Blog Sabree Hussin

Pengalaman percutian di Sabah (8) – Lawatan ke Sabah Tea dan hari terakhir di Kundasang

Setiap yang bermula, pasti akan berakhir. Begitulah juga dengan percutian saya ke Sabah.

 

Pada mulanya, saya terasa agak berat untuk datang ke Sabah. Banyak benda kena fikir. Macam mana dengan kerja-kerja online saya? Tempahan dari pelanggan yang nak dapatkan khidmat advertorial saya? Kos, masa, tenaga dan lain-lain.

 

Tapi bila dah sampai di Kundasang, Sabah… rasa macam tak nak balik pun ada. Mungkin, jika ada rezeki lebih, lepas dah bayar hutang mana-mana yang patut didahulukan, saya akan datang sekali lagi ke sini. Wallahu’alam.

 

Ada satu tempat lagi yang saya masih belum singgah. Tempat yang saya maksudkan itu ialah Sabah Tea.

Dari Kundasang nak ke Sabah Tea, ia mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kalau diukur dari segi jarak, sebenarnya tempat ini tidaklah begitu jauh.

 

Cuma keadaan jalan yang agak sempit kemudian perlu melalui kawasan berbukit dan bergunung-ganang membuatkan kita tak boleh bawak kereta laju.

 

Bila nampak je sign board Sabah Tea, terus masuk. Waktu saya datang tu, jalannya tak berapa cantik dan ada banyak batu-batu.

Jadi sekali lagi, tak boleh nak bawak laju.

 

Sepanjang jalan tu, kita akan nampak pemandangan serba kehijauan.

Aktiviti kat Sabah Tea…

 

Kat sini ada restoran Sabah Tea Restaurant & Tea Shop. Boleh lepak-lepak sambil minum teh dan ada juga lain-lain menu makanan yang boleh kita order.

 

Selain dari itu, kita nikmati pemandangan dan bergambar kenang-kenangan. Saya juga diberitahu yang kat Sabah Tea ni, kita boleh ikuti tour untuk melihat kilang memproses teh dan juga merasa sendiri air teh. Ada bayaran dikenakan.

 

Atas faktor masa, kami tidak mengikuti sesi tour tersebut.

 

Saya rasa, kalau dibandingkan dengan ladang teh BOH di Cameron Highland, tempat tu lebih cantik dan nampak lebih tersusun dan kemas. Apapun, lain tempat maka lainlah keunikannya. Mana mungkin semua nak nampak sama je kan.

Ada laluan khas yang disediakan kalau kita berminat nak masuk ke ladang. Tapi pada waktu saya datang ni, saya tak turun ke ladang. Lagipun masa tu sedang gerimis.

 

Tagal Luanti Fish Spa & Massage

 

Tempat ni tak jauh dengan Sabah Tea.

Kita boleh masuk dalam sungai dan lepas tu akan ada ikan-ikan yang datang kat kita sambil tu menggigit kulit-kulit kita.

 

Ianya tidak bahaya, sebabnya ikan-ikan tu hanya akan makan kulit kita yang dah rosak dan yang dah mati.

 

Ada bayaran yang dikenakan kalau nak masuk ke dalam ni. Memandangkan saya tak sedia dengan pakaian yang sesuai, jadi kami tidak masuk ke tempat ni. Mungkin lain kali, In Shaa Allah jika dipanjangkan umur dan ada rezeki lebih.

 

Poring Hot Spring

Ini destinasi seterusnya. Kolam Air Panas Poring.

 

Untuk masuk ke Kolam Air Panas ni, ada bayaran yang dikenakan. Boleh rujuk pada gambar dibawah ni ya.

Untuk dewasa, bayarannya hanya RM3 sahaja. Manakala untuk warga emas, bayarannya hanyalah sebanyak RM1 sahaja.

 

 

Satu perkara yang saya rasa menarik dengan Kolam Air Panas Poring ni, mereka ada sediakan ruang-ruang khas untuk mereka yang berkeluarga

 

Kita boleh pilih nak duduk dalam kolam yang mana satu. Kalau cuma nak rendam kaki pun boleh.

Ada juga kolam yang besar. Cuma waktu tu dah ada orang duduk situ. Kalau datang cepat bolehlah dapatkan kolam yang besar.

 

Air kita kena isi sendiri.

Kepala pili yang perlahan tu air panas, manakala sebelahnya air sejuk. Kalau nak cepat penuh, bolehlah tambah dengan air sejuk, tapi jadi tak berapa best la.

 

Pasar di Kundasang

Setiap khamis petang, akan ada pasar malam di pekan Kundasang.

Dekat pasar ni, ada jual macam-macam barang dan yang saya rasa popular adalah seperti ikan masin, buah-buahan tempatan (yang ada antaranya memang tak dijual di semenanjung), pakaian dan macam-macam lagi.

 

Belilah apa-apa yang patut, sebabnya bila dah keluar dari Kundasang tu, mungkin dah tak akan jumpa lagi barang yang kita nak tu di KK.

 

Satu lagi, bila di Kundasang ni, setiap hari kami akan beli kepak ayam bakar ni.

Kepak ayam bakar macam ni, kat KL pun ada jual. Tapi kalau di KL, tak ada pun sampai ada rasa nak beli setiap hari. Kepak ayam di Kundasang ni rasa lebih sedap kot. Mungkin sebab sos yang digunakan tu.

 

Anda cubalah sendiri kalau datang ke Kundasang nanti.

 

Petang tu, saya keluar dari Kundasang agak lewat. Kalau tak silap mungkin jam 5 lebih atau dekat-dekat pukul 6 baru keluar dari Kundasang.

 

Bad decisions.

 

Sepatutnya keluar lebih awal.

 

Sepanjang perjalanan turun tu, kabus tebal menyeliputi jalan. Memang tak nampak apa-apa.

 

Hanya bergantung kepada garisan tengah dan kiri jalan, follow kereta depan, dan peta pada GPS. Itu sahaja.

 

Even kalau pasang lampu tinggi sekalipun, memang tak nampak apa-apa. Ia akan jadi lebih buruk. Tak boleh nak bawak laju, dan saya rasa 40km/j tu pun mungkin dah cukup laju.

 

Alhamdulilah, kami selalamt sampai ke Kota Kinabalu. Sepatutnya kena check in dalam jam 2 petang. Tapi hari tu, kami sampai lambat. Dalam jam 8 lebih baru sampai di KK.

 

Tempahan bilik di KK juga dilakukan menerusi laman web Agoda.

 

Akan datang, jika berkesempatan untuk ke Sabah sekali lagi, saya plan nak buat tempahan tempat penginapan dengan laman web Airbnb. Boleh dapat harga lebih murah kalau guna travel credit ini.

 

Begitu juga dengan servis kereta sewa.

Kalau sewa dengan syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd ni juga boleh dapat diskaun tambahan. Macam mana nak dapatkan diskaun tu? Saya ada ceritakan dalam posting saya sebelum ini.

Baca: Perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu yang anda patut cuba beserta DISKAUN ISTIMEWA

 

Malam tu, saya pusing-pusing sekitar banda KK. Nak tau juga macam mana keadaan KK di waktu malam. Maklumlah, lepas ni nak balik KL dah.

 

Baiklah, saya berhenti sampai sini dulu.

 

Next, saya akan cerita serba sedikit pengalaman di Kota Kinabalu pula.

 

 

Exit mobile version