Blog Sabree Hussin

Pengalaman percutian ke Sabah (4) – Kereta sewa di Sabah

Kereta sewa di Sabah!

 

Ini salah satu perkara yang wajib ada. Bagi memudahkan kita bergerak kemana-mana, dah tentu kena dapatkan khidmat kereta sewa.

 

Dalam trip ke Sabah ni, kami menyewa kereta jenis Saga FLX dari Borneo Express Rent A Car & Tours Sdn Bhd.

Kalau anda masih belum ada kereta sewa, boleh terus ke kaunter dan buat tempahan kereta sewa disini. Atau kalau nak lebih mudah, boleh juga terus ke laman web mereka http://borneocar.com/.

 

Kaunter mereka ini terletak dalam Airport Kota Kinabalu di level 1.

 

Sebenarnya sebelum datang ke Sabah, kami dah buat booking kereta.

 

Segala urusan tempahan, semuanya dilakukan menerusi whatsapp sahaja. Pembayaran deposit juga dah dilakukan.

 

Malangnya, bila sampai di airport, si pemilik kenderaan tak kelihatan. Biasanya, sebelum travel ke mana-mana, sehari sebelum penerbangan saya akan hubungi pihak pengendali kereta sewa. Sebelum naik flight saya akan inform, dan sekali lagi apabila dah sampai di destinasi tersebut, saya akan inform sekali lagi.

 

Tetapi kali ini, disebabkan bukan saya yang in charge tempahan kereta, tanpa disangka-sangka ada masalah dengan kereta sewa.

 

Saya ingatkan semuanya dapat berjalan dengan lancar.

 

Seingat saya, saya tunggu kereta sewa yang dijanjikan hampir-hampir 4 jam. Punyalah bersabar sebab memikirkan dah buat bayaran deposit dan si pemilik kereta tu pula beri janji seolah-olah kereta yang kami nak gunakan tu sedang dihantar.

 

Tunggu punya tunggu, dah nak pukul 1.

 

Rasa rugi masa bila tunggu di airport macam tu. Sepatutnya, ikut perancangan asal, touch down je di airport Kota Kinabalu, ambik kereta, lepas tu terus pergi ke Kundasang.

 

Dalam perjalanan tu nanti, bolehlah singgah ke Rumah Terbalik.

 

Tapi bila dah lama sangat menunggu, saya jadi penat. Masa pun dah terbuang lama. Nak tak nak saya terpaksa cari alternatif lain. Lagi lewat saya dapatkan kereta sewa, maka lagi lambat saya akan sampai di Kundasang.

 

Kalau boleh saya nak sampai sebelum pukul 4 petang.

 

Risau juga, kalau sampai lewat sangat di Kundasang, masa tu dah berkabus dan jalan tak berapa clear.

 

Masa inilah saya mula pergi ke kaunter Borneo Express dan berkenalan dengan Boyd.

Saya cerita apa yang terjadi pada kami.

 

Ini merupakan kali pertama sampai di bumi Sabah. Tiba-tiba berlaku masalah macam ni pulak. Dari mula sampai habis saya ceritakan apa yang berlaku, dan saya siap tunjukkan lagi mesej whatsapp dari pemilik kereta sewa sebelum ini.

 

Dipendekkan cerita.

 

Boyd jadi penyelamat bagi percutian ke Sabah kami.

 

Dialah yang bantu dapatkan kereta sewa dengan harga yang sama macam yang kami deal dengan pemilik kereta sewa sebelum ini.

 

Sebenarnya, dia tak perlu buat itu semua. Tapi dia buat juga. Dia sudi untuk tolong kami.

 

Sebab tu saya kata, Boyd dah jadi hero dalam percutian ke Sabah kami!

 

Jadi, buat mereka yang nak bercuti ke Sabah tu nanti dan masih mencari-cari kereta sewa, boleh buat tempahan dari Boyd.

Borneo Express Rent a Car & Tours

016 – 886 0783

011 – 3166 3258 (Boyd)

 

Saya tak kata, mereka ni tawarkan harga paling murah. Tidak.

 

Jika anda cari, mungkin anda akan jumpa ada lagi yang mampu tawarkan harga yang rendah, seolah-olah macam berlawan-lawan harga pulak.

 

Sebaliknya, jika anda mencari servis yang TERBAIK, tak nak ada sebarang masalah, maka saya amat syorkan anda dapatkan kereta sewa dari Boyd.

Rupanya syarikat ini juga ada tawarkan tempat penginapan. Kalau nak ambik pakej kereta sewa dengan tempat penginapan pun boleh.

 

Kalau ada yang minat, bolehlah bincang dengan mereka. Saya hanya sewa kereta sahaja.

 

Jadi, kalau nak ambik kereta sewa apabila ke Sabah tu, mungkin saya boleh cadangkan beberapa perkara.

(1) Kena selalu keep in touch dengan pemilik kereta. Macam yang saya sebutkan sebelum ni. Sehari sebelum nak berangkat, kena mesej. Sebelum naik flight mesej juga, dan selepas touch down mesej sekali lagi.

(2) Pilihlah pemilik kereta sewa yang ada syarikat sendiri. Biasanya mereka ni lebih serius berbanding orang yang buat secara persendirian.

(3) Kalau boleh, pastikan pemilik kereta sewa ada FB Page ataupun ada website. Dari sini kita boleh nilaikan sejauh mana serius mereka dalam berniaga.

(4) Kalau dapat yang anda kaunter sendiri dan ada beberapa cawangan lagi bagus. Macam Borneo Express ni memang ada beberapa cawangan dan saya difahamkan kalau kita nak pulangkan kereta kat tempat lain, atau di cawangan lain juga boleh.

 

Anda mungkin tak akan lalui pengalaman yang saya lalui. Namun, berjaga-jagalah.

 

Jangan sampai percutian anda ke Sabah tu nanti dirosakkan oleh pemilik kereta sewa yang tak bertanggungjawab.

Sebagai alternatif, anda juga boleh berurusan dengan Syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd (1143073H). Anda boleh buat perbandingan harga, jenis kereta yang ditawarkan dan pakej-pakej yang disediakan.

Sila klik sini untuk ke laman web mereka.

 

Untuk makluman anda, syarikat Global Lepa ni juga ada tawarkan diskaun eksklusif sekiranya anda buat tempahan menerusi mereka. Boleh baca tentang diskaun untuk booking kereta sewa di Sabah melalui posting saya berjudul Perkhimatan kereta sewa di Sabah ini.

 

Alright, itu sahaja bab kereta sewa. Kita sambung lagi dalam siri artikel yang seterusnya.

 

 

Exit mobile version