Blog Sabree Hussin

Perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu yang anda patut cuba beserta DISKAUN ISTIMEWA

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Kinabalu, Sabah lazimnya akan mengambil masa 2 jam 40 minit.

Memandangkan masa penerbangan yang agak lama, saya cadangkan mereka yang ingin bercuti ke Sabah untuk order in flight meal. Jadi anda tak perlulah menahan lapar dan menelan air liur apabila penumpang disebelah anda menjamu selera.

 

Di Kota Kinabalu Sabah, kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu atau KKIA.

 

Bagi meneruskan perjalanan seterusnya, sudah tentu kita perlukan kenderaan. Sebenarnya sebelum ni, saya pernah ceritakan tentang pengalaman buruk yang saya lalui ketika menyewa kereta di Sabah. Rupa-rupanya, dari posting tersebut, ada beberapa syarikat dan orang perseorangan yang mula menghubungi saya dan memberitahu bahawa mereka boleh tawarkan khidmat kereta sewa di Kota Kinabalu dengan mutu dan kualiti yang berkali ganda lebih baik.

 

Kan bagus kalau saya jumpa atau dapat berkenalan dengan pengusaha kereta sewa di Sabah ni lebih awal. Jadi, tak perlulah saya terpaksa lalui pengalaman kena tipu semasa kali pertama datang bercuti di Sabah pada bulan May 2017 yang lepas.

 

Salah satu syarikat penyedia perkhidmatan kereta sewa yang anda boleh gunakan jika anda bakal bercuti ke Sabah nanti yang saya boleh syorkan kepada anda ialah perkhidmatan dari Syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd (1143073H)

 

Anda boleh layari laman web mereka menerusi pautan http://www.globallepa.com/

Proses untuk membuat tempahan kereta sewa sangatlah mudah. Jika anda layari laman web mereka, anda juga boleh terus buat tempahan di situ tanpa perlu bersusah payah nak hantar whatsapp, confirm booking dan sebagainya. Dalam posting ini, saya akan tunjukkan kepada pembaca sekalian, yang mungkin sedang merancang untuk mendapatkan kereta sewa apabila bercuti di Sabah nanti, bagaimana cara untuk membuat tempahan.

 

Bagi mereka yang travel menggunakan pengangkutan udara, bolehlah pilih Kota Kinabalu International Airport 1 sebagai pick up location untuk dapatkan kereta sewa ini. Sekiranya anda ingin ambil kereta di lokasi yang berbeza, juga tak ada masalah.

 

Anda hanya perlu nyatakan dimana anda ingin ambil kereta mengikut kesesuaian perjalanan anda.

Sekiranya tempat yang anda ingin pilih tidak tersenarai, anda hanya perlu pilih opsyen Others, dan nyatakan dimana tempat yang anda mahukan. Mudah bukan?

 

Seterusnya masukkan tarikh dan masa untuk anda ambil kereta dan juga tarikh dan masa untuk anda pulangkan kereta. Jika lokasi ambil dan pulangkan kereta adalah berbeza, contohnya masa datang ke Sabah, anda ingin ambil di Kota Kinabalu International Airport 1, dan sewaktu pulangkan, anda ingin pulangkan di tempat lain, sila nyatakan dan semasa buat tempahan, sila klik pada kotak Different return location.

Sila nyatakan, dimana anda ingin pulangkan kereta sewa tersebut. Seterusnya tekan butang Search setelah anda berpuas hati dengan tarikh, masa dan lokasi ambil dan hantar semula kereta.

 

Anda akan dibawa ke halaman memilih kenderaan. Ada macam-macam model kenderaan yang anda boleh sewa dari syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd ini. Setiap kereta yang tersenarai telah dinyatakan maklumat seperti

  1. Berapa orang penumpang boleh muat?
  2. Berapa pintu
  3. Berapa banyak beg atau bagasi yang boleh dimuatkan
  4. Adakah kenderaan terdapat penyaman udara
  5. Transmisi kenderaan, sama ada manual atau automatik.

 

Memandangkan saya tak pernah lagi memandu kereta jenis Perodua Bezza, maka saya pilih kenderaan tersebut.

Untuk teruskan dengan tempahan, tekan butang Book Now dan sedia untuk buat bayaran deposit seperti yang dinyatakan. Bayaran deposit adalah berbeza mengikut jenis kenderaan yang ingin disewa.

 

Ada yang kena bayar RM50 dan ada juga yang kena bayar RM100.

Sekiranya anda ada bawa baby bercuti bersama anda, dan anda perlukan baby car seat, anda juga boleh sewa baby car seat tersebut sebagai add on. Jika anda tak perlukan baby car seat ni, hanya perlu tekan butang continue.

 

Pada bahagian ini, anda perlu masukkan maklumat, seperti nama anda, alamat emel, nombor telefon, alamat surat menyurat dan juga usia pemandu. Isikan sahaja maklumat yang diperlukan.

 

Disebelah kiri, anda boleh nampak maklumat kenderaan yang anda bakal sewa. Sambil buat tempahan tu, pastikan juga tarikh, masa, dan jenis kereta yang anda ingin tempah adalah betul.

 

Kalau anda perasan, pada tempahan yang saya buat tu, ada diskaun sebanyak RM20.70. Nampak tak? Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa ada diskaun dan apa kriteria yang melayakkan anda untuk dapatkan diskaun apabila menempah kereta sewa menerusi syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd ini kan?

