Blog Sabree Hussin

Pengalaman percutian di Sabah (9) – Sekitar Kota Kinabalu dan hari terakhir di Sabah

Hari terakhir di Sabah, kami habiskan masa dengan melawat kawasan dan tempat-tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu.

 

Apa yang menarik di Kota Kinabalu? Saya pun tak berapa tahu sangat. Jadi, kami pusing-pusing sekitar Kota Kinabalu.

 

Kota Kinabalu ni dekat betul dengan pantai. Cuma saya tak berapa pasti, adakah sesuai kalau nak mandi di pantai Kota Kinabalu tu.

Lagipun, pada waktu kami pergi tu, tak nampak pula ada yang mandi kat situ. Mungkin sebab keadaan cuaca yang agak panas, ataupun mungkin juga sebab memang orang tak mandi laut kat situ.

 

Pada hari kami datang tu, ada ternampak orang berkayak di situ.

Nampak seperti mereka ni sedang berlatih untuk acara berkayak.

 

Kami jalan-jalan sekitar Kota Kinabalu tanpa ada sebarang tujuan. Saja nak pusing-pusing dan lihat apa yang ada. Kalau-kalau nama tempat tu nampak macam menarik, dan ada tempat yang sesuai untuk berhenti, kami berhenti.

Kalau tak silap saya, atas ni adalah Tanjung Lipat nama tempatnya.

 

Bila dah nak balik ke semenanjung ni, baru teringat yang ada satu tempat lagi yang masih belum pergi.

 

Kalau baca pengalaman kawan-kawan yang bercuti ke Sabah ni, rata-rata akan singgah makan lokan bakar atau lokan panggang. Tapi saya tak jumpa pula kat mana kedai yang menjual lokan bakar ni.

 

Bila search kat google, saya terjumpa blog yang ada tulis kat mana kita boleh dapatkan lokan panggang ni.

 

Kalau anda juga berminat nak cuba makan lokan panggang ni, boleh ke lokasi yang saya kongsikan ini.

Kampung Salut
Jalan Sulaman,
Kota Kinabalu,
GPS: 6.101858, 116.172067

 

Tempat ni agak jauh juga dari kawasan bandar.

 

Bagi mereka yang tak biasa atau tak pernah lihat rupa bentuk lokan, saya ada kongsikan serba sedikit gambar lokan dibawah ni ya.

Harga lokan panggang ni berbeza mengikut saiz.

 

Ada saiz besar, sederhana dan juga kecil.

 

Kat tempat saya pergi ni, sepanjang jalan tu memang jual benda sama. Semua gerai jual lokan panggang. Hanya perlu pilih mana-mana satu gerai yang nampak bersih, nampak selesa dan nampak macam ramai pengunjung.

Kebanyakkan (atau mungkin semua) gerai yang ada disini jual dengan harga yang SAMA sahaja. Tak ada main harga dan tak ada yang buang harga.

 

Ini pula bentuk lokan panggang yang dah siap di panggang.

Kalau takut tak sedap atau tak lalu makan, bolehlah cuba yang medium atau yang small je dulu. Tapi pada saya, rasanya sedap juga.

 

Kalau kat semenanjung, saya tak pasti pula kat mana ada jual lokan panggang ni.

 

Selain lokan panggang, puding kelapa dan juga kelapa bakar adalah antara yang popular disini.

 

Ini pula kelapa bakar.

Selain kelapa bakar, ada juga air kelapa biasa. Cuma alang-alang dah sampai sini, saya cuba something yang saya tak pernah rasa lagi.

 

Selesai makan lokan, kami kembali semula ke bandar.

 

Masa untuk beli souvenir atau ole-ole dari Sabah untuk dibawa balik ke semenanjung.

Tempat nak beli barangan seperti mutiara ni kat tempat yang sama. Ada pasar kraftangan atau dikenali juga dengan nama Sinsuran Night Market.

