Kalau anda ada tripod, jangan lupa bawa tripod tu. Boleh ambil gambar berkumpulan.

 

(2) Poncho atau baju hujan

Pada waktu kami pergi, cuaca di Kundasang tidak menentu. Kadang-kadang dengan tak semena-mena hujan turun dengan lebat.

 

Kadang-kadang tu hujan turun sekejap je. Memandangkan kami tak lama berada di Sabah, maka rugilah kalau tak dapat lakukan sebarang aktiviti dek kerana cuaca hujan.

Jadi saya syorkan anda siap sedia dengan baju hujan. Boleh dapatkan jenis yang murah sahaja. Ada macam-macam pilihan kat sini. Memandangkan kita mungkin akan pakai baju hujan ni sekali sahaja, jadi tak perlu beli yang mahal-mahal.

 

Kalau nak bawa payung pun ok jugak. Tapi saya rasa guna baju hujan atau poncho lebih cool ha ha.

 

Apa pun, anda semaklah juga ramalan kaji cuaca semasa nak bercuti ke Sabah nanti ya.

 

(3) Kasut yang sesuai 

Kebanyakkan aktiviti kita kat sekitar Kundasang, akan memerlukan kita banyak berjalan. Sama ada nak jalan-jalan sekitar Desa Dairy Farm, Kinabalu Park, War Memorial, Poring Hot Spring, Sabah Tea dan sebagainya. Jadi, pakailah kasut yang sesuai.

Saya cadangkan pakai kasut macam jenis crocs kat atas ini.

 

Macam yang saya ceritakan sebelum ini, cuaca di Kundasang agak tidak menentu. Sekali lagi saya nak sarankan anda cek ramalan kaji cuaca sebelum ke Sabah.

 

Kalau pakai kasut crocs macam kat atas ni, tak perlu risau kalau kena hujan. Tapi kalau pakai kasut sarung, atau jenis sneakers mungkin akan problem sikit kalau basah sebab kena hujan.

 

Apapun, pemilihan kasut ni terpulanglah pada anda. Saya cuma beri cadangan sahaja.

 

(4) Kompas kiblat

Ini satu lagi benda PENTING.

Kalau nak yang jenis sama macam dalam gambar kat atas ni, anda boleh dapatkan disini.

 

Bercuti tu bercuti juga. Solat jangan sampai lupa atau ditinggalkan. Utamakan yang wajib.

 

Tempat anda bakal menginap di Sabah nanti, berkemungkinan pihak pengurusannya bukanlah orang Islam. MUNGKIN. Tak akan anda nak tanya arah kiblat dari non muslim?

 

Kan agak janggal disitu. Jadi, siap sedialah dengan kompas penunjuk arah kiblat.

 

Semasa saya menginap di Kota Kinabalu, apartment yang kami sewa kalau tak salah saya pemiliknya adalah non muslim. Tempahan dibuat menerusi Agoda, jadi memang saya tak tau sama ada pemilik dia muslim atau bukan.

 

Jadi bila ada kompas kiblat ni, tak perlu lagi nak tanya kat mana arah kiblat. Senang cerita macam ni lah, bawa sahaja kompas ini kemana-mana. Kalau tak jumpa surau, boleh solat dalam bilik dengan yakin sebab kita tahu kat mana arah kiblat.

 

(5) Cermin mata hitam 

Boleh juga standby cermin mata hitam. Semasa saya di Desa Dairy Farm, waktu tu matahari baru nak naik. Bila waktu tengah panas, dia punya panas tu… pergh… pedih mata.

 

Tapi panas tu sekejap-sekejap. Bila ada awan lindung matahari, dia jadi redup semula. Waktu tengah redup tu, kena cepat-cepat ambik gambar.

 

(6) Jaket

Waktu malam di Kundasang agak sejuk. Jadi siap sedia dengan jaket. Baru selesa nak keluar jalan-jalan.

 

(7) Stokin dan sarung tangan

Subuh di Kundasang memang agak awal. Waktu kami pergi tu, waktu subuh masuk jam 4.41 pagi. Waktu pagi macam tu memang sejuk!

 

Kalau ada stokin dan sarung tangan (kalau perlu) barulah syok kalau nak sambung tido selepas Subuh. Pukul 6.30 pagi, suasana dah mula cerah dan memang sesuai kalau nak mulakan hari pada waktu tersebut.

 

Kebanyakkan tempat-tempat menarik di Kundasang, hanya dibuka pada jam 8.00 pagi. Jadi, kalau keluar awal sangat pun tak boleh kemana-mana sangat.

 

Saya rasa inilah dia antara yang saya boleh highlight. Lain-lain barang tu, anda bawalah kelengkapan biasa untuk bercuti atau travel.

.

..

Dari rumah saya untuk ke Airport KLIA 2, kami menggunakan perkhidmatan bas dari Jetbus. Tiket untuk setiap orang ialah RM11. Kalau nak naik bas ini, kena ambil di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

 

Dari rumah untuk ke TBS pula kami gunakan khidmat Grab Car.

Gambar kat atas ni saya ambil sekitar jam 2.25 pagi di TBS. Memandangkan flight kami dijadualkan pada jam 6 pagi, iaitu penerbangan pertama pada hari tersebut, maka seawal jam 2 pagi lagi kami dah bergerak ke TBS.

 

Masa ni suasana memang agak sunyi.

 

Kalau ada orang pun, kebanyakkan tengah tidur sambil menunggu waktu untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

 

Sebenarnya ada beberapa cara untuk ke KLIA 2. Misalnya

(1) Drive sendiri. Tapi parking agak mahal.

(2) Naik teksi ataupun UBER/ GRAB terus ke KLIA 2. Macam agak mahal. Kena semak harga.

(3) Naik ERL. Pun agak mahal.

 

Melawat tempat-tempat menarik di Sabah

Semasa saya berada di Sabah, saya dapati kalau nak melawat banyak tempat-tempat menarik yang ada di Sabah mengikut masa kita sendiri, adalah lebih mudah kalau ada kenderaan sendiri.

Saya kurang pasti tentang perkhidmatan pengangkutan awam di Sabah. Jadi saya rasa lebih mudah kalau kita sewa kereta sepanjang berada di Sabah nanti.

 

Salah satu syarikat yang boleh saya syorkan ialah Syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd (1143073H). Anda boleh klik sini untuk ke laman web mereka.

 

Untuk panduan membuat tempahan dan cara-cara nak dapatkan diskaun ketika buat tempahan, boleh baca posting saya yang berjudul perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu.

 

Baiklah. Saya stop sampai disini dulu. Ada banyak lagi yang saya nak ceritakan. Kita sambung dilain masa ya.

 

In Shaa Allah, untuk posting seterusnya saya akan cerita tentang persediaan orang semenanjung nak ke Sabah pula.

 

 

Exit mobile version