 

Sebenarnya, diskaun ini kita dapat apabila kita tempah kereta selama 3 – 6 hari. Dalam situasi saya ini, diskaun yang diperolehi adalah sebanyak 5%. Kebanyakkan kereta sewa di Sabah memang akan ada diskaun apabila kita sewa dalam satu tempoh masa yang agak lama.

 

Kita teruskan dengan proses tempahan ya.

Sekarang ini kita dah berada dalam fasa payment atau pembayaran. Untuk confirm booking, kita hanya perlu buat bayaran deposit sahaja.

 

Lihat pada bahagian yang tertulis Total you need to pay now. Jumlahnya tertera RM50.00

 

Jika tulisan pada gambar diatas tak begitu jelas, saya tulis semula dibawah ini untuk rujukan anda.

Untuk sewa kereta selama 3 hari di Sabah

Jumlah yang perlu dibayar ialah RM414.00

Memandangkan ada diskaun 5% atau bersamaan dengan RM20.70, jumlah terkini ialah RM393.30

Jumlah yang perlu dibayar sekarang ialah RM50.00

Selebihnya, sebanyak RM343.30 perlu dijelaskan ketika ambil kereta di Sabah nanti.

 

DISKAUN TAMBAHAN untuk sewa kereta di Sabah dengan Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd

Saya diberitahu oleh pemilik syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd ini yang mereka berbesar hati nak tawarkan diskaun tambahan kepada pembaca dan pelawat blog ini.

 

Sila pastikan anda masukkan kod diskaun

GLCRblog

 

semasa anda membuat tempahan. Selepas tu tekan butang Apply. Lihat contoh dibawah ni.

Bila dah masukkan kod GLCRblog tekan butang Apply. Kini jumlah keseluruhan yang perlu dibayar, setelah dapat diskaun tambahan adalah seperti dibawah ini.

Jumlah asal yang perlu dibayar ialah RM414.

Selepas diskaun, jumlah baru yang perlu dibayar adalah sebanyak RM373.30 sahaja.

JIMAT RM40.70

 

Yeay! Dapat diskaun! 🙂

 

Lepas ini barulah kita teruskan dengan proses pembayaran. Tekan pada butang Confirm Booking dan anda akan dibawa ke laman pembayaran berikut.

Ini adalah halaman yang telah dilengkapi dengan secure connection atau Secure Socket Layer (SSL certificate). Jadi anda boleh buat pembayaran terus tanpa perlu risau.

 

Apabila tekan butang PAY nanti, anda akan terus dibawa ke halaman syarikat perbankan pilihan anda. Saya pilih untuk buat bayaran menggunakan Maybank2u.

Bagi mereka yang biasa buat pembelian barangan secara online, seperti dari laman web Lazada misalnya, step ini pasti sudah tidak asing lagi.

 

Setelah pembayaran deposit telah dilakukan, bermakna tempahan kita telahpun lengkap. Anda akan menerima booking number sebagai rujukan anda.

 

Bakinya perlu dijelaskan ketika ambil kereta. Sila pastikan anda bawa bersama anda

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan lesen memandu

 

Baiklah, ada satu lagi yang saya nak tunjukkan kepada anda. Sebenarnya, dari masa ke masa, anda boleh semak status tempahan anda. Manalah tahu anda mungkin terlupa maklumat tempahan anda. Ada satu cara yang anda boleh lakukan untuk semak tempahan anda.

 

Klik pada butang My Booking.

Masukkan nombor booking (booking number) dan juga alamat emel yang anda gunakan untuk buat tempahan dan tekan butang search.

 

… maklumat tentang tempahan kita pun akan muncul!

Senang kan bila boleh buat tempahan kenderaan seperti ini. Ia lebih sistematik, dan lebih profesional. Sesetengah pengendali kereta sewa di Sabah masih lagi menggunakan sistem SMS ataupun sistem Whatsapp. Semua benda nak urus melalui whatsapp.

 

Akhirnya, apabila sistem rekod tak begitu cekap, terjadilah kes-kes terpencil yang mengakibatkan pelanggan (seperti yang saya pernah lalui) terpaksa tunggu lama di airport sebab tak dapat kereta sewa lagi.

 

Sebenarnya, di sekitar Airport Kota Kinabalu juga ada banyak kaunter yang anda boleh pilih untuk sewa kereta. Tetapi, ia mungkin akan makan masa anda. Jadi, lebih baik buat tempahan dulu secara online dengan Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd sebelum berangkat ke Sabah.

 

Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan dibahagian komen, ataupun boleh juga hubungi menerusi saluran berikut

Email – globallepa@gmail.com

Call/SMS/Whatsapp – +6012-8440137/ +6011-37144200

Website – http://www.globallepa.com/

FB – https://www.facebook.com/GlobalLepa/

 

Justeru, bagi mereka yang ingin atau bakal bercuti ke Sabah nanti dan masih belum ada kereta untuk disewa, bolehlah dapatkan perkhidmatan kereta sewa ini dari syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd. 

Anda boleh ke FB Fanpage ini untuk lihat lebih banyak testimoni daripada pelanggan-pelanggan sebelum ini.

 

Apapun, saya doakan semoga anda selamat pergi dan pulang apabila bercuti ke Sabah nanti. Semoga percutian anda berjalan dengan lancar dan dapat dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

 

 

Exit mobile version