 

Disebabkan tempat ni bersambung dan agak panjang, saya pun agak keliru adakah sepanjang-panjang kawasan pasar tu, dikenali dengan nama yang sama atau ada dua nama yang berbeza.

Kalau nak beli produk kraftangan seperti key chain, baju, beg dan sebagainya, boleh dapatkan disini.

 

Selain itu, boleh juga beli makanan seperti ikan masin, kuih cincin, amplang dan sebagainya. Harga boleh tahan murahnya.

 

Kalau beli banyak boleh dapat harga lebih murah. Kena pandai tawar-menawar ya.

 

At least kalau penjual tu tak nak bagi harga murah, pastikan anda mintak free gift dengan mereka ya.

 

Masa beli kerongsang pun sama, lepas dah diberi diskaun, siap dapat free gift lagi.

 

Cuma satu perkara yang saya kurang berkenan dengan KK ni ada dua perkara.

 

Pertama, peminta sedekah dari kalangan kanak-kanak. Mereka ni kecik-kecil lagi dah dilatih untuk minta sedekah. Macam sindikit pulak. Rasa curiga dan risau je nak hulur duit. Bukan apa, bimbang nanti kena kerumun pulak.

 

Ada budak yang dengan selamba je tepuk poket seluar saya. Saya tak pasti, sama ada ianya disengajakan atau tak disengajakan. Bila saya toleh, nampak budak kecik dengan mula selamba mintak duit.

 

Besar kemungkinan, mereka ni bukan orang tempatan.

 

Kedua, penjual tali pinggang, cermin mata, wallet dan sebagainya. Mereka ni sangat menyusahkan orang dan mengganggu. Sampai satu tahap, saya rasa seperti kurang selamat pula nak jalan sendiri-sendiri di KK, walaupun tempat tu ramai orang.

 

Saya ingat lagi, turun dari kereta, seorang penjual tali pinggang terus datang mendekati kami.

Mari bang beli tali pinggang bagus ni bang. Barang Ori ni bang. Kualiti baik cuma ni barang seludup.

Harga RM60 saja bang.

 

Bila tak layan, dia terus turunkan harga.

Ok bang, saya bagi kurang lagi bang. RM30 saja bang. Beli la bang.

 

Kami masih tak layan…

Ini last ofer ni bang…. untuk abang sorang jak ni… RM15 saja bang.

 

Macam mana tu? Tali pinggang yang asalnya RM60, boleh turun sampai jadi RM15 sahaja. Maksudnya, benda tu murah je la. Siapa yang beli dengan harga tinggi, maka untung besarlah penjual tu.

 

Tapi saya tak beli.

Kitorang datang ni nak cari ikan masin, bukan nak beli tali pinggang. Dah pergi jual kat orang lain la.

 

Serabut punya pasal. Terpaksa tinggi suara sedikit ha ha.

 

Hari terakhir ni, kami banyak luangkan masa untuk shopping di sekitar bandar KK. Kemudian sebelum balik ke semenanjung, sempatlah makan Tom Yam Sabah. Ada beza ke dengan rasa tom yam di semenanjung? Mestilah ada beza sikit.

 

Sebelum berlepas, pulangkan semula kereta sewa di airport dan siap sedia nak naik kapal terbang.

Next time, In Shaa Allah nak sewa kereta dengan Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd. Ada diskaun tambahan kalau booking dengan mereka. Boleh baca dengan lebih lanjut disini.

 

Baiklah, tamatlah sudah edisi travelog saya ke Sabah. In Shaa Allah, kalau ada rezeki, saya akan datang sekali lagi ke sini. Saya pasti akan merindui Bumi Sabah ini.

 

Kalau ada yang sudi nak bagi job advertorial pun, lagilah saya amat berbesar hati untuk terima job tu ha ha.

 

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga apa yang saya kongsikan dalam edisi travelog ni bermanfaat buat anda semua ya.

 

 

Exit mobile version